REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 5 January 2011

Cinta Seorang Ustaz Versi Original

Sebenarnya, cerita Cinta Seorang Ustaz amat berlainan sekali dengan versi originalnya. Versi originalnya bertajuk Kasih Seorang Guru. Nama heroin dalam cerita ini, Laila masih dikekalkan. Cuma heronya saja yang berlainan. Dalam versi asal, heronya bernama Ustaz Zulfakar. raut wajahnya tetap dikekalkan sama dengan Iskandar Zulkarnain - ala-ala Fabio Cannavaro. Di bawah adalah sinopsis terhadap Kasih Seorang Guru.

Laila seorang pelajar sekolah menengah. Di sekolah, tak ada sesiapa yang nak berkawan dengan dia. Dia menganggap dirinya bagai perempuan yang ada dalam video klip numb, linkin park. Bapak Laila tinggalkan maknya dan kahwin dengan anak bos dia. Ayah dia driver. Satu hari, ada seorang ustaz baru datang ke sekolahnya untuk gantikan guru yang
dah pindah. Namanya Ustaz Zulfakar(muka sebiji mcm pemain bolasepak itali, fabio cannavaro). Dia selalu bantu laila Ustaz Zulfakar juga selalu angkat dan hantar Laila untuk ke sekolah dan rumah. Keintiman mereka menyebabkan semua peajar perempuan di sekolah tu dengki. Mereka tabur fitnah dan mengatakan yang Ustaz Zulfakar pernah pegang tangan Laila. Bila cerita tu samapi ke telinga Tuan Pengetua, mereka dipanggil. Ustaz Zulfakar ditukarkan ke sekolah lain dan Laila diberhentikan  sekolah waktu tu jugak. Maknya ada pada masa tu. Suatu hari, Ustaz Zulfakar datang ke rumah
Laila untuk jelaskan pada mak Laila apa yang berlaku sebenarnya. Mulanya Mak Jah tak percaya tapi bila tengok kesungguhan laki tu, dia mula percaya. Ustaz Zulfajar khabarkan dua berita pada Laila. Berita baik; Tuan Pengetua dah siasat kes mereka dan mereka didapati tak bersalah. Laila diminta sambung sekolah semula dan ustaz Zulfakar tukar ke
 situ semula. Berita buruk; Cikgu Yani yang selama ni rapat dengan Laila dan menjauhkan dirinya dari Laila bila Ustaz Zulfakar datang meninggal dunia pagi tadi ketika lakinya nak hantarnya ke sekolah. Peperiksaan SPM tiba. Laila menghadapi SPM dengan tenang. Habis SPM, dia bekerja untuk tambah perbelanjaan ibunya. Sejak akhir-akhir ni,
ibunya tal boleh nak buat kuih dan hantar pada kedai Makcik Munah kerana maknya sakit. Bulan tiga dah tiba.
Keputusan SPM keluar. Laila tak sangka yang dia dapat strait’s A. Ustaz Zulfakar ucapkan tahniah. Kebetulan hari tu
hari jadi maknya. Dia tanya Ustaz Zulfakar apa hadiah yang terbaik untuk maknya. Ketika naik kereta Ustaz Zulfakar,
lelaki itu kata takde hadiah yang terbaik untuk parent’s selain dari kejayaan anak mereka. Lantas, result SPM dijadikan hadiah. Tiba di rumah, Laila nampak sekujur tubuh yang tak bergerak dan dselimuti kain batik lepas. Maknya dah meninggal! Sejak itu, dia terpaksa kerja keras untuk tampung adik beradiknya yang masih bersekolah. Dia ada hasrat nak lanjut pelajaran di universiti tapi dia terpaksa lupakan. Ustaz Zulfakar belikan apartmen untuk dia dan adik-adiknya berserta dua org gaji. Suatu hari dia demam dan Ustaz Zulfakar datang jenguknya di bilik. Ustaz Zulfakar seperti dipukau. Dia cuba nak buat tak senonoh pada laila. Tendangan Laila yang tepat kena perutnya menyebabkan dia tersedar. Dia mintak maaf. Hubungan mereka dingin seketika. Ustaz Zulfakar tanggung perbelanjaan Laila dan adik-adiknya untuk belajar. Habis belajar, Laila jadi cikgu dan Ustaz Zulfakar kerja di jabatan kerajaan sebagai pegawai. Masa d universiti, Ustaz Zulfakar bertunang dengan Laila. Lepas tu mereka kahwin dan ada anak. Adik-adiknya semua tinggal dengannya. Suatu hari, Sherry[awek lama uz] datang ke rumah Datuk Azmi[ayah Ustaz Zulfakar]untuk minta bantuan. Dia adalah bini muda ayah Laila. Setelah beberapa bulan, Datuk Azmi lihat gambar-gambar lama di rumah Laila. Dia cukup kenal mak Laila. rupa-rupanya, Datuk Azmi adalah adik maknya. Dia hilang ketika kampungnya banjir[banjir di Melaka pada 1967] ketika mereka masih kecil. Kini,dia hidup bahagia disamping Ustaz Zulfakar.


Saya mendapat ilham untuk cerita ni masa di tingkatan 5 (2006). Pada masa tu, cikgu BM saya suruh buat satu cerpen. saya mula-mula memang langsung takde idea untuk buat cerpen tentang apa. Saya makin stress bila cikgu kata nak cepat dalam masa seminggu( x silap saya) tapi saya masih tak buat apapun. Tiba-tiba, saya mendapat idea untuk cerita ni bila menonton drama ( agaknyalah), saya dah lupa. selepas itu, saya mula mencorakkan jalan cerita untuk cerpen ini. Lepas tu, saya saja tanya bebudak ni, cerpen dah siap ke belum. ada yang kata dah... ada yang kata belum. tak hantar ke. saya tanya lagi. diorang kata malas. akhirnya saya ambil inisiatif untuk hantar sendiri by hand kepada cikgu BM saya. Tapi saya terkilan kerana cikgu saya langsung tak menghantar balik cerpen tu pada saya. Sekurang-kurangnya saya nak juga dengar komen dari cikgu saya.

Saya mengubah cerita ni kepada tajuk Cinta Seorang Ustaz setelah membaca beberapa novel dan cerpen dalam penulisan2u. Bila saya baca, ada juga cerita yang lawak. Terutamanya dalam novel Dr. Cinta. Ayat dia memang lawak sungguh. Dan akhirnya saya mengubah cerita tersebut kepada cerita yang lebih menarik. Dan hasilnya... adalah seperti yang anda baca sekarang nie.

Saya nak minta maaf sebab di awal bab Cinta Seorang Ustaz, saya melakar situasi di mana si Iskandar ni suka berfoya-foya di night club. Kepada yang tersinggung dengan jalan cerita ni, harap maafkanlah saya. Apatah lagi dalam bab 4, Iskandar telah mencium Laila. Kenapa saya buat begini? Pada saya, macam mana kita sebagai manusia yang kuat iman pun... bila termakan godaan syaitan dan kelekaan dunia, kita akan kalah juga. Bukanlah niat saya untuk merendah-rendahkan mereka yang beriman tapi... lu pikirlah sendiri.


3 comments:

  1. saya suka membacanyer......teruskan....godaan dunia.......tiada terkecuali......

    ReplyDelete
  2. tak logik juga ustaz sampai cium laila tu. Pasal pergi nightclub tu boleh diterima lagi. Myb ada ustaz tersinggung. Best citer. Teruskan berkarya ^_^

    ReplyDelete
  3. best giler kot...sy selalu cerita kat kawan pasal novel ni..diorang semua kate uztaz tu sempoi n sgt style..hahha

    ReplyDelete