REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Sunday 9 March 2014

MISTERI MH370


 


Putrajaya 8 Mac - Industri penerbangan Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2.40 pagi ini.
     Walaupun pelbagai spekulasi dibuat temasuk pesawat telah mendarat di Nanning selatan China selain laporan bahawa ia terhempas di kawasan perairan Vietnam, namun pihak berkuasa termasuk pihak MAS telah menafikan dakwaan tersebut.
     Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam dan dijadualkan medarat di Beijing pada jam 6.40 pagi.
     Kali terakhir pesawat itu dikesan adalah pada kedudukan longitude 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitude 103 darjah 34 minit dan 43 saat Timur.
     Selain 38 warganegara Malaysia, lebih 150 warganegara China selain warganegara Indonesia, Australi, India, Perancis, Amerika Syarikat, New Zealand, Ukraine, Kanada, Itali, Belanda, Rusia, dan Austria turut menaiki pesawat itu.
     Kapal terbang tersebut dikemudi kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman terbang selama 18,365 jam dengan dibantu oleh Fariq Ab. Hamid.
     Cuaca dilaporkan baik ketika kejadian kehilangan dan juruterbang tidak pernah menghantar isyarat kecemasan.
     Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya turut menyatakan, syarikat itu menolak kemungkinan bahawa pesawat tersebut kehabisan bahan bakar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana ia memiliki kapasiti mencukupi untuk terbang sehingga 830 pagi.
     Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan dengan disertai oelh Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selain mendapat bantuan daripada Vietnam, Singapura, China dan Amerika Syarikat.
     Beberapa laporan dalam laman sosial yang memetika laporan agensi berita asing turut mendakwa pesawat ditemui di Vietnam namun pihak berkuasa negara itu menafikan perkara itu.
     Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengesahkan untuk memperluaskan kawasan mencari pesawat MH370 dengan menambah bilangan asset yang dikerahkan melibatkan sejumlah 15 pesawat.
     Dalam pada itu, suasana hiba menyelubungi KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing apabila saudara-mara kedua-dua lapangan terbang itu untuk menunggu berita terkini mengenai kejadian tersebut. Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melawat keluarga penumpang di Anjung Tinjau KLIA.

sumber: Utusan.


Berita berkaitan:

APMM kesan beberapa tompokan minyak
PDRM bekerjasama dengan agensi antarabangsa siasat kehilangan MH370
22 pesawat, 40 kapal diguna dalam operasi mencari dan menyelamat
Jabatan Imigresen siasat 2 individu guna pasport curi
Ada kemungkinan MH370 berpatah balik
Ahli keluarga penumpang buat pasport
Pusat koordinasi pantau pesawat hilang ditubuhkan

Kronologi perjalanan pesawat MH370

  • 12.41am: Berlepas dari KLIA
  • 6.30  am: Tiba di Beijing
  • 2.40  am: Dikhuatiri hilang di perairan Vietnam
  • Pesawat kali terakhir dikesan pada kedudukan longitude 0655515 utara dan latitude 1033443 timur
  • Menurut kerajaan Vietnam, pesawat dikhuatiri hilang di kedudukan 225km dari barat daya Wilayah Ca mau, Selatan Vietnam.


    
                                            


                         


Bersama-samalah kita berdoa agar ALLAH SWT melindungi mereka serta memudahkan kerja-kerja pasukan mencari dan menyelamat dalam mencari jejak MH370. Amin.