REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 27 January 2011

WUC 15

WAKE UP CALL 15

PHUKET, THAILAND

SETELAH menyiapkan beberapa kerja penting, akhirnya dapat juga Fahem menghirup udara nyaman di Phuket ini. Matanya meliar di sekeliling kawasan Lapangan Terbang Phuket untuk mencari kelibat Yuwaree. Oleh kerana penat, Fahem hanya bersandar di sebuah tiang setelah tidak terdapat kerusi untuk menunggu. Lima minit berselang, tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu kiri Fahem dari belakang. Fahem menoleh. Yuwaree tersenyum manja setelah melihat buah hatinya itu.
        Sambil berpelukan, bibir mereka bertaut lama. Melepaskan rindu masing-masing. Sedar mereka bukan berada di dalam bilik, barulah mereka meleraikan pelukan.
        “Come on, follow me.” Ajak Yuwaree. Fahem hanya mengikut dari belakang. Sebuah kereta Audi berwarna hitam sudah menunggu mereka. Pemandu yang bersuit hitam itu terus mengambil beg Fahem dan memasukkannya ke dalam boot kereta. Yuwaree terus menarik tangan Fahem agar duduk di seat belakang.
       “Darling... I really, really miss you.” Beritahu Yuwaree sambil meramas lembut tangan Fahem. Jika seorang lelaki dan seorang wanita sudah berdua-duaan, yang ketiga adalah syaitan. Tanpa banyak kata, Fahem terus merangkul Yuwaree dan mereka mula bercumbu. Dengan berani, Yuwaree naik ke atas badan Fahem dan mereka mula melakukan sesuatu untuk melepaskan nafsu masing-masing.


LAGUNA BEACH RESORT, PHUKET

TIBA saja di bilik, mereka menyambung adegan panas di dalam kereta tadi. Kali ini, kedua-duanya lebih agresif. Satu jam kemudian, kedua-duanya sudah keletihan. Fahem yang tadi di atas Yuwaree sudah terlentang di sebelah wanita itu.
      “Fahem, are you tired?” soal Yuwaree yang sedang membelai-belai rambut pendek Fahem. Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk. Lantas dia mengiring ke kanan, menghadap Yuwaree.
      “I want to bath first. My body so sticky, ok girl?” pinta Fahem sambil bibirnya sempat mendarat di bibir Yuwaree. Wanita itu senyum tanda mengizinkan.
      Setengah jam di dalam bilik air, akhirnya Fahem keluar juga. Yuwaree sedang mengaturkan Pizza Hut di atas meja sofa. Fahem yang hanya berseluar pendek dan berbaju pagoda terus duduk di sebelah Yuwaree. Wanita itu menghulurkannya segelas coke  dan Fahem meneguk sedikit sebelum meletakkannya di atas meja. Kemudian, Fahem menarik sepotong pizza di dalam kotak dan mengunyahnya selepas membaca bismillah. Sambil itu mereka menonton tv.
       “So, how’s your business?” soal Yuwaree.
       “Fine.” Jawab Fahem. Matanya masih lagi menonton siaran televisyen. Entah apa rancangan yang ditonton, dia tidak tahu. Matanya masih melekat di situ kerana terdapat beberapa adegan ganas ala-ala mafia. Manalah tahu bila bergaduh dengan Mark di lain hari, bolehlah dia meniru aksi-aksi seperti itu.
        Selesai makan, Yuwaree mengemas semula meja itu. Tak lama kemudian, dia duduk semula di sebelah Fahem sambil tangan kanannya mengusap-usap pangkal peha Fahem. Badan Fahem sudah menggeletar. Perempuan ni nak lagi ke? Aku dah penat ni.
       “Do you want more games?” soalan Fahem setelah dia merasakan sesuatu. Yuwaree tersenyum menggoda.
       “After you rest.” Jawab Yuwaree sambil bangun dan mencapai semula baju dan skirt pendeknya.
       “Okay. Where do you want to go?” soal Fahem apabila melihat Yuwaree mengenakan make-up pada mukanya.
       “I have a work okay, darling?” jawab Yuwaree sambil menghadiahkan sebuah ciuman menggoda yang paling maut untuk Fahem sebelum dia keluar. Fahem melepaskan nafas berat sambil melihat lenggok badan Yuwaree yang meliuk-lentok bagai api ditiup angin. Tak semena-mena, dia teringatkan Fiona. Gambar yang diambil secara tidak sengaja oleh Don amat mengejutkanya. Ketika Don menunjukkan gambar yang disimpan di dalam handset itu, Fahem terasa seperti mendapat serangan jantung.
       Televisyen yang masih terpasang hanya direnung kosong. Dia tiada hati untuk menontonnya. Fikirannya masih lagi berlegar-legar tentang Fiona. Namun keletihan lebih menguasai dirinya. Dengan langkah yang lemah, Fahem menuju ke katil empuk. Dia mula melelapkan matanya.

............................................

 IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

“FAHEM tak beritahu kamu, ke mana dia bercuti?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin setelah Mazidah duduk di hadapannya. Mazidah menggeleng.
        “Tapi hari tu, dia ada suruh saya uruskan tiket penerbangan ke Phuket. Atas urusan apa, saya tak tahu. Tapi, tiba-tiba dia batalkan sebab dia ada temujanji dengan klien dari UK tu. Hari Isnin tu pulak, dia mintak saya serahkan borang cutinya pada Tan Sri selama 5 hari. Mungkin dia ke Phuket agaknya.” Terang Mazidah. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin merenung wajah Mazidah yang putih gebu itu. Dia akui, Mazidah memang cantik. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika anak bujangnya tersangkut hati pada wanita di hadapannya ini.
        “Lagi satu, saya ada benda nak minta tolong dengan awak. Kebetulan setiausaha saya cuti bersalin, Fahem pun tak ada dan saya masih belum ada pengganti sementara, apa kata untuk hari ni dengan esok, awak tolong saya siapkan beberapa dokumen penting untuk meeting BOD esok. Dan lagi satu, tolong uruskan persiapan lunch untuk mesyuarat esok, boleh? Awak mintaklah tolong dengan beberapa orang staf perempuan. Saya tak kisah. Kebetulan Fahem pun tak ada, tak salah awak berkhidmat sementara untuk saya, betul tak?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memberi arahan dengan lembut. Dalam hati, Mazidah berbisik. Mungkin sebab sifat lembut inilah yang membuatkan semua staf di sini senang bekerja. Selama dia bekerja selama 4 tahun disini, dia tidak pernah melihat Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memaki hamun seorang staf di hadapan staf yang lain. Fahem juga begitu. Jika Di rumah, tidak tahulah dia. Mungkin juga Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sudah dididik agar tidak menengking seseorang itu di hadapan orang lain, takut akan mengaibkan orang yang kena marah itu. Jika dia ingin memarahi seseorang staf, dia akan memanggil staf tersebut dan masuk ke dalam biliknya.
          Tetapi pada Mazidah, Fahem tidak akan boleh menjadi selembut daddynya. Dia suka buat apa saja apabila angin taufannya sudah tiba. Pernah sekali , Fahem membaling sebuah fail ke arahnya kerana tidak puas hati dengan beberapa kesalahan yang sudah dibetulkan. Walaupun tidak puas hati, sepatutnya Fahem menegur dengan cara yang baik. Ini tidak. Nasib baiklah tidak berdarah kepalanya. Hanya miung sekejap saja akibat terkena ‘fail terbang’. Kemudian, Fahem datang ke apartmennya malam itu untuk mengajak dinner bertujuan ingin memujuknya. Tidak kuasa dia ingin melayan jantan gila betina itu. Esoknya pula, Fahem menghadiahkannya sebentuk cincin putih berukir F y M. Y di situ diambil dari Bahasa Sepayol yang bermaksud ‘dan’ untuk meminta maaf. Namun dia tetap buat tidak layan. Sengaja dia melancarkan mogok selama seminggu. Cukup seminggu, barulah dia memaafkan lelaki itu.
          Selepas menerima arahan itu, Mazidah keluar dari bilik Presiden Izzuddin Supplier Holdings itu.

........................................

“MAK tak apa-apa, Din. Kamu laki bini tak usahlah risau.” Beritahu Hajjah Zakiah ketika Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan isterinya melawat ibu kesayangannya itu.
         “Mak, Din tak peduli. Hari ni, mak dengan Idris kena ikut Din balik ke rumah Din. Lagipun mak, tak ada siapa nak tengok mak kat sini. Mak selalu tak sihat... Idris pulak lumpuh. Kalau mak jatuh lagi dalam bilik air, macam mana?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin melahirkan kegusarannya. Puan Sri Sharifah hanya mendengar tutur kata suaminya. Sifat mengambil berat itulah yang menyebabkan Puan Sri Sharifah semakin menyayangi pasangan hidupnya.
         Hajjah Zakiah atau lebih mesra dengan panggilan Hajah Kiah di Kampung Tanah Merah itu hanya tersenyum manis. Anak tengahnya ini memang seorang yang bertanggungjawab. Setiap hujung minggu, pasti dia akan bertandang ke rumah ini.
         “Tak apa. Mak tak kisah. Kamu jagalah bini dengan anak-anak kamu tu, Din. Insya-ALLAH, Haji Sarip depan rumah tu ada... bolehlah dia tengok-tengokkan mak sekejap. Lagipun Haji Sarip tu bukan orang lain, sepupu mak jugak. “ jawab Hajjah Kiah. Puan Sri Sharifah tersenyum.
         “Mak, kami memang nak sangat jaga mak. Betul jugak kata abang. Kalau jadi apa-apa pada mak, kan susah?” Puan Sri Sharifah menyokong suaminya.
         “Kalau kamu nak mak duduk dengan kamu, buat apa kamu ubahsuai rumah ni? Dari rumah papan ke rumah batu? Sayanglah kalau ditinggalkan saja rumah ni.” Hajjah Kiah menjawab soalan menantunya. Pada mulanya, dia sendiri tidak berkenan dengan pilihan anak keduanya itu. Seperti sudah tidak ada wanita Melayu lain. Namun setelah Sharifah menunjukkan sikap dan sifat yang baik dan penuh kesopanan, akhirnya dia menerima wanita itu sebagai menantunya.
          “Kalau dah itu keputusan mak, Din tak dapat nak kata apa. Tapi dengan syarat.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin masih  berdolak-dalik.
          “Apa dia?” soal Hajjah Kiah. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memandang adik bongsunya itu. Idris sudah tersenyum-senyum apabila memandangnya. Dia membalas senyuman itu. Idris lumpuh setelah kemalangan beberapa tahun dulu. Sebagai anak lelaki, Hajjah Kiah dan Idris adalah tanggungjawabnya. Mana mungkin dia ingin meminta pertolongan Kak Longnya, Datin Zaimah? Abang iparnya, Datuk Azuddin memang tidak menyukai dengan dirinya. Entah di mana silapnya, dia tidak tahu. Tetapi itu beberapa tahun dulu. Kini, setelah dia mendapat gelaran Tan Sri, abang iparnya tiba-tiba seperti baik saja dengannya.
          “Syaratnya... Din akan upah empat orang gaji, dua lelaki dan dua perempuan untuk menjaga mak dengan Idris. Dan, Din akan mengupah seorang  jururawat peribadi lelaki untuk menjaga dan menguruskan Idris. Bila Din tak sibuk, insya-ALLAH Din akan membawa anak-anak Din datang ke rumah mak.” Jelas Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin.
         “Tapi...”
         “Kan Din cakap, jangan nak bantah? Ini untuk kebaikan mak juga.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memintas percakapan emaknya dengan nada yang lembut.
         “Yalah.” Hanya itu yang mampu Hajjah Kiah luahkan.


.................................................

PHUKET, THAILAND

FAHEM dan Yuwaree, masing-masing sudah bernafsu. Oleh kerana sudah tidak tahan, Fahem terus mendukung Yuwaree yang sedang berbaring di sofa sambil menonton tv naik ke atas katil. Tanpa menunggu lama, Fahem menanggalkan satu persatu pakaian Yuwaree sehinggalah wanita itu hanya berpakaian dalam. Yuwaree juga sama. Dia menanggalkan pakaian Fahem sehinggalah lelaki itu hanya berpakaian seluar kecilnya saja. Nafsu masing-masing sudah membara. Pantas Fahem dan Yuwaree membuat ‘warm-up’ sebelum ‘bersenam’.

FAHEM terjaga dari tidurnya. Dijeling sofa yang dihuni oleh beberapa orang wanita. Camylia dan Mazidah yang mengapit kanan dan kirinya sudah terlena sambil memeluk dirinya. Fahem tersenyum. Hai... bahagianya hidup dikelilingi wanita yang seksi gila macam ni. Bisik hatinya. Wanita yang duduk di sofa tadi semuanya sedang bergelak ketawa. Entah apa yang melucukan, dia tidak tahu. Fiona, Yuwaree dan Wani terus menonton drama yang terpapar di skrin tv. Ketika mahu melelapkan semula matanya, Fahem terasa katil itu seperti dipanjat. Lantas dibuka kelopak matanya. Ketiga-tiga wanita tadi kini sudah berada di atas katil.
        “You all ni kenapa?” soal Fahem sambil membelai dengan kepala seorang demi seorang.
        “Layanlah kitaorang.” Jawab ketiga-tiganya. Bulat mata Fahem.
        “Sekaligus?” soal Fahem. Mereka bertiga mengangguk. mazidah dan Camylia sudah terjaga. Lima pasang mata menggoda sedang merenung mata seorang jejaka tampan idaman mereka.
        “I penatlah. Lagipun tadi, teruk you all buli I.” Dalih Fahem.
        “Ah.... kami tak peduli! I nak you layan kitaorang semua... sekaligus!” Fiona memerintah. Fahem tiada pilihan lain tetapi dalam hati, dia tersenyum girang.
       Fahem sudah memulakan langkah pertama. Dia naik ke atas badan Mazidah. Dalam banyak-banyak teman wanitanya, Mazidah adalah yang terbaik servisnya di atas katil. Tanpa banyak kata, dia terus melakukan kerjanya.
       Ketika mereka saling bercumbuan, tiba-tiba kedengaran guruh berdentum-dentum seperti membelah bumi. Fahem buat tidak tahu sambil menyambung tugasnya. Namun, dengan kuasa ALLAH, panahan petir menerjah dadanya. Fahem menghentikan kerjanya seketika. baru saja ingin mengucap, Fahem sudah rebah di atas badan Mazidah. Kesemua wanita itu menjerit-jerit kerana ketakutan. Akhirnya, Fahem mati di situ juga. Mati dalam keadaan terhina. Mati sebelum bertaubat. Mati ketika diri masih diselubungi maksiat.
       Mazidah pantas menolak tubuh Fahem. Dia takut sebenarnya. Dia masih terkejut. Terlalu terkejut. Simpati pada Fahem kerana mati ketika berzina. Berzina bersamanya. Mazidah tiba-tiba bangun dan terus mencapai segala pakaiannya yang dicampak oleh Fahem tadi.
       Fahem terdengar suara-suara yang agak kurang menyenangkan ketika beberapa orang kaum lelaki sedang memandikan tubuh badannya.
       “Eei... inilah padahnya kalau asyik buat maksiat je. Tak ingat dunia! Bukan main busuk badannya! Berkudis, berkulat sana sini. Apalah nasib Tan Sri dapat anak macam ni.” ucap satu suara.
       “Entah! Tak guna belajar sampai Universiti Al-Azhar tapi perangai macam setan. Nak termuntah aku. dahlah, jomlah keluar. Cari kaum kerabat dia, biar mereka yang mandikan si Fahem kaki maksiat ni!” sahut suara yang lain. Terdengar beberapa orang yang menyahut ‘betul’. Faham terasa ingin disepak saja manusia-manusia yang mengutuk dirinya. Namun dia sedar. Tempoh perjalanannya sudah tamat. Dia tidak mampu untu berbuat apa-apa. Sekadar mendengar saja.
       Tiba di satu tempat, Fahem terasa dirinya seperti dibakar. Terlalu panas. Sudahlah begitu, banyak ulat dan cacing mula menjamah tubuhnya. Dia cuba bangun untuk melarikan diri namun keadaannya yang telah dikapan menyebabkan pergerakannya terbatas. Dia terasa ada ulat yang mula memanjat mukanya. Fahem mula menjerit.

..............................................

“ARGHHHHHHHHHHH!” Fahem terus terjaga dari tidurnya. Astaghfirullah-al-azim. Fahem beristighfar beberapa kali sambil meraup mukanya. YA ALLAH, apakah alamat mimpiku tadi? Mimpi itu sungguh mengerikan. Fahem tidak mahu mati dalam keadaan sebegitu.
         ‘Cu, itu tandanya agar kamu kena tinggalkan tabiat berzina kamu sekarang.’ Satu suara menyapa telinganya. Pantas Fahem menoleh ke kanan. Tok Din!
         Dijeling Yuwaree yang sedang nyenyak tidur berselimut tanpa seurat benang pun. Dia juga sama. Dengan pantas, dia mencapai tuala yang terdampar di tepi katil dan membungkus tubuhnya. dengan pantas, dia menuju ke bilik air untuk mandi wajib.
         Setengah jam kemudian, dia keluar semula dari bilik air. Setelah berpakaian selengkapnya, dia bersolat Isyak.  Setelah itu, dia mula mengemas barang-barangnya. Sebelum keluar, dia sempat menulis sepucuk surat untuk Yuwaree. Surat itu dihempapkan dengan beg tangan Yuwaree yang berwarna hitam.

“WHERE is my taxi?” soal Fahem kepada seorang penyambut tetamu Laguna Beach Resort. Tadi, sebelum keluar, dia sempat menelefon pihak hotel agar mencarikannya teksi.
        “Over there, sir.” Jawab wanita penyambut tetamu itu sambil menunjukkannya dengan ibu jarinya. Pantas saja Fahem masuk ke dalam teksi tersebut.
        “Bring me to Bang Jao Village Mosque!” arah Fahem.
        “Alright sir.” Pemandu teksi itu akur.
        Sepanjang perjalanan, air mata Fahem tidak berhenti-henti menitis. Mengenangkan dosa maksiatnya selama ini, dia jadi takut. Dia takut jika kejadian itu benar-benar berlaku. Takut jika dia mati dalam keadaan hina. Tidak sempat bertaubat. Mati ketika masih melakukan zina. 

No comments:

Post a Comment