Makluman kepada semua para peminat Wake Up Call...
WUC takkan saya postkan lagi di dalam blog. Sebab memang saya dah target yang saya cuma akan post sebanyak 40 bab sahaja. And the rest,... tungu sehingga novel ni muncul ye...
Apapun, terima kasih kepada para peminat kerana sudi mengikuti Wake Up Call saya.
REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday, 3 September 2015
Thursday, 30 July 2015
WUC 40
WAKE UP CALL 40
BANDA HILIR, MELAKA
SUDAH lama Fahem tidak
menjengah syarikat baharunya ini. Sibuk mengendalikan banyak perkara membuatkan
Berkat Travel & Tours Sdn. Bhd. terabai. Senyuman manis diberikan kepada
staf yang memandangnya.
“Assalamualaikum, Tuan Fahem.” Sapa
beberapa orang staf. Fahem menjawab seadanya dengan senyuman manis.
Masuk sahaja ke dalam biliknya, dia
merehatkan diri seketika. Merenung permukaan meja yang semak dengan segala
macam jenis timbunan fail.
Come
on, Fahem Izzuddin! All out kali ni, all
out!
Lupakan seketika segala masalah
peribadi.
Tumpukan pada kerja, pasti
keresahanmu menghilang.
Fahem cuba menimbulkan kata-kata
semangat di dalam dirinya. Dia tahu kemampuan dirinya. Tatkala dia mula sibuk
dengan bebanan kerja, segala masalah akan hilang.
Fail putih yang bertimbun diambil
satu persatu. Tatkala dia membelek-belek fail tersebut, pintu bilik diketuk.
“Masuk.”
“Assalamualaikum, Tuan Fahem.” Haji
Malek memberikan salam sebelum melangkah masuk.
“Waalaikumsalam, Haji. Silakan
duduk.” Fahem mempelawa dengan senyuman manis.
Haji Malek duduk di hadapan Fahem.
“Anak-anak dengan isteri macam mana, Tuan Fahem? Sihat?” soalnya sekadar
berbasa-basi sebelum memulakan agenda utama.
“Alhamdulillah sihat, Haji.” Ringkas
jawapan Fahem.
“Tuan Fahem, saya nak bentangkan
tentang keadaan syarikat sepanjang ketiadaan Tuan Fahem.”
Fahem mengangguk memberikan kebenaran.
Haji Malek mulakan agenda pada hari
tersebut dengan siasatan polis terhadap syarikat mereka yang digeledah. Pegawai
Penyiasat (IO), Inspektor Bakardin telah menjalankan siasatan. Mereka mendapati
bahawa kumpulan-kumpulan gangster yang bertanggungjawab terhadap serangan
tersebut. Haji Malek turut diberitahu bahawa motif utama mereka adalah ingin
menghapuskan perniagaan orang-orang Melayu di sekitar kawasan ini
“Haji, ehemm… sebenarnya saya ada
satu benda penting nak diberitahu pada Haji,” Fahem sudah berkira-kira untuk
menceritakan hal sebenarnya.
“Apa dia, Tuan Fahem?” Haji Malek
memfokuskan telinganya.
“Sebenarnya, itu hanya motif
sampingan. Motif utama mereka, mereka adalah musuh saya.” Terbeliak mata Haji
Malek.
“Maksud Tuan Fahem?” dia masih kurang
jelas.
Fahem mula menceritakan tentang
penglibatannya di dalam dunia mafia. Ternganga mulut Haji Malek mendengar
cerita Fahem.
“Tapi Haji jangan risau. Saya tak
terlibat langsung dengan perniagaan tiga serangkai – judi, dadah, jual wanita.”
Tambah Fahem apabila dia melihat wajah Haji Malek yang sudah keruh.
“Jadi, Tuan Fahem agak, ni semua
kerja musuh-musuh Tuan Fahem?” soal Haji Malek untuk mendapatkan kepastian.
Fahem mengangguk.
“Saya dah beritahu polis. Dan mereka
pun dah soal siasat saya.” Suasana sunyi seketika.
“Okey. Hal-hal yang lain?” soal
Fahem. Haji Malek terus membentangkan segala laporan kerja.
“Seperti yang Tuan Fahem minta, saya
dah arahkan Bahagian Pengurusan Teknologi untuk updatekan laman web kita. Saya juga ada arahkan kepada mereka supaya
membuka akaun Facebook dan Twitter supaya lebih mudah orang
mengenali Berkat Travels & Tours Sdn. Bhd.
Berkenaan kiosk yang tuan cadangkan,
beberapa kakitangan kita dah survey tempat
dan akan memulakan operasinya dalam masa seminggu ini. Mudah-mudahan sambutan
pada kiosk-kiosk tersebut memberangsangkan.
Tempat-tempat pelancongan, saya dah
tambah. Daripada 10 buah negara, saya dah tambah dan menjadi 17 buah negara. Saya
dah buat short list untuk
senarai-senarai tempat tersebut.” Haji Malek menghulurkan sebuah fail berwarna
hitam yang mengandungi tempat-tempat menarik yang telah diselidik olehnya.
Fahem membelek fail-fail tersebut.
Seketika kemudian, dia mengangguk-anggukkan kepala, berpuas hati dengan
kerja-kerja yang telah Haji Malek lakukan.
“Okey, bagus sekali kerja-kerja yang
Haji lakukan sepanjang ketiadaan saya. Sebelum saya terlupa, kalau boleh saya
nak kita iklankan pakej-pakej syarikat kita di media-media elektronik, media
cetak, poster dan… segala macam medium yang bersesuaian. Kalau banyak untung
syarikat, Inshaa-ALLAH, banyak bonus yang kakitangan boleh dapat untuk hujung
tahun nanti.” Ujar Fahem sambil tersenyum kecil. Haji Malek mengangguk-angguk.
“Ada apa-apa lagi ke, Tuan Fahem?
Saya ada kerja nak diselesaikan,” Haji Malek bertanya sebelum meminta diri.
Fahem berfikir seketika.
“Saya rasa nak buat mesyuarat dengan
semua kakitangan tapi, nantilah saya fikirkan bila tarikh yang sesuai.”
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya
keluar dulu ya, Tuan Fahem.” Haji Malek meminta diri. Fahem mengangguk,
membenarkan.
JUSCO FOOD COURT, AYER KEROH
“BETUL awak dah cakap
dengan dia, Razif?” untuk kali entah ke berapa, jam tangan pemberian Fahem
dikerling lagi. Sudah 10 minit melepasi waktu yang dijanjikan.
“Betul, Puan Sumayyah. Saya dah cakap
dengan dia. 11.30 pagi di Food Court Jusco
Ayer Keroh.” Jawab Razif. Mereka menunggu lagi. Nur Sumayyah sudah mula
gelisah.
Razif dan Najib saling berpandangan.
Setahu mereka, orang yang ditunggu itu selalunya menepati masa. Tidak pernah
lewat, tetapi selalu awal.
“Maaf, lambat.” Seorang wanita
berdiri di sisi meja yang diduduki mereka. Razif bangun dan menarik sedikit
kerusi di sebelah Nur Sumayyah, mempersilakan Mazidah duduk.
“Terima kasih.” Ucap Mazidah kepada
Razif sambil tersenyum. Lelaki itu sungguh gentleman.
Fahem yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kekasihnya, tidak pernah
menarikkan kerusi untuknya. Seingatnya, sekali sahaja CEOnya itu berbuat
sedemikian, itupun ketika date pertama
mereka. Lepas daripada itu… hmm… haram!
“Maaf, ustazah. Saya dah keluar awal
tadi, tapi sebab ada accident masa
nak ke sini, tu yang buat lambat. Lepas tu pula, parking kat sini kebanyakannya penuh. Tu yang lewat.” Mazidah
menjelaskan sebab-musabab dia lambat.
Nur Sumayyah hanya tersenyum. “Tak
apalah, saya tak kisah. Akak lambat 10 minit je.”
“Razif, awak tolong order air dengan makanan.” Nur Sumayyah
menghulurkan sekeping not 50 ringgit kepada pembantu suaminya itu. Razif
mengambil pesanan seorang demi seorang. Dia dan Najib melangkah ke kaunter air.
“Akak sihat?” soal Nur Sumayyah.
“Sihat, Alhamdulillah. Sumayyah
sihat? Yalah, masa Sumayyah bersalin hari tu, akak tak sempat nak lawat.
Anak-anak sihat tak?” soal Mazidah.
“Alhamdulillah, semua sihat walafiat
kak,” Najib tiba dengan sedulang air di tangan. Kemudian dia beredar semula
untuk membantu Razif membawa makanan yang ditempah.
“Jemput makan semua,” pelawa Nur
Sumayyah. Suasana sunyi seketika. Masing-masing berselera menikmati makanan.
“Akak ada teman lelaki?” soal Nur
Sumayyah.
Suapan Mazidah terhenti seketika.
Lain macam je soalan ustazah muda ni?
Mazidah pura-pura ketawa kecil.
“Akak ni tak secantik Sumayyah. Siapalah yang nak akak,” Mazidah merendah diri.
Sekilas, dia menjeling Nur Sumayyah yang bertudung bawal labuh.
“Apa pulak akak tak cantik? Cantik
apa… kulit putih, muka nampak natural,
lembut saja bila bercakap. Memang kalau sekali lelaki pandang, terus
terpikatlah.” Makin melambung pujian yang Nur Sumayyah hamburkan.
Mazidah hanya tergelak lagi. Tak ada
maknanya sekali pandang terus terpikat! Fahem dulu, ketika di terlanggar motor
lelaki itu, tak ada pula Fahem melopong melihat wajahnya sehingga meleleh air
liur! Malah, dia dijerkah oleh lelaki itu!
“Ada-ada saja Sumayyah ni. Sampai ke
situ pulak perginya! Haa… ada apa nak jumpa akak ni?” soal Mazidah. Dari tadi
dia ingin bertanya.
Nur Sumayyah menyudu kuah laksanya
sehingga habis. Kemudian, dia menyedut sedikit jus mangganya, sekadar
membasahkan tekak. Akhir sekali, dilap pula bibirnya sebelum dibuang tisu
terebut ke dalam mangkuk.
“Saya nak buat tawaran dengan akak.”
Nur Sumayyah memulakan misinya.
“Tawaran apa?” Mazidah mengerutkan
dahi. Sepintas, dia mengerling Razif dan Najib. Mereka hanya mengangkat bahu
tanda tidak tahu. Walhal mereka tahu tentang hal tersebut!
Nur Sumayyah merenung wajah lembut
Mazidah. “Jadi bini Abang Fahem.” Mazidah tercengang! Jatuh habis rahangnya!
“Apa maksud Sumayyah, akak tak
faham!” dia tetap tidak faham walaupun dia faham maksud empat perkataan
tersebut.
“Kahwin dengan Abang Fahem, jadi
bini nombor dua dia.”
Mazidah tergelak kecil, ingin
menutup kegalauan di dalam hati.
“Sumayyah tahu, akak masih cintakan
Abang Fahem, betul tak? Lagipun tadi akak cakap, akak tak ada teman lelaki. Mesti
boleh aje kan..”
“Tapi Sumayyah…”
“Akak fikirlah dulu. Nanti hujung
minggu ni Sumayyah datang rumah akak.”
“Sumayyah, akak tak mahu ganggu
rumahtangga Sumayyah dengan Fahem. Akak tengok, kau orang dah cukup bahagia. Tapi
sekejap… kenapa pulak Sumayyah nak akak kahwin dengan Fahem?” persoalan
tersebut bermain di fikiran Mazidah sejak tadi.
Nur Sumayyah hanya tersenyum kecil. “Semua
misteri telah dibongkari.” Nur Sumayyah meniru tagline Hajime Kindaichi, sebuah watak di dalam sebuah komik
penyiasat remaja yang berasal dari Jepun.
Monday, 20 July 2015
Istiqamah
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita semua sebagai umat Islam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bersyukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana diberi peluang untuk menyambut bulan Syawal yang penuh mulia ini. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua yang mengenali diri ini, pelawat-pelawat blog saya dan juga kepada seluruh umat Islam di dunia ini.
Berbalik semula kepada tajuk di atas - Istiqamah. Alhamdulillah, rasanya inilah Ramadhan saya yang pertama sekali terawih saya penuh pada setiap malam. Jika tertinggal pun, atas sebab-sebab ABC (ALLAH Beri Cuti) yang diberikan kepada setiap kaum Hawa di dunia ini. Tidak kiralah sama ada di masjid, di surau, atau di rumah, saya cuba istiqamah dalam mengerjakan solat sunat terawih. Dan alhamdulillah hasilnya, berjaya juga saya melengkapkan bulan Ramadhan saya dengan berterawih penuh pada setiap malam.
Bukanlah niat saya untuk bermegah-megah bercerita kepada anda semua yang terawih saya pada Ramadhan kali ini adalah penuh. Saya cuma ingin berkongsi kegembiraan saya kepada anda semua. Dan juga adalah menjadi harapan saya agar semua umat Islam di dunia ini dapat memenuhi waktu malam di bulan Ramadhan mereka dengan berterawih penuh pada setiap malam. Solat terawih sebenarnya tidaklah sesusah mana. Asalkan kita beristiqamah dan ikhlas dalam mengerjakannya, Inshaa - ALLAH, ALLAH akan memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha kita.
KPI Ramadhan saya pada kali ini sudah tercapai. Inshaa - ALLAH, saya akan beristiqamah untuk mengekalkan KPI ini pada Ramadhan akan datang ( jika masih ada nyawa ) dan akan menambah KPI yang lain dan cuba beristiqamah dalam melakukannya. Semoga ALLAH menerima segala ibadat kita terutama ibadat di dalam bulan Ramadhan.
Amin Ya Rabbal Alamin.....
Monday, 27 April 2015
Tuesday, 21 April 2015
WUC 39
WAKE UP CALL 39
BLUE NITE CLUB, BANDAR MELAKA
BERDEKAH-dekah tawa
Mark dan Fiona tatkala mendengar sesuatu dari mulut Habib. Pandangan mereka
bertiga bertaut seketika.
“Selamat datang ke era Dunia Gelap,
Tuan Fahem Izzuddin.” Ucap Mark. Konco-konconya turut sama dalam ‘parti ketawa’
itu.
“Akhirnya… jatuh juga jantan tu!
Dan… yang lebih menggembirakan…” Fiona sengaja menggantungkan ayatnya,
membiarkan Mark menyambung kenyataan yang tidak habis.
“Jeng jeng jeng…” Mark pula sengaja
tidak mahu melengkapkan ayat itu. Sedang mereka enak bergelak ketawa meraikan
kejatuhan musuh utama Mark, orang yang ditunggu dari tadi sampai jua akhirnya.
“Kenapa lambat sangat?” soal Fiona
dengan nada suara yang sedikit keras. Semua mata menala kepada wajah lelaki
yang baru tiba itu.
“Alah, aku ada hallah kat rumah
tadi,” lelaki itu beralasan. Tersembur sedikit coca-cola yang diminum oleh Fiona.
“Ada hal ke atau mendodoikan ‘hal’ yang kat rumah tu?” makin seronok Fiona
menggiat rakan sekutu mereka. Mark sudah melambakkan tawanya, manakala lelaki
itu hanya tersengih busuk!
Mereka tahu sangat maksud ‘hal’
lelaki itu – perlu menunggu mak datin di rumah tidur dahulu, baru berani keluar
malam! Tipikal lelaki takut bini, tetapi masih berani-berani buat perangai di belakang
isteri!
Wanita yang menempel di sebelah
lelaki itu segera menyepit beberapa ketul ais dari mangkuk ais dan dimasukkan
ke dalam sebuah gelas panjang. Kemudian dituang pula coca-cola ke dalam gelas
tersebut dan dihulurkan kepada ‘lelaki kesayangannya’.
“Apacer?” Gabungan dua perkataan –
apa cerita. Dia suka mengikut bahasa mudah segelintir anak-anak muda zaman
sekarang yang kurang mementingkan kualiti Bahasa Melayu. Satu keterbalikan
budaya! Sepatutnya anak-anak muda yang mengikut bahasa orang-orang tua tetapi
dia mengikut bahasa anak-anak muda zaman sekarang!
“Musuh kita dah jatuh…” jawab Mark
sambil sibuk menyalakan api di hujung rokok. Baru sahaja pemetik api ingin
didekatkan pada hujung rokok, ‘simbol lelaki macho’ itu sudah ditarik oleh
seseorang. Ditolehkan kepalanya ke kanan. Fiona menggerakkan jari telunjuknya
ke kiri, ke kanan. Isyarat kepada ‘no’.
Mark mengeluh.
“Apa maksud kau orang dah jatuh?”
soal lelaki itu.
“Hubungan dia dengan isteri dia dah
mula kucar-kacir,” dengan bangga Fiona membentangkan hasil kerjanya.
Lelaki itu mencebik. “Aku ingat kau
orang nak cakap yang dia muflis habis! Hilang segala pangkat, segala harta!
Setakat kucar-kacirkan rumahtangga dia, aku pun boleh buat!” tempelak lelaki
itu sambil matanya meliar ke segenap sudut di dalam kelab malam itu.
“Eleh, cakap besar nampak! Tapi, kau
minta tolong kita orang gak untuk
jatuhkan dia! Cakap je berdegak-degak!
Hasil kerja, satu habuk pun tarak!” bagai M16 mulut Fiona menembak lelaki di
hadapannya.
“Relakslah, Datuk. Konsep mudahnya
begini. Bila hubungan suami – isteri mula retak, dia akan hilang fokus pada
kerja dan perniagaannya. Lama-lama, lingkuplah dia.” Mark membentangkan
keyakinannya.
“Okay,
I’ll take your word. Both of you have my trust. But if it’s doesn’t work…” lelaki itu membuat isyarat
leher dipotong. Tanpa pamitan, dia dan wanita di sebelahnya melangkah
meninggalkan Fiona dan Mark serta konco-konco mereka.
D’SUFI RESORT, PANTAI PUTERI
MASUK kali ini, dia
tidak ingat sudah berapa batang rokok dihisapnya. Inilah Tuan Fahem Izzuddin
pasca Al-Azhar. Entah sejak bila rokok menjadi rakan sejatinya, dia sendiri pun
tidak tahu dan tidak faham. Apa yang pasti jika dia mengalami tekanan yang
teramat sangat, sekotak rokok Dunhill bersaiz king mampu dihabiskan dalam masa dua hingga tiga jam!
Dia bangun dari duduknya dan
merapatkan diri pada railing balkoni
yang menggunakan tempered glass. Lengannya
direhatkan pada stainless steel handrail yang
bersambung dengan stainless steel yang
lain pada setiap sisi kiri dan kanan panel kaca agar ianya saling terikat rapat. Jari-jemarinya saling bertaut rapat.
Kaca jenis tempered glass telah melalui suatu proses pemanasan pada tingkat
suhu tertentu dan kemudian didinginkan seketika sehingga ia menghasilkan kaca
yang mempunyai kekuatan dan kelenturan yang baik terhadap tekanan pada kedua
sisi permukaan kaca. Kaca jenis ini juga
memiliki kekuatan dan kelenturan lima kali lebih baik daripada kaca
biasa dengan ketebalan yang sama. Selain di balkoni, tempered glass sesuai juga digunakan sebagai railing tangga, pintu shower room
di dalam kamar mandi dan skylight.
Pandangannya dihalakan ke arah kolam
mandi yang terletak di bawah. Air yang beralun perlahan ditambah pula dengan
pencahayaan yang samar-samar pada malam hari memberikan sedikit ketenangan di
dalam dirinya. Sudah tiga minggu dia
bertapa di sini. Hanya Razif sahaja yang tahu di mana dia mendiamkan diri
sekarang. Kelopak mata dipejamkan serapat-rapatnya. Air matanya menitis
perlahan-lahan, mengingati semula kemarahan daddynya pada malam tersebut.
“FAHEM IZZUDDIN!”
Kerancakan berbual sesama mereka terbantut. Semua kepala menoleh ke arah seraut
wajah – Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin.
Tanpa amaran, tangan kanannya
menampar kuat pipi kiri si anak sulung. Terkedu mereka seketika. Fahem yang
menerima ‘hadiah’ tersebut mengusap-usap pipinya. Perlahan-lahan dia mengangkat
kepala, memberanikan diri memandang daddynya.
“Kenapa ni, bang?” soal Puan Sri
Sharifah. Tidak pernah dia melihat suaminya naik angin sebegini rupa.
Digosok-gosok belakang badan suaminya.
Naik bulu roma Fahem tatkala matanya
bertembung dengan renungan penuh amarah daddynya. Bagaikan renungan si belang
yang bila-bila masa menerkam mangsa di tengkuk untuk dijadikan santapan.
“Aku tak hantar kau ke Al-Azhar
untuk jadi perosak anak dara orang! Aku hantar kau ke sana supaya kau timba
ilmu agama sebanyak mungkin. Ini yang kau balas pada aku?!” jerkah Tan Sri Tuan
Haji Ahmad Izzuddin. Gambar-gambar di tangannya dilemparkan, tepat mengenai
wajah si anak. Fahem hanya membiarkan gambar-gambar itu jatuh di atas lantai.
Tuan Mokhtar, Puan Mahira dan Nizam terus
membatu. Mereka tidak mahu masuk campur di dalam urusan keluarga. Jika keadaan
melarat, barulah Tuan Mokhtar melibatkan diri.
“Sabar, bang. Jangan ikutkan sangat
marah tu. Cuba bawa bertenang,” lembut Puan Sri Sharifah memujuk suaminya. Tan
Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin menalakan pandangannya ke wajah si isteri.
“Sabar awak kata? Macam mana saya
tak mengamuk, kalau dah berani sentuh anak dara orang sampai mengandung?!”
ternganga Puan Sri Sharifah mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut
suaminya.
Fahem mengutip gambar-gambar yang
dilemparkan kepadanya. Diteliti gambar-gambar tersebut satu per satu. Tidaaaakkk!
Siapa yang mengintipnya selama ini? Semua gambar-gambar tersebut adalah gambar
dia dan Mazidah. Gambar mereka ke rumah Mak Bidan Senah, gambar mereka
‘melepaskan rindu’, gambar mereka bercuti di Fraser’s Hill, dan tidak
ketinggalan beberapa keping gambar mereka ke Klinik Dr. Amri. Walaupun
kandungan Mazidah baru mencecah dua bulan, perutnya nampak memboyot sedikit.
“Aku nak kau kemas kain baju kau
sekarang, berambus dari rumah aku! Bawa anak-anak dengan bini kau sekali!
Jangan kau orang berani-berani nak jejakkan kaki ke rumah ni lagi!” akibat
terlalu kecewa, Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin menghalau Fahem anak beranak.
Nur Sumayyah yang baru sahaja ingin ke ruang tamu hadapan terkejut mendengar
arahan bapa mertuanya itu.
“Din, jangan macam ni, Din. Semua
masalah boleh selesai elok-elok. Jangan halau anak kamu. Nanti merajuk dia,”
Akhirnya… Tuan Mokhtar terpaksa mencampuri urusan keluarga mereka. Nizam bangun
dan menepuk-nepuk bahu kawan baiknya – isyarat yang diberi supaya sabar banyak-banyak.
“Rajuk dia yang aku kena fikir?
Rajuk aku? Rajuk aku sebagai orang tua dia, siapa nak fikir? Dah, aku tak mahu
cakap banyak! Aku cuma nak dia berambus dari rumah ni. Jangan berani-berani nak
datang sini lagi!” keputusannya muktamad. Bergenang air matanya mengenangkan
balasan yang diberikan oleh si anak kepadanya.
Tanpa berlengah Fahem menarik Nur
Sumayyah agar naik ke atas. Sebelum itu Fahem sempat meminta tolong kepada
Zariff untuk perhatikan Fahmi dan Farhan sebentar. 45 minit kemudian, mereka
keluar dari bilik. Fahem dan Nur Sumayyah menarik beberapa buah luggage berwarna hitam.
Fahem menarik dua buah luggage untuk dimasukkan ke dalam keretanya. Nizam
menghalangnya di pertengahan jalan.
“Betul ke apa yang kau buat ni,
Fahem? Daddy kau tengah marah, jangan diikut sangat permintaan dia,” Nizam cuba
memberikan nasihat untuk sahabat baiknya yang satu ini. Tanpa disedari,
perilakunya yang sedang memujuk itu diintai oleh seseorang. Oh my sweetheart, you’re so cool! Auuuwww! Sempat
lagi Fateeha berangan di saat suasana masih genting!
Diam Fahem membuatkan Nizam faham
sangat. Keputusannya sudah tetap. Akhirnya dia membantu Fahem sama-sama menarik
semua luggage tersebut menghampiri
Volkswagen Fahem. Seketika kemudian, mereka masuk semua.
Sebagai anak yang salah, Fahem mara
ke hadapan daddynya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman namun si ayah
buat-buat tidak nampak.
“Fahem minta maaf banyak-banyak
sebab dah lukakan hati daddy,” Bergenang sedikit air mata Fahem. Tahu yang
daddynya tidak akan memberi respon, dia beralih pula kepada Puan Sri Sharifah.
Lebat air mata wanita itu tatkala
hidung Fahem mencium belakang tangannya. Diusap-usap kepala dan belakang
anaknya. Kemudian dipeluk pula ketat-ketat.
“Sabar nak, inshaa – ALLAH, nanti
mummy pujuk daddy,” janji mummynya. Fahem hanya mengangguk.
“Fahem minta maaf banyak-banyak pada
mummy dengan daddy. Inshaa – ALLAH ada umur, kita pasti jumpa lagi.” Sekali
lagi Fahem meminta maaf.
Kemudian dia bersalaman dengan Tuan
Mokhtar dan Nizam. Mereka memberikan kata-kata semangat – sabar, jangan putus
asa. Nur Sumayyah juga turut melakukan perkara yang sama.
Dengar sahaja deruman enjin kereta
Fahem yang makin menjauh, hati Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin bergetar sayu.
Luarannya marah, dalamannya… hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Hai la anak…
“SEBENARNYA, Sumayyah
dah dapat dah gambar tu sebelum daddy lagi.” Kata-kata itu membuatkan
kerja-kerja Fahem di laptop terhenti seketika. Segera dia memandang si isteri
yang sedang menyusukan Fahmi.
“Apa maksud Sumayyah?” Semenjak dihalau,
dia bertapa semula di rumah mertuanya. Sudah dua malam mereka di sini. Ingin
pulang ke Bukit Katil, dia risaukan isterinya yang masih dalam pantang.
Kesudahannya, dia mengambil keputusan untuk mendiami rumah pencen polis ini
buat sementara waktu.
“Abang nak tahu tak kenapa Sumayyah
dingin dengan abang seminggu dua ni? Semuanya sebab Sumayyah tengok gambar tu. Frankly speaking, Sumayyah sebenarnya
tak hairan sangat gambar-gambar abang tu semua. Sebab semuanya terjadi sebelum
kita kahwin. Lagipun masa tu Sumayyah faham sangat dengan perangai buaya abang.
Tapi, ada sekeping dua gambar yang buat Sumayyah sakit hati,” dia berhenti
seketika. Menepuk-nepuk punggung Farhan yang tiba-tiba tersedar. Sejurus, dia
mengalihkan pandangannya ke wajah suami yang sabar menanti kata-kata
seterusnya.
“Gambar abang keluar dari klinik
dengan perempuan tu. Abang cuba peluk perempuan tu tapi dia tepis tangan abang.
Lagi satu gambar, perempuan tu dok usap-usap perut dia. Dua-dua gambar tu buat
Sumayyah sakit hati!”
Fahem terdiam. Hanya merenung kosong
corak bunga pada karpet. Renungannya sungguh dalam. Jika matanya berkuasa
menghasilkan baja bunga, rasanya ketika itu juga bunga-bunga pada karpet
tersebut boleh beranak-pinak!
“Boleh Sumayyah minta sesuatu pada
abang?” soal si isteri. Fahem tidak memberikan jawapan.
“Boleh ke tak, bang?” soal Nur
Sumayyah sekali lagi tatkala melihat Fahem sunyi sepi.
“Apa dia?” tanya Fahem sambil
menuang air suam yang tersedia di dalam labu sayung ke dalam gelas kosong.
“Can
you marry her?” tersembur air kosong yang sedang diteguk oleh Fahem. Dia
mengambil tisu di atas meja solek dan mengelap mulut serta meja kerja yang
sedikit basah. Kemudian, dia mendekati isterinya dan duduk di birai katil.
“Sumayyah merepek apa ni? Jangan
minta yang bukan-bukan dengan abang boleh tak?” Bini aku ni buat lawak ke apa
tengah-tengah malam ni?
“Sumayyah tak merepek, bang.”
“Habis, kalau tak merepek… apa?
Berseloka di malam hari?” Fahem tergelak perlahan, cuba menutup gundah di hati
yang bagaikan mahu meletup.
“Tuan Fahem Izzuddin, I’m serious!” Nur Sumayyah menjeling
suaminya. “Just do it without saying anything!”
“Tapi…”
“Kahwin dengan dia. Kalau tak,
ceraikan Sumayyah! Abang beli cincin, nanti Sumayyah pinangkan dia untuk abang.”
bulat mata Fahem memandang wajah Nur Sumayyah tatkala kata-kata itu keluar
dengan lancar dari mulut mongel isterinya.
Fahem melangkah ke meja kerja. Niat
di hati ingin menyambung semula kerjanya, namun keraana terlalu bengang dengan
permintaan Nur Sumayyah, dia mengemas segala kertas dan laptop. Tanpa sebarang
kata, dia terus merebahkan diri ke atas katil dengan membelakangkan isterinya.
Air mata Nur Sumayyah menitis
perlahan melalui pipinya. Dia tahu dia seperti membunuh diri sendiri apabila
meminta Fahem berkahwin lagi, tetapi dia tiada jalan lain lagi.
‘Maafkan Sumayyah, bang. Sumayyah
cuma nak abang bertanggungjawab dengan apa yang abang dah buat.’ Sayu hatinya
berkata-kata.
“KAHWIN dengan dia.
Kalau tak, ceraikan Sumayyah!” terus terbuka kelopak matanya tatkala permintaan
Nur Sumayyah sentiasa bergema di kepalanya.
Ceraikan Sumayyah!
Ceraikan Sumayyah!
Ceraikan Sumayyah!
Gemaan tersebut membuatkan kepalanya
sakit. Lantas dia masuk ke dalam bilik. Pintu gelangsar dibiarkan terbuka,
manakala dia membaringkan dirinya di atas katil kayu jati.
Didn’t they always say we were he lucky ones
I guess we were once, babe, we were once
But luck will leave you cursed, it is a faithless
friend
And in the end, when life got you down
You’ve got someone here that you can wrap your arms
around
So hold on to me tight
Hold on to me tonight
We are stronger here together
Than we could ever be alone
So hold on to me
Don’t you ever let me go
There’s a thousand ways for things to fall apart
But it’s no ones fault, no it’s no my fault
Maybe all the plans we made might not work out
But I have no doubt, even though it’s hard to see
I’ve got faith in us, and I believe in you and me
So hold on to me tight
Hold on, I promise it will be alright
Cuz it’s you and me together
And baby all we’ve got it’s time
So hold on to me
Hold on to me tonight
There’s so many dreams that we have given up
Take a look at all we’ve got
And with this kind of love
And what we’ve got there here is enough
So hold on to me tight
Hold on, I promise it will be alright
Cuz we are stronger here together
Than we could ever be alone
Just hold on to me
Don’t you ever let me go
Hold on to me, it’s gonna be alright
Hold on to me, tonight
They always say we were the lucky ones
Nyanyian Michael Bublé diulang-ulang
beberapa kali di dalam telefon bimbitnya. Dia terus mendengar tanpa jemu.
So
hold on to me tight – Sayang, bertahan teguh pada abang
Hold
on, I promise it will be alright - Sayang… bertahanlah, abang berjanji, semuanya
akan seperti sediakala.
Cuz
we are stronger here together – Kerana
kita kukuh bersama-sama di sini
Than
we could ever be alone – Daripada kita bersendirian
Just
hold on to me – Sayang, bertahan saja pada abang
Don’t
you ever let me go – Jangan biarkan abang pergi
Hold
on to me, it’s gonna be alright – Bertahanlah pada abang, ia akan baik-baik
saja
Hold
on to me, tonight – Bertahanlah pada abang, malam ini
They
always say we were the lucky ones – Mereka selalu berkata,
kita adalah yang bertuah
Sayang, bertahanlah pada abang.
Percaya pada abang. Kita telah berjanji untuk mengharungi semuanya
bersama-sama…
“BILA Fahem pulang?”
soal Abdul Ghani sambil mencedok kangkung goreng belacan ke dalam pinggannya.
Suapan Nur Sumayyah terhenti seketika
“Katanya lagi dua hari,” sebetulnya,
Nur Sumayyah tiada jawapan yang tepat.
“Banyak sangat ke kerjanya? Orang lain
pun, suaminya kerja juga. Tak adalah sampai tinggal anak bini lama-lama.”
Rafeah menjeling sinis suaminya.
“Amboi abang bercakap, tak pandang kiri kanan! Diri sendiri pun dulu kerja,
tinggal jugak anak bini lama-lama! Tak ada pun mak bapak saya bising awak asyik
operasi saja!”
“Abang ni, polis. Dah tentulah
tinggal anak bini lama untuk operasi. Lagipun abang ni kan, menantu kesayangan
mak ayah awak,” Abdul Ghani mengeluarkan kenyataan membela diri.
Rafeah mencebikkan bibirnya, meluat
dengan kenyataan dari suaminya! “Macam tu juga menantu awak! Lagipun dia tengah
nak majukan diri dia, bisnes sana-sini. Tengah-tengah muda nilah keringat
diperah. Bukan untuk orang lain, untuk isteri dengan anak-anak juga. Esok bila
dah tua, ada juga simpanan kut la kalau apa-apa jadi.”
Tercetus tawa kecil dari bibir Nur
Sumayyah mendengar perbalahan emak dan abahnya.
Nur Sumayyah membantu emaknya
mengemas meja sementara abahnya pula sibuk mengacah-acah dua orang Hang Tuah
kecil di dalam rumah itu.
Sedang mereka sedang menonton
televisyen, kedengaran suara orang memberi salam. Abdul Ghani bangun dan
menjenguk.
Tak lama kemudian…
“Tak ada yang mengganggu, Tan Sri.
Bukan ada sesiapun, kami anak beranak saja. Duduklah, Tan Sri, Puan Sri,” Abdul
Ghani menjemput besannya duduk.
Nur Sumayyah bangun untuk bersalaman
dengan emak dan bapa mertuanya.
Tatkala dia menyalami Puan Sri
Sharifah, lantas tubuhnya dipeluk kuat.
“Mummy dengan daddy duduklah dulu,
Sumayyah buatkan air,” Nur Sumayyah meminta diri untuk ke dapur.
“Alah, tak usahlah susah-susah,
Sumayyah. Lagipun awak tu tengah berpantang, tak elok gerak sana-sini banyak
sangat. Bentan nanti.” Puan Sri Sharifah menegah.
“Betul cakap mak mertua kamu tu.
Dah, kamu duduk aje, biar mak yang ke dapur,”
Nur Sumayyah ingin membantah namun
emaknya laju sahaja mengorak langkah ke dapur.
“Encik Ghani apa khabar, sihat?”
soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin.
Abdul Ghani tersenyum kecil. “Sihat
macam gini ajelah, Tan Sri. Sihat kita orang tua ni, tahu-tahu ajelah.”
“Selagi boleh gerak ke sana sini,
kira dah cukup sihatlah tu, ya tak Encik Ghani?” sampuk Puan Sri Sharifah pula.
Mereka tergelak kecil seketika.
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dan
isteri menapak ke tilam bayi yang terletak tidak jauh dari televisyen. Mereka
mengagah dan mengacah si kembar Farhan dan Fahmi. Terserlah sepasang lesung
pipit menghiasi wajah kedua-dua bayi comel itu tatkala mereka tersenyum.
Rafeah tiba di ruang tamu dengan
menatang sebuah dulang berwarna putih dan diletakkan di atas meja. Setelah
menuang air ke dalam semua cawan, Rafeah memanggil besannya. “Marilah minum
dulu Tan Sri, Puan Sri.” Ajak Rafeah. Pasangan suami isteri itu bangun dan
duduk semula di sofa.
Mendengar sahaja anaknya
merengek-rengek, lekas Nur Sumayyah bangun dan duduk di sebelah tilam bayi itu.
Farhan diriba dan diberikan susu badan.
“Sumayyah,” lembut si bapa mertua
memanggil namanya.
“Ya daddy,” Nur Sumayyah menyahut.
“Daddy datang ni sebenarnya nak
minta maaf dengan kamu tentang kejadian hari tu,” dengan merendah diri, Tan Sri
Tuan Haji Ahmad Izzuddin memohon maaf.
“Betul tu, Sumayyah. Sebenarnya masa
tu daddy kamu terlalu kecewa sangat, sebab itulah dia terus cakap macam tu,”
Puan Sri Sharifah membela suaminya.
Nur Sumayyah terdiam seketika. “Tak
apalah daddy, mummy… Sumayyah tak apa-apa.” Jawabnya jujur. Dia langsung tidak
menyimpan dendam terhadap Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin. Sedangkan dia
sebagai isteri pun benar-benar terkilan dan kecewa dengan perangai Fahem,
apatah lagi daddynya yang sudah mendidik serta membesarkan Fahem dan
menyumbatkan segala ilmu-ilmu berguna kepada anaknya itu? Sudah pastilah
jawapannya, lelaki itu benar-benar terluka dan kecewa apabila mendapat tahu
perangai tidak semenggah anaknya!
Abdul Ghani dan Rafeah sudah
tercengang-cengang. “Kenapa Tan Sri?” soalnya tidak sabar-sabar.
“Sumayyah tak cerita pada Encik
Ghani ke?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin sebelum dia bercerita lanjut.
Risau juga dia. Mungkin Nur Sumayyah tidak mahu kecoh-kecoh kepada orang
tuanya, tiba-tiba dia pula memandai-mandai bercerita bagai ahli kumpulan gosip
di pejabatnya!
Pantas kepala pencen polis itu
menggeleng laju. Dua tiga kali dia memberikan pandangan tajam kepada anak
tunggalnya. Manakala Nur Sumayyah yang sedar dirinya asyik diperhatikan, hanya
menundukkan kepala. Dalam diam, dia merelakan apa sahaja yang bakal bapa
mertuanya ceritakan.
“Macam ni sebenarnya…” dengan
khusyuk Abdul Ghani mendengar cerita daripada besannya. Kadangkala dahinya
berkerut. Seketika kemudian, dia menggenggam kedua belah tangannya hingaa
timbul urat-urat di lengannya, akibat terlalu marah. Selepas itu pula, matanya
merenung tajam wajah menantunya pada potret perkahwinan anak tunggal mereka
yang digantung pada dinding di ruang tamu.
“Saya langsung tak berniat nak
menghalau Sumayyah, jauh sekali nak menghalang dia dari datang ke rumah saya
lagi. Tapi, Encik Ghani tahu sajalah… bila hati manusia tu mula diselaputi
marah, dia akan hilang pertimbangan. Maafkanlah kesalahan saya ni,” tidak cukup
dengan Nur Sumayyah, kini besan Abdul Ghani itu meminta maaf kepada dia dan
isterinya pula.
Kelopak mata Rafeah sudah digenangi
air mata. Sungguh, dia benar-benar terkilan dengan perangai menantu tunggalnya.
Tidak hairanlah jika besannya itu menghalau Fahem sekeluarga! Lantas dia memaut
lengan suaminya, meminjam kekuatan dari peneman hidupnya itu.
“Mak bapak mana yang tak marah bila
tahu anak buat perangai tak senonoh macam tu? Itu yang saya geram sangat, Encik
Ghani. Hati saya ni sebenarnya masih sakit. Tapi, mengenangkan menantu saya
baik sangat, sebab itulah kami laki bini datang untuk minta maaf.”
Perlahan-lahan air mata yang dari tadi hanya bergenang di mata, laju menuruni
pipi Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzudin. Air mata yang sarat dengan rindu namun
disulami kekecewaan.
Abdul Ghani menepuk-nepuk bahu Tan
Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin, menenangkan hati besannya itu. “Sudahlah Tan Sri.
Benda dah jadi, nak diapakan lagi, betul tak? Cuma kita mampu sama-sama berdoa
agar Fahem membuang perangai lamanya tu. Moga rumahtangga mereka kekal hingga
akhir hayat.” Dalam diam Abdul Ghani mengakui peribadi Tan Sri Tuan Haji Ahmad
Izzuddin yang terlalu tinggi. Sanggup meredah malam bertemu menantunya
semata-mata mahu memohon maaf.
Suasana sunyi kembali. Yang
kedengaran hanyalah esakan-esakan kecil pada hati-hati warga tua yang
benar-benar terluka.
“Fahem mana, Sumayyah?” Puan Sri
Sharifah baru teringat tentang anaknya.
“Dia ada kerja luar.” Nur Sumayyah
tidak tahu alasan apa lagi yang patut diberikan. Itu kata-kata Fahem, itulah
juga yang disampaikan bila orang bertanya perihal suaminya.
Puan Sri Sharifah bangun dan memeluk
menantunya itu sambil menangis.
“Dia anak mummy, Sumayyah. Mummy
tahu dia bukan ada kerja, tapi dia merajuk.” Makin kuat esak tangis Nur
Sumayyah tatkala mendengar kata-kata ibu mertuanya. Dia tahu permintaannya yang
membuatkan Fahem meninggalkan dia dan anak-anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)