REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 20 June 2011

WUC 21

WAKE UP CALL 21

HARi ini, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah akan pulang ke tanah air. Mereka dijangka tiba pada jam 10 pagi. Fahem memandu Honda Freed menuju ke KLIA. Fateeha, Zariff dan Syazwan Afiq turut mengikutnya menjemput orang tua mereka.
            Urusan kenduri diserahkan kepadaPak Razak dan Mak Kiah. Fahem tahu, mereka akan menguruskannya dengan baik sekali. Ketika membaca Yasin pada Hari Khamis malam Jumaat kelmarin di surau, Fahem telah menjemput ahli-ahli surau termasuk bilal dan imam untuk membacakan doa selamat selepas waktu Zohor.
            Tepat jam 9.45 pagi, mereka tiba di KLIA. Setelah memarkir kereta, mereka terus ke balai menunggu. Syazwan Afiq sudah lentok dibahu Fateeha. Zariff pula asyik leka bermain Play Station (PS2).fahem memandang sekali lagi jam yang tersangkut pada tangan kirinya.
            “Mana daddy dengan mummy ni? Lambatnya!” luah Fahem. Fateeha menjeling. Sudah ramai jemaah haji yang muncul namun kelibat kedua orang tuanya masih tidak kelihatan.
            “Sabarlah, kejap lagi ten... haa! Itupun daddy dengan mummy!” jerit Fateeha dengan gembira. Fahem menoleh ke hadapan. Serta-merta, dia dan Zariff mendapatkan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah. Fateeha hanya menunggu di tempat duduknya sambil tersenyum.
            “Apa khabar anak-anak daddy semua?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sambil mencium dahi dan pipi anak-anaknya seorang demi seorang. Kemudian, dia mendukung Syazwan Afiq. Ditampar lembut pipi anak kecilnya itu.
            “Assalamualaikum anak daddy. Apa khabar?” soalnya setelah melihat anaknya terpisat-pisat sambil menggosok biji matanya. Bila terpandang saja wajah suci daddynya...
            “Daddy! Afiq rindu sangat pada daddy dengan mummy. Daddy pergi mana?” soal si anak sambil memeluk leher ayahnya, untuk melepaskan rindu.
            Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mencium ubun-ubun anaknya yang berusia empat tahun itu sambil tersenyum.
            “Daddy pergi haji, itu perintah ALLAH.” Jawabnya sambil tersenyum.
            Afiq dilihat sedang berfikir seketika. “Gambar yang daddy dengan mummy tunjuk pada Afiq tu?” soalnya merujuk kepada sebuah gambar Kaabah yang digantung di dalam musollah atau bilik sembahyang. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk mengiakan. Fahem, Fateeha, Zariff dan Puan Sri Sharifah hanya tersenyum melihat ulah si kecil.
            “Marilah. Nanti takut lambat pulak tiba di Melaka.” Ujar Fahem. Tanpa belengah, dia menolak troli yang memuatkan barang kedua orang tuanya.
            “Daddy tunggu sini dengan yang lain. Biar Fahem ambil kereta.” Sambungnya setelah keluar dari pintu utama. Mereka mengangguk akur.
            Tidak lama kemudian, Fahem muncul. Dia membuka bonet kereta dan memasukkan barang-barang dari dalam troli. Setelah memastikan semuanya masuk, Fahem menekan pedal minyak, meninggalkan kawasan KLIA.

“SYARIKAT macam mana?” itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddinsebaik sahaja Fahem melepasi kawasan KLIA.
            Fahem terkulat-kulat seketika namun dia mempamerkan sikap tenang.
            “Syarikat ok saja daddy. Tak ada masalah.” Jawabnya.
            “Kilang pula macam mana, Fateeha?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin kepada anak keduanya. Pengurusan kilang diserahkan seratus peratus kepada Fateeha. Sejak dia melantik anaknya itu sebagai Pengurus Besar Izzuddin Supllier Factory, output yang dihasilkan sentiasa siap lebih awal dari jangkaan.
            “Ok daddy. Cuma hari tu, Encik Ismail Kasnan cedera.” Jawab Fateeha. Dia perlu memberitahu hak tersebut kepada daddynya.
            “Cedera? Tangan dia terkena mesin ke?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangak.
            “Ha’ah. Terkena mesin kayu. Masa tu, dia tengah tolak kayu tu kedalam mesin pelican kayu. Lepas tu, entah macam mana, dia tertolak dengan tangan dia sekali. Putus ibu jari dengan jari telunjuk dia.” Fateeha bercerita. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengerutkan dahi seketika.
            “Habis tu, kamu hantarkan dia ke panel kita?” soalnya lagi, ingin cepat tahu.
            “Ya, daddy. Fateeha arahkan Samad denagn Meon hantar guna kereta Fateeha. Kebetulan masa tu, Fateeha tenagh buat alwatan pemantauan di kilang.” Tambah Fateeha.
            “Kamu bagi dia MC tak?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin lagi.
            “Bagi. Fateeha memang nak bagi dia cuti sampai dia sembuh. Tapi dia kata, dia nak cuti seminggu saja. Kata dia, kalau tak boleh buat kerja berat-berat, dia boleh buat kerja pejabat. Mula-mula Fateeha tak nak bagi tapi dia berkeras jugak nak kerja. Fateeha ikut akjelah.”
            “Abang Mail tu kuat kerja daddy. Ada satu hari tu, dia tak sihat. Fahem suruhlah dia ambil cuti sebab Fahem tengok dia macam tak larat aje. Tapi dia degil. Nak jugak buat kerja. Akhirnya, Fahem ikut ajelah cakap dia.” Fahem menyampuk.
            Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin termenung seketika. “Itulah, daddy dah lama jugak terfikir nak jadikan dia supervisor bila Haji Mahmud bersara hujung tahun ni. Pembantu Supervisor yang ada, daddy ingat nak tnurunkan pangkat. Dulu, banyak pekerja kilang mengadu pada daddy, mereka kata Sani tu asyik nak marah-marah saja. Diorang berehat lima minit nak teguk air pun kena marah jugak. Haji Mahmud tu, tak ada apa-apa pun. Dia saja yang lebih-lebih. Daddy tak suka dengan orang yang macam tu.” Luah Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin.
            Akhirnya suasana kembali sepi selepas semuanya tidur. Bagaimanapun, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tidak merasai matanya mengantuk. Sesekali, dia menjeling anak sulungnya yang sedang memandu dengan kelajuan 180 km/j.
            Fahem pula sedang mencari-cari ayat yang sesuai untuk memulakan perbualan.
            “Kamu ni, bila nak kahwin? Umur kamu tu, lagi dua tahun dah masuk 30 tahu!” akhirnya, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membuka ruang bicara. Fahem hanya tersenyum kelat.
            “Fahem memang nak bincang hal ni dengan daddy.” Fahem memulakan langkah.
            “Bincang apa?” soal daddynya. Fahem menarik nafas sedalam yang mungkin.
“Sebenarnya, Fahem nak minta tolong dengan daddy. Tolong pinangkan Sumayyah untuk Fahem.” Jawabnya lambat-lambat. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tertawa kecil.
            “Eloklah tu. Daddy tak mahu kamu teruskan perangai tak senonoh kamu tu. Bergaul dnegan mana-mana saja permepuan yang kamu suka. Tu semua boleh mendatangkan penyakit, tahu tak! Daddy tak mahu nanti disebabkan perangai kamu tu, anak bini kamu yang jadi mangsa. Yang tanggung penyakit tu.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin berhujah. Fahem sudah terdiam. Mana daddy tahu semua ni?
            “Sebab itulah Fahem minta daddy pinangkan pinangkan SUmayyah. Fahem nak berubah. Fahem berkeinginan untuk beristeri serta mempunyai anak-anak yang comel.daddy tolong Fahem ya?” rayunya lagi.
            “Yalah. Nanti daddy dengan mummy pinangkan. Tapi, Fahem kena janji dengan daddy. Jangan ulangi perangai lama kamu tu. Boleh?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memberi syarat. Dengan senang hati, Fahem mengangguk setuju sambil tersenyum.

TEPAT jam 12.45 tengah hari, mereka tiba di rumah. Kepulangan mereka disambut oleh Hajjah Zakiah dengan senyuman yang penuh gembira. Kemudian, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mencium dahi Idris, satu-satunya adik yang dia ada. Kemudian, dia mencium tangan kakak sulungnya, Datin Zaimah. Datuk Azuddin tidak ketinggalan memeluk adik iparnya.
            Kemudian, mereka masuk ke dalam. Fahem mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta. Nizam turut membantu mana yang patut. Dia sekeluarga turut dijemput oleh Fahem untuk meraikan kepulangan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Dia juga berharap satu hari nanti dia akan menjejekkan kaki ke sana.
            “Banyak barang yang mak bapak kau beli ya.” Ujarnya. Fahem tersenyum.
            “Ya;ah. Orang balik haji. Memanglah banyak barang.” Balas Fahem.
            Fahem menarik dua buah beg roda masuk ke dalam. Nizam pula mnjinjit dua buah tong air berisi air zamzam. Zariff di belakangnya pula menjinjit sebuah beg plastic bersar berwarna hitam. Mereka berkumpul di ruang tamu.
            “Mak Kiah, tolong ambilkan sedulang gelas. Boleh kita minum air zamzam ni ramai-ramai.” Pinta Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin  kepada pembantu rumahnya. Mak Kiah mengangguk. Nur Sumayyah dan Puan Rafeah segera bangun dan membuntuti wanita tu itu untuk membantu.
            Eh, tak payahlah. Buat susah saja. Mak cik boleh buat sendiri.” Mak Kiah melarang setelah melihat Nur SUmyyah mengambil dulang di dalam cabinet.
            Nur Sumyyah tersenyum. “Tak apalah, Mak Kiah. Saya nak tolong. Kesian pulak dari tadi sya tengok Mak Kiah ke hulu ke hilir.” Ujar Nur Sumayyah.
            “Tapi...”
            “Takde tapi-tapi. Tak salah kan, kalau kami membantu?” Puan Rafeah memintas kata-kata Mak Kiah. Pembantu rumah itu akhirnya mengalah.

“MINUMLAH. Jangan malu-malu. Makanlah kacang-kacang tu.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menjemput para tetamunya. Tetamunya tidak ramai. Saudara terdekat, keluarga Nur Sumayyah, rakat-rakan karib serta jiran sekeliling.
            Para tetamu yang hadir menjamu selera dengan ole-ole yang dibawa balik dari Makkah. Sementara pasangan suami isteri itu melayan tetamu, Fahem menuju ke dapur.
            “Sumayyah, tolong Fahem. Tolong isikan kurma, kacang gajus dengan kecang cerdik dalam mangkuk plastic kecil tu.” Ujar Fahem. Nur Sumayyah mengangguk. Mak Kiah membantu Nur Sumayyah.
            Sementara itu, Fahem mengisi air zamzam kedalambekas air Apple Lady bersaiz kecil untuk disedekahkan kepada ahli-ahli surau yang dating untuk bacaan doa selamat selepas Zhohor nanti. Setelah Fahem mengisi air zamzam, Fahem membantu untuk menutup bekas air tersebut.
            Zariff dan Nizam pula menyusun air zamzam, semangkuk kecil jenis-jenis kacang dan kurma, sekotak kecil minyak attar bertulis ‘Attar Al-Raudhah’, serta sebuah kopiah hitam ke dalam beg kerta.

“TERIMA kasih banyak-bamnyak Tan Sri.” Ujar Imam Haji Hadi. Sambil berjabat tangan setelah selesai menjamu selera.. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tersenyum.
            “Sama-sama. Jawabnya. Para jemaah lain turut bersalaman dengannya sebelum pulang.
            Akhirnya yang tinggal hanyalah keluarga Encik Ghani, keluarga Tuan Mokhtar, Tan Siew Ming, emaknya, kakaknya dan suami, serta adik kesayangannya, Idris. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menoleh ke arah jam di dinding. Sudah 3.30 petang.
            “Encik Gahni, Mokh, jangan pulang dulu. Saya ada benda nak diberi. Lelaki korporat itu menahan tetamunya.
            “Barang apalagi Tan Sri? Kami dah dapat beg kertas ni, sudahlah.” Balas Encik Ghani. Dia jadi serba salah.
            Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menghulurkan sebungkus plastic merah kepada Encik Ghani.
            “Eh, apa ni Tan Sri?” Encik Ghani kebingungan. Tuan rumah itu tersenyum.
            “Ole-ole dari Makkah. Ambillah. Ni pula, untuk kau Mokh.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menghulurkan sebungkus plastic hitam kepada kawan baiknya. Tuan Mokhtar terpinga-pinga. Dia membuka plastic tersebut.
            “Apa ni, Din? Buat susah-susah saja.” Ujarnya. Di dalam plastic itu terdapat seutas tasbih, sebuah jam poket, sehelai jubah serta kopiah berawarna hitam. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tahu kawannya itu memang seorang yang menepati mas. Oleh sebab itu, dia menghadiahkan jam poket tersebut.
            “Ni untuk kamu Nizam.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menghulurkan sebuah plastic merah kepadanya.
            “Apa ni pakcik? Buat susah saja.” NIzam seperti berat hati untk menerimanya. Huluran ayah kepada kawan baiknya masih tidak disambut.
            “Ambil ajelah. Kalau tak, jangan kawan dengan Fahem lagi!” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin seperti mengugut. Fahem sudha tersenyum setelah mendengar kata-kata orang tuanya. Akhirnya Nizam mengambil juga dengan ucapan terima kasih.
            Puan Sri Sharifah menghulurkan sebungkus plastic kepada Nur Sumayyah dan sebungkus lagi kepada Puan Rafeah. “Eh, apa ni Puan Sri?” Nur Sumayyah dan Puan Rafeah sambil berpandangan.
            “Ambillah. Lambat laun, kita berbesan juga. Tak gitu, Sumayyah?” usik Puan Sri Sharifah sambil menepuk paha kanan Nur Sumayyah. Bulat mata ustazah muda itu kerana terlalu terkejut.
            Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menghulurkan sebungkus plastic kepada kakaknya.
            “Dalam tu, ada baju jubah untuk kak long dengan abang long.” Ujarnya.
            “Susah-susah saja kau ni, Mad.” Datuk Azuddin membalas. Isterinya tersenyum sambil mengangguk, mengiakan kata-kata suaminya.
            “Ini untuk anak-anak daddy.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menghulurkan bungkusan plastic kepada Fahem, Zariff dan Syazwan Afiq. Puan Sri Sharifah menghulurkan sebungkus plastic kepada Fateeha.
            “Terima kasih daddy, mummy.” Ucap mereka empat beradik.
            Puan Sri Sharifah memandang emaknya, Tan Siew Ming. “Ini, baju jubah yang Pah beli khas untuk mak.” Katanya sambil menghulurkan sehelai jubah hitam berlabuci kepada emaknya. Tan Siew Ming tersenyum.
            Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memnadnag emak dan adiknya bersilih ganti. Kemudian dia mendekati mereka berdua.
            “Mak, ni pulak khas Mad beli untuk mak.” Ujarnya kepada Hajjah Zakiah sambil menghulurkan sebungkus plastic berwarna merah.
            “Dan ini... khas untuk adik kesayangan abang.” Sambung Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sambil mencium dengan penuh kasih saying dahi adik kesayangannya. Lelai berkerusi roda itu tersengih sambil mengucapkan terima kasih kepada abangnya.
            Nur Sumayyah, Encik Ghani dan Puan Rafeah yang turut berada di ruang tamu itu menjadi terharu. Terharu dengan kasih yang ditunjukkan oleh seorang abang kepada adiknya yang lumpuh. Walaupun sudah kaya, namun lelaki itu masih tetap menyayangi adiknya. Jika orang yang sudah lupa asal-usul dirinya dipanggil lupa daratan, Nur Sumayyah ingin menggelarkan tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sebagai ingat daratan.

Sunday 5 June 2011

Wake Up Call & Cinta Seorang Ustaz

Saya tahu, memang ramai para pembaca di penulisan2u menunggu kedua-dua novel ini dari saya. Jangan risau, cepat atau lambat, novel tu tetap ada dan akan dipost kpd penulisan2u. Cuma sejak kebelakangan ni saya tak dapat nak lakukan kerja-kerja itu kerana terdapat masalah yang serius yang terjadi pada pc saya. Harap para pembaca mampu bersabar. Jangan risau, novel itu tetap akan muncul. Itu yang saya berani jamin.