REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 5 July 2011

CSU 26

CINTA SEORANG USTAZ 26
23 November 2010
“MACAM mana hari pertama exam? Ok?” soal Iskandar kepada Laila dan Najwa setelah mereka tiba di kantin. Kebetulan Iskandar duduk di tempat duduk pelajar, tidak makan di dalam bilik  yang disediakan khas untuk para guru.
         “Kira ok lah. Tak teruk sangat.” Jawab Laila. Iskandar merenung seketika wajah teman wanitanya. Laila menjeling Najwa di sebelahnya yang sudah menyuap bihun sup ke dalam mulut. Nampaknya, dia ni memang betul-betul punya lapar. Bisik hatinya.
         Iskandar menoleh ke arah Najwa yang sedang menghirup sedikit supnya. “Awak macam mana Najwa? Ok ke tak, hari pertama exam ni?” soalnya. Najwa hanya tersenyum kecil.
         “Ok tu memang ok, tapi soalan dia susah gila. Tapi nasib baiklah soalan yang susah tu, tak banyak sangat. Sikit saja. Kalau tak, memang pecah kepala saya nak memikirkan jawapannya.” Jawab Najwa.
         “Ohhh. Biasalah tu. Tapi awak kena banyak-banyak berdoa dan banyak-banyak berusaha. Setelah tu, barulah tawakkal kepada ALLAH. Kalau tak ada tiga-tiga tu, macam mana nak berjaya? Betul tak?” Laila dan Najwa mengangguk, mengakui kata-kata guru kelas mereka.
         “So, petang ni paper apa?” Tanya Iskandar.
         “Bahasa Melayu kertas 2.” Jawab Najwa. Tiba-tiba, timbul di akal Iskandar untuk mengenakan mereka berdua.
         “Masa peperiksaan nanti, jangan asyik nak ingat pakwe, nak ingat kahwin, nak ingat anak aje. Tenangkan fikiran dan jangan terlalu gopoh. Jawab dalam keadaan tenang. Ingat?” Iskandar masih lagi member nasihat kepada mereka.
         “Saya tak ada pakwe. Tapi saya suka tengok ada cikgu lelaki tu, ustaz. Cute gila pengawas peperiksaan tu. Ustaz pun tak hensem. Bila saya pandang muka dia, terus saja otak saya dah ada jawapan untuk setiap soalan walaupun sebelum memandang wajah cikgu tu, otak saya masih blur.” balas Najwa dengan selamba.
         Iskandar membulatkan mata. Berani dia kutuk aku terang-terang? Kurang asam betul Najwa ni! Laila hanya ketawa dalam hati. Lantaklah diorang nak bergaduh pasal apapun! Malas dia mahu campur.
          Kemudian, dia tertawa perlahan. “Siapa kata awak  tak ada pakwe? Habis si Darren Brown tu siapa?” Iskandar ingin berdebat dengan Najwa. Anak muridnya itu mencebik.
         “Saya pulak yang ustaz risaukan. Makwe ustaz ni yang patut ustaz risaukan. Dari pemerhatian saya, banyak lelaki yang bermain mata dengan dia tadi. Salah seorangnya mestilah… Armand tiga suku anak cikgu tu!” Najwa memberi amaran. Hampir tersedak Laila ketika dia sedang meneguk air sirapnya. Diam-diam, tangannya mengetip rusuk kiri Najwa. Najwa menjerit kesakitan
         “Eh, budak ni! Pandai pulak dia alih soalan! Darren dua pupu saya tu, memang betul-betul minat pada awak, tahu tak!” Iskandar tak mudah mengalah.
         “Alah ustaz ni, macam budak kecil! Itu pun nak marah! Entah apa-apa entah!” Najwa terus-terusan membebel. Iskandar menepuk dahi. Bukan aku yang kenakan diorang… tapi Najwa yang kenakan aku balik! Hatinya menjerit.
         Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang asyik mengintip perlakuan mereka dari jauh. Ohh, kau berdua main mata ya, nanti kau! Kutuknya di dalam hati.


JAM 2 PETANG

SELESAI saja mengaminkan doa, Iskandar masih sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk calon-calon SPM.
         “Ingat, jangan buat sesuatu yang boleh merosakkan diri anda dan nama sekolah. Jangan nak minta-minta jawapan dari orang lain. Mata tu jangan nak pandang kertas jawapan kawan-kawan. Sekali tertangkap, teruk awak nanti. Faham?” masing-masing mengangguk faham.
         “Dan lagi satu, jangan lupa untuk baca bismillah setiap kali untuk melakukan apa saja. Nak ambil pensel ke, nak baca soalan ke, apa ke… mulakan saja dengan bismillah. Mudah-mudahan, dirahmati-NYA. Oklah. Saya malas nak nasihat banyak-banyak. Sekarang, awak boleh bersurai. Sekian, terima kasih.” Iskandar mengundurkan diri.
         Semua para pelajar segera mengerumun ke tangga. Oleh kerana situasi di tangga terlalu sesak, Laila, Najwa dan beberapa lagi rakan seperjuangan mereka menunggu di tepi koridor. Iskandar mendekati Laila dan Najwa.
         “Sayang, Najwa… all the best. Ingat apa yang saya pesan tadi. Assalamualaikum.” Iskandar memberi kata-kata semangat dengan nada berbisik sebelum menapak menuju ke bilik guru.
         Laila sudah terkedu. Dia meliarkan matanya ke sekeliling. Najwa juga begitu. Nasib baiklah mereka berdiri jauh sedikit dari para pelajar lain. Jika tidak, huh… haru satu sekolah. The best couple of the year… Iskandar Zulkarnain with his beloved lady, Laila Mohd Lazim!

“MACAM mana dengan peperiksaan kamu? Ok?” soal Mak Munah ketika dia dan Laila minum petang di beranda. Suaminya, Mohd Lazim sedang meninjau kebun mereka di belakang. Tiga hari lagi, dia akan memandu lori ke Perlis untuk menghantar barang.
         “Oklah mak. Tek tension sangat.” Sambil itu, Laila menyelak sedikit nota kecil subjek Sejarah. Esok, 25 November, dia akan menghadapi subjek Sejarah kertas 1 dan kertas 2.
         “Ustaz kamu macam mana? Bila nak meminang kamu?” soalan Mak Munah menyebabkan Laila tersedak ketika menghirup teh o panasnya. Terbatuk-batuk Laila.
         “Mak ni, kenapa cakap macam tu?” soal Laila lagi sambil terbatuk-batuk. Mak Munah hanya tersenyum.
         Saja nak tanya. Tak salah kan?” Mak Munah membela dirinya. Laila mencebikkan bibirnya.
         “Salah tu memanglah tidak. Tapi mak tengoklah keadaan dulu. Nasib baik Laila tengah minum air, Cuma tersedak saja. Kalau masa tengah makan mak tanya, lepas tu Laila tercekik, macam mana? Dahlah Laila sorang saja anak mak.” Laila membebel.
         “Yalah anakku.” Jawab Mak Munah dengan sengihannya. Matanya meliar ke sana-sini. “Manalah ayah kau ni, Laila. Takkanlah tak habis-habis tengok kebun kat belakang sana tu?” bebel Mak Munah. Tak lama kemudian, Mohd Lazim muncul di tepi tangga sambil mengelap peluhnya dengan tuala good morning yang disangkutkan di leher.
         “Munah, banyak pisang kat belakang yang dah dimasak.” Ujar Mohd Lazim sambil duduk di anak tangga untuk menghilangkan penat.
         “Oh. Tu lah sebabnya abang lama sangat kat belakang tadi?” tanya Mak Munah. Mohad Lazim menggeleng.
         “Tadi ada ular hitam kat kebun kita tu. Kebetulan, nasib baiklah ada Haji Mail dengan Abu Pisang Salai. Diorang tolong abang usir ular hitam tu. Entah sejak bila pulak ular pandai masuk kat kebun tu. Awak kemas ke tidak kebun tu hari-hari?” soal Mohd Lazim kepada isterinya.
         “Apa pulak tak kemas? Hari-hari saya kemas. Depan , belakang, kiri, kanan, atas, bawah… semua saya kemas.” Mak Munah membela dirinya.
         Laila turun ke anak tangga sambil membawa secawan teh o panas dan diletakkan di sebelah ayahnya. Laila duduk di anak tangga bawah sedikit dari ayahnya.
         “Banyak ke pisang yang dah masak tu, ayah?” soal Laila. Mohd Lazim mengangguk. Laila tersenyum sambil memandang Mak Munah yang masih duduk di beranda.
         “Ayah ada letak dua tiga tandan kat tepi pintu dapur tu. Yang lain-lain, ayah jualkan saja pada abang Abu Pisang Salai kau tu.” Jawab Mohd Lazim. Laila mengangguk-angguk faham. Abu Pisang Salai atau nama sebenarnya Abu Anas adalah anak kepada sepupu Mak Munah. Bermakna, dia adalah dua pupu kepada Laila.
         “Tak kisahlah bang. Lagipun, banyak-banyak, siapa nak makan? Kita ni, bertiga aje. Eloklah kalau abang jual pada si Abu tu! Kalau tak nanti sayang, busuk. Tak boleh nak buat makan lagi.” Balas Mak Munah.
         Mohd Lazim menghirup sedikit air teh yang dibawa oleh anak tunggalnya.
         “Siapa yang buat air teh ni, Munah?” soalnya. Mak Munah tersenyum meleret.
         “Siapa lagi kalau bukan anak dara awak yang sorang tu.” Jawab Mak Munah. Mohd Lazim sudah tersengih sambil memandang anaknya.
         “Patutlah masin semacam. Berapa senduk garam Laila bubuh dalam ni?” usiknya. Laila membulatkan biji matanya.
         “Ayah! Apa ni, mana ada Laila letak garam dalam tu? Ayah ni dah tak tahu rasa manis, rasa masin ke?” Laila membela diri. Kedengaran tawa Mak Munah dari beranda.
         “Munah, abang ada terfikir sesuatu. Agaknya bila dia dah kahwin Iskandar nanti, mahu terkena darah tinggi menantu kita tu. Mana tidaknya, hari-hari mminum air masin!” Mohd Lazim tidak habis-habis mengusik anaknya. Mak Munah terus tertawa bagai hilaian Pontianak apabila mendengar usikan suaminya itu.
         “Ayah dengan mak sama saja dua kali lima. Malaslah Laila nak layan. Masuk dalam, baca buku lagi bagus.” Laila pura-pura merajuk namun dari tadi dia memang berniat untuk membaca buku di dalam biliknya. 

TAMAT saja peperiksaan Matematik kertas 2 pada jam 12.30 tengah hari, Laila dan najwa bergegas menapak ke bilik guru untuk berjumpa dengan Iskandar. Setelah tiba, mereka melihat Iskandar sedang membaca novel Siri Pahlawan Islam edisi jimat keluaran PTS yang bertajuk Tariq Penakluk Andalusia. Mereka terus saja memberi salam. Setelah menjawab salam kedua-dua anak muridnya, Iskandar menjemput mereka duduk di hadapannya.
         Laila memandang buku-buku di atas meja. Buku yang sama seperti di tangan Iskandar. Cuma berlainan tajuk. Salahudin Ayubi Penakluk Jurusalem dan Khalid Al Walid Pemburu Syahid.
         “Macam mana dengan exam tadi?” soal Iskandar sambil menutup novel Siri Pahlawan Islam yang dibacanya. Dia membetulkan duduknya di kerusi rotan itu.
         Laila dan Najwa tersenyum. “Oklah. Tak susah sangat. Biasa-biasa saja.” Jawab Laila.
         Iskandar mengangguk faham. “Jadi, kamu datang ni, nak apa?” soalnya. Dua sahabat karib itu saling berpandangan.
         “Kami nak tanya, kalau-kalau ustaz tahu apa yang keluar dalam paper besok?” jawab Najwa.
         “Apa yang awak belajar, itulah yang keluar! Takkanlah awak belajar agama, tiba-tiba keluar soalan Sejarah Sepanyol pulak?” balas Iskandar dengan selamba. Najwa dan Laila sudah mengetap bibir kerana terlalu geram dengan jawapan guru kelas mereka.
         “Eh ustaz ni, kami tanya betul-betul… dia main-main pulak! Yalah, maksud kami, topik apa yang ustaz ramalkan akan keluar esok?” Najwa membetulkan ayatnya.
         “Oh, katalah. Entahlah, saya jangkakan mungkin bab perkahwinan banyak keluar rasanya.” Ringkas jawapan Iskandar.
         “Tapi, awak jangan percaya cakap sya seratus peratus. Saya menjangkakan macam tu sebab saya dah teliti kertas soalan dua tahun lepas. Bab perkahwinan langsung tak keluar. Awak baca sajalah. Ok?” tambahnya lagi. Najwa dan Laila mengangguk faham. Lekas mereka bangun. Iskandar memandang mereka.
         “Hai, sekejap saja?” Tanya Iskandar dalam keadaan hairan.
         “Ha’ah. Kitaorang Cuma nak Tanya itu saja.” Jawab Laila. Iskandar tergelak halus.
         “Duduklah dulu berbual-bual dengan saya.” Mereka kembali duduk.
         “Ustaz nak berbual apa dengan kami?” soal Najwa. Iskandar tersengih.
         “Ok, apa kata kita bincang pasal paper agama esok, nak?” Iskandar memberi cadangan. Mereka berdua mengangguk setuju.
         “Kita mulakan dengan… macam mana nak jawab soalan dengan betul.” Laila memberikan cadangan. Iskandar mengangguk setuju.
         “Jawapan yang ringkas, tetapi padat dan menepati soalan.” Tambah Najwa. Laila dan Iskandar mengangguk setuju.
         “Okey, macam ni. Kalau nak buat jawapan, tak payahlah nak panjang-panjang macam karangan. Contohnya kalau soalan tu nak rukun-rukun nikah. Awak tak payahlah jawab dalam bentuk karangan. Awak cuma tulis rukun nikah adalah… kemudian buat dua titik atas bawah. Lepas tu buat pula dalam bentuk point apa rukun-rukun tersebut. Faham?” Iskandar memberikan tips.
         Lepas tu, kalau satu soalan tu awak tak dapat jawab, jawab soalan lain dulu. Tinggalkan tempat kosong untuk tulis jawapan nanti. Pastikan setiap soalan tu satu muka surat. Lainlah kalau tak cukup, barulah boleh dua muka surat. Bila dah habis jawab semua soalan, semak semula kertas jawapan awak. Manalah tahu kalau-kalau ada yang awak tertinggal jawapannya. Bila dah betul-betul semak dan dah pastikan semua jawapan sudah ditulis, tutup kertas jawapan dan ucap…” Iskandar sengaja menggantungkan ayatnya.
         “Alhamdulillah.” Sambung Laila dan Najwa. Iskandar mengangguk, tanda jawapan mereka adalah betul.
         “Lagi satu, kalau salah jangan guna liquid. Kalau tak nanti awak akan lupa. Sementara awak nak tunggu benda tu kering, mesti awak  jawab soalan lain dulu kan?” ujar Iskandar. Laila dan Najwa mengangguk setuju.
         “Macam mana kalau tiba-tiba awak terlupa? Mesti awak menyesal kalau teringat balik kan? Cara yang terbaik dan selamat, potong saja perkataan yang salah dan tulis di sebelahnya. Ok?” kedua-dua anak muridnya mengangguk faham.
         “Ok, terima kasih ustaz sebab sudi memberikan kami tips untuk menjawab soalan degan betul.” Ujar Laila. Iskandar mengangguk lagi. Laila dan Najwa mula bangun dan mengambil beg yang diletakkan di sebuah kusyen rotan one seat.
         “kami pula dulu ustaz. Assalamualaikum.”
         “Waalaikumsalam.” Iskandar menjawab salam kedua-dua anak muridnya.

VILLA JANNAH

ISKANDAR menunaikan solat hajat, memohon agar ALLAH SWT menenangkan hati para pelajarnya untuk menghadapi kertas Pendidikan Islam pada keesokan hari. Sejak pelajar tingkatan 5 mula menduduki peperiksaan, setiap malam dia bersolat hajat agar kesemua anak muridnya mendapat ketenangan sebelum menjawab peperiksaan.

LAILA dan Najwa berada di rumah masing-masing. Mereka seboleh mungkin menjawab soalan-soalan SPM tahun-tahun sudah yang difotostat. Sambil menjawab soalan, mereka menghafal. Mengulangkaji dengan cara begini adalah lebihn mudah dari menghafal.
        

No comments:

Post a Comment