REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday, 24 August 2013

TAHNIAH AZILAH, SIRUL... ANDA SUDAH BEBAS!!!

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua orang bekas anggota UTK yang dituduh membunuh Altantuya, Cif Inspektor Azilah hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang bebas hari ini. Pengalaman hidup di penjara selama tujuh tahun sudah tentu mengajar anda erti kehidupan sebenar.

Apapun yang berlaku, apapun yang warga di internet tulis, saya tahu, hanya anda berdua, orang-orag tertentu dan ALLAH sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu. Nasihat saya kepada anda berdua, jalanilah hidup yang penuh kebebasan ini dengan rasa syukur, jangan diingat lagi segala peristiwa pahit yang lepas, jangan diulang apa-apa sahaja kesalahan yang dulu dan yang paling utama, gembirakanlah hati emak dan bapa serta keluarga anda.

Ketika anda berdua dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada April 2009, saya menangis. Saya tak tahu kenapa saya harus menangis sedangkan saya bukannya ahli keluarga anda berdua. Sejak dari awal perbicaraan kes ini, saya terasa yang kes ini adalah berat sebelah. Saya tahu, anda berdua bukanlah anggota polis yang bodoh untuk membunuh sesuka hati MELAINKAN jika anda berdua diugut bunuh (ada kemungkinan).

Kepada Sirul, peliharalah anak anda sebaik mungkin agar dia menjadi insan berguna satu hari nanti. Kepada Azilah, jagalah tunang dan kekasih anda(Rohaniza) elok-elok.

No comments:

Post a Comment