REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 5 May 2011

WUC 19

WAKE UP CALL 19

JUSCO BANDARAYA MELAKA

“MEMANG aku tak salah kan?” soal Fahem. Fatimah, Zahra dan Safiyyah saling berpandangan.
        “Maksud kau?” soal Safiyyah.
        “Syuhadah. Dia memang Nur Sumayyah, kan?” Fahem mendapatkan kepastian. Perlahan-lahan, mereka bertiga mengangguk.
       “Kenapa?” soal Fatimah pula. Fahem mengeluh.
       “Kau orang nak makan apa? Aku belanja.” Ujar Fahem. Dia mahu berbincang lama tentang perkara ini. Tentu perut mereka akan lapar nanti.
       “Tak payahlah nak su...”
       “Tak apa. Lagipun, aku nak bincang benda ni... lama. Takkanlah kau nak ambil bau makanan aje!” Fahem memintas percakapan Fatimah.
       Fatimah hanya mengangguk setuju.

Mereka mula menjamu hidangan dengan penuh selera. Fahem meneguk sedikit air pink guavanya sambil matanya liar di sekeliling kawasan food court itu. Kuey teow tomyamnya sudha habis.
       “Kau nak bincang apa dengan kami sebenarnya?” soal Safiyyah. Dia tidak tahu apa yang lelaki di hadapannya itu fikirkan.
       “Aku nak tahu semuanya pasal Syuhadah!” ucap Fahem dengan tegas. Fatimah dan Zahra sudah saling berpandangan.
       “Maksud kau?” soal Fatimah pula.
       Fahem menarik nafas seketika. “Aku menghadiri upacara pengebumian dia. Aku siap tolong turunkan mayat dia masuk ke dalam liang lahad. Tapi... macam mana dia masih hidup?” Fahem memulakan misinya, mencari kebenaran. Fatimah hanya menjungkitkan bahu.
       “Itu... kami tak dapat nak jelaskan.” Sahut Zahra. Fahem mengerutkan kening.
       “Maksud kau?”  kepalanya mula pening.
       “Apa yang pasti, kami tahu bahawa dia tak mati.” Tambah Safiyyah.
       “What???” terjerit Fahem apabila dia mengetahui kebenaran itu.
       “Ya, memang kami tahu dia tak mati.” Fatimah mengiakan kenyatan yang keluar dari mulut Safiyyah.
       “Habis, yang meninggal tu... siapa?” Fahem menyoal mereka bertiga.
       “Apa yang kami tahu, Syuhadah terpaksa memalsukan kematiannya.” Ujar Zahra.
       “Maksud kau?” soal Fahem. Kebenaran yang terungkap sedikit demi sedikit membuatkan kepalanya mula pening dan bercelaru.
       “Sebenarnya, peluru yang terkena pada kepala Syuhadah bukanlah peluru sesat. Memang ejen Mossad dah merancang untuk membunuh dia.” Terang Safiyyah.
       “Tapi, kenapa pulak? Apa yang Syuhadah hutang dengan ejen sial tu?”
       “Ingat tak, sehari sebelum kau orang buat lawatan di Giza, Syuhadah ada bertitahu kau kan yang dia nak ke CC?” soal Fatimah. Fahem mengangguk.
       “Dia ada mesej aku. Lepas tu, aku call dia. Dia cakap dia nak ke CC dengan kau orang semua.” Balas Fahem.
       Zahra mengangguk. “Masa kami ke CC, kami ada ternampak satu pendrive warna hitam di atas meja. Pendrive tu sebiji macam pendrive Syuhadah. Tapi sebab masa tu dah masuk waktu makan tengah hari, kami terpaksa cepat sebab dah janji dengan kawan-kawan kami yang lain untuk makan bersama di sebuah restoran. Meja pun dah ditempah. Jadi dalam keadaan kelam-kabut, Syuhadah tak perasan yang dia terambil sekali pendrive yang tertinggal tu.”
       “Lepas tu, apa jadi?” Fahem tidak sabar untuk menunggu cerita seterusnya.
       “Malam tu, dia buat kerja guna laptop macam biasa. Tiba-tiba masa dia keluarkan dua-dua pendrive tu, dia terkejut. Dia tanya kami mana datangnya lagi satu pendrive tu. Aku pun jawablah, mungkin dia terambil sekali pendrive yang dekat CC tu. Jadi, kami pun bukalah pendrive tu. Nak jugak tengok siapa punya. Mungkin jugak pelajar Al-Azhar yang punya. Kalau ada nama pada mana-mana assignment pun, cukuplah. Senang nak pulangkan nanti.
       Lepas tu, kami ternampak ada satu file dalm bentuk Power Point yang bertajuk ‘International Planning’. Kami bukalah. Nak tahu jugak apa yang terlalu international sangat. Alangkah terkejutnya kami apabila membaca isi kandungannya. Kerajaan Israel merangka untuk menyerang Malaysia dan Indonesia melalui Singapura. Antara sebab mereka ingin menyerang Malaysia adalah kerana Tun Dr. Mahathir terlalu lantang dan tegas dalam mengutuk negara mereka. Selain itu, oleh kerana ucapan berapi-api Tun Dr. Mahathir ketika persidangan OIC pada tahun 2002 menyebabkan kebanyakan negara arab yang bersekongkol dengan mereka selama ini sudah beralih arah dengan menyokong negara-negara anti Amerika-Israel seperti Iran, Libya, Turki serta pergerakan-pergerakan seperti Hizbullah dan Hamas.” Zahra bercerita dengan panjang lebar. Fahem mengangguk faham.
       “Demi keselamatan negara, kami berjumpa dengan Duta Malaysia di Mesir dan menyerahkan pendrive tersebut.” Sambung Safiyyah.
       “Dia telah memberikan pendrive tersebut kepada bos MIA. Akhirnya, bos MIA, IGP Polis, Panglima Tentara Darat, Laut dan Udara, pihak kerajaan serta Ketua Pengarah JPN bermesyuarat setelah Syuhadah ditembak. Mereka akhirnya mencapai kata sepakat bahawa mereka akan mencipta satu kematian palsu untuk Sumayyah. Mereka takut jika ejen Mossad dapat tahu yang Sumayyah masih hidup, Sumayyah mungkin akan ditangkap dan dibunuh. Dan oleh sebab itulah, Sumayyah terpaksa hidup dalam penyamaran. Terpaksa cipta identiti baru. ” Terang Fatimah.
       “Ohhh.” Jawab Fahem.
       “Tapi... ketika pulang ke Malaysia, Sumayyah masih lagi koma kan?” soal Fahem. Mereka bertiga mengangguk.
       “Masa  di Hospital Giza, doktor cakap yang Sumayyah memang tiada harapan untuk sembuh. Kalau ada pun, terlalu tipis. Tak sampai satu peratus pun. Keadaan ini menyebabkan pihak kerajaan Malaysia terpaksa membawa balik Sumayyah ke Malaysia. Manalah tahu, mungkin pakar bedah di sini boleh buat sesuatu yang ajaib.”
       “Itu aku tahu.” balas Fahem. Suasana sunyi menyapa mereka berempat.
       “Tapi, Sumayyah macam dah tak ingat aku saja. Aku tengok, dia tu dah macam hilang ingatan.” Adu Fahem. Zahra melepaskan nafas berat.
       “Bukan ‘macam’ hilang ingatan, tapi memang dah hilang ingatan pun.” Jawabnya. Fahem hanya tersengih.
       “Mungkin akibat kesan tembakan pada kepalanya.” Fahem mengagak. Mereka bertiga mengangguk setuju. Mereka diam seketika. Tiba-tiba, satu persoalan muncul dalam fikiran Fahem.
       “Habis, Sumayyah yang dah ‘meninggal’ tu, siapa?” tanya Fahem.
       “Perempuan tu sebenarnya adalah mangsa kemalangan. Kebetulan, dia orang berdekatan situ tapi keluarga dia tak dapat dijejaki. Muka dia memang sebiji sangat dengan Sumayyah. Mungkin ALLAH nak mudahkan urusan untuk selamatkan Sumayyah. Akhirnya, wanita itu dinamakan sebagai ‘Nur Sumayyah binti Abdul Ghani’.” Cerita Safiyyah.
        “Tapi kau tahu tak apa nama betul perempuan yang accident tu?” soal Fahem.
        “Entah, aku tak ingat pula. Tapi yang aku ingat, binti Abdul Razak.” Jawab Fatimah.
        “Kalau macam tu, maknanya perempuan yang meninggal tu, ada dua surat kematian. Satu palsu, dan satu lagi betul.” Fahem membuat simpulan. Mereka bertiga mengangguk.
        “Habis tu, ejen-ejen Mossad dengan CIA tu, macam mana?” soal Fahem. Dia dapat mengagak, Mossad pasti bekerjasama dengan CIA untuk masuk ke Malaysia.
        “Itu kami tak tahu. Hanya orang-orang atasan saja yang tahu.” Balas Zahra. Fahem menganguk.
        “Yalah. Kalau mereka dapat tembak mati ejen Mossad dengan CIA tu, mesti Israel dan US akan hantar dan terus hantar.” Mereka mengangguk setuju.
       “Tapi, hari tu masa kami datang ke rumah Sumayyah, kami ada berjumpa dengan ayah dia.
Ayah dia ada bercerita dengan kami. Kerajaan sudah mewakilkan kepada Arab Saudi untuk memberitahu kepada wakil kerajaan Israel  agar tidak meneruskan rancangan tersebut dan juga supaya keluarga Sumayyah tidak diganggu lagi. Kerajaan Israel akhirnya akur.” Fatimah membuka cerita.
       “Tapi aku tak percaya. Yahudi ni, penipu besar. Jangan percaya cakap dia. 100 dia cakap, jangan kata satu, suku ayat pun aku tak percaya!” balas Fahem.
       “Ayah Sumayyah, ejen MIA kan?” soal Fahem. Mereka bertiga mengangguk.
       “Ayah dia kata, bulan depan nanti, sebulan dia ke Israel. Kalau kerja dia habis cepat, katanya dia nak ke Palestin. Saja nak tengok keadaan saudara sendiri.” Cerita Safiyyah.
       “Dia ada saudara ke kat sana?” mereka bertiga tergelak. Soalan Fahem dirasakan seperti terlalu bodoh.
       “Kenapalah bangang sangat kau ni? Kat sana kan banyak umat Islam, saudara kita jugak.” Fahem tersengih mendengar jawapan Fatimah. Ya tak ya. Bangang jugak aku ni!
       Lantas dijeling jam tangannya. Sudah 4.45 petang.
       “Oklah. Tak ada apa lagi yang kau nak bincangkan, kan?” soal Fatimah. Fahem menggeleng, tanda dia tidak ada apa-apa soalan lagi.
       “Kalau macam tu, kami pulang dulu. Assalamualaikum.” Mereka bertiga bangun selepas Fahem menjawab salam mereka.


IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

“KALAU setakat nak tersengih-sengih kat pejabat aku, baik kau tak payah datang!” tegas Fahem apabila melihat Muhammad Adham Nizam tersengih-sengih dari tadi.
         “Relakslah, abang ipar. Kau ni, nak marah-marah pulak.” Gurau Nizam. Perkataan ‘abang ipar’ membuatkan Fahem membulatkan biji matanya.
         “Amboi... amboi... amboi... bila masa pulak aku jadi abang ipar kau ni, hah?” sergah Fahem. Nizam tersengih lagi.
         “Aku sukalah tengok adik kau tu. Cute. Berapa hantaran agaknya?” usik Nizam lagi.
         Fahem berfikir seketika. “Sejuta!”
         “Mak oiii... mahalnya! Kuranglah tiga perempat.” Pinta Nizam.
         “250 ribu? Mana boleh?” gurau Fahem.
         “Masuk!” arah Fahem setelah mendengar ketukan di pintu pejabatnya. Pintu dibuka. Fateeha muncul dengan senyuman menawan. Pakaiannya ringkas. Baju kurung moden berbunga kecil warna hijau dengan warna putih sebagai warna latar, dipadankan dengan tudung sarung saiz M berwarna hijau. Tiga buah kerongsang berjuntai yang dipin pada leher, dan di kiri dan kanan bahu menambahkan lagi keayuannya. Kasut tingginya yang berwarna hitam membuatkan dia semakin tinggi. Nizam terpaku melihat keayuan adik kepada kawan baiknya itu.
          “Tuan Fahem, ni adalah listing barang-barang yang dipesan oleh syarikat Mountain Holdings.” Ujar Fateeha. Mata Nizam masih tidak lepas dari memandang Fateeha. Wanita itu tahu dirinya diperhatikan. Lalu, timbul idea untuk dia memerangkap Nizam. Serta-merta, dia memandang Nizam. Jangkaannya tepat. Nizam sudah terkedu. Fateeha menghulurkan seulas senyuman sebagai tanda  hormat. Nizam juga sama. Fahem yang perasan akan situasi itu segera berdehem.
          “Abang nak kenalkan, lelaki ni... namanya Muhammad Adham Nizam bin Tuan Mokhtar. Jurutera Mountain Holdings. Ni, adik aku. Fateeha Izzati.” Fahem memperkalkan kedua-duanya. Pada mulanya, Nizam ingin menghulurkan tangan tetapi Fateeha sudah tersenyum dahulu sebagai tanda perkenalan. Terpaksalah di membalas senyuman manis itu.
          “Duduk dulu Fateeha.” Pinta Fahem. Fateeha akur. Dia duduk di sebelah Nizam.
          “Saya nak nanti awak tolong pantau keadaan kilang kita. Saya nak semua barang yang dihasilkan mesti berkualiti. Saya tak mahu batu-bata merah ada yang sumbing, tak ada rupa segi empat langsung! Lagi satu, tolong pastikan agar kampit-kampit simen yang kita hasilkan tak bocor. Saya tak nak kejadian kampit simen pecah ketika dihantar kepada klien berulang lagi.” Fahem memberi arahan tegaas. Sudah banyak kali kes kampit simen dilaporkan bocor oleh klien-klien syarikat. Jika keadaan ini berterusan, kebarangkalian syarikat mengalami kerugian adalah tinggi.
          “Baik, Tuan Fahem.” Fateeha akur. Di pejabat, dia hormatkan daddy dan abangnya sebagai majikan. Dia tidak pernah memanggil mereka ‘daddy’ dan ‘abang’ ketika di pejabat. Itu adalah etika yang dia terapkan sendiri di dalam dirinya.


 “ASSALAMUALAIKUM.” Fahem memberi salam.
          Nur Syuhadah sedang menyiram pokok bunga ketika mendengar Fahem memberi salam petang itu. Terus saja dia menutup paip air dan menuju ke beranda untuk memaklumkan kepada emak dan ayahnya tentang kedatangan Fahem.
          “Mak, ayah... Fahem datang.” Ucap Nur Syuhadah dengan nafas tercungap-cungap. Abdul Ghani yang baru ingin menghirup teh meletakkan semula cawannya.
           “Kalau begitu, jemputlah dia masuk.” Jawab Puan Rafeah dengan senyuman.
           “Waalaikumsalam. Eh, Fahem, jemputlah masuk.” Ajak Nur Syuhadah. Fahem tersenyum riang. Dengan menjinjing beg plastik di kiri dan kanan tangannya, dia segera masuk.
           “Duduklah, Fahem.” Jemput Abdul Ghani. Fahem tersenyum. Dia menyerahkan dua beg plastik besar yang berisi buah langsat dan buah manggis kepada Nur Syuhadah yang berdiri di sebelah kerusi ayahnya.
           “Eh, apa tu?” soal Puan Rafeah. Fahem hanya tersenyum.
           “Ole-ole dari kampung. Tadi saya ke rumah nenek saya sebelah mummy. Dusun nenek saya tu, asyik berbuah saja. Tak tahulah entah apa baja yang dia guna.” Jawab Fahem. Mereka tergelak seketika.
           “Iyalah. Kalau dulu, musim buah, sekali setahun saja. Sekarang, dalam setahun tu entah berapa kali musim buah agaknya.” Balas Abdul Ghani. Nur Syuhadah yang tadi menuju ke dapur sambil membawa buah tangan dari Fahem, muncul semula dengan membawa cawan dan mangkuk.
           “Memang kamu langkah kanan hari ni, Fahem. Kebetulan, makcik dengan Syuhadah saja buat laksa. Malam karang ada ustaz beceramah di surau. Jadi, makcik nak sedekah sikit kat surau tu nanti. Makanlah.” Ajak Puan Rafeah.
           “Syuhadah, tolong sendukkan mi dengan kuah laksa dalam mangkuk Fahem tu.” Arah Puan Rafeah. Nur Syuhadah ingin membantah tetapi oleh kerana ingin menjaga adab di hadapan tetamu, dia hanya mendiamkan diri.
           Fahem hanya tersenyum apabila melihat Nur Syuhadah melayan makan dan minumnya.
           “Syuhadah pun, makanlah sekali.” Ajak Fahem. Nur Syuhadah mengangguk. Dia bersetuju pun adalah semata-mata ingin mengaburi penglihatan emak dan ayahnya.
           Suasana di antara mereka sunyi seketika. Ketika laksa tingaal separuh di dalam mangkuk Fahem, Abdul Ghani menyoalnya.
           “Bila daddy kamu pulang?” Fahem berfikir seketika. Dia menghirup sedikit teh sebelum menjawba soalan itu.
           “23 November nanti.” Abdul Ghani dan Puan Rafeah mengangguk faham.
           “Mungkin kami akan adakan kenduri doa selamat secara kecil-kecilan. Nanti pakcik, makcik dengan Syuhadah datanglah. Daddy tentu gembira.” Sambungnya.
           “Insya-ALLAH, nanti kami datang.” Abdul Ghani memberi jawapan.
           Nur Syuhadah bingkas bangkit setelah melihat jag kaca yang berisi teh tadi sudah tinggal sedikit.
           “Mak, ayah, Syuhadah ke dapur sekejap... nak tambah air.” Nur Syuhadah meminta izin. Sebaik saja anak tunggalnya masuk, Abdul Ghani terus bertanya kepada Fahem.
           “Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Fahem ingin menggeleng tetapi hatinya cepat berkata ‘jangan’.
           “Kita pernah jumpa. Pakcik takkan dah tak ingat saya?” Fahem menyoal semula. Abdul Ghani menggeleng. Tiba-tiba, dia teringat situasi ketika menghadiri upacara ‘pengebumian’ Nur Sumayyah.
           “Kamu, kamu ni.... boyfriend dia?” Abdul Ghani mengagak. Fahem segera mengangguk. Puan Rafeah terkejut melihat anggukan Fahem.
           “Sabar sajalah pakcik. Ini semua adalah dugaan ALLAH untuk kita. Semoga dia aman di alam sana.” Abdul Ghani masih teringat nasihat yang diberikan oleh Fahem selepas upacara ‘pengebumian’ itu.
           “Pakcik, saya sebenarnya nak minta izin dari makcik dan pakcik. Boleh tak kalau saya menyambung semula hubungan kasih di antara saya dan Syuhadah?” dengan hati yang senang, kedua orang tua Nur Syuhadah mengangguk.
           “Tapi, kamu dah tahu atau tidak apa yang terjadi pada Sumayyah?” soal Puan Rafeah. Fahem mengangguk.
           “Semalam, saya keluar dengan tiga ornag rakan baik dia... Fatimah, Zahra dan Safiyyah. Mereka sudah menceritakan hal yang sebenarnya kepada saya.” Beritahu Fahem. Puan Rafeah dan Abdul Ghani mengangguk.
           “Tapi, adakah kamu dapat terima Sumayyah dalam keadaan dia hilang ingatan sekarang?” Abdul Ghani inginkan kepastian. Fahem mengangguk lagi.
          “Insya-ALLAH, saya akan slow talk dengan dia. Moga-moga ingatan dia pada masa lampau akan kembali pulih.” Fahem berdoa.
          Nur Syuhadah yang berdiri di sebalik pintu sambil menatang dulang, tertumpah juga air matanya apabila mendengar betapa luhurnya doa Fahem untuk dirinya.
        

No comments:

Post a Comment