REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday, 17 January 2014

TAHNIAH CRISTIANO RONALDO!!!

Setelah empat kali berturut-turut Lionel Messi memenangi anugerah Ballon d'Or, akhirnya... akhirnya Cristiano Ronaldo berjaya memecahkan dominasi pemain Argentina itu untuk memenangi anugerah berprestij tersebut untuk kali kedua.



Cristiano Ronaldo bersama anaknya, Cristiano Ronalo Junior menerima anugerah Ballon d'Or dari Pele dan Presiden France Football, Francois Moriniere.

Ronaldo menang Ballon d’Or



Cristiano Ronaldo menangis di sebelah anak lelakinya, Cristiano Ronaldo Junior selepas menerima anugerah Ballon d‘Or daripada Pele dan Presiden France Football, Francois Moriniere (tengah) dalam majlis penganugerahan di Zurich, Switzerland semalam. - AFP
 
 
ZURICH - Cristiano Ronaldo tidak mampu mengawal emosinya selepas dipilih semula sebagai pemain terbaik dunia 2013 dalam majlis penganugerahan Ballon d’Or FIFA semalam, sekali gus menamatkan dominasi Lionel Messi yang merangkul anugerah tersebut empat kali berturut-turut sebelum ini.
     Walaupun gagal memenangi sebarang gelaran utama bersama Real Madrid musim lalu, Ronaldo dianggap layak menerima anugerah itu dengan mengetepikan Messi dan pemain Perancis, Franck Ribery.
“     Terima kasih kepada semua orang, rakan sepasukan, skuad kebangsaan dan keluarga saya serta semua yang berada di sini. Sukar untuk saya berkata-kata," kata penyerang Portugal dan Real Madrid itu dalam nada sebak selepas menerima trofi tersebut.
     Ronaldo, 28, mendapat 27.99 peratus undi. Bintang Barcelona dan Argentina, Messi mendapat 24.72 peratus manakala pemain Bayern Munich, Ribery dari Perancis menduduki tempat ketiga dengan 23.39 peratus.
     Sementara itu, Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang turut menghadiri majlis penganugerahan itu berkata: “Keadilan telah dilaksanakan kerana Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia. Ini merupakan satu kebanggaan buat kami kerana dia sebahagian pasukan kami."
Perez menggemparkan dunia pada 2009 apabila membeli Ronaldo dari Manchester United dengan harga 96 juta euro (RM428.7 juta) yang merupakan rekod dunia ketika itu.
     Bintang Portugal itu kali pertama memenangi Ballon d’Or pada 2008 selepas membantu United menjuarai Liga Juara-juara. Selepas itu, dia berada di belakang Messi selama empat tahun berturut-turut, meskipun menjaringkan banyak gol untuk Real.
Sementara itu, sekembalinya ke Madrid, Ronaldo meraikan kejayaannya itu bersama rakan-rakan sepasukan.
     Jurulatih Real, Carlo Ancelotti menganggap kejayaan Ronaldo “publisiti yang hebat untuk bola sepak," tetapi kemudian meminta pemainnya itu meningkatkan lagi prestasinya.
Ancelotti berkata: “bagi saya, memenangi Ballon d’Or bermakna tanggungjawab yang lebih besar. Bukan mudah untuk meminta lebih lagi daripada dia, dengan jumlah (gol) yang telah dijaringkannya, tetapi saya akan minta." - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140115/sl_01/Ronaldo-menang-Ballon-dOr#ixzz2qaM0Rbny
© Utusan Melayu (M) Bhd

Diharapkan dengan kemenangan ini, beliau akan terus berusaha untuk memantapkan segala corak permainan yang dikuasainya.

KEEP IT UP, CR7!


No comments:

Post a Comment