REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 19 September 2011

LLP 8

LIKU-LIKU PERASAAN 8

“SHAM, kau dah lama bercinta dengan adik aku. Tapi kenapa kau tak ikat dia?” soal Azwan. Ketika itu, mereka lima sahabat sedang berjalan-jalan di shopping. Fairuz memandang Azwan. Gilakah dia ni?
     “Sedangkan aku kalau nak cium tangan adik kau tu pun, dia tampar aku sampai berpusing 180 darjah kepala aku, inikan lagi nak suruh aku main dengan dia? Silap hari bulan, dia tendang aku sampai terbenam dalam bumi agaknya! Tak payah nak gali  kubur!” Azwan terkejut. Apa benda budak ni cerita? Macam ni nak jadi adik ipar aku? Hmm, failed!
“Wei sengal, kau tahu tak apa yang aku maksudkan dengan ikat?” soal Azwan. Fairuz mengangguk.
“Apa dia?”
“Aku kena…” Azwan memukul bahu Fairuz apabila tahu ke mana arah tuju jawapan itu.
“Wah! Itu aje yang kau ingat ye? Kau punya lurus macam pembaris, mengalahkan sepupu aku si Shafiq sengal tu, kau tahu tak?” Fairuz menggeleng.
“Maksud aku, kau bertunanglah dengan adik aku tu. Takkan itu pun tak faham? Kau ingat, aku ni abang yang tak bertanggungjawab? Nak menyuruh orang buat benda tak senonoh pada adik aku?” baru kini Fairuz mengerti.
“Oh, katalah bertunang. Ini cakap ikat. Kau takkanlah tak tahu otak aku? Straight aje ke sana kalau kau cakap ikat.” Fairuz mengerti kata-kata Azwan bagai orang bodoh. Azwan menggeleng.
“Betul cakap bakal abang ipar kau tu Sham. Kau kena ikat adik dia. Nanti, kalau dia dah ada kumbang yang lain, tak ke putih biji mata kau nanti?” Firdauz menyokong Azwan. Fairuz memandang rakan-rakannya. Semuanya terangguk-angguk menyokong kata-kata Firdauz. Betul jugak. Aku dengan Ami dah lama bercinta. Kalau kumbang lain sambar dulu, melepaslah aku! Akhirnya Fairuz mengangguk.
“Bagus! Kalau macam tu, aku cakap dengan parent aku. Bolehlah pihak kami buat persiapan-persiapan yang patut,” cadang Azwan. Namun Fairuz cepat-cepat menggeleng.
“Hei, berapa punya lurus macam pembarislah kau ni. Kita baru habis belajar dan mula berniaga. Aku baru dapat kerja. Untung pun tak berapa sangat. Manalah duit aku cukup untuk semua tu? Lagipun, aku belum sedia kalau berkaitan dengan hal-hal macam ni.” Terang Fairuz.
“Eh, sampai bila baru kau bersedia?” sindir Azwan. “Kau cuba beritahu aku.” Sambungnya lagi. Fairuz terdiam seketika.
“Macam nilah, Wan. Bila aku dah betul-betul bersedia, aku akan beritahu mak aku dan hantar wakil aku. Okey?” cadang Fairuz pula. Azwan mengangguk.
“Kalau macam tu, aku ni nak mintak izin dari kau nak bawa adik kau keluar berjalan-jalan esok. Boleh?” Fairuz meminta kebenaran dari Azwan
“Eh, mesti abang ipar bagi punya. Mana boleh tak bagi.” Tajuddin sempat memintas sebelum Azwan menjawab. Mereka tergelak.
“Tapi kau mesti ingat. Jangan bawa adik aku pergi sambut hari kekasih. Ingat janji kita.”
“Kita takkan sambut valentine day atau april fool day walau dalam apa keadaan sealipun.” Mereka berlima mengucapkannya sama-sama sambil menindihkan tangan antara satu sama lain.


FAIRUZ dan Amirah keluar berjalan-jalan dan menghabiskan masa bersama selama setengah hari. Mereka singgah di sebuah restoran. Pihak restoran tersebut menyediakan pakej teristimewa bagi pasangan kekasih yang sedang menyambut hari tersebut.
      “Sempena Hari Kekasih, kami menyediakan pakej yang teristimewa untuk pasangan kekasih yang sedang menyambutnya. Encik mahu pakej yang macam mana?” soal seorang pelayan setelah Fairuz dan Amirah duduk di sebuah meja.
      “Pakej biasa,” jawab Fairuz dengan ringkas. Pelayan tersebut mengambil pesanan biasa dan berlalu pergi. Amirah pelik sedikit.
      “Kenapa Abang Amir tak ambil pakej yang istimewa tu? Hari ni kan hari kekasih?” soal Amirah. Fairuz tersenyum. Bukannya Amirah  terhegeh-hegeh mahu bertanya soalan seperti itu tapi dia sengaja mahu menguji Fairuz.
      “Iqa nak tahu tak, sebenarnya hari kekasih hanya disambut oleh orang Kristian. Menyambut hari kekasih sebenarnya adalah tradisi mereka. Bukannya tradisi kita yang beragama Islam.” Fairuz menjawab dengan ringkas. Amirah pura-pura pelik.
      “Kenapa pulak Abang Amir cakap macam tu?” soal Amirah. Fairuz tersenyum lagi.
      “Nak tahu sejarah hari kekasih?” soal Fairuz pula. Amirah lekas  mengangguk.
      “Sejarahnya macam ni. Pihak kereja katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya ada tiga paderi bernama Valentine atau Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ni. Ketiga-tiga paderi ni menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh. Sejarah hari kekasih ni sebenarnya ada dua versi.
      Versi pertama mengenai St. Valentine sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan Kerajaan Rom pada kurun ketiga Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang para pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang baik sebagai tentera Rom. St. Valentine menganggap bahawa arahan Maharaja tak adil. Secara rahsia, dia kahwinkan para pemuda yang bercinta. Bila kegiatan ni terbongkar, Maharaja Claudius III perintahkan St. Valentine dihukum bunuh.” Cerita Fairuz terhenti seketika apabila pelayan tersebut membawa makanan yang dipesan oleh mereka. Dia menyambung ceritanya apabila pelayan tersebut pergi.
      “Versi kedua pula, St. Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, beliau bersahabat dengan seorang anak gadis iaitu anak kepada  pegawai penjara di situ. Sebelum dibunuh, St. Valentine tulis surat kepada kekasihnya dan menandatanganinya dengan ungkapan from you Valentine.
      “Tapi, kenapa pulak kita sebagai orang Islam tak boleh sambut hari kekasih? Berdasarkan cerita Abang Amir yang versi satu, Ami rasa kita patut sambut sebab St. Valentine boleh dianggap wira kerana sanggup dibunuh untuk menyatukan pasangan pemuda yang bercinta.” Amirah memberikan pendapatnya.
      “Sebelum tu, Abang Amir nak tanya Iqa. Iqa tahu tak kenapa tarikh 14 Februari dipilih sebagai hari kekasih?” soal Fairuz. Laju Amirah menggeleng.
      “Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St. Valentine dijatuhi hukuman mati. Untuk memperingati dan menghormati dirinya sebagai wira cinta, tokoh yang bersifat kasih sayang dan sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai St. Valentine’s day atau hari memperingati kekasih.” Terang Fairuz.
      “Sekarang, kita berbalik semula pada soalan Iqa. Masa mula-mula mak abang cerita benda ni pada abang, abang pun terfikir seperti apa yang Ami cakapkan tadi. We should celebrate that day. Tapi, bila abang layari internet dan baca macam-macam jenis artikel yang berkaitan, kita sebenarnya tak patut sambut hari kekasih ni. Walaupun sejarahnya dah lama berlalu dan masih diselubungi misteri, tapi apa yang pasti sambutannya berkait rapat dengan tradisi penganut agama kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Dan sambutan hari kekasih juga takde kena-mengena dengan adat resam budaya masyarakat Melayu atau tatasusila orang timur, jauh sekali daripada ajaran agama kita.” Sambung Fairuz.
      “Oh, begitu ceritanya. Patutlah Along kata yang Abang Amir tak pernah sambut hari kekasih walaupun Abang Amir ni buaya.” Dalam cerita, Amirah sempat berjenaka. Fairuz tergelak perlahan.
     “Bila kita nak kahwin?”
     “Apa kahwin-kahwin? Entah siapa yang sukakan dia agaknya!” Amirah malas mahu layan Fairuz.
     “Jangan main-main tau sayang! Sekali kalau ALLAH tentukan yang Ami ni tak jadi bini abang, Iqa akan menyesal seumur hidup tau!”
     “Apa yang nak Iqa kesalkan?” soal Amirah. Dia tahu Fairuz sengaja meresahkan hatinya.
     “Abang sayangkan Iqa. Iqa tak boleh nafikan tu. Jangan sampai tiba satu masa, Iqa akan akui lirik lagu ni. Waktu tu nanti, setiap kali bangun pagi, hanya muka abang aje yang Iqa nak tengok. Dan lirik lagu ni akan sentiasa terngiang-ngiang kat telinga Iqa.”
     “Lagu apa?”
     “Iqa dengar elok-elok lagu Bonnie Tyler ni.” Fairuz mengikut perlahan nyanyian Bonnie Tyler bertajuk Total Eclipse Of The Heart.
                                                                                                                                      
 And I need you now tonight
And I need you more than ever
And if you'll only hold me tight
We'll be holding on forever
And we'll only be making it right
Cause we'll never be wrong together
We can take it to the end of the line
Your love is like a shadow on me all of the time
I don't know what to do and I'm always in the dark
We're living in a powder keg and giving off sparks
I really need you tonight
Forever's gonna start tonight
Forever's gonna start tonight

Once upon a time I was falling in love
But now I'm only falling apart
There's nothing I can do
A total eclipse of the heart
Once upon a time there was light in my life
But now there's only love in the dark
Nothing I can say
A total eclipse of the heart

Amirah hanya mendengar Fairuz menyanyikan dua perenggan terakhir lagu tersebut. Wajahnya cuak sedikit.
“Ah, merepek ajelah Abang Amir ni. Entah apa-apa entah!” Amirah tak ambil pusing. Fairuz hanya tersenyum sumbing. Niatnya hanya untuk mengenakan wanita itu tapi tak disangka pula wajahnya boleh cuak!


    
“WAN, aku dah tanya mak aku dah. Dia bagi lampu hijau.” Fairuz mengkhabarkannya kepada Azwan.
“Lampu hijau apa? Dengan tak bagi salam, tiba-tiba lampu hijau? Apa? Mak kau belikan lampu warna hijau untuk kau?” soal Azwan dengan loya buruk.
“Assalamualaikum. Puas hati kau?”
“Waalaikumussalam. Barulah betul. Hah, apa yang kau kata lampu hijau?”
“Alah, hal yang kita bincang masa kat taman semalam,” Fairuz memberi klu. Azwan mengangguk. Namun masih ada persoalan yang masih belum terjawab.
“Ayah kau macam mana?” soal Azwan. Fairuz terdiam. Padanya, Azwan sengaja mendidihkan hatinya dengan soalan sebegitu.
“Kau sengaja nak bakar hati aku ye?” Fairuz mula naik angin.
“Kau tu sakit jantung. Jangan jerit-jerit.” Azwan sempat mengingatkan kawannya itu. “Siapa kata aku nak bakar hati kau? Ada kau nampak aku bawa pemetik api aku? Kemudian aku bedah kau dan bakar hati kau?” Azwan membuat lawak bodoh.
“Kau jangan buat lawak bodoh sampai tahap didih aku betul-betul 100 darjah celsius! Karang, betul-betul meledak nanti, sakit telinga kau!” Fairuz menjerit. Dia tidak senang dengan lawak bodoh Azwan. Ternyata lawak bodoh Azwan tak kena tempat! Belum pun hati Fairuz meledak, dia sudah di‘bom’ dahulu dengan kata-kata sinis Fairuz.
“Aku bukan nak kasi hati kau terbakar. Walaupun kau tak sayangkan ayah kau, kau kena hormat dia. Dia masih lagi ketua keluarga kau! Takkanlah kau nak belakangkan dia?” Azwan masih mempertahankan hujahnya.
      “Kalau masa dia dera aku dulu dia berani belakangkan mak aku yang berusaha nak halang dia, kenapa sekarang aku tak boleh belakangkan dia? Kau bagi aku seribu sebab!” Di penghujung kata-katanya, Fairuz menggertak Azwan. Azwan terdiam. Dia memang masak dengan perangai ‘bakal adik ipar’nya. Kalau hitam katanya, hitamlah. Takkan ada sesiapapun yang berani mengubah jadi coklat. Jika tidak, orang itu akan di‘bom’ seperti tadi.
 “Yelah, yelah!” akhirnya, Azwan mengalah. “Bila kau nak bawa rombongan kau datang ke mari?” Azwan mengalihkan soalan.
“Itu aku belum rancang lagi. Nanti bila aku dah rancang, aku beritahu kau nanti,” jawab Fairuz.
“Okey. Sham, boleh aku tanya kau satu soalan?” pinta Azwan. Fairuz hanya diam.
“Sampai bila kau nak dera hati dan perasaan ayah kau? Kau tak kesiankan ayah kau ke? Aku tengok kekadang kalau dia balik kerja, muka dia tegang memanjang. Lepas tu, kadang-kadang, macam ada air mata yang menitis.” Fairuz terpukul dengan soalan Azwan.
“Tajam mata kau  Wan,” Fairuz sempat menyindir Azwan.
“Takdelah. Biasanya petang-petang aku duduk kat bangku di luar rumah.” Jawab Azwan dengan selamba.
“Oh. Aku pun tak tahu, Wan. Mungkin jugak sampai aku nak tengok ayah aku dah betul-betul menyesal dan mengakui kesalahan dirinya.”
“Maksud kau?” soal Azwan lagi.
“Maksud aku… sampai ayah aku kalah!”
“Benda macam ni pun kau nak jadikan pertandingan?” Fairuz melepaskan nafas yang berat.

No comments:

Post a Comment