WAKE UP CALL 29
IZZUDDIN SUPPLIER
HOLDINGS
FAHEM tergesa-gesa menyiapkan laporannya. Matanya
kejap-kejap mengerling pada jam tangan Rolex Submariner berwarna hitam. 12.50
tengah hari! Dalam masa 10 minit, dia perlu menyiapkan laporan projek perumahan
kos sederhana di Duyung untuk dibentangkan pada mesyuarat jam tiga petang
nanti. Jam 1.00 tengah hari, dia sudah berjanji dengan Nur Sumayyah
untuk mencuba baju pengantin. Ketika dia
leka menaip, interkom berbunyi.
“Ada apa Mazidah?” tangannya menyambung semula
kerja-kerja yang tertangguh tadi.
“Tunang tuan, Nur Sumayyah dah tiba. “ beritahu
Mazidah.
“Okey, awak suruh dia masuk ke pejabat saya
sekarang.” Arah Fahem. Tak lama kemudian, pintu pejabatnya diketuk. Fahem melaungkan arahan ‘masuk’.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada Mazidah
yang mempersilakannya masuk, Nur Sumayyah menutup semula pintu.
Fahem mengangkat kepala tatkala mendengar bunyi
pintu ditutup. Sebuah senyuman manis
dihadiahkan khas untuk tunang tercinta.
“Sumayyah duduk dulu. Fahem nak siapkan kerja
sikit saja lagi.” Nur Sumayyah
mengangguk faham. Nur Sumayyah melangkah ke sofa yang terletak
bertentangan dengan meja kerja Fahem..
Nur Sumayyah memandang sekeliling ruang pejabat
milik bakal suaminya. Bersih, teratur, mengikut citarasa moden.
Dia memandang pula dinding ang bertentangan
dengan sofa yang didudukinya. Tergantung dengan megah gambar Yang Di-Pertuan
Agong, Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka. Gambar
idola Fahem, Tun Dr. Mahathir tetap tidak ketinggalan.
Palestin Corner pada sudut kanan dinding
berkenaan amat menarik perhatian Nur
Sumayyah. Beberapa helai mafla digantung
pada sudut tersebut. Beberapa tokoh pergerakan Hamas turut digantung di situ.
Antaranya Sheikh Ahmad Yassin, Ismail Haniyeh dan Khaleed Mashal. Lebih
membuatkan degupan jantung Nur Sumayyah kencang adalah apabila melihat gambar
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dan Fahem bersama dengan Ismail Haniyeh dan
satu lagi gambar lelaki korporat itu bersama Khaled Mashal.
“Sumayyah nak tahu macam mana gambar-gambar tu boleh wujud?” soal Fahem. Nur Sumayyah
ternyata sungguh tekejut dengan soalan lelaki itu.
Fahem sudah berdiri untuk mengemas mejanya yang
berselerak sedikit. “Dalam kereta, Fahem cerita.”
“Mazidah, kalau Tan Sri tanya saya ke mana, cakap
saya dengan Sumayyah ke butik pengantin.”
“SUMAYYAH ingat tak Soleh Zahhar?” soal Fahem
ketika memandu kerete Nur Sumayyah untuk ke Butik Pengantin Galore Creation
yang terletak di Kota Fesyen MITC. Keretanya rosak ketika dia ingin menghidupkan
enjin kereta. Oleh itu, hari ini dia menupang daddynya ke pejabat.
Nur Sumayyah segera mengingati wajah pemuda
tersebut. Mana tidaknya, Soleh Zahhar dengan rela hati menjadi posmen tak
bergaji antara dia dan Fahem ketika di
awal percintaan mereka.
“Kenapa dengan dia?” tanya Nur Sumayyah.
“Kenapa dengan dia?” Fahem mengulangi soalan
tersebut.
“Yalah, maksud Sumayyah, apa kena mengena dia
dengan gambar-gambar tadi tu?” Nur Sumayyah terus mengasak.
Imbas Kembali
Disember 2005
FAHEM pulang semula ke rumah setelah dua jam
keluar. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin yang
sedang menonton televisyen memadang wajah anaknya yang keruh itu.
“Dah makan?” soalnya. Fahem mengangguk sekali.
Dia sudah makan di sebuah restoran tadi.
“Duduk dulu. Ada benda daddy nak cakap dengan
kamu.” Fahem akur. Dia duduk di sebelah daddynya.
“Abaikan apa yang mummy kamu cakap tadi. Daddy
sanggup bersumpah dengan Al-Quran, daddy memang tak ada perempuan lain. Buat
apa daddy nak cari perempuan lain sedangkan
daddy dah ada mummy kamu. Mummy kamu dah cukup cantik pada mata daddy.”
Fahem memandang daddynya.
“Habis tu, macam mana boleh ada kesan lipstik
pada baju daddy?” soalnya lagi walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin melepaskan nafas
berat. “Masa daddy baru keluar dari 7 Eleven, tiba-tiba seorang perempuan
langgar daddy, menyebabkan daddy dengan dia sama-sama jatuh. Masa dia jatuh,
kepala dia betul-betul terkena pada dada daddy, tu yang menyebabkan
kesan lipstik.” Jelasnya. Fahem hanya mengangguk faham dengan cerita
orang tuanya.
“Oklah daddy, Fahem nak
masuk tidur dulu.” Selepas menyalam
tangan daddynya, dia terus masuk ke bilik tidurnya.
“DADDY bagi kamu seminggu cuti. Isnin depan, mula
kerja.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin ketika mereka bersarapan pagi Ahad
itu. Fahem terkedu seketika mendengar arahan daddynya.
Fahem memandang wajah Mak
Kiah dan Pak Razak yang sama terkejut mendengar arahan dari majikannya.
“Tapi...”
“There is no objection, Fahem Izzuddin!” kata putus orang tuanya
muktamad. Fahem mengeluh perlahan.
HARI pertama bekerja, dia malas mahu menggunakan
kereta. Dia hanya menunggang motosikal
Modenas yang dibeli oleh daddynya setelah tamat SPM. Dia mengenakan
jaket hitam. Jaket yang diperbuat daripada Polyester Twill itu menjadi trend masa
kini. Ianya sesuai dipakai oleh lelaki atau wanita. Ia juga sesuai digunakan
untuk majlis rasmi atau separa rasmi. Si pemakai akan nampak lebih bergaya
dalam pelbagai urusan.
Lampu isyarat bertukar
hijau. Dia mula memecut. Dia ingin ke lorong paling tepi . Tiba-tiba sebuah
kancil EX 660 menghimpitnya dan menyebabkan dia terjatuh. Pemilik kancil tadi
cepat-cepat berhenti di tepi dan keluar untuk melihat kecederaan pemilik motor
tadi.
“Encik, encik ok ke?”
soal wanita tersebut. Fahem masih lagi mendesis kesakitan. Lukanya tidaklah
seteruk mana. Cuma seluruh tulangnya terasa seperti patah kerana jatuh di atas
jalan tar.
Wanita itu cuba membantu
Fahem bangun namun dia menepis tangan
wanita itu.
“Tak apalah, saya boleh
bangun sendiri!” wanita itu mencebik. Sombongnya jantan ni! Dia menarik semula
motor Fahem yang terjatuh tadi.
Dengan kasar, Fahem
merampas motor yang masih dipegang oleh wanita itu. Sepantas mungkin, dia
menghidupkan semula motor itu dan terus memcut laju.
“Hai, dah accident
masih boleh bawa motor laju-laju macam
pelesit?” Wanita itu hanya
menggeleng perlahan. Tiba-tiba, dia perlu menghubungi seseorang untuk
memberikan sebab kerana dia lambat ke tempat kerja.
IZZUDDIN SUPPLIER
HOLDINGS
“KENAPA lambat?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin
setelah Fahem masuk ke pejabatnya.
Dikerling seketika jam pada dinding. 8.45 pagi.
Fahem mengurut perlahan
kakinya. “Tadi Fahem kemalangan. Tu yang buat lambat.” Jawab si anak. Si ayah pula melepaskan nafas
berat.
“Teruk tak motor kau tu?”
soalnya dengan nada bimbang. Fahem menggeleng.
“Motor tak ada apa, tapi
Fahem ni... terasa macam nak patah semua
tulang-tulang ni.” Si ayah tergelak
bagai tak ingat dunia.
“Itulah kamu, tadi daddy
suruh naik kereta, tak mahu. Konon, nak ambil udara segar. Sekarang, kan dah accident!” bebel si ayah. Fahem hanya menjeling daddynya beberapa kali. Daddy
ni, tulang-tulang aku dahlah lenguh, digelak-gelakkannya pula!
Tanpa berlengah, Tan Sri
Tuan Ahmad Izzuddin menekan butang interkom, menyuruh setiausahanya memanggil
seseorang.
Tak lama kemudian,
Mazidah muncul di pejabat orang nombor satu syarikat itu. Tan Sri Tuan Ahmad
Izzuddin menghadiahkan senyuman manis untuk pekerjanya. Fahem sedang melelapkan
matanya untuk seminit dua.
“Silakan duduk.” Mazidah
akur pada arahan ketuanya.
“Ni, saya nak kenalkan...
Tuan Fahem Izzuddin, anak sulung saya
sebagai CEO baru syarikat kita.” Terus Fahem membuka biji matanya. Tatkala dia
menoleh ke kanan, Mazidah turut terpaku melihatnya.
“Awak?” kedua-duanya
bertanya serentak. Ada nada terkejut dan marah dalam pertanyaan tersebut. Tan
Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengerutkan dahi.
“Kamu berdua saling
mengenalikah?” soalnya. Mereka berdua terpaku. Tidak tahu ingin memberi jawapan
apa.
“Sebenarnya...” Mazidah
ingin berterus terang.
“Dia yang langgar Fahem
tadi.” Laju Fahem memintas kata-kata
wanita itu. Daddynya terkedu seketika. Mazidah hanya menundukkan wajah
Fahem menunggu reaksi
orang tuanya. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tergelak.
“Nampaknya, daddy macam
ada bau nasi minyak dekat sini. Tak
sangka, baru saja habis belajar, Fahem dah jumpa calon.” Fahem memandang dengan geram daddynya. Nasib baik,
dia daddy aku. Kalau tidak, memang dah kena penumbuk padu dari aku! Bentak
hatinya.
“Ok, kita skip dulu hal tu. Sekarang, Mazidah akan
jadi setiausaha kamu. Daddy harap, kamu akan memberi kerjasama yang baik dengan
dia, memandangkan dia adalah setiausaha terbaik syarikat ni.” Dalam diam, Fahem
merangka satu rancangan untuk mengenakan gadis itu setelah Mazidah
melanggarnya.
“BABY,
jom kita makan. Honey laparlah. Dah
tak tahan sangat ni.” Ajak Fahem apabila
jarum jam tepat pada nombor satu.
Mazidah yang sedang menulis sesuatu mengangkat kepalanya. Dia mengemas mejanya
sambil menghulurkan senyuman manis untuk teman lelakinya.
Dia seperti tidak
percaya, lelaki yang dilanggar itulah yang menjadi teman lelakinya kini. Lelaki
yang digelar sombong itulah yang menyebabkan tidur malamnya tidak lena kini.
“Kita nak ke mana?” soal
Mazidah. Pandangan matanya masih setia menjamu pemandnagan di luar.
“Honey nak makan McD. Dah lama sangat rasanya tak makan McDonald.
Kat Mesir, jarang dapat.” Ujar Fahem. Mazidah hanya mengangguk setuju. Dia
bukanlah jenis manusia yang cerewet. Bila tengah hari, mesti makan nasi. Dia
adalah jenis manusia yang tidak kisah. Asalkan, makanan tersebut halal dan
boleh mengenyangkan perut yang lapar.
Mereka tiba di McDonald Ayer Keroh dua puluh
minit kemudian. Mereka mula menikmati makanan yang dipesan. Fahem memesan satu
set Double
Cheeseburger manakala Mazidah memesan satu set Big Mac.
“Masa honey di Mesir, honey belajar di mana? Ambil bidang apa?” soal Mazidah setelah
menyedut minumannya. Fahem merenung
wajah yang mula mendapat tempat di hatinya.
“Honey belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Ambil bidang
perniagaan.” Jawab Fahem. Sambil itu, matanya melilau memandang kawasan
sekelilingnya. Pandangannya terarah pada wanita di hadapannya semula.
“Baby, dulu belajar apa?” rasanya tidak adil jika hanya Mazidah tahu
tentang dirinya saja sedangkan dia... tidak tahu apa-apa mengenai wanita itu.
“Baby belajar di POLISAS, dalam bidang Sains Kesetiausahaan.” Fahem
menganggukkan wajah namun tiba-tiba dia
mengerutkan dahi.
“POLISAS?” Fahem berfikir
seketika. Oh, Politeknik Sultan Ahmad Shah.
Mazidah menjeling jam
tangan pada tangan kirinya.
“Honey, dah 1.45 petang. Jomlah, takut nanti lambat sampai pejabat
pula.” Ajak Mazidah. Fahem mengangguk akur. Mereka segera keluar dari restoran
makanan segera itu.
Ketika Fahem ingin
menekan butang alarm, tiba-tiba
terdengar bunyi tembakan dari jalan. Pantas matanya terarah pada jalanraya. Dia
tidak peduli siapakah penembak tersebut. Apa yang dia ingin tahu, adakah
keretanya yang menjadi sasaran?
“Fahem.” Panggil Mazidah.
Dia segera memandang wanita itu. Mazidah menunjukkan sesuatu dengan jari
telunjuknya. Mata Fahem mengikut arah
tangan Mazidah. Terasa darahnya menyirap naik hingga ke kepala.
“Shit! Celaka! Lahabau! Hawau! Siapa yang tembak kereta aku ni?”
sumpahnya tidak henti-henti. Kepalanya mula bengang. Oleh kerana terlalu marah,
dia menyepak-nyepak roda keretanya yang ditembak. Dia memicit-micit kepalanya
yang tiba-tiba saja sakit. Beberapa orang pelanggan yang kebetulan berada di
kawasan letak kereta hanya memerhati tingkah laku Fahem.
Mazidah memandang lelaki
itu. “You dah telefon Tan Sri?” panggilan manja mereka, honey-baby terus hilang tatakal berhadapan dengan situasi sekarang.
Fahem tiba-tiba
mengangkat kepalanya dengan wajah kelat. “I call
daddy I sekarang.” Mazidah hanya
mengangguk setuju.
“SO, apacer dengan kereta aku?” soal Fahem kepada
DSP Ahmad Ryan Haiqal. Lelaki yang dahulunya satu kelas dengannya di SMK (A)
Sultan Muhammad ketika di tingkatan 3 hanya tersengih.
“Apa cerita dengan kereta
kau?” ulang pegawai polis itu.
“Ceritanya begini. Kami
telah mengambil sampel peluru tu dari
roda kereta kau. Kau ada musuh ke?” Fahem
segera menggeleng.
Kelihatan DSP Ryan sedang
berfikir sesuatu.
“Kalau kau tak ada musuh,
macam mana dia boleh tembak kereta kau?” Makin berkerut wajah Fahem.
“Mana aku tahu! Mungkin
dia nak tembak kereta lain, tapi tertembak kereta aku!” Fahem menyuarakan kemungkinannya.
DSP Ryan berfikir seketika. Kemudian, dia menggeleng.
“Sasaran mereka, memang kereta kau. Selepas kami menganalisa peluru tersebut,
kami ada menemui cap jari. Hasil kajian, pemilik cap jari tersebut adalah Mark
Ruben. Kau kenal siapa Mark Ruben?” soal
DSP Ryan. Fahem ingin menggeleng namun kepalanya tiba-tiba teringatkan
sesuatu.
“Rambut dia perang, di
leher dia ada parut panjang ya?” soal
Fahem. DSP Ryan mengangguk mengiakan.
“Macam mana boleh kenal
rupa dia?” soal pegawai polis berkacukan Melayu-Sepanyol itu.
“Masa aku baru balik dari
Mesir,...” Fahem mula menceritakan bagaimana dia bertemu dengan lelaki
tersebut.
“Oh, begitu ceritanya.
Jadi, dalam geng kau tu... bila salah
sorang ada masalah, kau akan bantu?” soal DSP Ryan. Fahem mengangguk.
“Okey, aku pergi dulu.
Apa-apahal, akau akan telefon kau lagi.” Ujar DSP Ryan sebelum pergi.
Beberapa hari kemudian,
Fahem bertemu dengan DSP Ryan di sebuah
restoran.
“Aku ada maklumat baru,
kenapa Mark Ruben nak sangat bunuh kau.” Ujar DSP Ryan setelah menyedut sedikit
jus oren yang baru dipesan. Fahem mengerutkan dahi.
“Apa dia?” soal Fahem.
“Mark Ruben sebenarnya
adalah...” DSP Ryan mula menyampaikan maklumat yang diterima dari MIA.
Disember 2008
KINI, Fahem menjadi seorang Ketua Pegawai
Eksekutif yang cekap dan pantas menghidu
segala peluang perniagaan. Dia menjadi kebanggaan daddynya. Kebanyakan projek
di bawah kendaliannya pasti menjadi. Dia turut disenangi oleh semua staf
Izzuddin Supplier Holdings. Prinsipnya mudah. Ketika kerja, staf adalah
pekerjanya. Ketika waktu luar pejabat, mereka boleh makan semeja walaupun di
warung tepi jalan.
Satu hari, Fahem bergaduh
besar dengan daddynya. Semuanya
gara-gara dia membeli sebuah syer di
sebuah resort ternama yang hampir tenat.
Pada mulanya, daddynya tidak mengetahuinya. Siapa sangka, Datuk Shafarudin yang
memegang syer kedua terbesar selepas Fahem adalah rakan kepada daddynya.
“Fahem, kamu masih baru
lagi dalam dunia perniagaan ni. Kamu masih belum faham sepak terajang dunia perniagaan zaman
sekarang. Kalau kamu tak komited
betul-betul, kamu boleh tersungkur teruk. Silap-silap, muflis terus!” Tan Sri
Tuan Ahmad Izzuddin terus menasihati anaknya. Fahem mendengus kasar.
“Fahem , kamu perlukan
masa untuk semua ni. Kamu takkan boleh jadi usahawan yang berjaya dan
cemerlang hanya dalam beberapa bulan saja. Pengalaman, jatuh tersungkur dan bangun semula akan mematangkan
kamu..” si ayah tetap tidak berputus asa menasihati si anak.
“Fahem tak peduli! Sekali
Fahem dah buat keputusan, Fahem takkan
berganjak! Lagipun, sampai bila Fahem nak harapkan daddy dengan mummy?” tegas
si anak. Oleh kerana terlalu marah, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menampar
anaknya.
Fahem terkedu. Puan Sri
Sharifah yang sedang menyediakan makanan tengah hari tergamam seketika dengan
tindakan drastik suaminya. Semua itu makin menguatkan teorinya bahawa suaminya
mempunyai wnaita lain di luar sana.
Fahem saling bertentang
mata dengan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Seketika, dia tersenyum sinis.
“Terima kasih. Terima
kasih banyak-banyak daddy untuk ‘buah tangan’ yang tak terhingga ini. Fahem
akan ingat sampai mati.” Dengan laju, dia mendaki tangga, menuju ke biliknya.
Lima belas minit kemudian, dia turun semula
sambil membawa sebuah bagasi warna hitam.
Puan Sri Sharifah yang
sedang memarahi suaminya terus terdiam tatkala terpandang anak sulungnya di
tangga bersama sebuah bagasi.
“Kamu nak ke mana?” soal
pasangan suami isteri itu serentak.
“Fahem akan pergi. Tak
tahu bila akan pulang.” Tanpa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kedua
orang tuanya, Fahem terus melangkah ke pintu. Dia keluar dari rumah banglo itu
dengan membawa hati yang lara.
Puan Sri Sharifah mula
menangis teresak-esak. Sambil itu, tangannya bertubi-tubi menumbuk dada
suaminya. “Itulah abang. Memang abang ada perempuan lain kan! Selama ni
abang tak pernah tampar anak-anak kita.
Tapi abang tengok, abang tampar Fahem... dia dah lari! Mana kita nak cari dia,
bang?” Puan Sri Sharifah meraung-raung bagai terkena histeria. Tan Sri Tuan
Ahmad Izzuddin hanya terkaku. YA ALLAH, apa yang aku dah lakukan pada anakku?
DI
dalam teksi, air mata Fahem merembes tidak henti-henti. Maafkan Fahem, daddy.
Fahem tek berniat untuk kurang ajar. Bisiknya dalam hati. Lagu Father and Son nyanyian Ronan Keating
dan Yusuf Islam menerpa dalam kepalanya. Dia lebih suka versi nyanyian semula
dari lagu asal Yusuf Islam atau Cat Steven pada tahun 1970.
It's not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.
I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,
Think
of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.
How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
All the times that I cried,
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.
How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
All the times that I cried,
Keeping
all the things I knew inside,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree,
But
it's them
They
know not me
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go.
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go.
“HOW’S your
flight?” soal Soleh Zahhar setelah mengambil Fahem di Lapangan Terbang
Antarabangsa Cairo.
“So tired.” jawab Fahem. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Cairo
selama sepuluh jam tanpa henti amat memenatkannya. Nasib baiklah ketika tiba
tadi, Soleh Zahhar sudah sedia menunggunya. Jika tidak, terpaksa dia menunggu
rakannya itu dengan penat yang masih bersisa.
Soleh Zahhar yang baru
saja ingin berbicara terus mematikan niatnya tatkala mendengar dengkuran halus
Fahem. Lelaki warga Mesir itu menggeleng kepala.
SEJAK pilihanraya umum pada 2006 di Palestin, Fahem seperti tidak
sabar-sabar untuk melihat keadaan negara itu. Adakah dengan menangnya Hamas,
Palestin akan merdeka? Setiap kali selepas solat, Fahem selalu mendoakan agar
dengan kemenangan Hamas, Palestin akan bebas dijajah oleh Israel dan menjadi
negara yang merdeka dan bedaulat.
Kini, setelah terjadi
pertengkaran hebat antara dia dan daddynya, Fahem merasakan inilah masa terbaik untuk dia
melawat Palestin. Sekurang-kurangnya untuk meredakan darah mudanya.
Setelah menempuh hampir
dua belas jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Rafah.
“YOUNG man,
wake up. We already arrived.” Soleh mengejutkan Fahem yang nyenyak tidur. Mereka tiba di rumah
Abdul Aziz Khaleed. Mereka bertiga adalah sahabat baik ketika belajar di Mesir.
“Come here. Don’t shy.” Jemput Abdul Aziz. Fahem dan Soleh
mengangguk serentak.
Keadaan rumah Abdul Aziz
membuatkan Fahem insaf seketika. YA ALLAH, betapa peritnya hidup mereka. Betapa
mewah dan senangnya hidup aku.
“Come Fahem, Soleh. Have a seat.” Ajak Abdul Aziz. Fahem dan Soleh
duduk bersila. Tak lama kemudian, adik perempuan Abdul Aziz, Fatima, membawakan
makanan untuk dijamah oleh tetamu mereka. Dalam diam, Fahem kagum dengan
keluarga ini. Walaupun serba kekurangan, tetamu tetap dimuliakan. Itu yang
membuatkan Fahem makin kagum dengan
keluarga ini.
“Why you come here?” soal Abdul Aziz. Walaupun ayat Bahasa
Inggerisnya tidak berapa lengkap, Fahem masih boleh faham dengan jelas
kata-kata lelaki berusia 30 tahun itu.
“I just want to visit my relative here.” Jawapan yang telah Fahem
fikirkan awal-awal lagi. Soleh dan Abdul Aziz saling
berpandangan. Soleh tahu hal yang sebenar, Cuma dia tidak mahu menceritakan kepada Abdul Aziz.
FAHEM, Soleh dan Abdul Aziz melihat kawasan
sekeliling. Sayu hati Fahem apabila melihat banyak bangunan-bangunan yang
runtuh akibat bedilan rejim Zionis.
“Fahem, it’s a normal sight at Gaza. I know you know that. But, we still
want to fight until we win.” Jelas
Abdul Aziz. Fahem mengangguk faham. Ketika mereka sedang menuju ke sebuah sekolah, tiba-tiba bumi terasa
bergegar. Jeritan di sana-sini mula kedengaran. Abdul Aziz dan Soleh berpusing
semula. Fahem menurut langkah dua orang rakannya.
“What happen?” soal Fahem bagai orang bodoh.
“Fahem, don’t be a fool! Israel attack Gaza!” jawab Soleh. Mereka berlari sekuat hati menuju ke
markas rahsia milik Hamas yang tidak jauh dari situ.
Markas Rahsia Hamas
Gaza, Palestin
FAHEM sedang bersiap. Dia memandang Soleh dan
Abdul Aziz yang sedang memakai topeng
hitam pada kepala masing-masing.
“Ready?” soal Abdul Aziz kepada Fahem dan Soleh. Kedua-dua pemuda
itu mengangguk.
Fahem membaca apa sahaja
ayat suci yang patut untuk menenangkan hatinya. Maklumlah, selepas beberapa
tahun tidak berjuang di Palestin, dia tiba-tiba jadi menggigigil pula.
Selama ini apabila cuti
semester saja, dia sebenarnya akan ke Palestin. Biasanya dia akan membuat
kerja-kerja kebajikan seperti membaikpulih hospital, sekolah, rumah dan
lain-lain. Satu hari ketika dia sedang membuat kerja-kerja kebajikan, Israel
melancarkan serangan. Oleh kerana perasaan geramnya pada rejim Zionis ketika
itu terlalu tinggi, maka dia meminta Abdul Aziz dan Soleh agar membawanya ke
markas Briged Izuddin Al-Qassam untuk berjuang bersama. Fahem tahu Abdul Aziz
ada kaitan dengan Hamas manakala Soleh saling berkait dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir tetapi dia pandai
menyimpan rahsia tersebut.
Sejak dari itu, dia mula
mengikut Briged Al-Qassam untuk
bertempur dengan Israel. Biasanya, dia akan bersama-sama dengan ‘Tentera
Malaikat’ itu tatkala cuti semester panjang. Apabila komander Briged Izudin
Al-Qassam tahu yang dia adalah dari Malaysia, kedatangannya ke dalam pasukan
komando berani mati itu amatlah dialu-alukan.
Penglibatannya ke dalam pasukan
itu adalah kerana dua sebab iaitu mahu berjuang bersama penduduk
Palestin yang lain demi membebaskan Palestin, dan untuk menuntut bela atas
kematian buah hatinya, Nur Sumayyah.
“ADA beberapa syarat yang perlu diikut sebelum
menjadi komando Briged Izzuddin Al-Qassam.”
Jelas Fahem. Mereka sudah tiba di Kota Fesyen MITC. Fahem sedang mencari
petak parkir yang berdekatan dengan butik tersebut.
“Apa syarat-syaratnya?”
soal Nur Sumayyah ingin tahu. Fahem akhirnya mendapat parkir, betul-betul di
hadapan butik tersebut.
“Syaratnya? Betul
Sumayyah nak tahu?” tanya Fahem dengan serius sambil matanya galak merenung
wajah kekasih hati. Nur Sumayyah mengangguk. Perlahan-lahan, tangan kanannya berlabuh di belakang kepala Nur
Sumayyah. Wanita itu terkejut. Sebelah lagi tangannya meramas lembut
jari-jemari kiri wanita itu.
Nur Sumayyah mula
memberontak. “Lepaslah!”
Fahem mendekatkan
wajahnya, seakan ingin mencium bibir
comel ustazah muda itu.
“One night stand dengan Fahem, baru Fahem beritahu apa syarat-syaratnya.!” Ujar Fahem
dengan suara yang paling perlahan.
Meremang bulu roma Nur Sumayyah mendengar syarat tunangnya. Ditambah
pula dengan renungan tajam yang Fahem berikan.
Tiba-tiba Fahem ketawa
besar. “Takut nampak?” usiknya. Nur
Sumayyah mengetap giginya kuat-kuat bagai terkena sawan.
“Gataaal!” seiring dengan
itu, cubitan ketam singgah di paha dan rusuk kiri Fahem.
“Aauwww! Sakitlah
Sumayyah!” Fahem meradang. Nur Sumayyah buat muka selamba.
“Kalau rasa rindu sangat
nak kena cubitan macam tu, buatlah lagi macam tadi!” sindir si dara. Fahem
hanya tersengih bagai kerang busuk.
Puan Sri Sharifah dan
Rafeah sudah menunggu di dalam butik. Pada mulanya, Nur Sumayyah dan Fahem
membuat keputusan untuk memilih sendiri bagaimana pakaian dan pelamin yang
dimahukan tetapi Puan Sri Sharifah dan Rafeah tetap ingin masuk campur. Takut
pula jika pilihan anak muda masa kini entah apa-apa dan tidak kena dengan tema
warna mereka.
Kedatangan mereka
disambut dengan senyuman mesra oleh pekerja butik berkenaan, Sasha.
“Assalamualaikum. Selamat
datang ke Butik Pengantin Galore Creation. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
mata nakal Fahem sibuk menjamah tubuh wanita itu yang disarung kebaya ketat.
Sasha pula seperti
tergoda dengan lelaki itu. Mereka bermain mata seketika.
“Dah kahwin ke belum?” soal Fahem kepada
wanita itu. Gelengan wanita itu
membuatkan hatinya jadi girang.
Tepukan di bahu Fahem
membuatkan lelaki itu tersentak. Segara ditolehkan kepalanya ke kiri.
“Amboi! Dah nak kahwin
pun masih menggatal lagi anak mummy ni! Ingat-ingat sikit tunang kat depan tu!”
tegur Puan Sri Sharifah. Fahem hanya tersengih bagai kerang busuk. Sasha hanya
tersipun malu.
“Dik, kami sebenarnya nak
buat tempahan baju pengantin dengan pelamin. “ Puan Sri Sharifah memberi
penerangan. Sasha menjemput mereka duduk di sofa sementara dia mengambil
sehelai kertas dan sebatang pen untuk menulis segala butiran.
“Apa warna tema untuk
rumah puan?” soal Sasha kepada Rafeah dia memandang anak tunggalnya dan
kemudian mengangguk.
“Ungu-putih.” Jawab Nur
Sumayyah. Sasha menulis sesuatu di dalam kertas.
“Akak nak ungu macam
mana? Gelap atau lembut?” soalnya lagi. Sesekali, mata wanita berusia 24 thaun
itu melirik memandang jejaka yang duduk di sebelah Nur Sumayyah. Senyuman
mereka bersatu.
“Ungu gelap.” Jawab
Rafeah.
“Rumah puan pula?” soal
Sasha kepada Puan Sri Sharifah.
“Rumah saya, kelabu gelap
dan putih.” Jawabnya dengan senyuman manis. Rafeah memandang bakal besannya.
“Bukan hari tu, Puan Sri
kata nak warna pink ke?” soalnya. Sasha yang mendengar pangkat wanita itu
segera memandang Puan Sri Sharifah.
“Maaf Puan Sri. Saya tak
tahu pun yang Puan Sri ada title.” Sasha merendah diri. Puan Sri
Sharifah seperti biasa, terus merendah diri.
“Tak apa. Saya tak
kisah.” Sekilas, dia memandang Rafeah.
“Hari tu memang saya nak
warna pink-putih kak Peah. Tapi itulah,
jantan tu tak nak. Katanya, dah macam perempuan. Katanya lagi, kalau
lelaki jambu sesuailah! Tu yang saya tukar warna kelabu gelap. Baru dia
setuju.” Jawabnya sambil matanya menjeling Fahem. Anak sulungnya hanya
tersengih. Walaupun tangannya ligat bermain Angry
Birds di dalam telefon bimbitnya, matanya sekali-sekala menjeling Sasha.
Tanpa disedari, Nur Sumayyah dapat menghidu perbuatan mereka berdua. Api cemburunya mula naik ke
kepala.
Fahem menjeling jam tangannya.
“Tak ada apa-apa lagi kan? Fahem ingat nak minta diri dulu sebab ada mesyuarat
petang ni.” Ujar Fahem sambil berdiri.
“Jangan nak
mengada-ngada! Duduk sampai habis urusan!” tegah Puan Sri Sharifah.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi!
Kahwin tinggal lagi berapa minggu, pelamin belum tempah, baju belum tempah!
Tunggu dulu! Tengok dulu pelamin macam mana yang kamu nak! Habis, baru boleh
pergi mesyuarat!” Puan Sri Sharifah tidak peduli. Muka Fahem yang
terkulat-kulat digelakkan oleh Rafeah, Nur Sumayyah dan Sasha.
“Mummy, nanti daddy
bising. Lagipun, Fahem kan CEO. Mana boleh tak ada masa meeting? Nanti staf kata,
suruh orang attend meeting bukan main
lagi. Tapi, dia yang jadi bos pun malas nak datang meeting.” Fahem berdalih.
Puan Sri Sharifah tetap
berdegil. “Mummy dah telefon daddy tadi. Dia kata tak kisah. Daddy sendiri
cakap, habiskan dulu semua urusan tu.Kalau sempat, baru boleh datang
mesyuarat.” Keputusan Puan Sri Sharifah muktamad. Fahem hanya mengeluh dalam
diam.
“SUMAYYAH, Fahem ada satu permintaan.” Pinta
Fahem ketika kereta yang dipandu meluncur laju membelah jalan. Nur Sumayyah
menoleh.
“Apa bendanya?” soalnya
dengan lembut.
“Since kita pun akan kahwin tak lama lagi, boleh tak kalau Sumayyah
panggil Fahem... abang?” bulat mata Nur Sumayyah tatkala mendengar permintaan
itu.
“Fahem ni... biar betul?”
Nur Sumayyah menginginkan kepastian. Lelaki di sebelahnya mengangguk.
“Tapi...”
“Alah, apa sangatlah
permintaan Fahem tu. Anggap sajalah itu adalah latihan untuk Sumayyah. Mana
tahu bila dah kahwin nanti, lagi susah nak panggil Fahem... abang.” Fahem
beralasan.
Malas mahu melayan
kerenah lelaki itu. Nur Sumayyah setuju saja.
“Abang ingat, kita makan
dululah. Sumayyah tentu dah lapar sangat kan?” ajak Fahem. Nur Sumayyah
mengangguk saja. Perutnya kini memang sedang berorkestra. Fahem tahu salahnya
juga kerana tidak membawa Nur Sumayyah makan dahulu.
“Fah... emmm... abang nak
makan kat mana?” soal Nur Sumayyah. Fahem berfikir ketika.
“Dah alang-alang kita di
Ayer Keroh ni, kita ke McD. Boleh?” Nur Sumayyah mengangguk setuju. Sudah lama
juga dia tidak makan McD.
“Abang nak ke McD mana?”
soal Nur Sumayyah. Dia sudah ingat-ingat lupa di manakah terletaknya McDonald
di Ayer Keroh ini. Jika di Jusco, dia tahulah. Tetapi, tidak mungkin Fahem akan
ke sana kerana perut mereka sudah terlalu lapar.
“McD mana lagi? Depan
zoolah.” Jawab Fahem. Nur Sumayyah mengangguk. Oh, dia baru teringat.
MEREKA memesan dua set Double Cheeseburger. Suasana antara mereka sunyi seketika. Mana
tidaknya. Hampir ke jam tiga petang, baru menikmati makan tengah hari.
“Abang minta maaf.” Ucap
Fahem setelah menyedut sedikti airnya. Nur Sumayyah yang sedang mengunyah french
fries mengerutkan dahi.
“Kenapa pula?”
“Yalah... sebab lambat
bawa Sumayyah makan. Abang ingat, kita sekejap aje kat butik. Tak tahu pulak
sampai hampir dua jam kita kat situ.” Jawab Fahem dengan serba-salah.
Nur Sumayyah tersenyum.
Ingatkan, apalah tadi. Fahem... Fahem.
“Tak ada apa yang
Sumayyah nak maafkan. Sumayyah jenis tak kisah. Kadang-kadnag kalau cuti Sabtu
Ahad kat rumah, jam tiga, empat petang baru makan tengah hari.” Dia tidak mahu
tunangnya serba-salah tentnag benda remeh-temeh seperti ini. Fahem tersenyum
ceria.
Ketika mereka berbual kosong,
tiba-tiba ada seseorang menepuk belakang Fahem.
“Wei, buat apa kat sini?”
soal Nizam. Di sebelahnya Fateeha sedang bersalaman dengan Nur Sumayyah.
Fahem segera menoleh.
“Patutnya aku yang kena tanya kau dengan Fateeha buat apa kat sini.” Balas
Fahem. Fateeha menjeling abangnya.
“Apa pasal pulak?” soal
Fateeha tak puas hati.
Fahem mendengus. “Yalah,
sepatutnya kan sekarang ni tengah mesyuarat. Kenapa pulak adik abang yang
sorang ni boleh keluar dengan buaya darat satu Malaya ni?” Fahem menyakat kedua-duanya.
Fateeha menjegilkan matanya. Nizam yang mendengar jolokan nama yang diberikan
kepadanya menarik telingan kawan baiknya. Fahem pula membalas dengan menumbuk
lembut perut kawannya.
“Patutnya Fateeha yang
kena tanya macam tu pada abang. Abang sebagai CEO, tak hadir mesyuarat. Cuba
kalau staf lain tak datang mesyuarat, abang punya melenting... sampai esok pagi
pun belum tentu habis.” Selamba Fateeha menempelak abangnya di hadapan Nur
Sumayyah. Bulat mata Fahem mendengar das-das kata dari mulut adiknya.
“Korang berdiri aje.
Duduklah sini.” Ajak Fahem. Nizam menggeleng.
“Kau orang dah habis
makan. Lagipun, takkanlah kami nak join orang
tengah bercinta. Betul tak sayang?” jawab Nizam dengan suaranya ala-ala Bryan
Adams. Fateeha mengangguk.
“Suka hatilah. Macam mana
mesyuarat tadi Fateeha. Semuanya okey?” soal Fahem.
“Mesyuarat ditangguhkan.
Baru sepuluh minit mesyuarat, muka daddy dah pucat semacam. Lepas tu, macam nak
termuntah pula. Dua tiga orang staf lelaki bawa dia ke tandas. Tiba saja, daddy
terus muntah.” Cerita Fateeha. Fahem mengerutkan dahi. Baru saja mulutnya ingin
bertanya lagi, Nizam sudah mencelah.
“Eh, balik nanti korang
sambunglah cerita. Cik adik kau tu, aku tengok asyik pandang jam saja dari
tadi.” Celah Nizam. Merah muka Nur Sumayyah mendengar kata-kata Nizam. Fahem
tersengih saja.
“Okeylah. Zam, malam ni
jadi tak?” Fahem inginkan kepastian. Kelihatan Nizam sedang berfikir.
“Jadi nak ke mana?” soal
Fateeha.
“Apalagi? Pergi diskolah,
cari hiburan. Sambil-sambil tu, boleh cuci mata tengok awek seksi kat sana.”
Balas Fahem dengan selamba. Bulat mata Nur Sumayyah memandang tunangnya.
Jari Fateeha hampir
mendarat di lengan Nizam untuk mencubit.
“Dengar sangatlah cakap
abang Fateeha tu. Kitaorang nak main badminton malam ni.” Cepat-cepat Nizam
memberi jawapan agar lengannya tidak menjadi mangsa ‘ketam manusia’.
“ANGGOTA Komando Briged Izuddin Al-Qassam adalah
pejuang terpilih di kalangan pemuda Islam Gaza yang mempunyai pengetahuan agama
yang mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid.” Jelas Fahem ketika
memandu.
“Apa maksud Fa... eh,
abang?” Soal Nur Sumayyah.
“Ada beberapa syarat
ketat yang perlu dilalui untuk menjadi Komando Qassam. Antaranya... mereka
perlu solat Subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan. Mereka
juga diwajibkan menghafaz Al-Quran dan hadith, dan melakukan solat sunat
tahajjud setiap awal pagi.” Ujar Fahem sambil menekankan perkataan
‘diwajibkan’.
“Subhanallah. Patutlah
Israel gentar dengan Komando Qassam.” Nur Sumayyah sungguh kagum dengan
syarat-syarat yang dikenakan. Jika iman di dada sudah ampuh, InsyaALLAH apa
saja malapetaka yang datang, mereka yang beriman pasti akan dapat menanganinya
dengan tenang serta beroleh kemenangan. Jadi, dengan iman tersebut juga, maka
tidak mustahillah tentera Zionis gentar dengan komando tersebut.
“Mereka pernah bercerita
dengan abang. Amalan berterusan tersebut bukan hanya menjadi iman ketika di
medan perang saja, malah mereka ingin memastikan agar setiap langkah mereka
dirahmati Allah.”tambah Fahem. Nur Sumayyah mengangguk dengan penuh rasa kagum.
“Nak tahu tak, ketika
abang masih dalam komando... setiap kali tamat latihan, kami akan berkumpul
ramai-ramai untuk melakukan sujud syukur. Ini adalah amalan penting setiap kali
selepas berperang dengan pihak Zionis.” Fahem sendiri jadi musykil dengan
dirinya sendiri. Apabila sudah lama tidak berjuang di sana, amalan-amaln yang
sudah terasuh ketika di Palestin sedikit demi sedikit makin terhakis dan
terpadam begitu sahaja.
Kereta yang dipandu sudah
sampai di perkarangan pejabat Fahem. Lelaki itu memberhentikan kereta.
“Sumayyah nak tahu tak?
Setiap kali cuti semester abang di sana, abang memang terlalu rindu untuk
syahid. Abang terlalu berharap agar abang syahid di sana. Hari-hari abang
berdoa kepada-NYA agar abang dberikan syahid.” Fahem menyatakan perkara yang
sebenarnya.
Bergenang kelopak mata
Nur Sumayyah mendengar pengakuan tunangnya itu. Namun jarinya pantas menyeka
air mata yang mahu mengalir.
“Sekurang-kurangnya,
abang dah menyumbang untuk berjuang bersama-sama orang Palestin di sana.
Sumayyah? Apalah sumbangan Sumayyah untuk mereka.”
Fahem tersenuym hambar.
“InsyaALLAH, pasti ALLAH akan akan gerakkan hati Sumayyah untuk sumbangkan
sesuatu untuk mereka.” Fahem meredakan kesedihan tunangnya. Nur Sumayyah
tersenyum semula tatkala mendengar kata-kata tersebut.