REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 1

CINTA SEORANG USTAZ 1


"HAM, dah 4 pagi ni, jomlah balik." ujar Iskandar kepada sahabat baiknya, Hamka. Iskandar melihat teman wanitanya, Sandra sedang menyanyi sambil dikelilingi penari-penari seksi. Mata Iskandar sempat mengelilingi kelab malam itu. Habis menyanyi, Sandra terus turun apabila melihat teman lelakinya ingin pergi dari situ. "Sayang, you dah nak balik ke?"
 "Yelah." Iskandar memeluk lengan Sandra.Hamka sudah berdiri sambil meraih pinggang teman wanitanya, Isha.
"Awalnya."
"Esok I kena datang awal, faham tak?" Iskandar menjerit sedikit kerana bunyi muzik yang kuat. Sandra mengangguk faham.


...........................................
DI SEKOLAH


"MANA agaknya Ustaz Zulkarnain ni? Dah pukul 8.00 tak masuk-masuk lagi." Laila mengadu kepada rakan baiknya, Najwa. kawannya hanya mengangkat bahu. Atas rasa tanggungjawab sebagai penolong ketua kelas, dia menarik tangan Najwa untuk ke bilik guru.
 "Kau nak bawak aku ke mana ni, Laila?" soal Najwa.
"Kita pergi bilik guru, jumpa ustaz."
"Kenapa pulak kau nak sibuk-sibuk? Si Armand tu ada, biar dia ajelah yang panggil. Lagipun apa guna dia jadi ketua kelas?"
Najwa membantah. dia mahu tidur. Mengantuknya masih ada."Sebab si Armand tak datang dan ustaz tu masuk lambatlah aku pergi panggil dia! Kau ingat aku rajin nak menjemput ustaz kesayangan kau tu?"


"DIA MC kot?" Najwa bersuara apabila melihat meja Ustaz Zulkarnain masih kosong. Laila menggeleng. matanya liar mencari Ustaz Zulkarnain di bilik itu. Seorang guru tiba-tiba mendekati mereka.
"Awak cari ustaz ke?" Mereka berdua mengangguk.
"Dia ada dalam bilik tu. Pergilah kejut." Laju langkah mereka ke situ. Dilihatnya Ustaz Zulkarnain masik nyenyak tidur di sofa one seat.
"Ustaz, ustaz." perlahan-lahan Laila menggoyangkan bahu Ustaz Zulkarnain. Tiada respon. Laila dan Najwa saling berpandangan. Sekali lagi bahu lelaki berusia 28 tahun itu digoyangkan. Masih sama. Najwa sempat merenung muka ustaznya yang iras-iras Fabio Cannavaro, pemain bolasepak Itali.
"Ustaz Iskandar Zulkarnain Datuk Alexander Al-Hafiz!" Laila dan Najwa menjerit nama penuh ustaz mereka. Terkocoh-kocoh lelaki itu bangun. Rambutnya yang pendek kelihatan serabut.
"Ada apa?" Ustaz Zulkarnain menggosok-gosok matanya. Serta merta hilang ngantuknya.
"Kenapa ustaz tak masuk kelas? Dah dekat 8.15! Nanti kalau Pengetua round, bila tanya kenapa tak ada cikgu, apa kitaorang nak jawab?" Laila menjawab.
Ustaz Zulkarnain bingkas bangun dan keluar dari bilik rehat dan mengambil begnya di atas meja.


"BAIKLAH, ada apa-apa soalan yang kamu semua nak tanya tentang perkahwinan?" soalnya kepada semua pelajar. Rata-rata menggeleng. Lagu Someday nyanyian Flipsyde bergema di atas meja Laila. Dia menjeling sekilas handset Sony Ericsson Zylo. Gambar seorang wanita berbaju tiub bertali halus dan berambut panjang. Makwe dia ke? Ya ALLAH? Tingginya taste!Terpampang nama 'Sandra Sayang'. Pantas Ustaz Zulkarnain menjawabnya. "Kelab malam? Bila? Malam ni?" walaupun perlahan namun Laila dapat mendengar butir percakapannya. "Okey. You tunggu kat apartmen, 8.30 I ambil."




“SAYANG, marilah menari.” Ajak Sandra. Iskandar hanya mengikut rentak kaki wanita itu. Aku dahlah malas nak menari malam ni. Tapi takpe, awek aku punya pasal, aku sanggup! Mereka menari mengikut rentak yang rancak. Setelah terkinja-kinja lebih kurang setengah jam, mereka duduk dan memesan empat gelas jus oren.
“Sekejap je kau menari Is? Biasanya muka kaulah yang menari paling lama. Tahan berjam-jam. Kadang-kadang sampai boleh bertukar sepuluh perempuan! Apa dah jadi dengan kau malam ni?” Tanya Hamka setelah meneguk jus oren.
“Aku letihlah. Biasa aku balik kerja pukul 3 petang. Ni tak pasal-pasal sampai pukul 7 petang baru daddy aku nampak muka aku!” Iskandar mengeluh perlahan.
“Kenapa?”
“Cikgu-cikgu ni semualah! Ada meeting. Kata sampai pukul 3.30 je. Ni melarat-larat sampai sampai nak dekat 6.30! Tension aku!” Iskandar rasa mahu ditelan saja semua cikgu semasa mesyuarat tadi. Dah kata Hari Sukan sekolah akan diadakan pada hujung bulan tiga. ¾ dari
semua cikgu yang ada kat situ membantah. Mereka kata awal sangat. Penat Pengetua cakap yang dia tak mahu ganggu pelajar bila dah hujung bulan empat. Tapi ada juga yang nak buat awal bulan lima. Melantun-lantun pulak tu degilnya!


......................................................
DI VILLA JANNAH


DATUK ALEXANDER tamat menunaikan solat Sunat Tahajjud ketika anaknya memarkir kereta. Mendengar pintu besi dibuka, dia bergegas turun dan sengaja berdiri dalam gelap di hujung tangga. Ketika Iskandar mahu memanjat anak tangga...
“Kau baru balik ya Is?” oleh kerana terlalu terperanjat, Iskandar terlentang di atas lantai
“Daddy ni? Buat terkejut Is aje!” ujarnya bila Datuk Alexander sudah buka lampu. Iskandar masih mengurut-ngurut dada.
“Mari sini, ikut daddy duduk kat sofa tu kejap. Ada benda daddy nak cakap ni.” Datuk Alexander terus menarik lengan anaknya.
Mereka duduk bertentangan. Si Is ni nak kena dengan aku! “Mana kau pergi ni! Dah nak pukul 4 pagi baru cari katil! Mana kau pergi?” mata Datuk Alexander sudah bulat memandang anaknya.
Iskandar terketar-ketar. Apa jawapan aku nak kasi ni? Dia terus menundukkan kepala.
“Is pergi parti kat rumah kawan. 3.30 baru habis.”
“Parti kat rumah kawan atau kat kelab malam?” jerkah daddynya. Iskandar terkedu.
“Jangan ingat daddy tak tahu mana Is pergi! Ingat, awak tu guru sekolah. Ustaz pulak tu. Budak tahfiz lagi! Cuba jangan malukan daddy dengan mummy.”
“Alah, Is saja je lepak-lepak kat situ. Nak release tension. Bukannya buat apapun.” Iskandar mempertahankan diri. Datuk Alexander automatik bangun! Budak ni aku tampar jugak nanti! Tangannya sudah terketar-ketar menahan marah.
“Dan lagi satu, jangan ingat daddy tak tahu siapa buah hati Is! Kalau budak macam tu nak dijadikan bini, baik tak usah! Lebih baik daddy bunuh diri kalau daddy dapat tahu kau ada pasang niat nak kahwin dengan dia!” Iskandar terkejut.
“Daddy, takkanlah sampai macam tu sekali daddy bencikan Sandra?” Alamak, mana orang tua ni tahu semua ni?

2 comments:

  1. adoii!! gila kot.. ustaz pn layan night club??!! hahaha... dah la bdak tahfiz lg... apa la nak jd ni.... hahaha.... bagus2!! cite ni lain dr yg lain.. kip it dap writer!!

    ReplyDelete
  2. Uitt biar btl ust ni.. bley jd 2 alam...

    ReplyDelete