WAKE UP CALL 30
MAJLIS pernikahan Fahem dan Nur Sumayyah diadakan
di rumah orang tua Nur Sumayyah selepas Isyak. Semua tetamu tidak sabar-sabar
menunggu lafaz nikah dari mulut Fahem. Oleh kerana Nur Sumayyah adalah anak
tunggal, maka Encik Ghani akan menjadi wali.
“Aku terima nikah Nur Sumayyah binti Abdul Ghani
dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai.” Lancar Fahem menjawab lafaz nikah.
Kemudian, Encik Ghani bertanya kepada imam, bilal dan beberapa orang lelaki di
situ. Bila mereka mengangguk sambil menyebut sah, imam mula menadah tangan,
mendoakan kesyukuran kerana hari ini sebuah masjid berjaya didirikan. Sambil
itu, imam tersebut mendoakan agar jodoh mereka panjang sehingga ke akhir hayat.
Fahem ketika itu memeluk daddynya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memandang wajah
hero sulungnya. “Sekarang Fahem dah kahwin.
Daddy harap, Fahem kemudikanlah bahtera perkahwinan ini dengan penuh
rasa tanggungjawab.”
Kedua pengantin meminta diri seketika kepada
semua yang hadir untuk melakukan solat sunat dua rakaat beserta sujud syukur di
dalam bilik pengantin.
Sepuluh minit kemudian, mereka berada di tempat
duduk asal semula. Kemudian, Fahem disuruh oleh imam untuk menyerahkan mas
kahwin kepada pengantin perempuan sambil melafazkan penyerahan mas kahwin
kepada Nur Sumayyah. Cahaya kamera memancar menerangi malam yang indah untuk pasangan
pengantin.
Tangan kanan Fahem kemudian diletakkan pada
ubun-ubun Nur Sumayyah. Sambil itu, dia berdoa.
“YA ALLAH, aku memohon kepada-MU kebaikannya dan
kebaikan segala yang ENGKAU ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-MU
daripada keburukannya dan segala keburukan yang ENGKAU ciptakan pada dirinya.”
Cahaya kamera terus memancar-memancar untuk merakamkan detik-detik bahagia
Fahem-Nur Sumayyah agar dapat ditatap oleh anak cucu.
Nur Sumayyah mencium tangan Fahem sambil berdoa
di dalam hati. YA ALLAH, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing
yang baik di dunia dan akhirat.
“Adalah saya Nur Sumayyah binti abdul Ghani,
isteri kepada Tuan Fahem Izzuddin bin Tuan Haji Ahmad Izzuddin dengan penuh
kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya
akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berleah bagi kepada
suami saya dan mengharapkan agar suami sya sentiasa memberi bimbingan dan
nasihat serta tunjuk ajar demi kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini
mendapat restu dan redha dari ALLAH SWT.” Nur Sumayyah melafazkan penerimaan
mas kahwin.
Giliran Encik Abdul Ghani pula melafazkan
penyerahan tanggungjawab wali kepada pengantin lelaki. “Adalah saya Abdul Ghani
bin Abdul Rauf, wali kepada Nur Sumayyah binti Abdul Ghani dari saat ini
menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan
tanggungjawab agama Islam kepada kamu Tuan Fahem Izzuddin bin Tuan Haji Ahmad
Izzuddin sebagai suami yang sah. Semoga diberkati ALLAH SWT ke atas kamu dan
orang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin.”
Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan
penting terutama bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberi kesan di dalam
hati atas apa yang diucapkan. Pada zaman serba moden kini, lafaz-lafaz akujanji
dan pengakuan semakin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lantas ia tidak
memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin.
Setelah wali melafazkan penyerahan tanggungjawab
kepada pengantin lelaki, si ibu memberikan pula pesanan kepada anak yang bakal
dijaga oleh si suami kelak. Tatkala Puan Rafeah memberikan pesanan, setitis
demi setitis air mata Nur Sumayyah mengalir.
“Anakku Nur Sumayyah binti Abdul Ghani, hari ini
kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan aya ibu ke suatu alam yang
baru di bawah naungan suamimu. Ayah dan ibu telah mendidik dan mengasuhmu
sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah
dan ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar serta
nasihat ayah dan ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah
nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu.Berikanlah khidmat dan
ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga
perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkah laku terhadapnya. Jagalah maruah
dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah ALLAH sepanjang hidupmu, semoga
ALLAH memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu.
Ayah dan ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa
mendidikmu.” Bercucuran air mata Nur Sumayyah gugur tatkala Puan Rafeah
menyudahkan lafaznya.
Kemudian, Nur Sumayyah melafazkan terima kasih
atas segala jasa dan budi ibu yang tidak mampu untuk dibalasnya. Walaupun air
matanya sudah tiada lagi, sesekali kedengaran sendu yang ditahan tatkala
melafazkan ucapan terima kasih untuk kedua orang tuanya. Tamat saja lafaz, dia
mencium tangan ibu dan ayahnya dengan penuh kasih sayang. Dahinya pula dicium
serentak oleh kedua orang tuanya.
Akhir sekali, pengantin lelaki melafazkan
penerimaan tanggungjawab dari ibu bapa pengantin perempuan.
“Dengan ini saya Tuan Fahem Izzuddin bin Tuan
Haji Ahmad Izzuddin, suami yang sah kepada Nur Sumayyah binti Abdul Ghani
bersyukur kepada ALLAH di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan
isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan
majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai
suami kepada isteri saya, Nur Sumayyah binti Abdul Ghani dan akan berusaha
sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: - memberi nafkah
zahir dan batin, penjagaan dan perlindungan yang sempurna, keselamatan yang
terjamin, serta memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai ALLAH.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan
ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha ALLAH.”
Selepas itu, dahi Nur Sumayyah dicium penuh kasih. Tatkala itu, flash dari kamera bersilih ganti
merakamkan detik-detik indah dalam perjalanan hidup dua orang makhluk ALLAH
tersebut. Saat ini, dia berjanji kepada dirinya, ini adalah wanita terakhir
yang akan menjadi peneman hidupnya. Tiada lagi selepas Nur Sumayyah binti Abdul
Ghani.
Tamat upacara nikah, diadakan pula majlis
persandingan ringkas. Fahem dan Nur Sumayyah kelihatan cantik dan sama padan.
Jubah lelaki serta serban dan jubah labuh penuh labuci berwarna putih krim
menambahkan lagi keserian mereka pada malam tersebut.
SELESAI solat Isyak, Fahem duduk di birai katil.
Dia menunggu Nur Sumayyah menyidai telekung dan sejadah di tempat penyidai.
Nur Sumayyah sudah duduk di sebelah suaminya.
Sambil meramas lebut tangan isteirnya, Fahem mengucup dahi Nur Sumayyah. Satu
perasaan yang sukar ditafsirkan menyelinap ke dalam hatinya. Hari ini dia dapat
merasai bahawa perintah ALLAH yang melarang seseorang bersentuhan bukan dengan
muhrimnya mempunyai hikmah tersendiri. Fahem dapat merasai nikmat bersentuhan
dengan seorang wanita yang sudah sah menjadi isteirnya.
“Sumayyah, terima kasih sebab sudi jadi isteri
abang.” Ucap Fahem. Nur Sumayyah membalas dengan senyuman manis untuk suaminya.
“Sumayyah pun nak ucapkan terima kasih sebab
abang sudi jadi suami Sumayyah.” Ucap Nur Sumayyah sambil menarik tangan
suaminya dan dieluskan pada pipinya.
“Abang nak makan tak?” soal Nur Sumayyah. Fahem
mengangguk. Perutnya memang terasa lapar sangat. Ketika makan beradab tadi, boleh dibilang dengan
jari berapa suapan yang masuk ke dalam mulutnya.
“Jomlah turun. Boleh jugak tolong diorang untuk
majlis esok.” Nur Sumayyah mengangguk setuju.
MAJLIS perkahwinan Fahem Izzuddin dan Nur
Sumayyah berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Sebelah pagi, kumpulan
marhaban dari taman Nur Sumayyah menceriakan majlis. Nur Sumayyah dan Puan
Rafeah sebenarnya adalah ahli kumpulan marhaban tersebut.
Nur Sumayyah didandan dengan cantik oleh mak
andam. Suasananya sungguh meriah kerana Nur Sumayyah adalah anak tunggal kepada
pasangan Encik Ghani dan Puan Rafeah. Tanpa diketahui sesiapa, ada yang
menderita dengan perkahwinan ini. Badrul sebenarnya terkejut tatkala mendapat
thau berita tentang pertunangan Nur Sumayyah. Dia menyimpan perasaan terhadap
sepupunya itu sejak berusia 16 tahun. Selama ini dia menyangka Nur Sumayyah
masih solo. Keakraban dia antara mereka berdua membuatka perasaan Badrul
terhadap wanita itu semakin bercambah dari hari ke hari. Walaupun dia pernah
menyintai Mazidah dalam diam, dia tahu cinta itu hanyalah berlandaskan nafsu
semata-mata tatkala melihat cara pemakaian Mazidah yang terlebih seksi.
BUKIT BERUANG HEIGHTS
SEBAGAI anak sulung, majlis perkahwinan Fahem
sememangnya terlalu meriah. Dihadiri oleh VVIP, orang-orang kenamaan,
orang-orang kampung Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin, orang-orang taman,
rakan-rakan perniagaan dan ramai lagi.
Mazidah dan Diyya sudah sampai setenghah jam yang
lalu namun Mazidah seperti tiada daya untuk melangkah ke banglo tersebut.
Diyya menoleh ke kanan. Kelihatan Mazidah menitiskan
air matanya. Perlahan-lahan, dia mengusap lembut belakang teman baiknya.
“Sudahlah tu, Idah. Dah TUHAN tentukan yang dia
bukan jodoh kau. Nak buat macam mana.” Diyya menenangkan wanita di sebelahnya.
Mazidah menggeleng. “Aku bukan tangiskan tentang
tu. Aku kesal dengan apa dia buat pada aku petang Jumaat lepas.” Mazidah
memberitahu perkara sebenarnya.
“Apa yang dia buat pada kau?” soal Diyya dengan
risau.
Imbas kembali
Dua hari lalu
SEJAK menjadi setiausaha kepada Encik Ikmal,
Pengurus Kewangan yang baru, dia sudah jarang nampak wajah Fahem. Ini kerana
pejabat Encik Ikmal berada di tingkat enam manakala pejabat Fahem pula berada
di tingkat lapan. Jika berjumpa pun, hanya sebulan dua tiga kali saja. Itupun
ketika mesyuarat.
Dia sedar Encik Ikmal Radzie beberapa kali cuba
menggodanya. Namun dia sengaja buat tidak peduli. Satu hari, dia perlu mengikut
Encik Ikmal bertemu dengan pengurus bank. Pertemuan tersebut berlanjutan
sehingga jam lima setengah petang. Ketika pulang, mereka hanya berbual-bual
kosong.
“Mazidah dah ada boyfriend?” soal Encik Ikmal.
Mazidah segera menggeleng. Encik Ikmal hanya tersenyum sinis. Kenapa wanita ini
tidak menceritakan siapa teman lelakinya? Ketika mula-mula bekerja di Izzuddin
Supplier Holdings, dia sudah tahu tentang hubungan Mazidah dan Fahem. Malah,
dia diberi amaran oleh beberapa orang staf di situ agar jangan ganggu Mazidah.
“Mustahillah orang secantik awak tak ada teman
lelaki. Ke ataupun awak dah clash?”
soal Encik Ikmal dengan berani. Spontan Mazidah menoleh ke kanan. Segaris
senyuman hambar menghiasi wajahnya.
“Saya ni taklah secantik mana Encik Ikmal.
Manalah ada orang nak pada saya.” Mazidah merendah diri.
Tiba-tiba sebuah kereta memintas Toyota Vios
Encik Ikmal dan memaksa lelaki itu berhenti di tepi jalan.
Tiga orang lelaki keluar. Mereka berdua sudah
terkedu. Lelaki berbaju putih itu mengetuk cermin kereta. Encik Ikmal terpaksa
menurunkan cermin keretanya tatkala melihat tangan kanan lelaki tersebut
menggenggam sepucuk pistol.
Dua orang lagi menuju ke arah Mazidah dan menarik
wanita itu keluar lalu dengan pantas Mazidah ditolak ke dalam kereta Proton
Saga FL di hadapan.
Lelaki berbaju putih tadi memberi amaran kepada
Encik Ikmal. “Kalau kau tak mahu perempuan ni mati, jangan telefon polis.”
Dengan segera lelaki tadi masuk ke kereta dan kereta buatan tempatan itu
meluncur laju meninggalkan Encik Ikmal.
Cheng Heights Condominium
MAZIDAH diseret hinga ke atas katil. Lelaki
berbaju putih tadi memandang bosnya yang sedang beristirehat di balkoni sambil
mengambil angin petang.
“Bos, kami dah dapat dia.” Ujar lelaki berkenaan.
Lelaki itu bangkit dan perlahan-lahan dia menapak ke katil. Mazidah yang
matanya diikat dengan kain sudah terjerit-jerit. Perlahan-lahan, lelaki itu
duduk di birai katil.
Dia mengusap lembut paha wanita itu yang sudah
terselak.
“Siapa kau? Apa kau nak dari aku?” tubuh Mazidah
semakin bergetar. Sejak putus dengan Fahem, tidak ada mana-mana lelaki yang
berani menyentuhnya. Dia tahu di pejabatnya, terdapat beberapa orang teruna
yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tetapi oleh kerana dia adalah teman wanita
kepada Fahem, tidak siapa berani mengusik ‘hak milik’ mafia itu. Usapan lelaki
itu pada tubuh Mazidah membuatkan wanita itu jadi tidak tentu arah. Dia terus
menjerit-jerit bagai terkena histeria. Dengan diam, ‘bos’ mengarahkan semua
konco-konconya keluar. Yang tinggal hanyalah dua orang di balkoni luar sebagai
penjaga keselamatannya.
Tiba-tiba Mazidah terasa badannya seperti
dihempap dengan batu yang teramat berat. Oleh kerana terlalu letih melayan
‘kerenah nakal’ lelaki itu, akhirnya dia terlelap.
Dua jam kemudian, pandangan yang tadi gelap kini menjadi
terang-benderang. Tangan yang tadi terikat kini sudah terlerai. Mazidah
memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan. Dia memandang ke sekliling bilik yang
luas itu.
“Aku kat mana ni?” soalnya kepada dua orang
lelaki yang sedang menonton televisyen. Lelaki berbaju putih tadi memandangnya.
Baru saja dia ingin memberikan jawapan, pintu bilik air dibuka dari dalam.
Seorang lelaki bertuala keluar dari bilik air. Lekas Mazidah menoleh ke kanan.
“Kau?” Mazidah menjegilkan matanya. Dia cuba
bangun untuk membantai lelaki itu sepuas hatinya tetapi niatnya tiba-tiba
terhenti tatkala melihat kondisi tubuhnya kini. Mana semua baju aku? Sekali
lagi, dia menala tubuh Fahem dengan pandangan berapi.
Sambil tersengih penuh sinis, Fahem mendekati ‘buah
hati’nya. “Baby sihat?” soalnya
dengan tenang. Mazidah mencapai sebuah bantal lalu melemparkannya kepada lelaki
tersebut. Fahem hanya tergelak bila bantal itu terkena badannya.
“Kenapa kau buat aku macam ni? Kau memang jantan
sial, jantan tak guna!” jerkah Mazidah. Fahem hanya tergelak sinis menerima
jerkahan-jerkahan dari bekas setiausahanya.
“So, do you
feel the game too?” soalnya lagi
setelah duduk di birai katil sambil membelai rambut lurus wanita itu. Tangan Mazidah
pantas menampar pipi lelaki tersebut.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!” tempelak
Mazidah. Fahem mengurut pipi kirinya yang ditampar. Matanya rakus meneliti
wajah Mazidah yang sudah pucat. Hmm... masih cantik. Pujinya dalam hati.
“Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi apa yang
pasti, aku ‘perlu’ untuk menyakitkan hati kau. Dan aku rasa, tak keterlaluan
kalau aku minta buat kali terkahir dari kau sebelum aku jadi hak milik kekal
Nur Sumayyah selama-lamanya.” Dengan kudrat yang masih bersisa, Mazidah terus
menampar lemah wajah lelaki yang semakin hampir dengan wajahnya.
“APA motif dia buat macam tu pada kau?” soal
Diyya dengan dahi berkerut. Mazidah hanya menggeleng.
“Aku tak tahu Diyya. Katanya, dia ‘perlu’
menyakitkan hati aku.” Tanpa segan silu, Mazidah menangis di bahu Diyya. Diyya menepuk-nepuk belakang Mazidah.
“Takpelah. Jom kita masuk dulu. Hal tu, kita
selesaikan kemudian.” Ajak Diyya. Mereka keluar dari Vios maroon milik Mazidah. Toyota Vios itu juga sebenarnya dibeli oleh
Fahem setelah Mazidah terlibat dengan sebuah kemalangan. Oleh kerana enjin
Kancil Mazidah mengalami kerosakan yang amat teruk kerana melanggar kereta
Proton Saga di hadapannya, mekanik yang juga kawan Fahem mencadangkan agar
Mazidah membeli saja kereta baru. Katanya, memang Kancil tersebut boleh
dibetulkan, tetapi akan memakan masa yang panjang.
Ketika mereka sampai, pengantin masih belum
berarak. Kumpulan kompang dari kampung Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin baru
saja sampai. Fahem setia berdiri di sebelah bapanya, bersama-sama menyambut
kehadiran tetamu.
“Eh, Mazidah. Ingatkan tak datang.” Tegur Tan Sri
Tuan Haji Ahmad Izzuddin. Mazidah tersenyum.
“CEO kita kahwin, mestilah datang. Kalau tak, terbalik
pejabat nanti.” Ucap Mazidah. Dalam diam, dia menyindir bekas pesangannya.
Fahem hanya merenung tajam wajah sinisnya.
“Tan Sri, kenalkan ni housemate saya, Diyya.’ Diyya dan Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin
saling berbalas senyuman sebagai tanda perkenalan.
“Jemput makan Mazidah, Diyya.” Jemput tuan rumah.
Sambil lalu, Diyya sempat memberi amaran.
“Jangan ingat aku tak tahu apa jadi Jumaat lepas.
Kalau aku tahu lepas ni kau ganggu Mazidah lagi, sediap-sedialah kau!”
FAHEM sedang mengemas di khemah ketika Nur
Sumayyah mendekatinya.
Hakimi yang sedang melipat kain meja sudah
tersengih-sengih memandang dua orang lagi sepupunya. Leftenan Kolonel berusia 34
tahun itu bersiul. Dua orang sepupunya sudah mengangguk faham dengan arahan
itu.
“Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya...” usik
mereka bertiga. Fahem memandang tiga orang dua pupunya itu sambil menggelengkan
kepala.
Nur Sumayyah yang baru sahaja ingin bertanya
sesuatu kepada suaminya, terus terbantut niatnya. Mukanya bagai tomato masak.
“Wei, hawau... sudah-sudahlah tu. Mengusik tak
habis-habis.” Fahem memberi amaran dalam gurauan.
Kapten Hamidi memeluk tubuh-seolah-olah takut
dengan amaran tersebut.
“Alamak, takut akulah. Ada orang dah bagi warning. Syyy... senyap.” Kapten Farihin
pula membuat gaya mulut dizip rapat, tanda tidak boleh dibuka lagi. Fahem yang
dari tadi cuba menahan gelak, langsung terburai gelaknya. Antara tiga orang
itum Farihin adalah yang paling kelakar.
Pandangannya dialihkan kepada isteri yang baru dinikahi dua malam lepas.
“Kenapa?” soal Fahem.
“Abang nak makan tak? Sumayyah isikan nasi.” Soal
si isteri. Fahem mengerling jam yang tersangkut di tangan kirinya. “9.15 nanti
abang nak makan. Ni, abang nak kemas khemah sekejap.” Balas Fahem. Nur Sumayyah
mengangguk akur sambil masuk semula ke dalam. Dia ingin menolong Fateeha
mengemas dapur pula.
“Fahem, mana kau jumpa bini kau tu?” soal Hamidi.
“Kau ni kan, berjuta kali dia kata dia jumpa masa
kat Mesir dulu. Kau ingat lagi ke tak, Ham?” selamba badak saja Farihin
mengenakan sepupunya. Dengan muka tidak bersalah, Hamidi menjawab, “Oooh.”
MEREKA menikmati makan malam di khemah pengantin
yang masih belum dibuka mejanya. Manalah tahu jika masih ada tetamu yang datang
pada malam hari, maka mereka mempunyai meja untuk menjamu makanan.
Nur Sumayyah menuangkan air anggur untuk
suaminya. Kemudian, dia duduk di sebelah
Fahem untuk makan bersama.
“Sabtu depan, ada kenduri kat rumah Nek Ngah
kamu. Kamu bertiga kena datang!” Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memberitahu
kepada tiga orang anak buahnya itu.
Hamidi mengangkat kepala. “Kenduri apa Pak Ngah
Din?” Puan Sri Sharifah tersenyum.
“Si Fahem ni kan cucu Nek Ngah kamu yang pertama
kahwin, tu yang dia nak buat kenduri sambut cucu menantu kat kampung. Dah Nek
Ngah kamu berhajat sangat, kami ikutkan saja.” Jelas Puan Sri Sharifah.
“Oooh. Yalah, cucu kesayanganlah katakan.” Perli
Farihin. Fahem menjeling dua pupunya sambil tersengih.
“Kami tak berani nak janji Pak Ngah Din, takut
ada tugas atau kursus.” Sahut Hakimi sambil menuang air anggur ke dalam
gelasnya.
“Yalah... kalau dah tak dapat nak buat macam
mana. Tapi nanti jangan cakap pak ngah tak jemput pulak.”
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin tahu, anaknya
lebih rapat bersama dua pupunya dari sepupu sendiri. Ini kerana, kelima-lima
anak kakaknya bersifat seperti tidak reti bermasyarakat. Jika ada kenduri
kendara di rumah emaknya, mereka adik beradik bagaikan mem besar di rumah itu.
Setelah ditegur beberapa kali oleh emak dan nenek sendiri, barulah mereka
membuat kerja.
“Kau nak buat apa lepas makan nanti?” soal
Farihin yang duduk bertentangan dengan Fahem. Pengantin baru itu hanya
tersengih.
“Aku tengok dari tadi cara kau tenung bini kau
macam nak terkam aje. Sabarlah. Kitaorang ada lagi kat sini. Kejap lagi kau
terkamlah puas-puas.” Selamba Hamidi menyudahkan ayatnya. Nur Sumayyah yang
tadinya ceria tiba-tiba berubah wajah. Di bawah meja, Fahem menendang sekuat
hati kaki lelaki komando itu.
“Aku tahulah dulu kau pernah jadi komando. Tak
payahlah nak sepak kaki aku kuat-kuat!” untuk menjerit kesakitan, Hamidi ingin
menjaga macho di hadapan Nur
Sumayyah. Komandolah katakan. Serangan bertubi-tubi dari pengganas masih boleh
ditahan. Jika tendangan tak seberapa seperti tadi dia menjerit melolong, jatuhlah
maruahnya sebagai komando terbaik!
“Kau tanya aku lepas makan nak buat apa? Lepas
makan aku nak hadiahkan kepada Malaysia bakal-bakal askar dan polis untuk
keselamatan negara tercinta.” Jika diikutkan, memanglah ayat Fahem masih
berlapik namun wajah Nur Sumayyah dirasakan sudah tebal 10 inci.
“ABANG ni, tak senonoh betul cakap macam tu tadi.
Malu Sumayyah!” rungut si isteri tidak puas hati dengan kata-kata suami ketika
mereka makan tadi. Fahem hanya tersengih sambil matanya memandang sekilas ke
jam dinding. Hampir 12.00 tengah malam.
“Sayang, kita bersihkan badan dulu. Lepas tu kita
sembahyang Isyak jemaah ya. Badan abang pun dah letih sangat ni. Dah melekit
sangat rasanya.
“Abang mandi dulu. Sumayyah siapkan pakaian
abang.” Ujar Nur Sumayyah. Fahem yang sedang mengambil tuala di tempat penyidai
terhenti seketika.
“Kenapa tak kita mandi sekali? Jimat masa. Cepat
kita sembahnyang, cepatlah kita tidur. Abang dah letih sangat ni.
Nur Sumayyah tergamam seketika. Sayup-sayup
kedengaran suaminya mendendangkan sebuah lagu nyanyian Peabo Bryson dan Roberta
Flack.
Tonight I celebrate my love for you
It seems the natural thing to do
Tonight no one's gonna find us
We'll leave the world behind us
When I make love to you
Tonight I celebrate my love for you
And hope that deep inside you feel it too
Tonight our spirits will be climbing
To the sky lit up with diamonds
When I make love to you tonight
It seems the natural thing to do
Tonight no one's gonna find us
We'll leave the world behind us
When I make love to you
Tonight I celebrate my love for you
And hope that deep inside you feel it too
Tonight our spirits will be climbing
To the sky lit up with diamonds
When I make love to you tonight
Assalamualaikum Maz..Sorry ye..soalan saya ni tak kena mengena dengan novel di atas..saya nak tanya mengenai dengan novel yg Maz publish kat penulisan2u 'Cinta Seorang Ustaz'..Dah habis ker?..I sgt tetarik dengan jln ceretenya..tadi pagi i tanya kat bookstore n mereka cakap takde title tu jadi saya bingung jugak..hehe...
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Terima kasih sebab masih sudi ikuti novel-novel saya. Saya busy sangat. Tambahan pula, ayah baru meninggal 13/6 lepas. Sy ni kerja dalam hutan, tak ada laptop atau komputer. Memang cerita tu pun belum habis lagi. Nak beli laptop, kena tunggu gaji. Kerja kerajaan kan lambat dapat gaji. Dua bulan setengah kerja, baru dapat gaji. Bulan depanlah baru dapat. Hehehe...
ReplyDeleteSalam.. nak tanya, novel wakeup call ni sampai episod 30 je eh?
ReplyDeletebyk lagi episodnya cik Julia. cik cuma perlu rajin melawat blos sy saja... baik cinta seorg ustaz, atau wake up call, kedua2nya x habis lg... cepat or lmbat, insya Allah, citer n ttp akan publish...
Delete