REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 19 March 2013

Lahad Datu

Saya sedih apabila mendengar berita tentang anggota-anggota keselamatan yang terkorban ketika menjalankan operasi di Lahad Datu. Lima anggota polis yang diseksa sebelum mati amatlah menghibakan hati saya. Hampir menitis air mata tatkala mendengar berita mereka diseksa. Jari mereka dipotong, kepala disembelih, segala organ dalaman termasuk mata dicungkil keluar, Ya Allah, tak terbayang di mata saya bagaimana mereka yang beragama Islam sanggup melakukan sebegitu rupa sesama saudara Islam. Menurut seorang anggota polis yang cedera, hanya mayat SP Ibrahim Lebar saja yang sempurna. Sedangkan yang lain... fikirlah sendiri.


                                       MUSUH MELANGGAR KUGEMPUR
                                      SUNGGUH RELA KUGUGUR KERANA
                                                  KAU TANAH PUSAKA
                                 BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA






Prebet Ahmad Hurairah
 
 
Koperal Ahmad Ruslan.
 
 
 
Mereka semua adalah wira negara yang patut dijadikan contoh kepada kita semua. Mereka syahid demi mempertahankan kedaulatan negara dari serangan penceroboh-penceroboh yang tidak diingini oleh kita semua. Sebagai menghargai perjuangan mereka, marilah kita sama-sama menyumbang kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima melalui Akaun Maybank - 5142 7133 9000.
 
 
 
Kepada parajurit-parajurit Muslim yang terkorban, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Agar mereka dicucuri rahmat. 
Sama-sama kita memanjatkan doa agar anggota polis dan tentera yang sedang menjalankan tugas Ops Daulat di Lahad Datu dilindungi ALLAH SWT. Semoga kita beroleh kemenangan dan moga-moga musuh kita tumpas dan dapat dihadapkan ke muka keadilan. Kepada keluarga anggota-anggota yang terkorban, bersabarlah. Saya tahu, walaupun luarannya mereka kelihatan pilu, namun terselit perasaan bangga kerana orang kesayangan mereka  mati dan berkorban demi negara. Sesungguhnya, mereka telah dipilih oleh ALLAH SWT untuk syahid dalam mempertahankan negara. 



 
Tanah Pusaka
 
Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Diseluruh dunia negaraku
Yang berdaulat negaraku

Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia

Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata