Ketika saya buka laman web Utusan untuk mambaca intisari rancangan, saya terbaca tajuk sebuah berita terkini 'Palestin diiktiraf Negara Bukan Anggota PBB'.
Ketika saya membaca berita berkenaan, Ya ALLAH, terharu sungguh saya. Spontan, saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada NYA. Di sini saya copy paste berita tersebut.
NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.
Dalam kekalahan besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kemenangan tersebut sebagai sijil lahir untuk negara Palestin.
Hanya sembilan daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali. - AFP
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121130/lu_11/Palestin-diiktiraf-negara-pemerhati-bukan-anggota-PBB#ixzz2DiSgmVVt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kemudian, sengaja saya search 'status palestin' pada enjian carian google. banyak juga laman web yang memuatkan berita berkenaan. saya memilih untuk membaca pada laman wab klpos. Di bawah adalah berita tersebut.
Friday, 30 November 2012 10:02
Tun Izhalmi
Resolusi yang diluluskan turut menaikkan status Palestin dari "entiti
pemerhati bukan ahli" kepada "negara pemerhati bukan ahli," kategori yang sama
diberikan kepada Vatican, dimana status ini mampu memberi kelebihan kepada dalam
urusan mereka dengan Israel.
Para pemimpin Palestin, yang mendapat kerjasama dari puluhan negara yang
menyokong untuk membangunkan draf rasmi, akhirnya mendapat dari Eropah
terutamanya Perancis dan Sepanyol.
Undian yang berlangsung malam tadi menyaksikan 138 perwakilan memihak ,
sembilan menentang dan 41 berkecuali, termasuk Jerman.
Keputusan ini hadir diwaktu konflik lapan hari yang tercetus diantara Israel
dan Hamas, yang meyaksikan satu siri serangan udara dan roket dilancarkan Israel
sehingga mengancam kestabilan serantau.
"Kehadiran kami disini adalah untuk mengesahkan kesahihan negera yang
berdaulat kini perlu mencapai kemerdekaan, dan itulah Palestin," kata Abbas.
Walaubagaimanapun, duta Israel ke PBB Ron Prosor berkata langkah itu
sebahagian besarnya telah mengabaikan isu-isu lama secara khusus, seperti
pertikaian tanah penempatan, dan ianya tidak boleh menggantikan rundingan
langsung antara BaitulMuqaddis dan Ramallah.
Resolusi ini "tidak membawa kepada keamanan," kata Prosor, sebagai mengkritik
Abbas kerana gagal mewakili Semenanjung Gaza, di mana Hamas mengawal dan
menguasai wilayah tersebut.
"Ini hanya meletakkan segala usaha semakin terkebelakang," katanya.
Tahun lalu, Palestin telah memulakan usaha melobi agar negara tersebut
mendapat pengiktirafan sebagai ahli tetap PBB namun gagal disebabkan tidak
mendapat sokongan dan kelulusan Majlis Keselamatan. Walaubagaimanapun, resolusi
sebagai pemerhati di PBB hanya memerlukan undian majoriti dari 193
perwakilan.
Amerika Syarikat dan Israel masih tetap berdegil dan tidak berganjak dari
keputusan untuk tidak memberikan pengiktirafan penuh terhadap Palestin dengan
alasan merosakkan pelan perdamaian di Timur Tengah.
Walaubagaimanapun, bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert, melontarkan
pandangan yang cukup berbeza dan menyokong usul PBB terhadap negara
Palestin.
"Apa yang dilakukan oleh Palestin hari ini (di PBB) adalah perkara paling
asas dan strategik dalam pembentukan "penyelesaian dua buah negara".
Beliau bagaimanapun masih skeptikal dengan pelan perdamaian diantara
kedua-dua pihak namun masih mahu melihat Israel memulakan dahulu langkah awal
proses "penyelesaian dua buah negara". "Masa sebenarnya semakin suntuk terhadap
Israel, bukannya Palestin," katanya.
No comments:
Post a Comment