MUSUH MELANGGAR KUGEMPUR
SUNGGUH RELA KUGUGUR KERANA
KAU TANAH PUSAKA
BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA
Prebet Ahmad Hurairah
Koperal Ahmad Ruslan.
Mereka semua adalah wira negara yang patut dijadikan contoh kepada kita semua. Mereka syahid demi mempertahankan kedaulatan negara dari serangan penceroboh-penceroboh yang tidak diingini oleh kita semua. Sebagai menghargai perjuangan mereka, marilah kita sama-sama menyumbang kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima melalui Akaun Maybank - 5142 7133 9000.
Kepada parajurit-parajurit Muslim yang terkorban, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Agar mereka dicucuri rahmat.
Sama-sama kita memanjatkan doa agar anggota polis dan tentera yang sedang menjalankan tugas Ops Daulat di Lahad Datu dilindungi ALLAH SWT. Semoga kita beroleh kemenangan dan moga-moga musuh kita tumpas dan dapat dihadapkan ke muka keadilan. Kepada keluarga anggota-anggota yang terkorban, bersabarlah. Saya tahu, walaupun luarannya mereka kelihatan pilu, namun terselit perasaan bangga kerana orang kesayangan mereka mati dan berkorban demi negara. Sesungguhnya, mereka telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk syahid dalam mempertahankan negara.
Tanah Pusaka
Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Diseluruh dunia negaraku
Yang berdaulat negaraku
Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia
Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Diseluruh dunia negaraku
Yang berdaulat negaraku
Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia
Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata
No comments:
Post a Comment