REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 24 November 2011

Indonesia Yang Tidak Sedar Diri

Saya tidak faham apakah masalah rakyat Indonesia sebenarnya. Ketika final bolasepak antara Harimau Muda dan Garuda Muda, skuad Harimau Muda terkandas selama sejam setengah di jalanraya akibat kesesakan lalulintas. Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa berhadapan dengan peminat bolasepak Indonesia yang fanatik. Ketika final AFF Suzuki Cup juga, Skuad Harimau Malaya terpaksa menghadapi situasi yang lebih kurang seperti itu juga. Malah, datang dan pulang terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda milik tentera Indonesia.
Bukan saja sukan bolasepak, malah boleh dikatakan kontinjen negara seringkali diejek ketika apa jua sukan berlangsung. Tidak kiralah renang berirama, takwando, silat, lumba lari, semuanya. Malahan, para wartawan negara kita turut terkena tempiasnya.
Saya tidak faham bagaimana mentaliti mereka selama ini. Bila sebut Malaysia saja, mereka dengan cepat membuat demonstrasi sana sini, melenting sana-sini. Jangan kata sukan saja, dalam apa jua isu. Apabila melibatkan Malaysia, mulalah mereka membuat perangai yang menjengkelkan seperti itu. Menuduh kita maling(pencuri), wujudkan slogan 'Ganyang Malaysia', dan macam-macam lagi.
Sama ada mereka sedar atau tidak, saya tidak tahu. Mereka sebenarnya yang tidak sedar diri. Mereka sebenarnya yang maling. Kenapa saya berkata begitu? Kita lihat saja apa yang berlaku di negara kita. Mereka mendirikan rumah setinggan di mana-mana mereka suka, membuat jenayah, mencari kerja di sini, berkahwin dan bermastautin di sini, membuat onar, masuk secara haram (PATI), dan banyak lagi.
Tahun lepas tidak silap saya, pegawai laut mereka merentasi sempadan laut negara kita(tak silap saya mereka membuat rodaan dan terlajak masuk ke perairan negara)dan pihak berkuasa menangkap pegawai-pegawai laut tersebut. Bila tersiar saja berita orang mereka ditangkap, dengan ganas mereka mengadakan demonstrasi. Membaling najis ke bangunan kedutaan, membakar bendera Malaysia, memijak Jalur Gemilang kita dan bermacam-macam lagi.
Adakah ketika skuad bolasepak mereka berkunjung ke Malaysia untuk perlawanan, kita bersikap seperti mereka? Jawapannya sudah tentulah TIDAK! Kita rakyat Malaysia sentiasa bersopan dengan tetamunya. Budi bahasa budaya kita.
Semalam saya menonton berita di ASTRO AWANI saluran 501. Saya membaca berita yang ditulis pada bahagian bawah. Alangkah terkejutnya saya apabila membaca berita ringkas ini!
'Indonesia kalah bolasepak, pelajar Malaysia diugut bunuh.'
Apakah masalah mereka sebenarnya? Bukannya kita menang melalui cara kotor. Harimau Muda bermati-matian di atas padang untuk mempertahankan emas demi negara tercinta. Skuad negara tidak menggunakan bomoh, rasuah atau apa sahaja!
Selama ini, jika kita kalah kepada mereka, kita masih boleh menerima kenyataan tersebut tetapi mengapa mereka tidak boleh menerima kenyataan?
Abang saya menceritakan sesuatu kepada saya selepas saya menyampaikan barita di atas kepadanya. Ada sorang engineernya datang ke Indonesia atas urusan kerja. Bila tiba di kaunter Imigresen, pegawai tersebut berkata, "Buat apa datang Indonesia? Pergi balik Malaysia!"
Bagaimana negara mereka hendak maju jika inilah budi bahasa yang mereka tunjukkan 'khasnya' kepada Malaysia?
Hairan betul saya...

No comments:

Post a Comment