REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 24 October 2011

WUC 24

WAKE UP CALL 24

“NAK beli barang apa lagi? Kasut dah beli?” soal Fahem ketika mereka melintasi sebuah kedai kasut. Nur Sumayyah hanya menggeleng.
“Mari, kita beli kasut.” Ujar Fahem sambil melangkah masuk ke dalam.
“Tapi, kat sini mahallah. Kita pergi MYDIN MITC ajelah. Murah sikit.” Ujar Nur Sumayyah. Fahem mematikan langkahnya.
“Tak apa. Biar Fahem bayarkan.” Balas Fahem. Dia berkeras mahu menegah tetapi Nur Sumayyah teteap tegas menegah. Melihat mata Nur Sumayyah yang membulat, Fahem tidak jadi meneruskan langkahnya.
“Yalah… yalah. Kita ke sana.” Akhirnya Fahem mengalah.
“Tapi, Fahem nak beli jam tangan dulu kat kedai jam depan tu.” Ujar Fahem sambil menunjukkan satu arah. Nur Sumayyah mengangguk setuju.

MYDIN MITC

NUR SUMAYYAH meneliti senarai barang hantaran. Mana yang sudah dibeli, dipangkah. Fahem juga sedang meneliti senarai barang hantarannya. Nampaknya, semua barangannya telahpun dibeli.
“Telekung belum beli, kan?” soal Fahem. Nur Sumayyah mengiakan. Mereka masuk ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis tudung, jubah, telekung, dan baju-baju wanita.
“Silakan masuk encik, puan.” Pelawa salah seorang perkerja di situ. Mereka berdua menghadiahkan seulas senyuman sebagai tanda terima kasih, dan juga sebagai tanda hormat.
Nur Sumayyah mencari-cari corak dan warna bunga yang senada dengan tema keluarga Fahem, hijau-hitam.
“Yang ni, tak lawa?” soal Fahem sambil menunjukkan sepasang telekung yang corak bunganya berwarna ungu. Nur Sumayyah menepuk dahi.
“Tuan Fahem Izzuddin, itu warna ungu! Tema keluarga awak ialah warna hijau-hitam!” Nur Sumayyah sempat memarahinya walaupun dengan nada perlahan.
“Ohhh.” Fahem terkulat-kulat setelah dimarahi.
“Cik nak cari warna apa?” soal tuan punya kedai. Nur Sumayyah tersenyum.
“Warna hijau-hitam. Saya suka dengan warna macam tu. Mesti cantik.” Ujar Nur Sumayyah. Kalaupun tema keluarga Fahem bukanlah dari warna itu, dia tetap menginginkan corak bunga berwarna begitu kerana dia dapat membayangkan betapa cantiknya keserasian dua warna tersebut.
“Oh, sekejap ya cik.” Tuan punya kedai membantu Nur Sumayyah mencari warna yang diingini. Akhirnya, terjumpa juga.
“Ini dia cik.” Ujar tuan punya kedai sambil menghulurkan bungkusan plastik tersebut kepada Nur Sumayyah.
“Berapa ni?” soal Nur Sumayyah.
“Ini… ha, RM 237.” Jawab tuan punya kedai sambil menunjukkan harga yang telah dilekatkan pada plastic tersebut.
“Mahalnya!” terkejut sungguh Nur Sumayyah setelah mendengar harganya.
“Kain ni memang jenis cotton berkualiti tinggi, cik. Siap ada beg telekung lagi.” Jawab tuan punya kedai. Nur Sumayyah berfikir Seketika. Dia memang menginginkan telekung ini, tetapi harganya…
“Berapa tadi kak?” soal Fahem.
“RM 237.00 Tapi, boleh kurang sikit. RM 230.00.” tuan punya kedai membuat tawaran. Fahem mengangguk setuju.
“Saya setuju kak.” Jawabnya sambil mengeluarkan dompetnya dari kocek seluar.
“Fahem! Mahal sangat.” Nur Sumayyah berkata dalam nada paling perlahan.
“Jadi ke tak ni?” soal tuan punya kedai sekali lagi. Fahem mengangguk . Wanita berusia lewat 30-an itu segera membungkus telekung tadi dan menyerahkannya kepada Fahem. Fahem menyerahkan sejumlah wang kertas kepada tuan punya kedai.
“Akak jual ya, dik.” Fahem mengangguk.
Ya kak, saya beli ya.” Berlakulah akad di antara mereka.
Keluar saja dari kedai tudung tadi, mereka naik ke tingkat atas dan menuju ke sebuah kedai kasut. Nur Sumayyah meneliti satu demi satu kasut yang tersusun di rak Namun tidak ada satupun yang berkenan dihatinya.
“Akak nak cari kasut jenis apa?” soal seorang pekerja wanita berusia awal 20-an. Nur Sumayyah tersenyum.
“Akak nak cari kasut bertutup… warna coklat gelap. Ada tak?” pintanya. Fahem yang berada di sebelah Nur Sumayyah hanya mendengar perbualan dua orang wanita itu. Pekerja tadi meminta diri seketika dan datang semula lima minit kemudian. Dia membawa dua buah kotak yang berisi kasut tutup seperti yang Nur Sumayyah cari.
“Ini dia, kak.” Ujar pekerja wanita itu sambil menghulurkan kotak-kotak tersebut kepada Nur Sumayyah. Ustazah muda itu segera membuka kedua-duanya.
“Sayang, ambil yang nilah. Lawa sikit. Siap ada batu permata lagi. Lagipun, warnanya gelap. Sepadan dengan beg tangan sayang.” Fahem memberikan pendapat. Nur Sumayyah mengangguk setuju.
“Yang lagi satu ni, warnanya macam terang pulak.” Komen Nur Sumayyah. Fahem setuju. Nur Suamyyah membelek-belek kasut tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat harga yang ditampal pada  tapak kasut. RM 99.90!
“Dik, tak boleh diskaun ke?” soalnya dengan dahi yang berkerut.
“Kak, ni kita dah diskaun 70% dah. Kalau ikut harga asal, RM333.00 kak.” Jelas pekerja itu.
“Jadi, dik!” tiba-tiba Fahem mrnyampuk.
“Jadi, ya?” pekerja wanita tadi inginkan kepastian.
“Mahal sangat!” Nur Sumayyahmembentak perlahan. Fahem hanya tersenyum.
“Takpelah. Lagipun, kita bertunang sekali saja dalam seumur hidup. Bukannya empat lima kali.”
“Takpelah dik. Tak jadilah.” Ujar Nur Sumayyah. Fahem menggelengkan kepala.  Pekerja wanita tadi mula pening kepala. Cakap siapa yang mahu didengarinya? Namun, baru dia mengetahui bahawa kasut tersebut ingin dijadikan hantaran bertunang.
“Kau jangan dengar cakap perempuan tak betul ni, dik! Jadi! Kejap lagi abang datang ke kaunter!” arah Fahem tanpa Nur Sumayyah dapat menghalang. Pekerja wanita itu tergelak perlahan dengan gurauan Fahem kepada Nur Sumayyah. Ada ke bakal tunang dipanggil perempuan tak betul? Tak jadi bertunang, baru tahu!
“Sedap aje kata kita ni perempuan tak betul ya! Tak naklah bertunang dengan awak. Batal!” Nur Sumayyah pura-pura merajuk. Fahem hanya tersengih. Setelah keluar dari kedai kasut itu, mereka menuju ke tempat troli
“Merajuk konon! Dalam hati, sayang.” Usiknya. Nur Sumayyah mencebikkan bibir.
“Fahem, Sumayyah rasa elok kalau kita sembahyang dulu. Ni dah 5.30 petang. Takut tak sempat.” Nur Sumayyah memberi idea.fahem tersenyum senang sambil mengangguk setuju. Jika dahulu dia acuh tak acuh sahaja tentang solat, kina dia ingin benar taat pada Yang Satu.

“SUMAYYAH rasa telekung tadi mahal sangatlah.”ujar Nur Sumayyah ketika mereka sednag membeli-belah di dalam pasaraya MYDIN.
Fahem hany tersenyum. “Apa salahnya kalau kita berpakaian mahal ketika ingin berjumpa dengan Pencipta kita? Salah ke? Ada ke undang-undang yang menyatakan salah kalau kita guna telekung mahal untuk bersolat?” Fahem menyoal wanita di sebelahnya dengan soalan berbisa.
“Memanglah takde. Tapi… Sumayyah tak nak orang kata yang Sumayyah ni nak mengikis duit Fahem. Beli telekung pun berates-beratus.” Dia tetap bertahan dengan pendiriannya.
“Kalau Sumayyah tak ceritakan, orang takkan tahu.” Balas Fahem. Nur Sumayyah mendengaus geram.
“Tapi, orang tak perlu tunggu kita beritahu harganya. Bila mereka ni jenis yang pandai menilai kualitinya, sudah tentu mereka dapat mengagak!” Nur Sumayyah membalas serangan Fahem.
Fahem mengangkat tangahn, tanda menyerah. “Alah, tak payahlah nak bising-bising. Lagipun, benda dah beli. Terima ajelah.”
“Bukan itu maksud Sumayyah. Maksud Sumayyah… Sumayyah jugak yang kena bayar balik pada Fahem.”
Fahem mengerutkan dahi. “Tak payahlah. Benda kecil aje. Kita akan kahwin jugak nanti. Takkan itupun nak berkira?”
“Yalah!” malas mahu memanjang-manjangkan cerita, Nur Sumayyah akhirnya mengalah.
Mereka menuju ke bahagian pakaian wanita. Nur Sumayyah membelek-belek  t-shirt muslimah yang tergantung.
“Sayang, yang ni cantik.” Ujar Fahem sambil mengambil sehelai t-shirt muslimah berwarna pink-hitam. Nur Sumayyah membelek-belek t-shirt muslimah yang diserah oleh Fahem.
“Betul cakap Fahem, cantik.” Komen Nur Sumayyah. Fahem tersenyum.
“Sesuai dengan kulit sayang yang putih tu.” Tambah Fahem. Nur Sumayyah membulatkan mata. Sudah berapa kali diberithau, jangan panggil begitu. Dia cukup benci bila mendenganrya. Kalau sudah kahwin, lainlah. Dirinya terasa geli-geleman setiap kali Fahem memanggilnya begitu. Namun lelaki itu tetap tidak faham bahasa, bagai Nur Sumayyah memberi amaran menggunakan bahasa Parsi pula.
“Macam tak percaya saja yan kita akan bertunang dan… kahwin.” Fahem memecah kesunyian ketika mereka menuju ke bahagian pakaian lelaki.
Nur Sumayyah hanya tersenyum. “ Itulah yang dinamakan jodoh.” Komen Nur Sumayyah pula. Fahem tersenyum lagi sambil membelek-belek beberapa helai baju t-shirt dan kemeja.
“Fahem, mak dengan abah ajak makan malam di rumah.” Nur Sumayyah menyampaikan hajat emak dan abahnya. Fahem mengangguk faham.
“Ok.” Setelah membayar di kaunter, mereka terus keluar dan mendapatkan kereta.

FAHEM menolak masuk CD koleksi lagunya. Lagu Asma’u Allah nyanyian Sami Yusuf bergema di dalam keretanya. Suasana hanya sunyi sepi.
“Sumayyah, betul ke… Fahem ni pilihan yang tepat?” soal Fahem sambil meneruskan pemanduannya. Nur Sumayyah mengerutkan dahi.
“Kenapa Fahem tanya macam tu?” soalnya. Fahem melepaskan nafas berat.
“Fahem tak nak Sumayyah menyesal. Lagipun, Sumayyah dah tahu cara hidup Fahem sekarang kan? Terlalu sosial, perempuan sana-sini,tiap-tiap malam asyik kelab malam saja. Fahem takut… manalah tahu tiba-tiba Sumayyah minta cerai.” Nur Sumayyah hanya tersenyum.
“Selagi Fahem berusaha untuk berubah, kenapa Sumayyah nak tolak Fahem? Sudahlah, kita tak usahlah bincang tentang benda ni lagi, ya?” Fahem mengangguk setuju.

“BANYAK beli barang?” soal Puan Rafeah setelah dia menyediakan the panas. Fahem hanya tersenyum.
“Adalah sikit, makcik.” Jawabnya dengan ringkas.
“Kejap lagi dah masuk Maghrib. Kita sembahyang jemaah dulu. Lepas tu, barulah kita makan malam.” Ujar Encik Ghani. Fahem hanya mengangguk setuju.
“Nanti Sumayyah tunjukkan pada Fahem, mana bilik tamu.” Arah Encik Ghani kepada anak tunggalnya. Nur Sumayyah hanya mengangguk patuh.
“Fahem nak naik sekarang ke?” soal nur Sumayyah. Fahem mengangguk.
“Saya minta diri dulu, pakcik.” Encik Ghani mengangguk.
Tiba saja di atas, Nur Sumayyah menunjukkan bilik tamu yang terletak di sebelah kiri biliknya.
“Kalau Fahem nak pakai kain pelikat, ada dalam almari tu. Kalau nak baju Melayu pun, ada juga.” Ujar Nur Sumayyah. Fahem mengangguk faham.
“Nanti, Fahem masukkan saja kain pelikat ke dalam bakul tu. Tahulah Sumayyah nak basuh nanti.” Tambah si tuan rumah. Fahem mengangguk lagi.
Setelah mandi, Fahem mengenakan kain pelikat dan baju melayu yang ada di dalam almari . setelah itu, dia keluar dan mendapatkan bilik sembahyang yang terletak di sebelah kiri bilik tamu.
Encik Ghani terus menyuruh Fahem iqamat. Fahem menerima tugas tersebut. Selesai saja Encik Ghani menghabiskan doa, Puan Rafeah dan Nur Sumayyah segera bersalaman dengan Encik Ghani. Mereka ingin segera ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam.
Selesai melipat sejadah, Fahem meminta izin untuk menukar baju. Sementara menunggu hidangan siap, mereka berbual-bual kosong di ruang tamu.
“Dah berapa lama kamu kerja dengan ayah kamu?” soal Encik Ghani. Fahem tersenyum.
“Lebih kurang lima tahun rasanya. Seminggu lepas saya pulang, terus daddy suruh masuk syarikat. Memanglah seronok terus jadi CEO. Tapi beban yang kita tanggung, hmmm… jangan cakap. Memang berat. Nak pulak, fresh graduate macam saya.” Fahem menceritakan pengalamannya. Encik Ghani tergelak sama.
“Pernah kena marah dengan daddy kamu depan staf lain?” tanya Encik Ghani. Fahem menggelengkan kepala.
“Bab marah, maki-maki orang… memang saya respect habis dengan daddy saya. Dia punya perangai, kalau dia nak marah seseorang, dia akan panggil orang tu masuk. Dan dalam pejabat dia, dia akan marah sepuas-puasnya. Dia tak suka nak marah seseorang di depan orang lain. Tapi macam saya, saya kena marah ramai-ramai. Baru sebulan masuk kerja, ada tender datang. Tapi, kami gagal. Daddy saya panggil semua yang terlibat dalam perebutan tender tu, masuk pejabat dia. Lepas saja pintu ditutup, teruk jugak kami kena maki. Saya pun teruk jugak kena. Dia tak peduli. Anak ke, cucu ke, adik ke… kena jugak.” Makin rancak Fahem bercerita.
“Abang, Fahem… marilah makan.” Ajak Puan Rafeah setelah hidangan disiapkan.
Tiba saja di meja makan…
“YA ALLAH, banyaknya lauk makcik masak!” puji Fahem seikhlas hati. Puasn Rafeah tersenyum.
“Alah, banyak mana, Fahem? Setakat asam pedas keladi, sayur campur, ikan pekasam goreng, keli goreng. Tak banyak manapun.” Balas Puan Rafeah. Nur Sumayyah menyenduk nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada semua. Encik Ghani duduk di kepala meja. Puan Rafeah dan Nur Sumayyah duduk bersebelahan. Fahem pula duduk bertentangan dengan mereka berdua.
“Makanlah Fahem. Tapi sebelum tu, pakcik, makcik, dengan Sumayyah minta maaf banyak-banyak sebab ini saja lauk yang dapat kami sediakan. Manalah tahu kalau-kalau selera Fahem tak sama dengan selera kami.” Encik Ghani merendah diri.
Fahem tersenyum. “Pakcik, makcik dengan Sumayyah nak tahu tak? Masa saya kecil-kecil dulu, inilah lauk yang paling kaya saya pernah makan. Masa tu, daddy saya belum kaya lagi. Setakat kerja di kedai barang binaan saja. Masak asam pedas keladi, lepas tu goreng ikan masin gelama. Itu dah kira lauk yang terlalu kaya untuk kami waktu tu.” Jawab Fahem dengan panjang lebar. Mereka bertiga yang mendengar cerita Fahem hanya tersengih.
Encik Ghani membaca doa. Setelah selesai, mereka mula menjamu selera.
“Sedapnya asam pedas ni. Siapa yang masak?” soal Fahem. Puan Rafeah tersenyum senang.
“Bakal tunang kamulah.” Jawab Encik Ghani. Fahem mencebik.
“Patutlah tawar aje. Langsung takde rasa.” Fahem bergurau namun dengan mimik muka yang sengaja diseriuskan. Nur Sumayyah mendengus, sakit hati. Cakap berbelit-belit. Tadi kata sedap. Ni, dah tawar pulak! Dia ni reti rasa ke tidak? Bentak hatinya.
“Dah, tak payah bertunang!” Nur Sumayyah merajuk. Fahem tersenyum.
“Alah, nak gurau pun tak boleh.” Mereka bertiga sudah tergelak perlahan.
“Sedap Sumayyah masak. Fahem memang suka masak asam pedas keladi guna daun kesum. Mummy pun suka masak macam tu. Mak Kiah pun sama.” Terang Fahem.
“Biasanya orang Johor memang masak asam pedas guna daun kesum. Tak kiralah asam pedas ikan ke, ayam ke, daging. Untuk masak asam pedas keladi atau ikan sungai, makcik memang guna daun kesum.” Jelas Puan Rafeah.
“Ikan sungai pun boleh guna daun ni juga?” soal Fahem. Nasi di pinggannya hampir habis. Bila saja Encik Ghani meminta Nur Sumayyah menambah nasi ke dalam pinggannya, dengan senang hati dia mengghulurkan pinggannya.
“Fahem kena faham. Untuk ikan sungai, ia lebih sesuai menggunakan daun kesum. Sebab nak hilangkan hanyir ikan. Ikan sungai kan, dengan hanyir lain… dengan lumpur lain.” Terang Nur Sumayyah. Fahem mengangguk faham.
“Kalau guna serai dengan daun limau, tak hilang sangat. Tak jalan semua tu.” Tambah Encik Ghani.
“Kamu makan ikan sungai ke?” soal Puan Rafeah. Fahem mengangguk.
“Makan, makcik. Saya ni, asal dari kampung  jugak. Kadang-kadang bila balik saja dari kampong, bertimbun ikan sungai, ulam-ulam dengan ayam kampung yang nenek saya bagi.” Cerita Fahem.
“Kampung Fahem kat mana?” soal Encik Ghani.
“Kampung Tanah Merah, Krubong.” Jawabnya ringkas.
“Hmm, tak jauhlah. Dekat sini jugak.” Puan Rafeah menunjukkan reaksi.
“Dia punya cerita, macam kampong nenek dia kat utara sana!” Nur Sumayyah menyindir. Fahem tersengih.
“Tambah lagi.” Ujar Encik Ghani apabila melihat Fahem sudah membasuh tangannya.
“Cukuplah pakcik. Dah tiga pinggan saya makan.” Fahem betul-betul kekenyangan. Setelah Encik Ghani dan Gahem membantu Nur Sumayyah dan Puan Rafeah mengemas, mereka duduk di sofa.
“Lepas ni nak ke mana?” soal Encik Ghani. Fahem tersenyum manis. Nur Sumayyah dan Puan Rafeah menyertai mereka sambil Nur Sumayyah menatang sedulang air manakala Puan Rafeah meletakkan dulang berisi tiga botol kaca berisi kerepek kentang perisa lada hitam dan beberapa kerepek lain.
“Dah kenyang, balik rumahlah.” Jawab Fahem.
“Manalah tahu kot-kot nak cari yang lain di luar sana.” Nur Sumayyah menyindir lagi setelah menuangkan air kopi ke dalam cawan. Fahem mengerutkan dahi, cuba memberi isyarat agar bakal tunangnya tidak merapu yang bukan-bukan tentang dirinya.
“Jemputlah minum, Fahem.” Puan Rafeah mempelawa bakal menantunya itu, sekaligus menjernihkan suasana tegang yang ditimbulkan oleh anak tunggalnya.
Fahem meneguk perlahan-lahan kopi yang masih panas itu. Dia tidak suka minum atau makan dalam keadaan makanan dan minuman itu terlalu panas. Jika panas-panas suam, tidak mengapa.
Baru saja dia ingin mengambil sekeping kerepek kentang, kedengaran ringtone ‘Waiting For The End’ nyanyian Linkin Park. Dengan segera, dia menekan butang berjalur hijau.
“Waalaikumsalam.” Fahem membalas salam si pemanggil.
Fahem diam seketika. Mendengar si pemanggil berkata sesuatu kepadanya.
“Dia ada ugut Encik Suhaimi ke?” soalnya. Sesekali, kepalanya terangguk-angguk.
“Dia buat apa?” soal Fahem. Di luar kawalannya, dia mengeluarkan pistol Glock 9x19 untuk memeriksa sama ada masih berpeluru atau belum. Encik Ghani, Nur Sumayyah dan Puan Rafeah nampak terkejut.
“Okey, saya akan arahkan orang saya untuk cover kedai Encik Suhaimi. Dalam 20 minit lagi, saya sampai.” Fahem segera berdiri dan bersalaman dengan Encik Ghani dan Puan Rafeah.
Setelah Fahem memecutkan keretanya, Encik Ghani dan Puan Rafeah memandang anak tunggal mereka.
“Fahem tu, ada kumpulan gangster ke?” soal Encik Ghani. Nur Sumayyah hanya mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu ingin memberikan jawapan yang tepat untuk emak dan abahnya.

“BERJENAMA betul barang-barang dia.” Komen Zahra sambil membelek-belek barangan hantaran pihak lelaki.
Kemeja Polo Ralph Lauren, kasut Dr. Cardin, jam tangan jenama Swatch, set minyak wangi Swiss Polo dan set talipinggang dan dompet jenama Polo and Rockbun Club.
Fatimah mendengus. “Dah kalau CEO jawatannya, mestilah pakai barang berjenama. Takde rupanya nak beli baju cop MYDIN!” Nur Sumayyah dan Safiyyah hanya tergelak mendengar hujah dua orang kawan mereka.
“Kau orang ni, ada-ada ajelah. Dah, minum air tu, jangan banyak cakap!” arah Nur Sumayyah. Mereka bertiga meneguk air sarsi itu dengan penuh kesyukuran.
“Esok, rombongan lelaki datang pukul berapa, makcik?” soal Safiyyah.
Puan Rafeah dilihat sedang berfikir seketika. “Dalam pukul 12 lebih.” Jawabnya ringkas.
“Oh.” Balas Zahra. Mereka mula membuat kerja-kerja menghias hantaran. Kebanyakan  golongan ibu lebih diperlukan di dapur untuk memasak itu dan ini. Pihak lelaki pula sibuk menyusun meja dan kerusi di khemah.
Maka, riuh-rendahlah rumah Encik Ghani dan Puan Rafeah yang dipenuhi jiran tetangga dan sanak-saudara.

SEPERTI yang dirancangkan, hari ini, 1 Januari 2011 berlangsung majlis pertunangan di antara Fahem dan Nur Sumayyah di rumah Encik Ghani. Rombongan pihak lelaki tiba jam 12.30 tengah hari.
“Assalamualaikum.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Jawab orang ramai yang berada di beranda. Encik Ghani dan Puan Rafeah menjemput rombongan pihak lelaki masuk.
“Apa kahabar, Tan Sri?” soal Encik Ghani. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tersenyum gembira.
“Baik. Sihat walafiat, Alhamdulillah. Encik Ghani sekeluarga, sihat?” soalnya pula. Encik Ghani mengangguk sambil tersenyum.
“Kalau kami tak sihat, tak terdaya kami nak buat majlis ni.” Balas Encik Ghani. Puan Sri Sharifah dan Puan Rafeah yang mendengar, hanya tergelak.
“Betul juga tu.” Celah Puan Sri Sharifah pula.
“Eh, marilah masuk.” Jemput tuan rumah. Rombongan pihak lelaki masuk ke dalam.

“SEPERTI yang kita rancang, kami telah menyediakan tujuh dulang hantaran.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin bermukadimah. Encik Ghani dan Puan Rafeah memandang pada susunan-susunan dulang hantaran di ruang tamu.
“Kami juga sudah menyediakan hantaran sebagaimana yang kita janjikan, sembilan dulang.” Encik Ghani membalas.
“Jadi, boleh kita mulakan majlis?” soal Imam Aziz, imam surau di taman Encik Ghani. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Encik Ghani mengangguk setuju.
“Encik Ghani minta berapa pada pihak lelaki?” soal Imam Aziz yang bertindak sebagai pengerusi majlis.
“Lapan ribu.” Ringkas jawapan Encik Ghani. Imam Aziz memandang Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin.
“Boleh saya minta duit hantaran?” soalnya. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk setuju. Dia meminta isterinya mengambil album gambar yang terletak di salah satu dulang hantaran. Puan Sri Sharifah menghulurkan album tersebut kepada suaminya, dan terus ke tangan Imam Aziz.
“Boleh saya kira?” Imam Aziz meminta izin dari kedua-dua pihak. Encik Ghani dan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk setuju. Dengan dibantu oleh Bilal Akhbar, Imam Aziz mula mengira wang kertas not seratus itu satu persatu. Setelah ckup, dia memberitahu kepada Encik Ghani dan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin.
“Jadi, kamu berdua nak bincag tarikh nikah sekarang ke?” soal Imam Aziz. Ketua keluarga kedua-dua belah pihak termenung seketika.
“Itu kami akan bincang kemudian.” Jawab Encik Ghani. Imam Aziz dan Bilal Akhbar mengangguk setuju.
“Kalau begitu, pihak lelaki bolehlah sarungkan cincin.’ Ujar Imam Aziz. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menyampaikan arahan Imam Aziz kepada isterinya. Puan Sri Sharifah mengangguk dan terus bangun diikuti oleh emak dan emak mertuanya.
Puan Rafeah mengiringi rombongan pihak lelaki untuk naik ke atas. Safiyyah yang berdiri di muka pintu, mempersilakan rombongan pihak lelaki masuk dengan wajah yang manis. Nampak saja bakal ibu bertuanya, Nur Sumayyah segera bangun untuk bersalaman dengan rombongan pihak lelaki. Dia duduk semula setelah dipinta oleh Puan Sri Sharifah.
Hajjah Zakiah menyerahkan cincin emas putih kepada menantunya untuk disarungkan ke jari manis milik Nur Sumayyah. Sebaik saja cincin itu tersemat elok di jari Nur Sumayyah, Fateeha yang berdiri di tepi dinding segera menekan punat kamera. Kemudian, ada lagi beberapa orang saudara mara Nur Sumayyah tutur merakamkan detik manis itu. Dengan penuh perasaan kasih, Puan Sri Sharifah mengucup dahi Nur Sumayyah.
Selesai Semuanya, mereka turun semula ke bawah. Imam Aziz membacakan doa. Selesai saja bacaan doa, Encik Ghani menjemput para tetamu yang hadir untuk menjamu selera di khemah. Ketika itulah, Fahem dan Nizam keluar dari kereta. Itupun setelah Fateeha menelefonnya.
Sebaik saja mereka menapak ke dalam rumah taman itu, ada beberapa ornag mengucapkan tahniah kepadanya. Ada juga yang tersenyum, dan ada juga yang menghulurkan salam. Fahem dijemput naik ke tingkat atas. Sekali lagi, beberapa orang jurufoto amatur memohon jasa baiknya untuk berdiri di sebelah Nur Sumayyah untuk mengambil gambar bersama.
Betapa gembiranya pasangan muda itu pada hari ini, hanya DIA saja yang tahu. Sesungguhnya di dalam hati, Fahem memanjatkan kesyukuran yang amat tinggi kerana dikurniakan seorang wanita solehah sebagai teman hidupnya.