REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 20 July 2015

Istiqamah

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita semua sebagai umat Islam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bersyukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana diberi peluang untuk menyambut bulan Syawal yang penuh mulia ini. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua yang mengenali diri ini, pelawat-pelawat blog saya dan juga kepada seluruh umat Islam di dunia ini.


 
 
 
Berbalik semula kepada tajuk di atas - Istiqamah. Alhamdulillah, rasanya inilah Ramadhan saya yang pertama sekali terawih saya penuh pada setiap malam. Jika tertinggal pun, atas sebab-sebab ABC (ALLAH Beri Cuti) yang diberikan kepada setiap kaum Hawa di dunia ini. Tidak kiralah sama ada di masjid, di surau, atau di rumah, saya cuba istiqamah dalam mengerjakan solat sunat terawih. Dan alhamdulillah hasilnya, berjaya juga saya melengkapkan bulan Ramadhan saya dengan berterawih penuh pada setiap malam.
 
Bukanlah niat saya untuk bermegah-megah bercerita kepada anda semua yang terawih saya pada Ramadhan kali ini adalah penuh. Saya cuma ingin berkongsi kegembiraan saya kepada anda semua. Dan juga adalah menjadi harapan saya agar semua umat Islam di dunia ini dapat memenuhi waktu malam di bulan Ramadhan mereka dengan berterawih penuh pada setiap malam. Solat terawih sebenarnya tidaklah sesusah mana. Asalkan kita beristiqamah dan ikhlas dalam mengerjakannya, Inshaa - ALLAH, ALLAH akan memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha kita.
 
KPI Ramadhan saya pada kali ini sudah tercapai. Inshaa - ALLAH, saya akan beristiqamah untuk mengekalkan KPI ini pada Ramadhan akan datang ( jika masih ada nyawa ) dan akan menambah KPI yang lain dan cuba beristiqamah dalam melakukannya. Semoga ALLAH menerima segala ibadat kita terutama ibadat di dalam bulan Ramadhan.
Amin Ya Rabbal Alamin.....
 
 


No comments:

Post a Comment