REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 19 September 2011

LLP 7

 LIKU-LIKU PERASAAN 7

“SEBAB itulah apa yang papa buat selama ni tak pernah betul pada mata Abang Sham kamu,” kata Datuk Tuan Sharriff dengan penuh kesalan.
“Tak menghairankan pada papa jika sejak umur empat tahun, dia dah mula jauhkan diri dari papa. Papa ingat lagi, masa hari raya. Papa bagi duit raya pada dia, dia langsung tak mahu ambil walaupun didesak oleh mama kamu. Kemudian, papa suruh mama kamu yang berikan pada dia. Tapi dia tanya mama kamu siapa yang bagi. Mama kamu cakap dia yang bagi tapi dia tahu mama kamu tipu. Bila mama kamu cakap papa yang bagi, dia terus bagi balik duit tu pada mama kamu. Dan katanya lagi, dia tak akan terima apa sahaja barang daripada papa. Tak kiralah, papa bagi baju ke, makanan ke, dia tetap tak mahu terima. Sebab tulah dulu kalau dia nak makan pagi ke, tengah hari ke, malam ke, dia kayuh basikal pergi rumah atuk kamu. Dia tahu, makanan kat sini semuanya mama kamu beli guna duit yang papa bagi. Dan sekarang, dia kata papa tak payah bagi duit belanja dapur pada mama kamu. Biar dia saja yang bagi.” Datuk Tuan Sharriff bercerita dengan panjang lebar.
“Tapi, Imah tak nampak yang Abang Sham macam jauhkan diri dari papa,” terang Fatimah. Papanya tidak menjawab soalannya.
“Mungkin inilah balasannya bila papa mengenakan hukuman pada seorang budak kecil yang mungkin jarang atau tak pernah dialami langsung oleh orang dewasa. Imah bayangkanlah, dideranya hati dan perasaan papa sebegini rupa. Papa tahu, surat-surat cinta yang diberi pada makwe-makwenya selama ni dibinkan dengan nama Ustaz Awaluddin.” Fatimah menjadi pendengar yang setia untuk papanya hari ini. Tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan deruman enjin Iswara aeroback milik Fairuz. Tiba di beranda, Fairuz membuka kasutnya dan disimpan di dalam rak kasut. Dia menjinjing briefcasenya naik ke atas.
“Kau baru balik dari kerja Sham?” Datuk Tuan Sharriff menegur ketika Fairuz melintasinya. Sekadar mahu berbasa-basi untuk memulihkan hubungan mereka yang terlalu renggang. Fairuz menjeling ayahnya.
“Taklah! Hisham baru balik dari peperangan! Hisham bantu kumpulan Hamas dekat Palestin tu berperang untuk menghancurkan negara Israel sial tu!” Fairuz menyindir ayahnya. Dia terus sahaja naik ke atas. Datuk Sharriff terasa hati. Tanpa dijemput, air matanya gugur tiba-tiba.
Dari tingkat atas, Fairuz dapat melihat Fatimah cuba memujuk ayahnya yang menitiskan air mata. Rasa berdosa bertandang ke dalam dirinya. Air matanya juga hampir gugur. Tetapi demi egonya, dia tidak akan meminta maaf dari ayahnya sekarang. Dia tahu, tak guna jika dia meminta maaf dari mulut tetapi hatinya masih membenci ayahnya. Biarlah dia berdosa sekarang. Dia tahu, akan tiba satu hari nanti, dia akan meminta maaf dari ayahnya atas semua perbuatannya kepada Datuk Tuan Sharriff yang boleh menggelarkan dirinya sebagai anak derhaka. Ketika itu jugalah, dia akan bertaubat dan kembali kepada jalan-Nya yang benar-benar lurus.

FAIRUZ melangkah. Dia dapat melihat kemesraan di antara ibu bapanya dengan Fatimah. Air matanya menitis. Dengan pantas, dia mengesat air matanya dengan jari telunjuk. Fairuz duduk di sebelah emaknya.
“Agaknya mak, ayah, dah jadi kebiasaan parents pada masa ni. Sayangkan anak angkat lebih dari anak kandung sendiri.” Fairuz berkata-kata sambil menceduk nasi dan kemudian menceduk sambal udang petai dan sup sayur. Di dalamnya ada cendawan dan putik jagung. Datuk Tuan Sharriff memandang anaknya.
“Apa kau kata ni Sham?” Soal Datuk Tuan Sharriff.
“Yelah. Mana taknya? Kalau dulu Sham tertampar Fatimah sampai bengkak pipinya, ayah kurung Hisham dalam stor lama tu. Satu hari tu, Imah pegang pisau dan terkena tangan Sham sampai berdarah, takde pulak ayah nak kurungkan dia dalam stor lama. Takde pulak ayah kecoh-kecoh. Takde pulak ayah nak tampar dia sampai dia menangis! Takde pulak ayah ambil tali pinggang dan pukul belakang badan sampai bercalar-balar belakang badan si Imah!” Dengan muka selamba, dia menyuap nasi ke dalam mulut setelah membaca basmalah. Datuk Tuan Sharriff menahan perasaan. Begitu juga Fatimah. Datin Rosmah memandang Fairuz.
“Hisham, kenapa cakap macam tu depan makanan? Kan tak elok?” Datin Rosmah cuba berlembut dengan Fairuz. Dia tahu, Fairuz masih boleh mendengar kata-katanya.
“Tanyalah ayah. Dalam hal ni, dia yang tak adil! Nama aje peguam. Kononnya penuntut keadilan untuk anak guam sendiri. Tapi dengan anak-anak, takde pulak dia berlaku adil!” kata Fairuz lagi. Datin Rosmah terdiam. Bisa juga kata-kata anak aku ni.
“Apa maksud Hisham?” soal Datin Rosmah.
“Macam Sham cakap tadi. Bila Sham buat Imah disebabkan kesalahan dia sendiri, bukan main dia pukul Sham. Tanda-tandanya masih ada lagi sampai sekarang. Tapi bila Imah main pisau dan terkena tangan Sham sampai keluar darah banyak, takde pulak ayah nak pukul dia. Padahal, kejadian tu betul-betul berlaku depan biji mata dia sendiri dan terbukti itu salah Imah! Kenapa dia tak hukum Imah seperti mana dia hukum Hisham? Emm? Hisham tak kisah kalau ayah nak sayangkan Imah lebih dari anak sendiri. Malah Hisham sedar, Hisham sendiri yang mintak ayah dan mak jadikan dia adik Hisham masa dulu tapi janganlah ayah jadikan anak-anak kandung ayah macam anak buangan.” Pandangan mata Fairuz tajam menerkam mata ayahnya. Datuk Tuan Sharriff melarikan pandangan matanya ke tempat lain. Dia sendiri tidak pasti. Bila Fairuz memandangnya begitu, dia akan takut dan segera melarikan pandangannya ke tempat lain. Dan yang lebih pedih, dia mudah mengalirkan air mata jernihnya pada dewasa ini.
“Apa yang kau katakan ni? Apa? Selama ni, ayah tak pernah berlaku adil pada kamu dan Fatimah? Ayah tak pernah sayangkan kau? Gitu?” Soal Datuk Sharriff yang hampir menangis. Fairuz memandang ayahnya. Dia tersenyum. Aku fikir, inilah kali pertama aku senyum pada ayah sejak dia pukul aku! Sempat dia mengomel dalam hatinya. Tapi senyuman yang penuh dengan sindiran!
That’s right. Sham ingat ayah tak mengaku. Mengaku jugak. Pada Sham, ayah tak pernah sayangkan Sham sejak Sham dilahirkan lagi. Ayah ingat Sham tak tahu? Ayah kahwin dengan mak bukan atas dasar cinta tapi atas dasar terpaksa! Am I right?” Akhirnya rahsia yang disimpan oleh Datuk Tuan Sharriff terbongkar juga. Pasangan suami isteri itu saling berpandangan. Mana pulak budak ni tahu rahsia aku? Datuk Sharriff berbisik dalam hati. Datuk Tuan Sharriff terpaksa mengangguk. Fatimah terkejut mendengar kata-kata Fairuz dan reaksi yang ditunjukkan oleh papanya
“Oleh sebab ayah tak mahu kahwin dengan anak kawan atuk yang berperangai liar tu, ayah kahwin dengan mak. Ayah kenal mak masa ayah hantar barang kat rumah Tok Man. Kan?” Soal Fairuz lagi. Datuk Tuan Sharriff mengangguk lagi.
“Mana kau dapat cerita ni, hah?”
“Atuk yang cerita.”
“Ayah, Sham cuma nak ingatkan ayah satu perkara saja.” Fairuz semakin menguasai ‘pertandingan debat’. Datuk Tuan Sharriff memandangnya.
“Apa?” Datuk Tuan Sharriff semakin tak sabar mendengar butir yang selanjuntnya.
“Mungkin orang di luar sana sanjung ayah sebagai seorang peguam yang tak pernah kalah dalam semua kes yang ayah terlibat. Mereka menganggap ayah adalah peguam yang terhebat. Tapi pada Hisham, ayah sebenarnya dah kalah. Ayah dah kalah dalam hidup ayah. Seorang peguam yang benar-benar hebat dan tak pernah kalah takkan membiarkan dirinya dikalahkan oleh kehidupannya. Dan mereka juga takkan menjatuhkan hukuman mereka sendiri kepada orang lain tanpa membelakangkankan undang-undang. Ayah faham maksud Hisham?” Fairuz semakin menjadi-jadi. Dia sengaja mengalahkan ayahnya ketika ini. Meja makan yang sepatutnya menjadi tempat menjamu selera kini dijadikan tempat berdebat dua beranak itu.
Datuk Tuan Sharriff menggeleng. Dia dapat merasakan yang zaman kejatuhannya sebagai seorang peguam yang hebat bakal tiba. Lebih malu, dia bukan dikalahkan oleh peguam-peguam yang setanding dan lebih hebat darinya tapi dikalahkan oleh anaknya sendiri yang separuh umur darinya.
“Maksud Hisham, ayah takkan menang untuk selama-lamanya. Bagi Hisham, ayah berada dalam kategori ‘lemah tapi bijak’.” Fairuz semakin menekan Datuk Tuan Sharriff. Peguam bermuka seperti Gary Sinise itu mengaku yang dia kalah. Tapi sekarang. Bukan untuk seumur hidupnya.
   

No comments:

Post a Comment