REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 31 December 2012

WUC 29


WAKE UP CALL 29

 

IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

 

FAHEM tergesa-gesa menyiapkan laporannya. Matanya kejap-kejap mengerling  pada jam  tangan Rolex Submariner berwarna hitam. 12.50 tengah hari! Dalam masa 10 minit, dia perlu menyiapkan laporan projek perumahan kos sederhana di Duyung untuk dibentangkan pada mesyuarat jam  tiga petang  nanti. Jam 1.00 tengah hari, dia sudah berjanji dengan Nur Sumayyah untuk mencuba baju  pengantin. Ketika dia leka menaip, interkom berbunyi.

“Ada apa Mazidah?” tangannya menyambung semula kerja-kerja yang tertangguh tadi.

“Tunang tuan, Nur Sumayyah dah tiba. “ beritahu Mazidah.

“Okey, awak suruh dia masuk ke pejabat saya sekarang.” Arah Fahem. Tak lama kemudian, pintu pejabatnya diketuk. Fahem  melaungkan arahan ‘masuk’.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Mazidah yang mempersilakannya masuk, Nur Sumayyah menutup semula pintu.

Fahem mengangkat kepala tatkala mendengar bunyi pintu ditutup. Sebuah  senyuman manis dihadiahkan khas untuk tunang tercinta.

“Sumayyah duduk dulu. Fahem nak siapkan kerja sikit saja lagi.” Nur Sumayyah  mengangguk faham. Nur Sumayyah melangkah ke sofa yang terletak bertentangan dengan meja kerja Fahem..

Nur Sumayyah memandang sekeliling ruang pejabat milik bakal suaminya. Bersih, teratur, mengikut citarasa moden.

Dia memandang pula dinding ang bertentangan dengan sofa yang didudukinya. Tergantung dengan megah gambar Yang Di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka. Gambar idola Fahem, Tun Dr. Mahathir tetap tidak ketinggalan.

Palestin Corner pada sudut kanan dinding berkenaan amat menarik perhatian  Nur Sumayyah.  Beberapa helai mafla digantung pada sudut tersebut. Beberapa tokoh pergerakan Hamas turut digantung di situ. Antaranya Sheikh Ahmad Yassin, Ismail Haniyeh dan Khaleed Mashal. Lebih membuatkan degupan jantung Nur Sumayyah kencang adalah apabila melihat gambar Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dan Fahem bersama dengan Ismail Haniyeh dan satu lagi gambar lelaki korporat itu bersama Khaled Mashal.

“Sumayyah nak tahu macam mana gambar-gambar  tu boleh wujud?” soal Fahem. Nur Sumayyah ternyata sungguh tekejut dengan soalan lelaki itu.

Fahem sudah berdiri untuk mengemas mejanya yang berselerak sedikit. “Dalam kereta, Fahem cerita.”

“Mazidah, kalau Tan Sri tanya saya ke mana, cakap saya dengan Sumayyah ke butik pengantin.”

 

“SUMAYYAH ingat tak Soleh Zahhar?” soal Fahem ketika memandu kerete Nur Sumayyah untuk ke Butik Pengantin Galore Creation yang terletak di Kota Fesyen MITC. Keretanya rosak ketika dia ingin menghidupkan enjin kereta. Oleh itu, hari ini dia menupang daddynya ke pejabat.

Nur Sumayyah segera mengingati wajah pemuda tersebut. Mana tidaknya, Soleh Zahhar dengan rela hati menjadi posmen tak bergaji antara dia dan Fahem  ketika di awal percintaan mereka.

“Kenapa dengan dia?” tanya Nur Sumayyah.

“Kenapa dengan dia?” Fahem mengulangi soalan tersebut.

“Yalah, maksud Sumayyah, apa kena mengena dia dengan gambar-gambar tadi tu?” Nur Sumayyah terus mengasak.

 

Imbas Kembali

Disember 2005

 

FAHEM pulang semula ke rumah setelah dua jam keluar.  Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin yang sedang menonton televisyen memadang wajah anaknya yang keruh itu.

“Dah makan?” soalnya. Fahem mengangguk sekali. Dia sudah makan di sebuah restoran tadi.

“Duduk dulu. Ada benda daddy nak cakap dengan kamu.” Fahem akur. Dia duduk di sebelah daddynya.

“Abaikan apa yang mummy kamu cakap tadi. Daddy sanggup bersumpah dengan Al-Quran, daddy memang tak ada perempuan lain. Buat apa daddy nak cari perempuan  lain  sedangkan  daddy dah ada mummy kamu. Mummy kamu dah cukup cantik pada mata daddy.” Fahem memandang daddynya.

“Habis tu, macam mana boleh ada kesan lipstik pada baju daddy?” soalnya lagi walaupun dia sudah tahu jawapannya.

Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin melepaskan nafas berat. “Masa daddy baru keluar dari 7 Eleven, tiba-tiba seorang perempuan langgar daddy, menyebabkan daddy dengan dia sama-sama jatuh. Masa dia jatuh, kepala dia betul-betul terkena pada dada daddy, tu yang  menyebabkan  kesan lipstik.” Jelasnya. Fahem hanya mengangguk faham dengan cerita orang tuanya.

“Oklah daddy, Fahem nak masuk tidur dulu.” Selepas menyalam  tangan daddynya, dia terus masuk ke bilik tidurnya.

 

“DADDY bagi kamu seminggu cuti. Isnin depan, mula kerja.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin ketika mereka bersarapan pagi Ahad itu. Fahem terkedu seketika mendengar arahan daddynya.

Fahem memandang wajah Mak Kiah dan Pak Razak yang sama terkejut mendengar arahan dari majikannya.

“Tapi...”

There is no objection, Fahem Izzuddin!” kata putus orang tuanya muktamad. Fahem mengeluh perlahan.

 

HARI pertama bekerja, dia malas mahu menggunakan kereta. Dia hanya menunggang motosikal  Modenas yang dibeli oleh daddynya setelah tamat SPM. Dia mengenakan jaket hitam. Jaket yang diperbuat daripada Polyester Twill itu menjadi trend masa kini. Ianya sesuai dipakai oleh lelaki atau wanita. Ia juga sesuai digunakan untuk majlis rasmi atau separa rasmi. Si pemakai akan nampak lebih bergaya dalam pelbagai urusan.

Lampu isyarat bertukar hijau. Dia mula memecut. Dia ingin ke lorong paling tepi . Tiba-tiba sebuah kancil EX 660 menghimpitnya dan menyebabkan dia terjatuh. Pemilik kancil tadi cepat-cepat berhenti di tepi dan keluar untuk melihat kecederaan pemilik motor tadi.

“Encik, encik ok ke?” soal wanita tersebut. Fahem masih lagi mendesis kesakitan. Lukanya tidaklah seteruk mana. Cuma seluruh tulangnya terasa seperti patah kerana jatuh di atas jalan tar.

Wanita itu cuba membantu Fahem  bangun namun dia menepis tangan wanita itu.

“Tak apalah, saya boleh bangun sendiri!” wanita itu mencebik. Sombongnya jantan ni! Dia menarik semula motor Fahem yang terjatuh tadi.

Dengan kasar, Fahem merampas motor yang masih dipegang oleh wanita itu. Sepantas mungkin, dia menghidupkan semula motor itu dan terus memcut laju.

“Hai, dah  accident masih boleh bawa motor laju-laju macam  pelesit?” Wanita itu hanya menggeleng perlahan. Tiba-tiba, dia perlu menghubungi seseorang untuk memberikan sebab kerana dia lambat ke tempat kerja.

 

IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

 

“KENAPA lambat?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin setelah Fahem  masuk ke pejabatnya. Dikerling seketika jam pada dinding. 8.45 pagi.

Fahem mengurut perlahan kakinya. “Tadi Fahem kemalangan. Tu yang buat lambat.”  Jawab si anak. Si ayah pula melepaskan nafas berat.

“Teruk tak motor kau tu?” soalnya dengan nada bimbang. Fahem menggeleng.

“Motor tak ada apa, tapi Fahem ni... terasa macam nak patah  semua tulang-tulang  ni.” Si ayah tergelak bagai tak ingat dunia.

“Itulah kamu, tadi daddy suruh naik kereta, tak mahu. Konon, nak ambil udara segar. Sekarang, kan dah accident!” bebel si ayah. Fahem  hanya menjeling daddynya beberapa kali. Daddy ni, tulang-tulang aku dahlah lenguh, digelak-gelakkannya pula!

Tanpa berlengah, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menekan butang interkom, menyuruh setiausahanya memanggil seseorang.

Tak lama kemudian, Mazidah muncul di pejabat orang nombor satu syarikat itu. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menghadiahkan senyuman manis untuk pekerjanya. Fahem sedang melelapkan matanya untuk seminit dua.

“Silakan duduk.” Mazidah akur pada arahan ketuanya.

“Ni, saya nak kenalkan... Tuan Fahem  Izzuddin, anak sulung saya sebagai CEO baru syarikat kita.” Terus Fahem membuka biji matanya. Tatkala dia menoleh ke kanan, Mazidah turut terpaku melihatnya.

“Awak?” kedua-duanya bertanya serentak. Ada nada terkejut dan marah dalam pertanyaan tersebut. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengerutkan dahi.

“Kamu berdua saling mengenalikah?” soalnya. Mereka berdua terpaku. Tidak tahu ingin memberi jawapan apa.

“Sebenarnya...” Mazidah ingin berterus terang.

“Dia yang langgar Fahem tadi.” Laju Fahem  memintas kata-kata wanita itu. Daddynya terkedu seketika. Mazidah hanya menundukkan wajah

Fahem menunggu reaksi orang tuanya. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tergelak.

“Nampaknya, daddy macam ada bau  nasi minyak dekat sini. Tak sangka, baru saja habis belajar, Fahem dah jumpa calon.” Fahem  memandang dengan geram daddynya. Nasib baik, dia daddy aku. Kalau tidak, memang dah kena penumbuk padu dari aku! Bentak hatinya.

“Ok, kita skip dulu hal tu. Sekarang, Mazidah akan jadi setiausaha kamu. Daddy harap, kamu akan memberi kerjasama yang baik dengan dia, memandangkan dia adalah setiausaha terbaik syarikat ni.” Dalam diam, Fahem merangka satu rancangan untuk mengenakan gadis itu setelah Mazidah melanggarnya.

 

BABY, jom kita makan. Honey laparlah. Dah tak tahan  sangat ni.” Ajak Fahem apabila jarum  jam tepat pada nombor satu. Mazidah yang sedang menulis sesuatu mengangkat kepalanya. Dia mengemas mejanya sambil menghulurkan senyuman manis untuk teman lelakinya.

Dia seperti tidak percaya, lelaki yang dilanggar itulah yang menjadi teman lelakinya kini. Lelaki yang digelar sombong itulah yang menyebabkan tidur malamnya tidak lena kini.

“Kita nak ke mana?” soal Mazidah. Pandangan matanya masih setia menjamu pemandnagan di luar.

Honey nak makan McD. Dah lama sangat rasanya tak makan McDonald. Kat Mesir, jarang dapat.” Ujar Fahem. Mazidah hanya mengangguk setuju. Dia bukanlah jenis manusia yang cerewet. Bila tengah hari, mesti makan nasi. Dia adalah jenis manusia yang tidak kisah. Asalkan, makanan tersebut halal dan boleh  mengenyangkan  perut yang lapar.

 Mereka tiba di McDonald Ayer Keroh dua puluh minit kemudian. Mereka mula menikmati makanan yang dipesan. Fahem memesan satu set  Double Cheeseburger manakala Mazidah memesan satu set Big Mac.

“Masa honey di Mesir, honey belajar di mana? Ambil bidang apa?” soal Mazidah setelah menyedut minumannya. Fahem  merenung wajah yang mula mendapat tempat di hatinya.

Honey belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Ambil bidang perniagaan.” Jawab Fahem. Sambil itu, matanya melilau memandang kawasan sekelilingnya. Pandangannya terarah pada wanita di hadapannya semula.

Baby, dulu belajar apa?” rasanya tidak adil jika hanya Mazidah tahu tentang dirinya saja sedangkan dia... tidak tahu apa-apa mengenai wanita itu.

Baby belajar di POLISAS, dalam bidang Sains Kesetiausahaan.” Fahem menganggukkan wajah  namun tiba-tiba dia mengerutkan dahi.

“POLISAS?” Fahem berfikir seketika. Oh, Politeknik Sultan Ahmad Shah.

Mazidah menjeling jam tangan pada tangan kirinya.

Honey, dah 1.45 petang. Jomlah, takut nanti lambat sampai pejabat pula.” Ajak Mazidah. Fahem mengangguk akur. Mereka segera keluar dari restoran makanan segera itu.

Ketika Fahem ingin menekan butang alarm, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari jalan. Pantas matanya terarah pada jalanraya. Dia tidak peduli siapakah penembak tersebut. Apa yang dia ingin tahu, adakah keretanya yang menjadi sasaran?

“Fahem.” Panggil Mazidah. Dia segera memandang wanita itu. Mazidah menunjukkan sesuatu dengan jari telunjuknya. Mata Fahem  mengikut arah tangan Mazidah. Terasa darahnya menyirap naik hingga ke kepala.

Shit! Celaka! Lahabau! Hawau! Siapa yang tembak kereta aku ni?” sumpahnya tidak henti-henti. Kepalanya mula bengang. Oleh kerana terlalu marah, dia menyepak-nyepak roda keretanya yang ditembak. Dia memicit-micit kepalanya yang tiba-tiba saja sakit. Beberapa orang pelanggan yang kebetulan berada di kawasan letak kereta hanya memerhati tingkah laku Fahem.

Mazidah memandang lelaki itu. “You dah telefon Tan Sri?” panggilan manja mereka, honey-baby terus hilang tatakal berhadapan dengan situasi sekarang.

Fahem tiba-tiba mengangkat kepalanya dengan wajah kelat. “I call daddy I sekarang.” Mazidah  hanya mengangguk setuju.

 

“SO, apacer dengan kereta aku?” soal Fahem kepada DSP Ahmad Ryan Haiqal. Lelaki yang dahulunya satu kelas dengannya di SMK (A) Sultan Muhammad ketika di tingkatan 3 hanya tersengih.

“Apa cerita dengan kereta kau?” ulang pegawai polis itu.

“Ceritanya begini. Kami telah mengambil sampel  peluru tu dari roda kereta kau. Kau ada musuh ke?” Fahem  segera menggeleng.

Kelihatan DSP Ryan sedang berfikir sesuatu.

“Kalau kau tak ada musuh, macam mana dia boleh tembak kereta kau?” Makin berkerut wajah Fahem.

“Mana aku tahu! Mungkin dia nak tembak kereta lain, tapi tertembak kereta aku!” Fahem  menyuarakan kemungkinannya.

DSP Ryan  berfikir seketika. Kemudian, dia menggeleng. “Sasaran mereka, memang kereta kau. Selepas kami menganalisa peluru tersebut, kami ada menemui cap jari. Hasil kajian, pemilik cap jari tersebut adalah Mark Ruben. Kau kenal siapa Mark Ruben?” soal  DSP Ryan. Fahem ingin menggeleng namun kepalanya tiba-tiba teringatkan sesuatu.

“Rambut dia perang, di leher dia ada parut panjang  ya?” soal Fahem. DSP Ryan mengangguk mengiakan.

“Macam mana boleh kenal rupa dia?” soal pegawai polis berkacukan Melayu-Sepanyol itu.

“Masa aku baru balik dari Mesir,...” Fahem mula menceritakan bagaimana dia bertemu dengan lelaki tersebut.

“Oh, begitu ceritanya. Jadi, dalam geng  kau tu... bila salah sorang ada masalah, kau akan bantu?” soal DSP Ryan. Fahem mengangguk.

“Okey, aku pergi dulu. Apa-apahal, akau akan telefon kau lagi.” Ujar DSP Ryan sebelum pergi.

Beberapa hari kemudian, Fahem  bertemu dengan DSP Ryan di sebuah restoran.

“Aku ada maklumat baru, kenapa Mark Ruben nak sangat bunuh kau.” Ujar DSP Ryan setelah menyedut sedikit jus oren yang baru dipesan. Fahem mengerutkan dahi.

“Apa dia?” soal Fahem.

“Mark Ruben sebenarnya adalah...” DSP Ryan mula menyampaikan maklumat yang diterima dari MIA.

 

 

 

Disember 2008

 

KINI, Fahem menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang cekap dan  pantas menghidu segala peluang perniagaan. Dia menjadi kebanggaan daddynya. Kebanyakan projek di bawah kendaliannya pasti menjadi. Dia turut disenangi oleh semua staf Izzuddin Supplier Holdings. Prinsipnya mudah. Ketika kerja, staf adalah pekerjanya. Ketika waktu luar pejabat, mereka boleh makan semeja walaupun di warung tepi jalan.

Satu hari, Fahem bergaduh besar dengan  daddynya. Semuanya gara-gara dia membeli  sebuah syer di sebuah resort ternama  yang hampir tenat. Pada mulanya, daddynya tidak mengetahuinya. Siapa sangka, Datuk Shafarudin yang memegang syer kedua terbesar selepas Fahem adalah  rakan kepada daddynya.

“Fahem, kamu masih baru lagi dalam dunia perniagaan ni. Kamu masih belum faham  sepak terajang dunia perniagaan zaman sekarang. Kalau kamu tak  komited betul-betul, kamu boleh tersungkur teruk. Silap-silap, muflis terus!” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin terus menasihati anaknya. Fahem mendengus kasar.

“Fahem , kamu perlukan masa untuk semua ni. Kamu takkan boleh jadi usahawan yang berjaya dan cemerlang  hanya dalam  beberapa bulan saja. Pengalaman, jatuh  tersungkur dan bangun semula akan mematangkan kamu..” si ayah tetap tidak berputus asa menasihati si anak.

“Fahem tak peduli! Sekali Fahem dah buat keputusan, Fahem  takkan berganjak! Lagipun, sampai bila Fahem nak harapkan daddy dengan mummy?” tegas si anak. Oleh kerana terlalu marah, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menampar anaknya.

Fahem terkedu. Puan Sri Sharifah yang sedang menyediakan makanan tengah hari tergamam seketika dengan tindakan drastik suaminya. Semua itu makin menguatkan teorinya bahawa suaminya mempunyai wnaita lain di luar sana.

Fahem saling bertentang mata dengan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Seketika, dia tersenyum sinis.

“Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak daddy untuk ‘buah tangan’ yang tak terhingga ini. Fahem akan ingat sampai mati.” Dengan laju, dia mendaki tangga, menuju ke biliknya. Lima belas minit kemudian,  dia turun semula sambil membawa sebuah bagasi warna hitam.

Puan Sri Sharifah yang sedang memarahi suaminya terus terdiam tatkala terpandang anak sulungnya di tangga bersama sebuah bagasi.

“Kamu nak ke mana?” soal pasangan suami isteri itu serentak.

“Fahem akan pergi. Tak tahu bila akan pulang.” Tanpa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kedua orang tuanya, Fahem terus melangkah ke pintu. Dia keluar dari rumah banglo itu dengan membawa hati yang lara.

Puan Sri Sharifah mula menangis teresak-esak. Sambil itu, tangannya bertubi-tubi menumbuk dada suaminya. “Itulah abang. Memang abang ada perempuan lain kan! Selama ni abang  tak pernah tampar anak-anak kita. Tapi abang tengok, abang tampar Fahem... dia dah lari! Mana kita nak cari dia, bang?” Puan Sri Sharifah meraung-raung bagai terkena histeria. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin hanya terkaku. YA ALLAH, apa yang aku dah lakukan pada anakku?

 

DI dalam teksi, air mata Fahem merembes tidak henti-henti. Maafkan Fahem, daddy. Fahem tek berniat untuk kurang ajar. Bisiknya dalam hati. Lagu Father and Son nyanyian Ronan Keating dan Yusuf Islam menerpa dalam kepalanya. Dia lebih suka versi nyanyian semula dari lagu asal Yusuf Islam atau Cat Steven pada tahun 1970.


It's not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,

Think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

All the times that I cried,

Keeping all the things I knew inside,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree,

But it's them

They know not me
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go.

 

 

HOW’S your flight?” soal Soleh Zahhar setelah mengambil Fahem di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo.

So tired.” jawab Fahem. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Cairo selama sepuluh jam tanpa henti amat memenatkannya. Nasib baiklah ketika tiba tadi, Soleh Zahhar sudah sedia menunggunya. Jika tidak, terpaksa dia menunggu rakannya itu dengan penat yang masih bersisa.

Soleh Zahhar yang baru saja ingin berbicara terus mematikan niatnya tatkala mendengar dengkuran halus Fahem. Lelaki warga Mesir itu menggeleng kepala. 

 

SEJAK pilihanraya umum  pada 2006 di Palestin, Fahem seperti tidak sabar-sabar untuk melihat keadaan negara itu. Adakah dengan menangnya Hamas, Palestin akan merdeka? Setiap kali selepas solat, Fahem selalu mendoakan agar dengan kemenangan Hamas, Palestin akan bebas dijajah oleh Israel dan menjadi negara yang merdeka dan bedaulat.

Kini, setelah terjadi pertengkaran hebat antara dia dan daddynya, Fahem  merasakan inilah masa terbaik untuk dia melawat Palestin. Sekurang-kurangnya untuk meredakan darah mudanya.

Setelah menempuh hampir dua belas jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Rafah.

 

 

YOUNG man, wake up. We already arrived.” Soleh mengejutkan Fahem  yang nyenyak tidur. Mereka tiba di rumah Abdul Aziz Khaleed. Mereka bertiga adalah sahabat baik ketika belajar di Mesir.

Come here. Don’t shy.” Jemput Abdul Aziz. Fahem dan Soleh mengangguk serentak.

Keadaan rumah Abdul Aziz membuatkan Fahem insaf seketika. YA ALLAH, betapa peritnya hidup mereka. Betapa mewah dan senangnya hidup aku.

Come Fahem, Soleh. Have a seat.” Ajak Abdul Aziz. Fahem dan Soleh duduk bersila. Tak lama kemudian, adik perempuan Abdul Aziz, Fatima, membawakan makanan untuk dijamah oleh tetamu mereka. Dalam diam, Fahem kagum dengan keluarga ini. Walaupun serba kekurangan, tetamu tetap dimuliakan. Itu yang membuatkan Fahem  makin kagum dengan keluarga ini.

Why you come here?” soal Abdul Aziz. Walaupun ayat Bahasa Inggerisnya tidak berapa lengkap, Fahem masih boleh faham dengan jelas kata-kata lelaki berusia 30 tahun itu.

I just want to visit my relative here.” Jawapan yang telah Fahem fikirkan  awal-awal  lagi. Soleh dan Abdul Aziz saling berpandangan. Soleh tahu hal yang sebenar, Cuma dia tidak mahu  menceritakan kepada Abdul Aziz.

 

FAHEM, Soleh dan Abdul Aziz melihat kawasan sekeliling. Sayu hati Fahem apabila melihat banyak bangunan-bangunan yang runtuh akibat bedilan rejim Zionis.

Fahem, it’s a normal sight at Gaza. I know you know that. But, we still want to fight until we win.  Jelas Abdul Aziz. Fahem mengangguk faham. Ketika mereka sedang menuju  ke sebuah sekolah, tiba-tiba bumi terasa bergegar. Jeritan di sana-sini mula kedengaran. Abdul Aziz dan Soleh berpusing semula. Fahem menurut langkah dua orang rakannya.

What happen?” soal Fahem bagai orang bodoh.

Fahem, don’t be a fool! Israel attack Gaza!” jawab Soleh.  Mereka berlari sekuat hati menuju  ke  markas rahsia milik Hamas yang tidak jauh dari situ.

 

Markas Rahsia Hamas

Gaza, Palestin

 

FAHEM sedang bersiap. Dia memandang Soleh dan Abdul Aziz yang sedang  memakai topeng hitam pada kepala masing-masing.

Ready?” soal Abdul Aziz kepada Fahem dan Soleh. Kedua-dua pemuda itu mengangguk.

Fahem membaca apa sahaja ayat suci yang patut untuk menenangkan hatinya. Maklumlah, selepas beberapa tahun tidak berjuang di Palestin, dia tiba-tiba jadi menggigigil pula.

Selama ini apabila cuti semester saja, dia sebenarnya akan ke Palestin. Biasanya dia akan membuat kerja-kerja kebajikan seperti membaikpulih hospital, sekolah, rumah dan lain-lain. Satu hari ketika dia sedang membuat kerja-kerja kebajikan, Israel melancarkan serangan. Oleh kerana perasaan geramnya pada rejim Zionis ketika itu terlalu tinggi, maka dia meminta Abdul Aziz dan Soleh agar membawanya ke markas Briged Izuddin Al-Qassam untuk berjuang bersama. Fahem tahu Abdul Aziz ada kaitan dengan Hamas manakala Soleh saling berkait dengan  Ikhwanul Muslimin di Mesir tetapi dia pandai menyimpan rahsia tersebut.

Sejak dari itu, dia mula mengikut Briged Al-Qassam  untuk bertempur dengan Israel. Biasanya, dia akan bersama-sama dengan ‘Tentera Malaikat’ itu tatkala cuti semester panjang. Apabila komander Briged Izudin Al-Qassam tahu yang dia adalah dari Malaysia, kedatangannya ke dalam pasukan komando berani mati itu amatlah dialu-alukan.  Penglibatannya ke dalam pasukan  itu adalah kerana dua sebab iaitu mahu berjuang bersama penduduk Palestin yang lain demi membebaskan Palestin, dan untuk menuntut bela atas kematian buah hatinya, Nur Sumayyah.

 

“ADA beberapa syarat yang perlu diikut sebelum menjadi komando Briged Izzuddin Al-Qassam.”  Jelas Fahem. Mereka sudah tiba di Kota Fesyen MITC. Fahem sedang mencari petak parkir yang berdekatan dengan butik tersebut.

“Apa syarat-syaratnya?” soal Nur Sumayyah ingin tahu. Fahem akhirnya mendapat parkir, betul-betul di hadapan butik tersebut.

“Syaratnya? Betul Sumayyah nak tahu?” tanya Fahem dengan serius sambil matanya galak merenung wajah kekasih hati. Nur Sumayyah mengangguk. Perlahan-lahan, tangan  kanannya berlabuh di belakang kepala Nur Sumayyah. Wanita itu terkejut. Sebelah lagi tangannya meramas lembut jari-jemari kiri wanita itu.

Nur Sumayyah mula memberontak. “Lepaslah!”

Fahem mendekatkan wajahnya, seakan  ingin mencium bibir comel ustazah muda itu.

One night stand dengan Fahem, baru Fahem  beritahu apa syarat-syaratnya.!” Ujar Fahem dengan suara yang paling perlahan.  Meremang bulu roma Nur Sumayyah mendengar syarat tunangnya. Ditambah pula dengan renungan tajam yang Fahem berikan.

Tiba-tiba Fahem ketawa besar. “Takut nampak?” usiknya.  Nur Sumayyah mengetap giginya kuat-kuat bagai terkena sawan.

“Gataaal!” seiring dengan itu, cubitan ketam singgah di paha dan rusuk kiri Fahem.

“Aauwww! Sakitlah Sumayyah!” Fahem  meradang.  Nur Sumayyah buat muka selamba.

“Kalau rasa rindu sangat nak kena cubitan macam tu, buatlah lagi macam tadi!” sindir si dara. Fahem hanya tersengih bagai kerang busuk.

Puan Sri Sharifah dan Rafeah sudah menunggu di dalam butik. Pada mulanya, Nur Sumayyah dan Fahem membuat keputusan untuk memilih sendiri bagaimana pakaian dan pelamin yang dimahukan tetapi Puan Sri Sharifah dan Rafeah tetap ingin masuk campur. Takut pula jika pilihan anak muda masa kini entah apa-apa dan tidak kena dengan tema warna mereka.

Kedatangan mereka disambut dengan senyuman mesra oleh pekerja butik berkenaan, Sasha.

“Assalamualaikum. Selamat datang ke Butik Pengantin Galore Creation. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” mata nakal Fahem sibuk menjamah tubuh wanita itu yang disarung kebaya ketat.

Sasha pula seperti tergoda dengan lelaki itu. Mereka bermain mata seketika.  

 “Dah kahwin ke belum?” soal Fahem kepada wanita itu.  Gelengan wanita itu membuatkan hatinya jadi girang.

Tepukan di bahu Fahem membuatkan lelaki itu tersentak. Segara ditolehkan kepalanya ke kiri.

“Amboi! Dah nak kahwin pun masih menggatal lagi anak mummy ni! Ingat-ingat sikit tunang kat depan tu!” tegur Puan Sri Sharifah. Fahem hanya tersengih bagai kerang busuk. Sasha hanya tersipun malu.

“Dik, kami sebenarnya nak buat tempahan baju pengantin dengan pelamin. “ Puan Sri Sharifah memberi penerangan. Sasha menjemput mereka duduk di sofa sementara dia mengambil sehelai kertas dan sebatang pen untuk menulis segala butiran.

“Apa warna tema untuk rumah puan?” soal Sasha kepada Rafeah dia memandang anak tunggalnya dan kemudian mengangguk.

“Ungu-putih.” Jawab Nur Sumayyah. Sasha menulis sesuatu di dalam kertas.

“Akak nak ungu macam mana? Gelap atau lembut?” soalnya lagi. Sesekali, mata wanita berusia 24 thaun itu melirik memandang  jejaka  yang duduk di sebelah Nur Sumayyah. Senyuman mereka bersatu.

“Ungu gelap.” Jawab Rafeah.

“Rumah puan pula?” soal Sasha kepada Puan Sri Sharifah.

“Rumah saya, kelabu gelap dan putih.” Jawabnya dengan senyuman manis. Rafeah memandang bakal besannya.

“Bukan hari tu, Puan Sri kata nak warna pink ke?” soalnya. Sasha yang mendengar pangkat wanita itu segera memandang Puan Sri Sharifah.

“Maaf Puan Sri. Saya tak tahu  pun yang Puan Sri ada title.” Sasha merendah diri. Puan Sri Sharifah seperti biasa, terus merendah diri.

“Tak apa. Saya tak kisah.”  Sekilas, dia memandang Rafeah.

“Hari tu memang saya nak warna pink-putih kak Peah. Tapi itulah,  jantan tu tak nak. Katanya, dah macam perempuan. Katanya lagi, kalau lelaki jambu sesuailah! Tu yang saya tukar warna kelabu gelap. Baru dia setuju.” Jawabnya sambil matanya menjeling Fahem. Anak sulungnya hanya tersengih. Walaupun tangannya ligat bermain Angry Birds di dalam telefon bimbitnya, matanya sekali-sekala menjeling Sasha. Tanpa disedari, Nur Sumayyah dapat menghidu perbuatan  mereka berdua. Api cemburunya mula naik ke kepala.

Fahem menjeling jam tangannya. “Tak ada apa-apa lagi kan? Fahem ingat nak minta diri dulu sebab ada mesyuarat petang ni.” Ujar Fahem sambil berdiri.

“Jangan nak mengada-ngada! Duduk sampai habis urusan!” tegah Puan Sri Sharifah.

“Tapi...”

“Tak ada tapi-tapi! Kahwin tinggal lagi berapa minggu, pelamin belum tempah, baju belum tempah! Tunggu dulu! Tengok dulu pelamin macam mana yang kamu nak! Habis, baru boleh pergi mesyuarat!” Puan Sri Sharifah tidak peduli. Muka Fahem yang terkulat-kulat digelakkan oleh Rafeah, Nur Sumayyah dan Sasha.

“Mummy, nanti daddy bising. Lagipun, Fahem kan CEO. Mana boleh tak ada masa meeting? Nanti  staf kata, suruh orang attend meeting bukan main lagi. Tapi, dia yang jadi bos pun malas nak datang meeting.” Fahem berdalih.

Puan Sri Sharifah tetap berdegil. “Mummy dah telefon daddy tadi. Dia kata tak kisah. Daddy sendiri cakap, habiskan dulu semua urusan tu.Kalau sempat, baru boleh datang mesyuarat.” Keputusan Puan Sri Sharifah muktamad. Fahem hanya mengeluh dalam diam.

 

“SUMAYYAH, Fahem ada satu permintaan.” Pinta Fahem ketika kereta yang dipandu meluncur laju membelah jalan. Nur Sumayyah menoleh.

“Apa bendanya?” soalnya dengan lembut.

Since kita pun akan kahwin tak lama lagi, boleh tak kalau Sumayyah panggil Fahem... abang?” bulat mata Nur Sumayyah tatkala mendengar permintaan itu.

“Fahem ni... biar betul?” Nur Sumayyah menginginkan kepastian. Lelaki di sebelahnya mengangguk.

“Tapi...”

“Alah, apa sangatlah permintaan Fahem tu. Anggap sajalah itu adalah latihan untuk Sumayyah. Mana tahu bila dah kahwin nanti, lagi susah nak panggil Fahem... abang.” Fahem beralasan.

Malas mahu melayan kerenah lelaki itu. Nur Sumayyah setuju saja.

“Abang ingat, kita makan dululah. Sumayyah tentu dah lapar sangat kan?” ajak Fahem. Nur Sumayyah mengangguk saja. Perutnya kini memang sedang berorkestra. Fahem tahu salahnya juga kerana tidak membawa Nur Sumayyah makan dahulu.

“Fah... emmm... abang nak makan kat mana?” soal Nur Sumayyah. Fahem berfikir ketika.

“Dah alang-alang kita di Ayer Keroh ni, kita ke McD. Boleh?” Nur Sumayyah mengangguk setuju. Sudah lama juga dia tidak makan McD.

“Abang nak ke McD mana?” soal Nur Sumayyah. Dia sudah ingat-ingat lupa di manakah terletaknya McDonald di Ayer Keroh ini. Jika di Jusco, dia tahulah. Tetapi, tidak mungkin Fahem akan ke sana kerana perut mereka sudah terlalu lapar.

“McD mana lagi? Depan zoolah.” Jawab Fahem. Nur Sumayyah mengangguk. Oh, dia baru teringat.

 

MEREKA memesan dua set Double Cheeseburger. Suasana antara mereka sunyi seketika. Mana tidaknya. Hampir ke jam tiga petang, baru menikmati makan tengah hari.

“Abang minta maaf.” Ucap Fahem setelah menyedut sedikti airnya. Nur Sumayyah yang sedang mengunyah  french fries mengerutkan dahi.

“Kenapa pula?”

“Yalah... sebab lambat bawa Sumayyah makan. Abang ingat, kita sekejap aje kat butik. Tak tahu pulak sampai hampir dua jam kita kat situ.” Jawab Fahem dengan serba-salah.

Nur Sumayyah tersenyum. Ingatkan, apalah tadi. Fahem... Fahem.

“Tak ada apa yang Sumayyah nak maafkan. Sumayyah jenis tak kisah. Kadang-kadnag kalau cuti Sabtu Ahad kat rumah, jam tiga, empat petang baru makan tengah hari.” Dia tidak mahu tunangnya serba-salah tentnag benda remeh-temeh seperti ini. Fahem tersenyum ceria.

Ketika mereka berbual kosong, tiba-tiba ada seseorang menepuk belakang Fahem.

“Wei, buat apa kat sini?” soal Nizam. Di sebelahnya Fateeha sedang bersalaman dengan Nur Sumayyah.

Fahem segera menoleh. “Patutnya aku yang kena tanya kau dengan Fateeha buat apa kat sini.” Balas Fahem. Fateeha menjeling abangnya.

“Apa pasal pulak?” soal Fateeha tak puas hati.

Fahem mendengus. “Yalah, sepatutnya kan sekarang ni tengah mesyuarat. Kenapa pulak adik abang yang sorang ni boleh keluar dengan buaya darat satu Malaya ni?” Fahem menyakat kedua-duanya. Fateeha menjegilkan matanya. Nizam yang mendengar jolokan nama yang diberikan kepadanya menarik telingan kawan baiknya. Fahem pula membalas dengan menumbuk lembut perut kawannya.

“Patutnya Fateeha yang kena tanya macam tu pada abang. Abang sebagai CEO, tak hadir mesyuarat. Cuba kalau staf lain tak datang mesyuarat, abang punya melenting... sampai esok pagi pun belum tentu habis.” Selamba Fateeha menempelak abangnya di hadapan Nur Sumayyah. Bulat mata Fahem mendengar das-das kata dari mulut adiknya.

“Korang berdiri aje. Duduklah sini.” Ajak Fahem. Nizam menggeleng.

“Kau orang dah habis makan. Lagipun, takkanlah kami nak join orang tengah bercinta. Betul tak sayang?” jawab Nizam dengan suaranya ala-ala Bryan Adams. Fateeha mengangguk.

“Suka hatilah. Macam mana mesyuarat tadi Fateeha. Semuanya okey?” soal Fahem.

“Mesyuarat ditangguhkan. Baru sepuluh minit mesyuarat, muka daddy dah pucat semacam. Lepas tu, macam nak termuntah pula. Dua tiga orang staf lelaki bawa dia ke tandas. Tiba saja, daddy terus muntah.” Cerita Fateeha. Fahem mengerutkan dahi. Baru saja mulutnya ingin bertanya lagi, Nizam sudah mencelah.

“Eh, balik nanti korang sambunglah cerita. Cik adik kau tu, aku tengok asyik pandang jam saja dari tadi.” Celah Nizam. Merah muka Nur Sumayyah mendengar kata-kata Nizam. Fahem tersengih saja.

“Okeylah. Zam, malam ni jadi tak?” Fahem inginkan kepastian. Kelihatan Nizam sedang berfikir.

“Jadi nak ke mana?” soal Fateeha.

“Apalagi? Pergi diskolah, cari hiburan. Sambil-sambil tu, boleh cuci mata tengok awek seksi kat sana.” Balas Fahem dengan selamba. Bulat mata Nur Sumayyah memandang tunangnya.

Jari Fateeha hampir mendarat di lengan Nizam untuk mencubit.

“Dengar sangatlah cakap abang Fateeha tu. Kitaorang nak main badminton malam ni.” Cepat-cepat Nizam memberi jawapan agar lengannya tidak menjadi mangsa ‘ketam manusia’.

 

“ANGGOTA Komando Briged Izuddin Al-Qassam adalah pejuang terpilih di kalangan pemuda Islam Gaza yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid.” Jelas Fahem ketika memandu.

“Apa maksud Fa... eh, abang?” Soal Nur Sumayyah.

“Ada beberapa syarat ketat yang perlu dilalui untuk menjadi Komando Qassam. Antaranya... mereka perlu solat Subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan. Mereka juga diwajibkan menghafaz Al-Quran dan hadith, dan melakukan solat sunat tahajjud setiap awal pagi.” Ujar Fahem sambil menekankan perkataan ‘diwajibkan’.

“Subhanallah. Patutlah Israel gentar dengan Komando Qassam.” Nur Sumayyah sungguh kagum dengan syarat-syarat yang dikenakan. Jika iman di dada sudah ampuh, InsyaALLAH apa saja malapetaka yang datang, mereka yang beriman pasti akan dapat menanganinya dengan tenang serta beroleh kemenangan. Jadi, dengan iman tersebut juga, maka tidak mustahillah tentera Zionis gentar dengan komando tersebut.

“Mereka pernah bercerita dengan abang. Amalan berterusan tersebut bukan hanya menjadi iman ketika di medan perang saja, malah mereka ingin memastikan agar setiap langkah mereka dirahmati Allah.”tambah Fahem. Nur Sumayyah mengangguk dengan penuh rasa kagum.

“Nak tahu tak, ketika abang masih dalam komando... setiap kali tamat latihan, kami akan berkumpul ramai-ramai untuk melakukan sujud syukur. Ini adalah amalan penting setiap kali selepas berperang dengan pihak Zionis.” Fahem sendiri jadi musykil dengan dirinya sendiri. Apabila sudah lama tidak berjuang di sana, amalan-amaln yang sudah terasuh ketika di Palestin sedikit demi sedikit makin terhakis dan terpadam begitu sahaja.

Kereta yang dipandu sudah sampai di perkarangan pejabat Fahem. Lelaki itu memberhentikan kereta.

“Sumayyah nak tahu tak? Setiap kali cuti semester abang di sana, abang memang terlalu rindu untuk syahid. Abang terlalu berharap agar abang syahid di sana. Hari-hari abang berdoa kepada-NYA agar abang dberikan syahid.” Fahem menyatakan perkara yang sebenarnya.

Bergenang kelopak mata Nur Sumayyah mendengar pengakuan tunangnya itu. Namun jarinya pantas menyeka air mata yang mahu mengalir.

“Sekurang-kurangnya, abang dah menyumbang untuk berjuang bersama-sama orang Palestin di sana. Sumayyah? Apalah sumbangan Sumayyah untuk mereka.” 

Fahem tersenuym hambar. “InsyaALLAH, pasti ALLAH akan akan gerakkan hati Sumayyah untuk sumbangkan sesuatu untuk mereka.” Fahem meredakan kesedihan tunangnya. Nur Sumayyah tersenyum semula tatkala mendengar kata-kata tersebut.

 

No comments:

Post a Comment