REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday 15 January 2011

CSU 21

CINTA SEORANG USTAZ 21

SMK TAMAN INDAH

“ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua. Pada hari ini, saya, Ustaz Iskandar Zulkarnain Al-Hafiz, guru kelas untuk Tingkatan 5 Emas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Haji Basirun serta barisan guru yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami untuk jamuan yang tak seberapa ni. Dan terima kasih juga saya ucapkan kepada para pelajar yang sudi membawa juadah-juadah untuk jamun kecil ini. Baiklah, saya akan mulai jamuan ini dengan bacaan doa. Al – Fatihah.” Mana yang beragama Islam mula membaca Al – Fatihah. Iskandar mula menadah tangan. Apabila melihat dia menadah tangan, yang lain turut ikut sama.
         “Jadi, dipersilakan Tuan Pengetuan, Haji Basirun untuk memberikan ucapan beliau. Dipersilakan.” Ucap Iskandar setelah selesai bacaan doa.
         “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Iskandar dan pelajar lain kerana sudi menjemput saya. Saya tak mahu berucap panjang sebab saya tahu... anda semua memang dah tak tahan bila melihat juadah-juadah di depan mata. Apapun, saya ingin berpesan kepada anda semua. Belajar rajin-rajin. Ulangkaji banyak-banyak. Buatlah yang terbaik untuk SPM. Ini tentang masa depan awak. Dan satu lagi, minta ampun kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Dan ingat... setiap usaha mestilah diiringi dengan doa. Itu saja. Terima kasih.” Haji Basirun duduk semula setelah berdiri untuk berucap.
         “Terima kasih Tuan Pengetua. Sekarang, saya menjemput setiap guru untuk memberi motivasi dan nasihat berguna kepada para pelajar. Saya agar dimulakan dengan Puan Rohayati, Guru Prinsip Akaun. Dipersilakan Cikgu Yati.” Puan Rohayati bangun dan memberi sedikit motivasi dan kata-kata rangsangan kepada para pelajar selama satu minit 15 saat. Kemudian diikuti oleh guru-guru yang lain sehinggalah habis. Semuanya memberikan nasihat dan motivasi yang hampir serupa – jangan leka, jangan main-main lagi, tumpukan sepenuhnya pada pelajaran, banyakkan ulangkaji dan study group dan yang paling penting, tawakkal dan berdoa kepada ALLAH setelah berusaha sedaya upaya.
        Iskandar mula membacakan doa makan. Setelah mengaminkan doa, barulah mereka semua menjamu selera. Ketika sibuk masing-masing mengisi perut yang sudah lapar, mata Iskandar memandang raut wajah Laila yang kelihatan gembaira di samping Najwa di sebelahnya. Mereka tergelak-gelak perlahan. Tiba-tiba, Laila memandang Iskandar. Entah apa yang merasuknya untuk memandang wajah lelaki itu. Mereka berbalas senyuman. Armand memandang tajam wajah Laila. Iskandar dapat menangkap renungan mata Armand terhadap buah hatinya. Pantas dia mematikan senyumnya. Dengan jari kelengkeng diletakkan di bawah gelas, Iskandar meneguk air sarsi di dalam cawannya.
       Ketika belajar di Maahad Tahfiz, arwah abahnya pernah mengajar bahawa dengan cara memegang cawan dan gelas seperti itu, kita dapat merasakan sama ada air yang kita minum selamat atau tidak. Sebagai contoh, jika jari kelengkeng marasa sejuk di bawah gelas seperti empat jari yang memegang sisi gelas, maka selamatlah kita apabila minum air tersebut. Sama juga halnya seperti air panas. Tetapi jika suhu di bawah gelas yang dirasai oleh jari kelengkeng amat berlainan dengan empat jari di sisi gelas, ini bermakna seseorang berniat untuk meracuni kita sama ada melalui santau, jin, syaitan atau apa saja dan air tersebut tidak selamat untuk diminum.
       
“SAYA dapat rasa yang Armand ada hati pada Laila.” Ujar Iskandar ketika mereka di bilik guru. Laila ingin menyerahkan buku tajwid yang dipinjam dari Iskandar.
          “Apa ustaz cakap ni? Suka-suka hati aje nak tuduh si Armand macma tu sekali!” Laila membalas. Iskandar hanya tergelak perlahan.
       “Laila, saya ni lelaki tau. saya tahu pandangan seorang lelaki pada wanita macam mana.” Ujar Iskandar. Laila mencebik. Iskandar memandang wajahnya seketika sebelum menundukkan kepalanya. Janganlah si Armand betul-betl sukakan si Laila. Kalau tak, mana aku nak cari awek lain? Dah tak ada masa rasanya! Bentaknya dalam hati.
        “Mari kita ke sana.” Iskandar bingkas bangun dan menuju ke set kusyen rotan yang diletakkan di hadapan bilik mesyuarat mini. Dia membawa sekali buku yang baru dipulangkan oleh Laila. Konon-kononnya ingin membincangkan tentang pembelajaran tajwid.
        Iskandar memandang Laila sekali lagi. “Baik awak cakap betul-betul... Armand ada hati pada awak kan?” soal Iskandar dengan nada yang masih boleh dikawal. Laila mengeluh.
        “Macam nilah senang cerita. Sebenarnya, Armand ada memberi saya sepucuk surat untuk menjadi steady – girlfriend dia. Tapi saya tak mahu.” Jelas Laila. “Lagipun, saya tak suka dengan Cikgu Ainah tu. Becok dia, semacam.” Laila mengumpat. Iskandar tergelak perlahan. Ketika mereka berbual-bual kosong, tiba-tiba Hafizuddin datang dan duduk di sebelahnya. Dia hanya tersengih-sengih.
         “Ni apa ni? Dating eh?” usiknya. Hafizuddin tahu tentang Laila dan Iskandar. Lelaki kacukan itu sudah menceritakan kepadanya ketika mereka terserempak di Hospital Pantai, ketika Simon masuk hospital. Pada Hafizuddin, jika sudah jodoh apa salahnya? Cuma dia berharap agar mereka menjaga batasan sebagai lelaki dan wanita, juga sebagai ustaz dan pelajar.
         “Aah, dating. Apahal?” jawab Iskandar dengan selamba. Hafizuddin tergelak saja.
         “Jangan sampai orang nampak. Kalau tak, teruk kau nanti Is.” Balas Hafizuddin. Iskandar hanya tergelak seketika.
         “Kami ada alasan kukuh. Lagipun, ni tempat terbuka. Aku dengan Laila duduk bertentangan. Bukannya bersebelahan.” Iskandar membela diri. Sempat ditunjukkan buku tajwidnya kepada Hafizuddin. Mereka tergelak sama.
         “Kau ni Is, ada saja helah kau,y a?” Hafizuddin menempelak. Iskandar hanya tersenyum manis. Iskandar menghantar pemergian Hafizuddin dengan pandangannya.

KLIA

“ARE you sure, dad?” soal Datuk Alexander. Dengan keadaan daddynya yang begitu, dia masih ragu-ragu untuk melepaskan ketua paderi itu untuk pulang ke Midsomer.
          “Dad pasti dengan keputusan yang dad buat ini.” Jawab Simon sepatah-sepatah. Iskandar mengeluh.
          “Granddad, di Midsomer tu tak ada orang. Granddad sorang-sorang saja. Kalau apa-apa terjadi pada granddad, macam mana? Is tak mahu tu semua berlaku.” Iskandar pula bersuara. Seperti Datuk Alexander, dia juga risau dengan keadaan datuknya. Terbatul-batuk.
         Simon tersenyum mendengar patah kata dari cucunya itu. Prihatin juga dia ni. pujinya dalam hati. “Just believe me, ok? I will fine.” Jawab Simon.
         “Granddad, just stay here for a few months. Can you?” Natasha pula cuba memujuk Simon. Lelaki it uterus tersenyum.
         Jika dia masih belajar lagi, bolehlah dia menjengah Simon sekali-sekala. Ini, dia sudah berada di bumi Malaysia. Siapa yang akan selalu memerhatikan Simon nanti? Benak Natasha benar-benar buntu.
        Pengumuman untuk penerbangan ke United Kingdom sudah kedengaran. Simon memandang wajah-wajah yang disayanginya.
        Datuk Alexander bula mencium tangan daddynya. Air matanya tumpah juga akhirnya. Simon mengusap-usap lembut ubun-ubun kepala Datuk Alexander. Selepas itu, Datin Aminah menyalam ayah mertuanya itu. Dia sudah tidak kekok untuk berhadapan dengan lelaki itu lagi. Ketika kali pertama bertandang ke rumah Simon di Midsomer, dia merasai ketakutan yang teramat sangat. Maklumlah, paderi.
         Iskandar memeluk datuknya seerat mungkin. Dia sayangkan datuknya itu. Walaupun mereka berlainan agama, itu tak bermaksud dia menyayangi datuknya itu ala kadar saja. Air matanya menitis pada baju kot yang dipakai oleh Simon. Lelaki tua itu terkejut.
          “Why do you crying?” soal Simon dengan rasa bersalah. Iskandar hanya menggeleng.
          “I will miss you, granddad.” Ujar Iskandar lagi.
          Simon memeluk Natasha dan mengucup lembut ubun-ubun kepala cucunya itu.
          “Don’t worry, my darling. I’ll always take care of myself.” Janji Simon. Natasha hanya mengangguk, mempercayai kata-kata datuknya itu. Dengan langkah tenang, Simon melangkah ke balai perlepasan.             


No comments:

Post a Comment