REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 17 January 2011

WUC 14

WAKE UP CALL 14

“ESOK, daddy nak kamu ikut abang kamu ke pejabat. Kerja dengan daddy.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin ketika mereka menikmati minuman petang di tepi kolam renang.
        “Siapa? Fateeha?” soal Fateeha kepada daddynya. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk.
        “Kamulah. Habis siapa lagi? Takkan daddy suruh si Syazwan Afiq pulak?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memerli Fateeha.
        “Alah, Fateeha tak sedia lagilah daddy.” Fateeha memberi alasan. Fahem menjeling adiknya.
        “Habis tu, bila kau betul-betul bersedia? Umur dah 100 tahun baru kau bersedia?” Fahem menempelak Fateeha. Semua yang ada di situ sudah tergelak. Syazwan Afiq yang tidak tahu apa-apa turut tergelak. Fateeha menjeling Fahem.
        “Dengar sajalah cakap daddy kamu.” Pujuk Mak Kiah. Fateeha memandang Mak Kiah dengan wajha yang dibuat-buat untuk meminta simpati.
        “Menyibuk aje!” Fateeha terus menyuap karipap sardin ke dalam mulutnya. Matanya sempat mejeling wajah Fahem yang sudah tersenyum sinis.
        “Apa pulak menyibuk? Abang pun orang syarikat jugak. Hei, sekurang-kurangnya kau kena bersyukur sebab bila kau masuk saja kerja, jawatan kau tinggi. Kalau syarikat lain, entah-entah jadi kerani pun tak layak!” Fateeha mencebik.
       “Alah, nanti-nantilah daddy.” Fateeha minta tangguh. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menggeleng.
       “Takde nanti-nanti. Daddy tak peduli. Besok jugak kau kena masuk. Pagi tu, ikut kereta abang kamu. Dia selalu datang awal.” Fahem sudah terkedu. Dia datang awal bukan sebab ada banyak kerja. Tapi dia warm-upkan badannya bersama-sama  Mazidah sebelum memulakan kerja pejabat.
       “Err... biarlah dia ikut daddy. Kalau dia ikut Fahem, mesti dia bosan sebab datang awal sangat. Takde benda nak buat.” Fahem beralasan. Dia tidak mahu Fateeha tahu aktiviti di dalam pejabatnya setiap pagi. Kalau tak, harulah hidupnya. Dia bukannya tidak kenal Fateeha. Kalau dia pecahkan rahsianya kepada daddy dan mummynya, macam mana?
        Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin merenung wajah Fahem. Anak sulungnya itu gelisah semacam.
        “Kenapa? Apa yang kamu buat bila datang kerja awal-awal pagi?” soalnya. Fahem sudah terdiam.
        “Erm, Fahem buat kerjalah. Lepas tu, turun minum kopi kat warung bawah tu. Nak panaskan badan.” Tanpa menunggu reaksi daddynya, Fahem mencubit sedikit chapatti dan dicicah di dalam piring kecil berisi masak lemak cili api sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
        “Daddy tak peduli. Esok, Fahem bawak Fateeha. Tunjukkan dia tempat-tempat kat situ. Mana pantry, mana tandas, mana bilik-bilik manager, bilik-bilik meeting... tunjuk pada dia.” Arah Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Fahem tiada jalan lain selain akur saja dengan arahan itu. Nampaknya, kenalah ubah jadual. Hatinya berbisik.  


.....................................................


“APA mimpi you, tetiba suruh I tidur apartmen you malam ni?” soal Mazidah setelah masuk ke dalam kereta Fahem.
       Fahem meneruskan pemanduannya. Dia jadi bingung seketika.
       “You ni kenapa?” soal Mazidah. Tiba di lampu isyarat, Fahem memberhentikan keretanya setelah lampu merah menonjolkan dirinya.
       “Mulai esok, adik I akan kerja di situ.” Fahem memulakan perbualan. Mazidah tergelak.
       “Jadi, apa kena-mengenanya dengan I?” soal Mazidah. Fahem menepuk dahi. Lampu sudah bertukar hijau. Fahem menekan pedal minyak. Volkswagen The Eosnya meluncur laju membelah malam yang pekat.
       “Setiap hari, dia akan naik kereta I. I  kan selalu datang awal ke pejabat? Kan kita selalu warm-up kat pejabat I? I takut kalau dia tetiba saja masuk bilik I nanti. Takkanlah I nak kunci, nanti lagilah dia syak.” Fahem meluahkan kembimbangannya.
       Mazidah tergelak. “Itu yang you risaukan?” soalnya. Fahem mengangguk bagai orang bodoh. Mazidah menggelakkan Fahem.
        “Kalau macam tu, apa kata setiap malam, you datanglah kat apartmen you. I tunggu situ nanti. I kan ada kunci spare apartmen you.” Mazidah mengusulkan cadangan. Fahem mengeluh.
        “Bukan tu maksud I. I mean... I nak the best warm up sebelum buat kerja.” Fahem mengeluh. Mazidah seperti tidak faham lagi. Dia sukar untuk membuat kerja tanpa mendapatkannya dahulu.
       “Alah, buat sementara waktu... kita stoplah dulu. Tapi apa yang I tahu, adik you kan ada kereta?” soal Mazidah. Fahem mengangguk. Tiba-tiba Fahem mendapat idea.
       “Tak apa. I bagi dia tempoh seminggu je naik kereta dengan I. Lepas tu, I akan suruh dia naik kereta dia sendiri.” Fahem membuat keputusan. Mazidah tersenyum.
       “Suka hati youlah.” Ujar Mazidah.

NAK telefon ke tak? Hati Fahem masih berbalah bahagi. Hari tu aku SMS, dia tak balas. Mesti dia belum maafkan aku. dijeling Mazidah yang sudah nyenyak di sebelahnya. Hari ini dirasakan tenaga Mazidah terlalu luar biasa. Wanita itu lebih bertenaga darinya. Entah apa yang dimakan, dia malas untuk bertanya. Nanti-nantilah.  Dipandang jam di dinding yang sudah berdetik sepuluh kali. Dah pukul 10 malam. Tanpa ragu-ragu, Fahem menelefon Nur Syuhadah.

NUR SYUHADAH sedang menonton McBride di siaran Diva Universal yang dahulunya lebih dikenali sebagai Hallmark Channel. Ketika dia kusyuk menonton babak McBride dan rakan sepeguamnya, Phil Newberry makan di sebuah restoran, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Nur Syuhadah membiarkan saja panggilan itu setelah melihat nama yang tertera. Abdul Ghani dan isterinya sudah memandang anak tunggal mereka.
         “Kenapa tak jawab telefon tu?” soal emaknya, Puan Rafeah.
         “Orang salah nombor. Orang gila agaknya.” Jawab Nur Syuhadah. Matanya terus menonton drama McBride tanpa menghiraukan panggilan telefon tersebut. Puan Rafeah memandang suaminya. Tiba-tiba, telefon nur Syuhadah berhenti berbunyi. Lega. Bisik hati Nur Syuhadah. Baru saja ingin menarik nafas lega, telefonnya berbunyi semula. Nur Syuhadah mengeluh. Dia terus membiarkan telefonnya mnejerit-jerit. Tindakannya itu menyebabkan Abdul Ghani terus mengambil telefon anaknya dan menjawab panggilan tersebut.
         “Assalamualaikum.’ Sapa Abdul Ghani.
         “Waalaikumsalam.” Fahem sudah terkedu. Siapa ni? Bapak dia ke?
         “Err, encik ni... ayah Nur Syuhadah ke?” soal Fahem dengan sopan. Yelah, nak anak dia. Mestilah sopan.
         “Ya, saya ayah Nur Syuhadah. Kenapa? Nak cakap dengan dia?” patah-patah perkataan yang keluar dari mulut Abdul Ghani menyebabkan Nur Syuhadah memandang wajah ayahnya.
         Abdul Ghani terus menyerahkan telefon tanpa wayar itu kepada anaknya.
         “Ada orang nak cakap dengan kamu.” Ujar Abdul Ghani. Nur Syuhadah memandang ayahnya.
         “Ayah jawab ke panggilan tadi?” soal Nur Syuhadah dengan perlahan. Ayahnya mengangguk. Mahu tak mahu, Nur Syuhadah terpaksa menjawab juga panggilan ‘lelaki gila perempuan’ itu.
         “Awak nak apa?” soal Nur Syuhadah dengan kasar. Dia perasan ayah dan emaknya sedang menjelingnya.
         “Eei... garangnya Syuhadah hari ni.” Fahem bergurau. Nur Syuhadah menghembuskan nafas kasarnya.
         “Syuhadah garang ke, tak garang ke... suka hatilah! Fahem nak sibuk sangat kenapa?”  Nur Syuhadah bangun dan menuju ke beranda. Dia mahukan sedikit privasi untuk memaki hamun Fahem.
         “Alah sayang abang ni, janganlah nak mengamuk tak tentu pasal. Takut abang.” Fahem makin seronok mengenakan Nur Syuhadah.
         “Fahem, stop saying that word boleh tak? Awak ingat saya ni bini awak, nak panggil saya begitu?” Nur Syuhadah sudah mula memarahi Fahem.
         “Alah, abang gurau-gurau pun, nak marah.” Fahem pura-pura merajuk.
         “Hmmm... ada apa awak telefon saya?” soal Nur Syuhadah dengan kasar.
         “Fahem nak minta maaf. Fahem tahu, Fahem salah tapi Fahem tak sengaja buat macam tu. Syuhadah maafkan Fahem, ya?” pinta Fahem.
         “Ahhh... Syuhadah malas!”
         “Janganlah macam tu Syuhadah. Nak maafkan orang pun malas?” Fahem pelik. Hai... nak maafkan manusia pun kena tunggu sampai rajin?
         “Suka hati Syuhadahlah. Nak maafkan Fahem ke tidak! Fahem tahu tak, benda tu memalukan tahu!” Nur Syuhadah masih belum puas memarahi ‘lelaki gila perempuan’ itu.
         “Itu Fahem tahulah. Tapi, bukan Fahem sengaja nak buat benda macam tu. Dah perempuan tu yang tolak Fahem sampai terjatuh. Fahem nak buat macam mana lagi? Dahlah dia cekik Fahem sampai terasa macam nak mati. Tapi kan Syuhadah, syok jugak dapat...”
          Tut... tut... tut...
          “Syuhadah!” Fahem memanggil nama wanita itu berkali-kali namun hampa. Tiada respon dari sebelah sana.

“You telefon siapa tadi?” soal Mazidah sambil melekapkan tangan kirinya ke dada sasa Fahem. Terkejut lelaki itu.
         “You baru bangun?” soal Fahem, untuk mengelak dari menjawab soalan tadi.
         “Erm, I tidur sekejap saja. Air-cond tu bukak sejuk sangat.” Mazidah memberi alasan. Fahem mengangguk.
         “Biasanya, kalau air-cond sejuklah lagi sedap tidur.” Ujar Fahem. Mazidah hanya tersenyum kelat. Dia memeluk pinggang Fahem. Fahem tahu apa yang wanita itu mahu. Baru saja tangannya ingin sampai ke badan Mazidah, telefon bimbitnya berbunyi. Fahem menggaru kepala. Siapa pulak yang kacau ni. Hisy!!!
         “Hello.” Sapanya.
         “Hello Fahem, aku ni... Nizam.” Nizam memperkenalkan dirinya.
         “Wei... Zam. Bila kau balik Malaysia?” soal Fahem.
         “Aku dah tiga hari balik Malaysia. Fahem, aku nak ajak kau pergi kelab malam ni. Boleh?” ajak Nizam. Fahem memandang jam dindingnya.10.45 malam.
         “Kat mana?” cepat saja Fahem memberi kata putus. Sudah seminggu dia tidak ke kelab malam bersama Mzidah. Seminggu ini, dia terlalu sibuk.
         “Mana lagi? Aloha lah.” Jawab Nizam.
         “Pukul berapa? 12 eh?” usul Fahem.
         “12? Lambat benar? Sekarang tak boleh?” soal Nizam.
         “Alah, banyak tanya pulak kau! Aku dengan makwe aku ni. Aku baru nak mula tadi, kau kacau! Tunggulah, pukul 12 aku sampailah.” Fahem memberitahu. Nizam tertawa di hujung talian.
         “Mazidahlah tu?” Nizam menduga.
         “A’ah. Ok, aku blah dululah.” Fahem mengundur diri.
         “Ok, ok.” Nizam setuju.
         “Siapa tu?” soal Mazidah. Tangannya mula melingkar ke seluruh tubuh Fahem.
         “Nizam. Dia ajak I pergi Aloha malam ni. Kita pergi sama ya?” ajak Fahem. Mazidah terus mengangguk. Fahem tersenyum sambil menyambung semula tugasnya yang tertangguh tadi.

................................................

FAHEM menggeleng apabila melihat Nizam yang dengan selamba meneguk setin arak. Sudah ditegur beberapa kali agar jangan minum air kencing syaitan itu. Seteruk-teruk Fahem yang selalu berzina, dia tidak pernah megambil air itu.
        “Zam, sudah-sudahlah kau minum air tu. Tak elok tahu tak.” Tegur Fahem. Dia cuba merampas tin arak dari tangan Nizam namun lelaki itu cepat menjauhkan tangan kirinya. Fahem memandang Mazidah. Wanita itu hanya mengangkat bahu sambil mengeuk sedikit air cokenya.
        Dilihat Nizam sudah meraba-raba wanita yang mengapit dirinya kiri dan kanan. Tin arak tadi diletakkan di atas meja. Dengan pantas, Fahem menyambar tin arak itu dan memanggil seorang pelayan. Disuruh pelayan itu membuang tin arak tersebut di dalam tong sampah. Pelayan itu mengangguk sambil berlalu pergi.
        “Zam, aku nak pergi menari sekejap.” Beritahu Fahem. Nizam mengangguk. dia sudah leka dengan dua wanita tersebut. Fahem menarik tangan Mazidah untuk menari.
        “Siapa Nizam tu?” soal Mazidah sambil membiarkan tangan Fahem melekat pada punggungnya. Fahem tersenyum.
        “Dia kawan baik I. Anak Tuan Mokhtar. Klien kita. Actually, dia jurutera untuk syarikat papa dia. Dia baru pulang dari Thailand. Out-station kat sana tiga tahun.” Jawab Fahem sambil menari.       
        “You tak pernah beritahu I pun?” soal Mazidah sambil memandang Fahem. Lelaki itu hanya tersenyum.
        “You tak nak tanya.”
        “Macam mana I nak tanya kalau I tak tahu?” balas Mazidah. Fahem tersenyum lagi. Kedua-dua tangannya tidak lepas dari memeluk Mazidah. Wanita itu hanya membiarkan perlakuan Fahem. Setiap kali di sisi lelaki berbadan sasa itu, dia terasa selamat. Kepalanya dilentokkan ke bahu kanan Fahem. Lelaki itu mengeratkan lagi pelukannya.

.....................................................

“NANTI bila kita habis belajar, Fahem nak suruh orang tua Fahem hantar rombongan untuk meminang Sumayyah. Sumayyah suka?” Ujar Fahem ketika dia dan rakan-rakannya membuat rombongan untuk ke Piramid Agung Giza ketika cuti semester untuk semester terakhir mereka. Nur Sumayyah hanya tersenyum. Sejak masuk ke Universiti Al-Azhar, Nur Sumayyah dapat merasakan empunya badan yang bernama Tuan Fahem Izzuddin ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Ketika itu, dia memang sudah tertarik pada Fahem. Namun biasalah, walaupun zaman sudah moden, mana mungkin dia meluahkan cintanya. Perasaan malunya sebagai wanita yang mementingkan adab ketimuran masih ada. Akhirnya, dipendamkan saja sehinggalah satu hari Fahem datang kepadanya dan memberitahu bahawa telah jatuh cinta padanya. Dia menyambutnya dengan ucapan Alhamdulillah.
         “Sumayyah menyerahkan kepada emak dan ayah tentang hal-hal macam ni.” jawab Nur Sumayyah. Fahem tersenyum. Rasa hati ingin dicapai saja tangan wanita itu yang kelihatan lembut namun dia masih berfikiran waras. Hukum-hakam ALLAH dijadikan garis sempadan.
         “Kawan-kawan, kita akan masuk ke dalam piramid ni, ok?” rombongan seramai sepuluh orang itu mengangguk setuju. Mereka mendaki batu-batu besar itu satu persatu untuk masuk ke dalam piramid tersebut. Mereka memperuntukkan tiga jam untuk melawat piramid-piramid di situ.
         Fahem dan Nur Sumayyah sempat mengambil gambar bersama di kawasan-kawasan menarik di dalam piramid. Di antaranya adalah tiang yang berukir gambar manusia yang beribu tahun dahulu. Mereka juga mengambil gambar secara beramai-ramai di tempat patung-patung Firaun di dalam piramid tersebut.
         Sebelum bertolak pulang, Fahem dan Nur Sumayyah sempat mengambil gambar yang berlatarbelakangkan Spinx dan Great Pyramid. Ketika mereka sedang menaiki van yang disewa oleh Abdullah, tiba-tiba Nur Sumayyah rebah. Fahem yang beridiri di belakang Sumayyah untuk menunggu giliran masuk ke dalam van terkejut.
         “Sumayyah!” Fahem terkejut kerana Nur Sumayyah tiba-tiba rebah di pangkuannya.
         “Sumayyah, kenapa ni?!” Fahem menjerit-jerit bagai orang gila.
         Rakan-rakannya yang lain sudah mengerumuni Nur Sumayyah. Zainal Abidin, rakan sebilik Fahem dengan segera menelefon ambulans. Darah merah milik Nur Sumayyah menitik keluar dari lehernya yang ditembusi peluru sesat itu. Kawan baik Nur Sumayyah, Siti Rabiah terus menagmbil tugas dari Fahem, meriba kawan baiknya itu.
         “Sumayyah... bangun Sumayyah.” Siti Rabiah terus menggoncang-goncangkan tubuh Nur Sumayyah. Fahem yang melihat hanya menahan kesedihan di dalam hati. Matanya melilau ke sekeliling kawasan piramid itu. Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki berkemeja putih dan bertali leher hitam. Difokuskan pandangan ke arah lelaki tersebut. Firasatnya kuat menyatakan, dialah yang menembak buah hatinya. Dia cuba berdiri untuk mengejar lelaki terbabit namun sempat dihalang oleh Zainal Abidin.
         Beberapa hari kemudian, pihak polis Mesir telah menjalankan siasatan. Hasilnya... lelaki yang menembak Nur Sumayyah adalah seorang ejen Mossad, iaitu ejen perisikan Israel. Nur Sumayyah
bukanlah sasarannya. Dia ingin menembak orang lain tetapi entah macam mana, tembakan itu terkena Nur Sumayyah.

“SUMAYYAH!” Fahem terus terjaga dari tidurnya. Dijeling jam loceng di sebelah lampu tidurnya. 5.30 pagi. segera dia meraup mukanya. Dia termenung di atas katil seketika. Tiba-tiba, air matanya menitis. Dia merindui wanita itu. Terlalu merinduinya. Gelak tawa Nur Sumayyah masih terngiang-ngiang di telinganya.
         Lantas dia bangun dan menarik sebuah laci di dalam almari. Dia menarik keluar sebuah kotak berwarna biru laut dan dibuka kotak itu. Terdapat sebuah jam Swatch Cold Hour bertali hitam yang dihadiahkan oleh Nur Sumayyah kepadanya. Nur Sumayyah memang pandai memilih jam kesukaannya itu. Ditarik sebuah gambar yang terletak di bawah jam tangan tadi. Gambar Nur Sumayyah dan Fahem membelai kepala seekor unta yang sedang duduk berehat ketika mereka mengadakan rombongan ke Piramid di Giza. Fahem memasukkan kedua-dua itu ke dalam kotak tadi dan dibawa ke atas katil. Ada sekeping lagi gambar. Di dalam gambar itu, Nur Sumayyah sedang memeluk sayang leher panjang unta tadi. Fahem tahu, Nur Sumayyah amat menyayangi binatang-binatang jinak.
           Fahem mendekatkan gambar Nur Sumayyah ke bibirnya. Apabila dicium gambar itu, air mata hangatnya mengalir lagi.

.............................................

IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

“YOU ni memang gelojohlah, Fahem.” Rengek Mazidah dengan manja. Fahem tiba-tiba teringat Nur Sumayyah. Suara halus Mazidah serupa dengan suara Nur Sumayyah. Lantas dikeluarkan tangan kanannya dari dalam skirt pendek Mazidah. Perlahan-lahan dia bangun dan duduk di kerusi empuknya. Mazidah merenung wajah muram Fahem.
         “You ni kenapa?” soal Mazidah. Fahem terus muram. Tiba-tiba, air matanya menitis. Cepat saja tangannya menyeka. Mazidah menarik tangannya agar duduk di sofa.
         “Apa masalah you yang sebenarnya?” soal Mazidah. Tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan kiri Fahem. Fahem memandang wanita itu. Fahem tahu, Mazidah sebenarnya adalah wanita baik. Dialah manusia yang telah mencerobohi kesucian wanita itu. Dengan penuh kasih sayang, dia mencium dahi dan kening Mazidah. Wanita itu terasa syahdu.
         “I mintak maaf pada you. I tahu, I adalah orang pertama yang ceroboh you. Sumpah! First time I dengar suara you, I teringat arwah makwe I. Kami tak sempat nak balik Malaysia. Bertunang jangan cakap. Kahwin, lagilah jauh. Dia jadi mangsa peluru sesat ejen Mossad. Suara you memang serupa sangat dengan dia. I... I... tak tahulah, hari ni I asyik teringatkan dia saja. I cuba nak lupakan dia tapi... susah.” Fahem berhenti seketika. Air matanya mengalir lagi.
        Sungguh, Mazidah benar-benar terharu melihat Fahem menangis. Sehinggakan dia sendiri hampir mengalirkan air mata. Selama perkenalan mereka, Fahem tidak pernah begini. Dia tidak mahu dianggap sebagai pasangan yang datang kepada lelaki itu hanya untuk berseronok saja. Dia ingin menjadi pasangan yang sentiasa senang dan susah bersama lelaki itu. Lekas diseka air mata itu dengan jari telunjuk kirinya.
        “Sayang... you jangan risau. I sentiasa ada dengan you. I tak suka tengok you bersedih macam ni. ok?” Mazidah merenung lagi wajah bengis itu. Fahem menarik Mazidah rapat ke dadanya untuk melepaskan rindunya pada Nur Sumayyah. Dikucup ubun-ubun wnaita itu. Lama.
       “Kalau you rasa berat sangat beban yang you tanggung, you luahkan saja pada I. I tak kisah.” Ujar Mazidah yang masih erat dalam pelukan Fahem.
       Mengalir lagi air mata Fahem. YA ALLAH, perempuan ni memang baik! Terlalu baik! Aku yang jahat kerana telah mencemarkan dia!
       Tiba-tiba, pintu dibuka dari luar. Nizam muncul.
       “Fahem.” Laungnya dari muka pintu yang masih terbuka. Pantas mereka berdua membuka mata yang terpejam. Fahem ternampak ada beberapa pasang mata stafnya yang menjenguk-jenguk ke dalam pejabatnya. Pantas dileraikan pelukan itu.
       “Masuklah Nizam. Tutup pintu tu.” Arah Fahem. Nizam menurut seperti yang diarahkan. Dia melangkah dan terus duduk di hadapan Fahem. Ditenung wajah Mazidah seketika. Cantik... seksi. Pujinya dalam hati. Dipandang lagi figura Mazidah. Matanya melilau ke atas dan ke bawah beberapa kali. Dengan skirt pendek, ditambah pula dengan kemeja bercorak bunga-bunga halus berlatarbelakangkan warna merah jambu dan berkasut tinggi dengan tali bersilang. Bibirnya pula kelihatan merah. Rambutnya yang panjang diikat kuda. Dijeling pula paha dan betis Mazidah yang putih gebu. Itu saja sudah mampu menaikkan nafsu Nizam. Fahem menepuk meja kaca di sofa. Terangkat bahu Nizam.
       “Kau pandang apa?” soal Fahem tetapi dia tahu apa yang dipandang oleh Nizam. Lelaki itu tersengih.
       “Tak ada apalah.” Jawab Nizam namun matanya tidak lepas dari memandang Mazidah. Fahem memandang buah hatinya itu.
       “Sayang, you buat dua cup Nescafe.” Arah Fahem. Mazidah menganggukkan kepalanya sebelum keluar.
       “Projek syarikat papa kau kat Thailand, macam mana? Ok?” soal Fahem. Nizam mengangguk.
       “Ok. Kau nak tahu sesuatu? Perempaun-perempuan kat sana, fuhh... seksi gila! aku pernah langgan seorang. Peh...dia punya layanan, tak terkata aku.” cerita Nizam dengan teruja. Fahem menggeleng.
       “Hari tu, apasal kau batalkan tiket ke Thailand? Kau tahu tak, banyak kali si Yuwaree tu telefon aku tanya pasal kau. Tak puas hati dengan ajwapan dalam telefon, dia jumpa aku face to face. Apahal?” soal Nizam. Fahem hanya tersenyum.
       “Daddy aku suruh jumpa client hari Sabtu tu. Kata dia, client tu nak balik UK hari Sabtu tu jugak. Nak tak nak, aku terpaksalah batalkan.” Jawab Fahem.
       “Kau tahu tak, si Yuwaree siap cakap dia rindu gila dengan kau. Dia dah tak tahan lagi. Dia kata, dia tak puas dengan layanan kau yang first time tu.” Beritahu Nizam. Fahem tersenyum. Dihalakan pandangannya ke meja kerjanya. Alangkah terkejutnya dia apabila tiba-tiba saja Mazidah sudah berdiri di sisi meja dengan kedua belah tangannya masih lagi memegang dulang kecil yang berisi dua cawan Nescafe. Mazidah sudah merenung matanya dengan tajam. Fahem menundukkan kepalanya, merenung karpet biru yang lembut itu .
       

2 comments:

  1. maaf klu sy nk tegur. kenapa dlm ceta ni mengagungkan2 perbuatan zina??? pd pdpt saya zina tu adalah lebih teruk dr minum air kencing syaitan. klu minum ilang kewarasan. but org yg bzina dlm waras adalah manusia terhina sekali. melakukan maksiat wlau sedar bahawa perbuatan tu dilaknati Allah. sbb zina akan mnyebabkan kelahiran umat yg tak sah taraf n mnyebabkan penyakit sosial yg tinggi. merosak kan keturunan manusia. dlm islam ank xsah taraf tidak boleh dibin/bintikan ayahnya n juga xboleh mewarisi harta2 ayahnya n aurat mereka dgn ayah mereka adalah terbatas umpama org bukan muhrim.

    ReplyDelete
  2. kalau dah mcm ni...tukar2 pasangan Si Fahem ni x kena penyakit ke? Takut jgk baca wlupun realiti cerita ni benar berlaku. Harap kurangkan bab ranjang dan lebihkan jalan cerita Fahem dan Syuhadah. More islamic. Takut remaja yg belas tahun terikut dgn pembawaan watak Fahem yg terlalu kuat dan mudah mempengaruhi pembaca. Teguran Ikhlas.

    ReplyDelete