REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 19 September 2011

LLP 1

LIKU-LIKU PERASAAN 1

KAMPUNG HANG TUAH,
MELAKA

FAIRUZ mempercepatkan ngauman keretanya. Dia perlu berkejar masa untuk berjumpa dengan teman wanitanya, Isya. Dia sudah berjanji  untuk keluar bersama jam 1.00 tengah hari. Kini, sudah jam 1.45 tengah hari. Alamak, memang dia sembur aku lah ni! Bentaknya dalam hati. Sudahlah Jumaat lepas, aku lupa nak teman dia pergi Mid Valley. Hari ni pulak, aku lambat!

AMIRAH sedang mengayuh basikalnya. Seperti yang selalu dipesan oleh ayahnya, dia mengayuh di tepi jalan saja. Tiba-tiba sebuah kereta Kancil keluar dari simpang dan melanggar basikalnya. Akibatnya, dia terjatuh. Fairuz keluar dari kereta dengan kelam-kabut. YA ALLAH, siapalah yang aku langgar ni? Pantas dia memberhentikan kereta dan menuju ke basikal yang dilanggarnya tadi.
"Adik tak apa-apa ke?" soal Fairuz yang kerisauan. Amirah hanya menggeleng sambil menundukkan kepalanya. Alamak, kaki dia berdarah pulak! Jerit Fairuz dalam hati. Dengan rasa penuh tanggungjawab, dia mahu memapah Amirah masuk ke dalam kereta. Dia akan membawa perempuan itu ke hospital.
"Adik, sabar sikit ya? Abang bawa pergi hospital." Fairuz cuba mendukung perempuan itu tapi Amirah segera menolak tubuhnya.
"Tak payahlah. Lagipun, bukannya teruk sangat saya kena." Amirah memberi alasan.
"Tapi..."
"Tak apa. Tak payah." Dengan susah payah, Amirah bangun. Fairuz cuba membantu Amirah berdiri. Bila melihatkan wajah Amirah yang putih gebu itu, dia mula terpikat. Anak mata Amirah yang berwarna hijau ala-ala Spanish eyes  itu ditatap lama. YA ALLAH, cantiknya dia! Pujinya dalam hati. Direnung lagi wajah yang penuh keaslian itu. Hampir meleleh air liurnya kerana mulutnya asyik menganga!
"Rumah adik kat mana?" soal Fairuz. "Kat sebelah masjid." Jawab Amirah perlahan.

FAIRUZ mendukung Amirah sehingga di depan rumahnya. Pada mulanya, Amirah membantah. Namun, bila Fairuz berkata yang dia bersalah sepenuhnya, mahu tidak mahu dia terpaksa membiarkan lelaki itu mendukungnya. Tiba di pintu pagar, Amirah segera meminta Fairuz menurunkannya. Dia segera menekan suis loceng. Azwan keluar. Dia nampak terkejut.
"Apa kau buat kat adik aku?" soal Azwan. Tangannya pantas membuka pintu pagar. Dia memapah adiknya duduk di kerusi batu berdekatan dengan kolam ikan.
"Aku nak cepat sangat tadi. Aku tak perasan dia tengah bawa basikal. Jadi, aku pun terlanggarlah dia." Jawab Fairuz. "Itu, adik saudara kau eh?" soal Fairuz setelah orang gaji Azwan, Wani memapah Amirah masuk. Azwan merenung Fairuz
"Kau ni, nak kata pekak, tidak! Penat aku cakap dia adik aku tadi. Kau tak dengarkah?" sindir Azwan. Fairuz hanya tersengih saja.
"Lawalah adik kau. Boleh aku pikat?" ada hajat dalam gurau Fairuz. Azwan menjeling. "Mulalah tu nak jadi buaya!" tempelaknya lagi sambil tergelak.
Sejak itu, Fairuz mula rapat dengan Amirah. Dia sudah tidak menghiraukan teman-teman wanitanya yang lain. Isya, Sanda, Yani... Jika mereka nak cari teman lelaki lain, dia tidak kisah. Misinya sekarang, dia mahu adik kedua Azwan ini masuk dalam umpannya!

FAIRUZ hanya memandang rumah banglo ayahnya yang berwarna kuning keemasan dari taman air terjun di sebuah sudut di halaman rumahnya. Dia hanya tersenyum-senyum sendiri mengenang pertemuan pertamanya dengan Amirah beberapa bulan lepas.
Setelah puas mengelamun, Fairuz mencapai surat khabar Utusan di atas meja batu dan mula membaca. Tiba-tiba, ada orang memberi salam. Fairuz menjawab salam. Seorang lelaki bertali leher dan bersut coklat cair terpacak di pintu pagar.
“Encik nak cari siapa?” Soal Fairuz kepada lelaki itu sambil menekan alat kawalan jauh untuk membuka pintu.
“Datuk Sharriff.” kata lelaki itu sambil tersenyum. Fairuz menjemput lelaki itu masuk dan duduk seketika. Dia terus ke dapur. Meminta Kak Siti membuat air jus oren. Beberapa saat kemudian, Kak Siti yang menatang sedulang jag air dan dua biji gelas keluar dari dapur bersama Fairuz.
“Minumlah. Lebih kurang pukul 12.00 kejap lagi, ayah saya baliklah.” Kata Fairuz. Dia cuba beramah mesra dengan lelaki tersebut. YA ALLAH, dari tadi orang tu datang, aku tak tanya langsung nama dia! Fairuz menepuk dahi.
“Siapa nama encik?” Soal Fairuz. Lelaki itu tersenyum.
“Rashid. Datuk Rashid Haji Saddam.”
“Saya minta maaf Datuk. Dari tadi, saya hanya panggil Datuk encik saja.” Fairuz memohon maaf.
“Tak mengapa. Pakcik juga yang salah. Pakcik tak beritahu nama pakcik.” Kata Datuk Rashid.


SEBUAH Proton Wira biru menarik perhatian mereka berdua. Datuk Tuan Sharriff keluar dari kereta. Dia ternampak sebuah kereta BMW berwarna perak tersadai di halaman rumahnya. Macam pernah tengok aje kereta BMW ni?
              Dia membuka kasut kulit hitamnya dan terus masuk rumah. YA ALLAH, Rashid datang!
               “Assalamualaikum Rashid. Kenapa nak datang tak beritahu aku?” Soal Datuk Tuan  Sharriff yang telah duduk di kerusi antik berwarna merah hati. Dia bersalaman dengan rakan karibnya itu. Fairuz bangun dan terus naik ke atas.
              “Aku saja nak kejutkan kau. Aku datang ni ada hal nak dibincangkan dengan kau.” Kata Datuk Rashid.
              “Hal apa?” Soal Datuk Tuan Sharriff selepas Siti mengambil briefcasenya.
              “Aku dengar kau ada anak yang ambil business admin? Betul ke?” Datuk Tuan Sharriff mengangguk.
              “Dia tengah cuti semester. Kenapa?”
              “Aku sebenarnya ada lima anak syarikat. Aku dah bosan nak bisnes aje,” keluh Datuk Rashid.
              "Bagilah pada anak-anak kau." Datuk Rashid menggeleng. "Aku mana ada anak."
"Anak angkat kau?"
"Aku tinggalkan syarikat pelancongan dengan HQ Sinar Holdings pada dia aje. Aku nak bersara dari berniaga. Harta banyak-banyak pun buat apa? Entah-entah, sampai sepuluh keturunan pun, duit aku tu tak habis makan."
“Jadi, apa kena-mengenanya dengan anak aku?”
“Aku ingat nak suruh anak kau tu bangunkan kelima-lima syarikat. Tak kira dia nak buat perniagaan apa sekalipun. Aku sediakan modalnya. Kalau semua syarikat tu berjaya, aku hadiahkan semuanya pada dia bila dia habis belajar nanti. Lagipun, dia fresh graduate. Mesti kalau keluar universiti, nak cari kerja.” Kata Datuk Rashid. Beliau merupakan salah seorang orang terkaya yang terkenal di selatan negara ini. Datuk Tuan Sharriff terkejut. Takkanlah si Sham nak bangunkan lima syarikat sekali gus?
“Semua tu kau nak bagi anak aku?” Soal Datuk Tuan Sharriff. Datuk Rashid mengangguk. Datuk Tuan Sharriff memanggil Fairuz. Fairuz turun dari tingkat atas dengan pantas.
“Ada apa ayah?” Soal Fairuz. Depan tetamu, dia melayan ayahnya dengan baik. Cuma di belakang,...
“Ni, orang ni nak kau bangunkan lima anak syarikatnya.” Fairuz terkejut. Gilakah orang tua ni? Seorang ahli perniagaan yang dah master dalam perniagaan pun kadang-kadang susah nak uruskan sebuah syarikat, inikan pulak aku yang dah nak habis belajar? Fairuz menelan air liurnya.
“Datuk Rashid, saya rasa macam nilah. Sebenarnya saya ada empat orang kawan lagi. Kami ambil jurusan yang sama. Memang tak dinafikan ayah mereka ada syarikat masing-masing. Tapi kami nak berdikari bila dah habis belajar nanti. Saya rasa, baik Datuk berikan syarikat Datuk tu sorang satu pada kami. Macam mana? Kalau nak harapkan saya yang administer semua tu, jawabnya memang sampai Datuk habis nyawa pun tak maju syarikat-syarikat tu.” Fairuz memberikan buah fikirannya. Datuk Rashid kelihatan terangguk-angguk. Dia tersenyum dan memandang Fairuz.
“Kalau macam tu, saya nak jumpa kawan-kawan awak tu. Awak tentukan tempatnya. Bila dah pastikan semuanya berjalan lancar, telefon saya. Ayah awak ada nombor saya.” Kata Datuk Rashid sambil bangun. Fairuz mengangguk.
“Dan lagi satu.” Datuk Rashid memandang Fairuz. “Don’t call me Datuk. I feel like I have a grandchild but I haven’t. Just call me, uncle. Uncle Rashid.” Katanya sambil tersenyum.


 RESTORAN SRI PERCIK,
MALIM, MELAKA

“MANA pulak si Wan dengan Fairuz ni? Tadi masa telefon, ye ye o aje cakap pukul 5.00 tunggu kat sini. Sekarang ni, bayang-bayang dia pun tak nampak!” Kata Tajuddin kepada Sharraffuddin dan Firdauz setelah memesan minuman. Sharraffuddin memandang Tajuddin dengan senyuman.
“Kau ni apahal? Tersenyum-senyum tak tentu pasal ni?” Soal Tajuddin.
“Kau jangan marah-marah. Nanti tak dapat kahwin dengan adik dia, padan muka kau! Putih biji mata kau nanti!” Sharraffuddin berjenaka. Pada mulanya muka Tajuddin merah padam tapi akhirnya dia tergelak juga.
 “Wah, bukan main suka lagi kau bila si Sharaf usik macam tu.” Kata Firdauz. Tajuddin tersenyum lagi. Mereka bertiga tergelak. Sharraffuddin melihat jam tangannya. Dah jam 5.15 petang. Kenapa mereka tak sampai lagi?
“Eh, berapa punya lama nak tunggu dia orang lah?” Kata Sharraffuddin seperti meniru gaya Do Re Mi dalam filem Nasib Do Re Mi.
“Alah, kejap-kejap lagi sampailah dia orang tu.” Tak sampai 30 saat Firdauz berkata-kata, sebuah kereta Kancil EX 850 dan sebuah kereta Waja 1.8 yang kedua-duanya berwarna perak diletakkan di hadapan restoran.
“Haa, itupun mereka!” Jerit Firdauz kepada rakan-rakannya.
“Wei, bukan main lagi kawan kau yang sorang tu jalan dengan adik kau. Takde pulak kau marah.” Usik Sharraffuddin apabila Azwan tiba di meja yang rakan-rakannya duduk. Azwan tersengih mendengar celoteh Sharraffuddin.
“Saja aku nak bagi Hisham peluang. Pasal tulah adik aku tak terima Shafiq masa Mak Long aku nak tunangkan dia dengan si Shafiq sengal tu. Kau tahu-tahu ajelah sepupu aku yang sorang tu. Dia tu lurus macam pembaris! Bila datang rumah aku aje, asyik-asyik tanya si Iqa. Adik aku pun dah naik muak dah dengan dia. Tapi kalau masa dia datang si Fairuz ada, tak berani dia nak berbual dengan adik aku. Nak pandang adik aku walau sekejap pun tak berani. Kau tahu-tahulah, si Fairuz  kalau pandang orang yang dia benci macam mana? Semacam aje.” Cerita Azwan.sekali-sekali, ceritanya diselangi gelak tawanya.
“Kau mengumpat aku ye?” Soal Fairuz apabila dia dan Amirah tiba. Amirah duduk di antara Azwan dan Fairuz tetapi jaraknya jauh sedikit.
              “Hah, apa kerja yang kau nak ceritakan tu?” Soal Firdauz seperti tidak sabar. Azwan memandangnya.
“Kau ni Fir. Bagilah bakal adik ipar aku tu pesan air dan makanan dulu. Bukannya dia nak tipu kita. Dia kawan kita. Kalau dia tipu kita, tak dapatlah si Tajuddin nak kahwin dengan adik dia!” Fairuz tersengih sambil memandang Amirah. Mereka tersenyum serentak. Yang lain ketawa terbahak-bahak.


“TENGAH HARI tadi, kawan lama ayah aku datang. Katanya, dia ada lima anak syarikat. Lepas tu, dia minta aku uruskan kelima-lima anak syarikat tu.” Fairuz memulakan cerita. Kawan-kawannya terkejut.
“Semua tu?” Soal Azwan. Fairuz mengangguk. Tajuddin yang membatu dari tadi akhirnya bersuara.
“Okey, macam ni. Kalau ada syarikat tapi takde pekerja, tak guna jugak.” Yang lain mengangguk tanda setuju.
“Maksud kau?” Soal Fairuz.
“Pekerja macam mana?Takkan kita nak cari? Takkan kita yang nak bayar gaji mereka? Kita ni nama aje anak orang kaya tapi taklah sekaya mana pun.” Sambung Tajuddin.
“Cerita sebenarnya macam ni. Pak cik tu kata, dia tak kisah kalau kita nak buat apa perniagaan sekalipun. Dia sediakan modalnya. Pekerja memang dah ada. Gaji pekerja, dia yang bayar.” Tambah Fairuz.
      “Aku tak faham. Macam mana tu?” Soal Azwan. Fairuz memandang Azwan.
“Maksud aku macam ni. Apa yang aku dengar, dia malas nak bisnes lagi. Tu yang dia nak kasi semua anak syarikat pada kita. Lagipun katanya, semnua Pengurus Besar dalam setiap syarikat dia tu dah kaut untung dan tinggalkan bisnes tu.” Terang Fairuz.
“Oh, macam tu! Jadi, maknanya, orang ni suruh kita ambil bisnes dia sebab dia malas nak bisnes lagi dan sebab para pekerja dia dah tipu dia?” Tajuddin meringkaskan berdasarkan kepada cerita Fairuz. Fairuz mengangguk.
“Setuju tak kalau kita administer sorang satu syarikat tu?” Sharraffuddin mencelah. Semuanya mengangguk.
“Iqa, nanti kau jangan risau tau,” tiba-tiba Azwan menyakat adiknya. Amirah memandang Azwan.
“Risau apa?” Soalnya. Azwan  tersenyum. Nak menyakat oranglah kalau tersenyum macam tu!
“Nanti bila kau kahwin dengan Hisham, hidup kau taklah melarat. Sebab, nanti dia jadi usahawan yang terkaya dan termuda. Jangan cemburu kalau dia ada ramai awek yang tak cukup kain.” Azwan berkata dengan selamba.
Eee…mengada-ngada pulak dia ni! Amirah mecubit paha Azwan dia bawah meja.
“Auuu…..sakitlah! kau tengok ni Sham makwe kau ni, dia punya cubit macam kena gigit dengan semut api!” Merah padam muka Amirah. Fairuz ketawa terbahak-bahak kerana tidak tahan dengan kerenah dua beradik itu.

No comments:

Post a Comment