REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 16 November 2011

WUC 25

WAKE UP CALL 25

NAK tak nak, mahu tak mahu, Mazidah terpaksa mengikut Fahem menuju ke rumah orang tua Mizan untuk melihat berapa peratus kerja-kerja yang sudah siap.
Entah kenapa, Fahem tiba-tiba terlalu rindu untuk berbual mesra dan bergurau senda bersama Mazidah. Dia mengambil tangan wanita itu dan mengucupnya perlahan-lahan.
Mazidah tidak dapat mengelak. Dengan pantas, dia menarik tangannya dan menampar kuat pipi kiri Fahem.
“You jangan nak buat gila! You dah bertunang! Ingat apa yang I kata… kita dah tak ada apa-apa lagi!” Mazidah memarahinya. Fahem terkulat. Rupanya dia tersilap. Dia menyangkakan yang Mazidah tentu masih rindu padanya, tetapi…
“I ingat you masih sayang pada I.” ujar Fahem. Mazidah mendengus.
“Jangan haraplah I nak kembali pada you… masih sayang pada you! Tolong jangan perasan eh!” Mazidah menempelak.
Fahem melepaskan nafas berat. “Sampai bila kita nak macam ni?” soal Fahem. Dia pun tidak tahu, soalan apakah yang baru diutarakan tadi.
“Macam ni macam mana? I memang dah tak ada apa-apa dengan you! Tu, tunang you yang patut you sayang sekarang. Bukan I… bukan Fiona… bukan Camelia, bukan Wani!” jerit Mazidah. Dia sudah muak dengan Fahem. Adakah dia tidak faham Bahasa Melayu?
“I…”
“I tak nak dengar apa-apa! Lepas ni, kalau you masih nak memujuk rayu pada I lagi, I akan pecahkan rahsia kita pada tunang you, keluarga dia, dan keluarga you sendiri. I tak kejam macam Fiona. Tapi kalau seratus kali I cakap pun you tetap buat tak faham, I akan ugut you guna rahsia kita supaya you tak ganggu I lagi. Faham!” Mazidah memberi amaran, sekaligus ugutan berbahaya.
Fahem membulatkan biji matanya. “Eh… erm… janganlah macam tu. Kalau you pecahkan rahsia tu, habislah tunang I dah tak percaya pada I lagi!”
Mazidah mendengus. “Kalau tak mahu rahsia kita pecah, you jangan nak ganggu I lagi!” Mazidah melaungkan amarannya sekali lagi.
“Yalah… yalah.” Fahem mengalah. Akhirnya, mereka tiba di rumah orang tua Mizan.
“Kita dah sampai. Jom.” Ajak Fahem. Mazidah keluar dari kereta biru tua itu. Dahinya berkerut-kerut ketika melihat rumah kayu itu. Kenapa macam pernah tengok saja rumah ni? Dia masih terpaku di sisi kereta Fahem sedangkan lelaki itu sudah melangkah jauh.
Fahem menoleh. Apabila melihat Mazidah masih lagi berdiri kaku, dia mendekati wanita itu.
“Kenapa? Ada masalah ke?” soalnya. Mazidah menggeleng. Fahem menarik nafas lega.
“Kalau macam tu, marilah.” Sekali lagi, Fahem mengajak. Mazidah mengangguk akur. Mereka mendekati para pekerja yang sedang berehat.
“Selamat tengah hari, Tuan Fahem… Cik Mazidah.” Ketua pekerja, Luthfi berdiri sambil menyapa sepasang manusia itu. Fahem mengangguk sambil tersenyum, sambil memberi isyarat agar duduk semula menyambung makan tengah harinya.
Fahem duduk di sebuah pangkin. “Air cond dah siap pasang?” soalnya. Luthfi mengangguk.
“Lepas ni, kami nak pasang kipas pulak di beranda luar.” Tambah Luthfi. Mazidah tidak menghiraukan mereka. Perlahan-lahan, dia masuk ke dalam rumah itu dan memanjat tangga kayu yang masih lagi elok.
Matanya meliar ke sekeliling ruang tamu yang kecil itu. Walaupun kecil, susunannya yang teratur cantik dengan kerusi kayu jati membuatkan rumah itu kelihatan seperti chalet. Mazidah bergerak menuju ke sebuah sudut di rumah itu. Terdapat sebuah meja sudut yang menempatkan gambar keluarga. Diteliti gambar-gambar tersebut satu demi satu. Tiba-tiba…
“Macam mana gambar aku boleh ada di sini?” soalnya kepada diri sendiri. Dia membuka beg tangannya dan mengeluarkan beg duitnya. Setelah itu, dia mengeluarkan sekeping gambar hitam putih yang sentiasa tersimpan di dalam beg duitnya. Dia membandingkan gambar yang dimilikinya dengan gambar yang terletak di atas meja itu. Ya! Memang sama. Langsung tidak berbeza walau sedikitpun. Mazidah terundur-undur ke belakang. Tiba-tiba, dia terlanggar tubuh badan seseorang.
“Kenapa?” soal Fahem. Dia dapat menangkap kelakuan Mazidah sejak mereka tiba. Bekas kekasihnya tiba-tiba menjadi aneh. Dari penglihatan matanya, dia dapat melihat Mazidahs eperti ada sangkut paut dengan rumah orang tua Mizan. Tamat saja berbual dengan Luthfi, dia terus mengikut jejak Mazidah naik ke rumah kayu itu.
Tanpa berkata apa-apa, Mazidah menyerahkan gambar miliknya yang telah dilaminate dengan gambar yang sudah dibingkaikan di atas meja kepada Fahem. Fahem merenung kedua-dua foto itu. Ya… memang ada persamaan.
“Maknanya…” Fahem mahu bertanya namun, tiada perkataan yang terucap keluar dari mulutnya. Mazidah pernah bercerita kepadanya tentang banjir besar yang melanda kampungnya suatu ketika dahulu. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mazidah dalam keadaan terkejut. Begitu juga Fahem.
“Kenapa tu? Macam ada masalah saja kamu berdua?” soal Ir. Muazzam. Mereka berdua tersentak.
Fahem tergelak perlahan. “Tak ada apa-apalah.” Jawabnya. Ir. Muazzam dapat melihat sesuatu di tangan Fahem. Lantas, dirampas gambar milik Mazidah itu.
“Mana kau dapat gambar ni?” soalnya dengan dada yang berdebar. Fahem hanya memandang Ir. Muazzam dengan pandangan yang kosong.
“Cakap! Mana kau dapat gambar ni?” soal Ir. Muazzam dengan emosi yang tidak menentu.
“Dia punya.” Jawabnya sambil menudingkan jari telunjuk kirinya ke arah Mazidah. Ir. Muazzam memandang Mazidah dengan pandangan yang penuh makna. Perlahan-lahan, dia memegang tangan kiri Mazidah. Dia ingin memastikan adakah kesan itu masih ada lagi atau tidak.
“Eh, apa ni pegang-pegang tangan saya? Tak ada adab ke?” Mazidah memarahi Ir. Muazzam. Namun, lelaki itu tetap buat tidak peduli.
Ya! Kesan cakaran kucing masih ada di pergelangan tangan kiri Mazidah.
Ir. Muazzam cuba mengawal dirinya yang masih bergolak. “Apa nama penuh awak?” soalnya.
“Mazidah binti Razak.” Jawab Mazidah. Tanpa menunggu lama, Ir. Muazzam memeluk tubuh Mazidah dengan erat sekali.
“Eh… apa ni?” Mazidah cuba menolak tubuh sasa itu namun dia gagal. Air mata gembira berlinangan di wajah Ir. Muazzam.
“Adik, takkan tak ingat? Ni… Abang Muazzam. Adik panggil abang… Abang Muaz.” Ir. Muazzam cuba mengembalikan ingatan adiknya. Fahem hanya terpinga-pinga.
Mazidah masih tidak percaya. Adakah dia sudah berjumpa dengan abang kandungnya? Tiba-tiba dia teringat.
“Saya nak tengok tapak kaki kanan awak.” Pinta Mazidah. Tanpa banyak soal, Ir. Muazzam sedia mengikut perintah Mazidah. Dia tahu apa yang ingin dilihat oleh Mazidah.
Mazidah membulatkan biji matnaya apabila melihat tanda kelahiran berbentuk hati di tapak kaki kanan Ir. Muazzam. Memang benar… lelaki ini adalah abang sulungnya yang selalu dipanggil Abang Muaz. Lantas, dipeluk tubuh Ir. Muazzam. Air matanya merembes keluar.
“Mak dengan abah, mana?” soal Mazidah sambil air matanya terus mengalir di wajahnya.
“Nanti, abang bawakan Mazidah kepada mak dengan abah.” Ir. Muazzam berjanji.
“Betulkah dia…” sekali lagi, Fahem kehilangan kata-kata. Ir Muazzam yang seperti tahu apakah soalan yang ingin diajukan oleh Fahem, dengan pantas dia mengangguk.
“Dia adik aku, Fahem. Adik kandung yang kami cari selama ni.” Ujar Ir. Muazzam. Fahem melepaskan nafas lega. Dahulu, Mazidah pernah bercerita kepadanya yang dia pernah tinggal di rumah anak yatim. Bila ditanya bagaimana dia boleh berada di sana, Mazidah menjawab yang dia dihanyutkan oleh air banjir dan dia dijumpai oleh sepasang suami isteri. Oleh kerana suami isteri itu terlalu miskin, akhirnya mereka menghantar Mazidah ke sebuah rumah anak yatim.
“Elok pulak gambar tu? Tak ada cacat-celanya pun.” Ujar Ir. Muazzam setelah dia mengesat air matanya.  Mazidah tersenyum.
“Itu semua kuasa Tuhan. Abang kan tahu, Mazidah memang simpan gambar ni dalam beg mengaji Mazidah. Bila Mazidah dihanyutkan air banjir, Mazidah berserah, bertawakkal pada DIA. Mazidah tapat rasa, yang Mazidah pengsang berjam-jam lamanya. Bila sedar saja, beg mengaji tu masih ada dalam genggaman Mazidah.” Ceritanya. Ir. Mauzzam menjemput mereka berdua duduk. Sementara dia pula menghubungi Dr. Mizan agar segera datang ke rumah orang tua mereka. Kebetulan, Dr. Mizan memberitahu yang dia sememangnya dalam perjalanan menuju ke sana.
“Want to share with me?” soal Fahem sambil merenung lembut mata Mazidah yang masih bertakung air mata. Mazidah tersenyum.
“I rasa macam… tak percaya. Selama ni, dunia I hanya you, Diyya dan pengetua di rumah anak yatim yang pernah I tinggal dulu. Tapi, bila Puan Surati meninggal, I rasa kehilangan sangat. Dan sekarang, bila I dapat tahu yang keluarga I masih ada, entahlah… I macam… I’m so speechless.” Ujar Mazidah. Fahem mengesat air mata wanita itu dengan tuala kecilnya. Fahem tersenyum.
“Itu maknanya, you masih ada keluarga.” Balas Fahem. Di luar, kedengaran suara ornag memberi salam. Bila Ir. Muazzam menjenguk, Dr. Mizan sudah sampai.
“Ada apa abang?” soal Dr. Mizan. Lebih mengharikan apabila melihat tiba-tiba abangnya mengalirkan air mata.
“Kita dah jumpa Mazidah. Kita dah jumpa.” Jawab Ir, Muazzam sambil memeluk satu-satunya adik lelaki yang dia ada. Dr. Mizan kehilangan kata-kata.
“Mana dia?” soalnya tidak keruan. Ir. Muazzam menuding jari telunjuknya ke arah Mazidah. Mata Dr. Mizan mengikut arahan tangan abangnya. Matanya dikecilkan. Bukankah wanita itu adalah setiausaha Fahem?
Perlahan-lahan, dia mendekati Mazidah. Beberapa minggu lalu ketika dia ke pejabat Fahem, dia ada memerhatikan senyuman wanita itu ketika dia ingin berjumpa dengan Fahem. Ketika itu, hatinya sempat berdetik – ‘Kenapalah senyumannya macam aku pernah selalu lihat?’ Bila tiba di pejabatnya, dia baru teringat bahawa senyuman wanita itu tidak ubah seperti senyuman adiknya yang hilang selepas banjir.
“Mazidah?” soalnya. Mazidah mengangguk. Lantas, mereka berpelukan. Sekali lagi, air mata mewakili perasaan masing-masing. Dr. Mizan mengangkat kepala. Dia mencium dahi dan ubun-ubun adiknya.
“Adik, selama ni… adik duduk dengan siapa?” soalnya sambil menarik Mazidah duduk di sebelahnya.
“Idah tinggal di rumah anak yatim. Sebelum tu, ada sepasang suami isteri ni jumpa Idah. Mereka ada kata, mereka memang nak sangat jaga Idah sebab mereka tak ada anak. Tapi, keadaan mereka yang terlalu miskin membuatkan  mereka terpaksa menghantar Idah ke rumah anak yatim. Setiap bulan, mereka akan melawat Idah.” Mazidah bercerita. Idah adalah nama singkatan yang selalu digunakan oleh keluarganya ketika mereka kecil.
“Habis tu, mereka di mana sekarang?” soal Ir. Muazzam. Jika diizainkan ALLAH, dia mahu membalas budi suami isteri itu.
“Apa yang Idah dapat tahu, mereka kemalangan ketika mahu ke pekan.” Terang Mazidah. Ir. Muazzam melepaskan nafas berat.
Mereka terus bertukar-tukar cerita. Bercerita itu dan ini. Fahem yang rasa terpinggir akhirnya membuat keputusan.
“Oleh sebab hari ni adalah hari bahagia you, I lepaskan you. You tak payah masuk pejabat. You berbuallah dengan abang-abang you. Petang nanti, I balik dari pejabat, I akan ambil you di sini dan hantar you ke rumah.” Fahem membuat keputusan. Dia perlu membiarkan Mazidah membiasakan diri bersama Ir. Muazzam dan Dr. Mizan.
“Erm… tak payahlah kau susah-susah nak ambil dia. Nanti, kami hantarkan dia ke rumah dia.” Balas Dr. Mizan.
“Lagipun, dia bukan sesiapa lagi pada kami. Adik kami juga.” Sampuk Ir. Muazzam pula. Fahem tersenyum sambil mengangguk.
“Kalau macam tu, aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi ya Zam… Zan.” Fahem meminta diri. Mereka bertiga mengangguk.

KETUKAN di pintu yang bertalu-talu membuatkan Diyya rimas. Ni mesti takde orang lain! Kalau orang selalu mengetuk pintu apartmen begini, tidak lain tidak bukan, mesti anak Tan Sri tu! Bentak hatinya. Dengan rasa marah, dia membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Mazidah bersama dua orang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati, dia sempat berkata sendirian.
Takkan baru putus, dah pandai cari jantan lain? Hebat betul kawan aku ni!
Mazidah memetik jari. “Kau nak aku tidur kat luar ke?” sindirnya.
“Kunci kau mana?” soalnya.
“Nantilah, aku cerita. Sekarang, boleh kau buka dulu pintu ni?” pintanya. Sepantas kilat, Diyya menuju ke tampat letak kunci dan datang semula sambil membawa segugus kunci rumah mereka dan membuka pintu besi.
“Siapa ni?” soal Diyya kepada Mazidah sambil melihat riak muka Ir, Muazzam dan Dr. Mizan yang dari tadi hanya tersengih-sengih.
“Oh, marilah masuk dulu.” Tnapa menghiraukan soalan Diyya, Mazidah terus menjemput kedua orang abangnya masuk Namun Diyya sempat mendepakan tangannya di pintu.
“Eh, kan kita dah janji yang orang laki tak boleh masuk langsung dalam rumah ni. Kecuali ahli keluarga aku dan kau saja.” Diyya mengingatkan. Mazidah tersenyum.
“Sebab aku masih ingat janji kitalah, aku nak jemput mereka masuk.” Jawabnya. Akhirnya, Diyya ke tepi untuk memberi laluan kepada kedua lelaki itu masuk.
“Duduklah, Abang Muaz, Abang Zan.” Mazidah menjemput mereka duduk. Mereka akur. Mazidah menarik tangan Diyya untuk duduk di sebelahnya.
“Sebenarnya, aku nak kenalkan pada kau. Mereka berdua adalah abang aku.” Jelas Mazidah. Diyya terkejut.
“Betul ke ni?” soalnya. Mazidah mengangguk tanda dia tidak menipu.
“Abang Muaz, Abang Zan… dia ni Diyya. Atau nama penuhnya Siti Nadiyya Mohd. Naufal. Dialah kawan Idah yang paling rapat.”
“Yang pakai cermin mata tu, abang sulung aku. Ir Muazzam. Yang lagi sorang pulak, abang aku yang nombor dua, Dr. Mizan.” Mazidah memperkenalkan mereka bertiga. Diyya menganggukkan kepala sambil memandang Ir. Muazzam dan Dr. Mizan sebagai tanda perkenalan. Mereka dua beradik membalas anggukan itu.
“Eh, aku buat air dululah.” Ujar Diyya sambil bangun.
“Eh, tak payahlah.” Ir. Muazzam menegah namun Diyya tetap berkeras. Tetamu seharusnya dialu-alukan.
Tidak lama kemudian, Diyya datang ke hadapan sambil menatang sedulang air dan beberapa biji gelas. Dia kembali semula ke dapur untuk mengambil sedulang kuih yang sudah siap diisi kedalam beberapa baling kaca lalu dibawa ke hadapan.
“Macam mana kau boleh jumpa dengan abang kau?” soalnya sambil mempelawa kedua-dua lelaki itu minum.
“Kalau tak kerana Fahem…”
“Hmm… nama lelaki tak guna tu jugak yang kau masih sebut!” Diyya mendengus.
Mazidah tersengih. Dia tahu tahap kebencian Diyya terhadap CEO nya itu terlalu tinggi.
“Dengarlah dulu cerita aku. Kalau tak kerana Fahem yang paksa aku ikut dia ke tapak kampung tu, sampai bila-bila pun aku takkan dapat berjumpa dengan keluarga aku.” Mazidah mula bercerita.
“Macam mana dia paksa kau?” soal Diyya ingin tahu.
“Macam-macam dia ugut aku kalau aku tak nak ikut dia. Dia kata dia nak perkosa akulah, nak pecat akulah, nak fitnah akulah, nak serahkan aku pada musuh dia si Mark tu untuk jadi pelacurlah… macam-macam. Malas nak layan perangai dia yang macam budah-budak, nak tak nak… aku ikut ajelah.” Tambah Mazidah.
Diyya menganggukkan kepala. “Habis tu, kau dah jumpa dengan mak ayah kau?” soalnya. Mazidah menghalakan pandangannya kepada kedua-dua abangnya.
“Kami akan pertemukan dia dengan mak abah kami dalam sehari dua ni.” Jawab Ir. Muazzam.
Diyya memeluk Mazidah dengan penuh kasih sayang. “Lepas ni, bolehlah aku beraya kat kampung kau pulak.” Diyya bergurau. Mazidah tergelak perlahan.
“Boleh… tak ada hal.” Jawabnya.
Ir. Muazzam dan Dr. Mizan saling berpandangan. Akhirnya mereka membuat keputusan.
“Idah, Abang Muaz dengan Abang Zan balik dulu. Tak elok kami lama-lama di sini.” Ujar Ir. Muazzam. Mazidah mengangguk faham. Jika dia seorang saja yang tinggal di sini, tidak mengapa. Tetapi, dia tinggal bersama Diyya. Mazidah dan Diyya mengiringi mereka hingga ke muka pintu.
Setelah melihat kedua orang abangnya selesai memakai kasut, Mazidah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mereka berdua. Sesudah itu, Ir. Muazzam dan Dr. Mizan mencium dahi dan ubun-ubun Mazidah.
“Kalau ada apa-apa hal, telefonlah kami.” Ujar Ir. Muazzam sebelum pergi. Mazidah mengangguk faham, lantas teringat akan kad kerja yang diberi oleh kedua orang abangnya itu.
Mereka masuk semula ke dalam dan Diyya mengunci pintu.
“Syukurlah, kau dah bertemu dengan keluarga kau semula.” Ujar Diyya sambil mengemas gelas di atas meja.
Mazidah tersenyum. “Lepas ni, tak adalah aku nak susahkan kau lagi. Kalau tak, setiap kali raya… mesti aku balik kampung kau. Mesti mak bapak kau pun dah bosan asyik tengok muka aku saja setiap kali pagi raya.”
Diyya mencebik. Ada pulak! Mak bapa kau tak pernah kisah. Lagipun, mereka dah anggap kau tu macam anak sendiri tau. Tapi, lepas ni aku harap kau teruslah duduk dengan aku kat sini. Janganlah tinggalkan aku. Kalau tak, aku tak nak kawan kau lagi!; Diyya berpura-pura memberi amaran. Mazidah hanya ketawa gembira. Dalam ahti, dia berdoa. YA ALLAH, sesungguhnya aku bersyukur kepadaMU kerana kau pertemukan semula aku dengan keluargaku.

1 comment: