REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 4 January 2011

CSU 20

CINTA SEORANG USTAZ 20

SMK TAMAN INDAH

“OLEH kerana ketika Bulan Bahasa Inggeris beberapa bulan lalu Ustaz Iskandar telah menjadi juara karaoke kategori guru lelaki, hari ini beliau akan menyanyikan tiga buah lagu Inggeris, secara solo, berkumpulan dan berduet. Secara solo, beliau akan menyanyikan lagu dari Maher Zain, Open Your Eyes.” Ujar pengerusi majlis, Cikgu Hafizuddin. Dengan senyuman manisnya, Iskandar bangun dari tempat duduknya dan ke atas pentas. Semua orang memberikan tepukan gemuruh untuknya. Dia sempat berbisik dengan dirinya sendiri : Macam artis nak buat konsert pulak.
       “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebenarnya, saya masuk pertandingan tu sekadar suka-suka saja. Tapi, tak sangka pulak boleh menang. Baik, untuk kategori solo, saya akan menyanyikan lagu Maher Zain bertajuk Open Your Eyes. Saya nak, anda semua tolong hayati lagu ini. Saya harap, rajin-rajinlah kita semua mendekatkan diri kita kepada ALLAH.” Oleh kerana ada tetamu, dia tidak berani untuk bercakap banyak. Tak lama kemudian, petugas bahagian audio memainkan minus one untuk lagu yang ingin dinyanyikan. Iskandar mula menyanyikan lagu tersebut. Semua mata sudah tertumpu ke arahnya. Suaranya yang merdu, ditambah pula dengan sebutan suku kata Britainnya yang pekat, membuatkan semua yang berada seperti dipukau. Iskandar seperti mempunyai auranya yang sendiri.
      “Sebutan orang putih dia sebiji macam orang Britain, kan?” bisik Pengerusi PIBG, Encik Ahmad Daud kepada Haji Basirun. Pengetua itu hanya tersenyum. Encik Ahmad datang untuk merasmikan upacara penyampaian hadiah untuk Hari Kualiti atau Hari Q.
      “Dia memang orang Britain.” Jawab Haji Basirun. Encik Ahmad terkejut.
      “Maksud Haji?” tanya Encik Ahmad.
      “Dia anak sedara saya, anak kakak saya. Daddy dia orang Causton, Britain.” Jawab Haji Basirun. Setelah empat minit setengah Iskandar menyanyi, para hadirin memberikan tepukan gemuruh lagi. Kali ini, dia akan menyanyikan lagu Flying Without Wings yang dinyanyikan oleh kumpulan Westlife. Kali ini, dia menyanyi bersama-sama kumpulan koir sekolah. Seperti tadi, para hadirin ‘terpukau’ lagi. Setelah berjuang dengan nada lagu yang tinggi-rendah selama tiga setengah minit, sekali lagi dia diberikan tepukan gemuruh. Untuk kategori duet, dia menyanyikan lagu Something Stupid nyanyian Robbie Williams dan Nicole Kidman. Beliau akan menyanyi bersama-sama dengan Cikgu Narita, yang suatu ketika dahulu terlalu dicemburui oleh Sandra. Ketika mereka menyanyi bersama, ada yang bersiul-siul kecil, ada yang tersenyum-senyum dan tidak kurang juga ada yang mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Setelah menyanyikan lagu tersebut hampir tiga minit, dia ingin meminta diri namun tiba-tiba Encik Ahmad berucap di mikrofon.
       “Para hadirin sekalian, seperti yang kita ketahui, Ustaz Iskandar adalah seorang ustaz. Jadi, apa akta kalau kita minta dia nyanyikan satu lagu nasyid. Setuju semua?” kedengaran hampir semua para hadirin mengatakan ‘boleh’. Iskandar menjeling Haji Basirun. Lelaki tua itu hanya tersenyum sinis. Nak tak nak, akhirnya terpaksa juga dia memenuhi permintaan Encik Ahmad. Setelah berbincang dengan kumpulan koir, akhirnya mereka bersetuju untuk menyanyikan lagu Asma’u Allah, milik Sami Yusuf. Ketika sambutan Maulidur Rasul, dia dan kumpulan koir ada mempersembahkan lagu tersebut.
       Kebetulan ada keyboard di situ, dia memainkan jari-jemarinya di situ sambil menyanyi. Dari jauh, dia melihat Laila yang duduk berhampiran pintu belakang memberikan senyuman yang paling manis untuknya. Dia membalas senyuman itu. Para hadirin yang lain membalas senyumannya namun mereka tidak tahu senyuman itu untuk siapa sebenarnya. Biarlah... hanya mereka berdua saja yang tahu rahsia senyuman itu.

“KELAS, hari ni saya masuk kelas bukan nak mengajar. Tapi saya nak bincang... bila nak buat jamuan kelas?” soal Iskandar.
       “Jamuan kelas?” semua anak muridnya terkejut.
       “Yalah, jamuan kelas? Kenapa?” soal Iskandar. Semua anak muridnya sudah berpandangan sesama sendiri.”
       “Tapi ustaz, kan kitaorang nak amek SPM tak lama lagi? Takkanlah nak bersuka ria?” soal Siti Musliha. Iskandar sudah tergelak.
       “Betul tu ustaz!” sokong yang lain. Iskandar sudah tergelak besar, lagi besar dari tadi.
       “Awak semua ni macam Pak Pandir lah. Saya dah aturkan aturcara majlis tu. Mula-mula, kita bacakan doa selamat, dan doa supaya awak semua akan bertenang dan tak tergopoh-gopoh ketika SPM nanti. Lepas tu, kami para guru yang mengajar awak akan memberi sedikit motivasi dan nasihat berguna kepada awak semua. Lepas tu, barulah kita..... makan!!!” Iskandar menerangkan perancangannya.
       “Ohhh...” para pelajarnya memberi reaksi.
       “Jadi, semua faham?” soal Iskandar. Mereka mengangguk akhirnya.
       “Saya dah bincang dengan Tuan Pengetua. Dia bagi lampu hijau. Lagipun, awak jangan risau. Saya akan sponsor semua makanan dan minuman. Cuma... Siti Musliha, awak bendahari kan?” Siti Musliha mengangguk.
      “Duit kelas ada berapa?” soal Iskandar. Siti Musliha berfikir seketika.
      “Ada dalam dua tiga ratus, saya rasa.” Jawab Siti Musliha.
      “Bagus. Guna duit tu untuk beli cawan, pinggan dan mangkuk kertas. Termasuk sudu dan garfu plastik. Dan kalau ada sesiapa yang nak sumbangkan makanan ke, minuman ke, kuih ke... amat dialu-alukan.” Tambah Iskandar lagi. Para pelajar mengangguk.

“ADA apa, ustaz?” soal Laila setelah dia, Najwa dan Armand berjumpa Iskandar di bilik guru ketika waktu rehat. Iskandar menghulurkan beberapa keping kertas kepada Laila dan Armand.
      “Saya nak, awak  jemput guru-guru yang mengajar kelas awak. Armand jemput guru lelaki. Dan Laila, awak jemput guru perempuan.” Jawab Iskandar.
      “Baik ustaz.” Laila dan Armand patuh pada arahan.
      “Ada apa-apa lagi ke, ustaz?” soal Armand. Belum sempat Iskandar menjawab, ibu Armand sudah berdiri di hadapan mejanya.
      “Awak dah habis ke belum berbincang dengan anak saya?” soal Cikgu Ainah dengan kasar. Iskandar mencebik.
     “Assalamualaikum.” Iskandar memberi salam. Sengaja dia ingin mengenakan Cikgu Ainah.
     “Waalaikumsalam. Saya tanya ni... awak dah habis bincang ke belum dengan anak saya? Saya ada hal ni, nak cepat balik!” jawab Cikgu Ainah dengan nada kasar.
     “Bawalah, Cikgu Ainah. Memang kami dah habis bincang pun.” Jawab Iskandar, acuh tak acuh. Dia menjeling Laila dan Najwa yang sudah menahan gelak. Dengan pantas, Cikgu Ainah menarik tangan Armand.


VILLA JANNAH

“BILA kau nak kami pinangkan si Laila tu?” soal Datuk Alexander. Iskandar yang sedang mengunyah nasi tersedak-sedak, terbatuk-batuk. Natasha yang duduk di sebelahnya terus menepuk-nepuk belakangnya. Simon menghulurkan segelas air kosong kepada Iskandar. Setelah membaca bismillah, Iskandar meneguk air terebut hingga habis. Matanya berair, kelihatan merah. Datuk Alexander dan Datin Aminah hanya tersenyum melihat Iskandar.
       “Daddy nie... kalau nak tanya soalan tu, berpada-padalah sikit. Ni tak, time Is tengah makan, daddy tanya. Daddy saja nak tengok Is tersedak-sedak macam ni agaknya!” Iskandar membebel. Satu meja itu sudah tergelak mendengar bebelan Iskandar. Simon pun tergelak sama. Dia faham apa yang cucunya bebelkan.
       “Okeylah... lain kali daddy tak buat lagi. I promise.” Ujar Datuk Alexander sambil tersenyum.
       “Hah... bila?” soal Datin Aminah pula. Iskandar tersengih.
       “Nantilah... lepas dia SPM. Yang daddy dengan mummy ni kenapa? Kan dulu daddy dengan mummy jugak cakap pada Is, supaya pinang dia lepas dia habis SPM.” Datuk Alexander hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya.
       “Ataupun... daddy dengan mummy dah tak sabar nak dapat cucu? Kalau dah tak sabar sangat, Is pergi rumah dia sekarang. Heret si Laila dengan pakcik Lazim ke pejabat kadi. Lepas tu, nikahkan kami. Malam ni juga kami mulakan perjuangan untuk bagi daddy dengan mummy cucu.” Balas Iskandar dengan selamba. Kali ini, giliran Datuk Akexander pula yang tersedak. Namun nasib baiklah dia sudha habis makan. Jika tidak, jadi macam Iskandar.
       “Kamu ni Is... cakap tak berlapik. Cubalah cakap benda yang senonoh sikit. Ini tak, benda kotor macam tu jugak yang kamu suka cakap! Anak daddy ke ni? Hisy!” Datuk Alexander menempelak Iskandar. Anak bujangnya itu hanya tergelak tanpa suara.

NATASHA memasuki bilik tidur Iskandar ketika lelaki itu lelaki menonton drama ‘A Bodyguard From Beijing’ lakonan Jet Li. Jet Li adalah antara pelakon kesukaannya. Aksinya yang pantas membuatklan dia suka dengan pelakon berkenaan.
      “Kau nak apa datang bilik abang malam-malam buta ni?” soal Iskandar sambil membelai Juan yang sedap duduk di dadanya.
      “Daddy ada cerita tadi... nak bercuti hujung tahun macam biasa. Tapi tak tahu lagi kat mana. Apa kata... Abang Is bawalah Laila.” Cadang Natasha. Iskandar terkejut namun dia cuba bertenang.
      “Abang tak kisah. Tapi kau kenalah tanya Datuk Alexander Brown dengan Datin Aminah dulu.” Balas Iskandar. Natasha tersenyum. Dengan pantas dia keluar dari bilik Iskandar dan menuju ke ruang tamu.
     Lima belas minit kemudian, Natasha memanggil Iskandar turun.
     “Ada apa mummy?” soal Iskandar setelah duduk di sofa. Daddy dan mummynya hanya tersenyum.
     “Hujung tahun ni, kita bercuti ke Sarawak. Mummy dengan daddy ingat, nak bawa Laila dengan keluarganya bercuti sekali. Kamu setuju?” soal Datin Aminah. Iskandar tersenyum.
     “Kalau daddy dengan mummy tanya Is, Is setuju memanjang. Takpelah, nanti kejap lagi ke, atau esok Is cuba berbincang dengan dia.” Iskandar memberikan jawapan. Datuk Alexander dan Datin Aminah tersenyum lega.

“LAILA kat dalam bilik ke?” soal Mohd Lazim. Mak Munah mengangguk. lagi dua hari, suaminya akan membawa lori semula. Akan sunyi semulalah rumah ini. Ketika mereka berdua sedang menonton televisyen, telefon bimbit Laila yang diletakkan di atas meja berbunyi. Bila waktu belajar, Laila memang suka meletakkan handsetnya di luar. Biarlah emak atau abahnya yang jawab jika ada panggilan. Dia tidak kisah. Asalkan tidak mengganggu pelajarannya.
      Pintu bilik Laila dibuka dari luar. Mak Munah dan Mohd Lazim muncul di muka pintu. sambil sepasang suami isteri itu tersenyum, Mak Munah menghulurkan telefon bimbit itu kepada Laila. Lain macam aje mak dnegan abah punya senyum. Ni mesti...
      Bulat mata Laila apabila melihat skrin di telefon itu.
      “Assalamualaikum ustaz. Ada apa?” soal Laila.
      “Waalaikumsalam. Saya ada benda sikit nak bincang dengan awak.” Ujar Iskandar.
      “Benda apa? Saya tengah belajarlah, ustaz. Ustaz ni... menyibuk sja. Orang tengah belajar pun nak kacau.” Laila mengomel.
      “Dengarlah dulu apa abang nak cakap ni. sebenarnya, mummy dengan daddy abang nak bercuti lepas Laila habis SPM. Kami bercadang nak bawa Laila sekeluarga ke sana. Boleh?” soal Iskandar.
      “Apa? Ajak kami  bercuti?” melopong mulut Laila.  Mak Munah dan Mohd Lazim yang turut mendengar seakan terkejut. Namun, cepat-cepat mereka tersenyum. Laila memandang kedua orang tuanya. Mak Munah dan Mohd Lazim membuat ‘thumbs-up’. Tanda bagus. Laila mengerutkan dahi. Mak abah aku ni, kenapa? Wayar dalam kepala dah putus ke? Laila mengeluh perlahan.

No comments:

Post a Comment