REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday 30 October 2010

CSU 14

CINTA SEORANG USTAZ 14

VILLA JANNAH

“MAKANLAH Laila. Jangan takut.” Pelawa Datuk Alexander. Laila mengangguk perlahan. Disuapnya nasi ke dalam mulut perlahan-lahan. Ditolehkan kepalanya ke kiri. Terkejut dia dengan Iskandar. Rasa tadi dia ada tambah nasi. Tambah lagi? Kuat makan betul anak mat salih ni!
Datuk Alexander yang faham dengan pandangan Laila mula tersenyum.
           “Abang Is kamu memang begitu. Kalau makan, kadang-kadang bertambah sampai 10 kali tapi badan begitu juga.” Laila mengangguk faham. Dijeling pula pinggan Iskandar. Nasinya tidak banyak tetapi sayur dan ulam saja sudah penuh sepinggan.
          “Abang Is memang macam tu, Laila. Kalau dia tengah makan, jangan kacau. Kalau tak, nanti dia naik angin macam Hulk Hogen.” Natasha menambah-nambah cerita. Iskandar sudah merenungnya bagai mahu menerkam adiknya itu.
          “Kau jangan banyak cakap boleh tak? Dari kau menyemak-nyemak duduk kat rumah ni, baik kau balik ke rumah nenek kat Midsomer tu. Luas sikit pemandangan mata aku ni.” Iskandar terus bertikam lidah dengan Natasha. Adiknya mula memuncung. Laila hanya menjadi saksi kepada pertengkaran dua beradik itu.
          “Bila orang cakap, memuncung. Bila orang cakap, memuncung. Ikat muncung tu karang, kasi buat cium ular hitam, baru tahu!” makin menjadi-jadi Iskandar menyakat Natasha. Natasha yang duduk bertentangan dengannya sudah menendang kakinya di bawah meja. Datuk Alexander dan Datin Aminah menggelengkan kepala melihat perlakuan kedua-dua anaknya.
          “Kamu orang berdua ni, sudah-sudahlah tu. Kan kita ada tetamu ni. Cubalah buat perangai senonoh sikit!” Datin Aminah memberi amaran. Laila hanya ternyum melihat ‘Abang Is’nya dimarah secara live di depannya.
          “Macam nilah keadaannya kalau mereka berdua bertemu, Laila. Tak boleh diam. Asyik nak bercakar macam anjing dengan kucing.” Datin Aminah bercerita.
          “Tapi Is dengan Tasha bukan anjing dengan kucing.” Pantas Iskandar menyampuk.
          “Hisy... budak ni! Menyampuk pula!” Datin Aminah memarahi Iskandar. Laila hanya tersenyum.
          “Tapi seronok jugak auntie, ada jugak kawan nak dibuat bising. Saya nie, lagilah dahsyat. Tak ada sesiapa nak bergurau macam ni. Saya anak tunggal. Kalau ada pun, cuma kawan baik saya, Najwa.” Jawab Laila. Tak sedap pula rasanya asyik senyap saja. Rasa canggung pula. Selesai makan malam, Laila dan Natasha membantu Mak Jah mengemas meja walaupun wanita tua itu menegah mereka beberapa kali. Datin Aminah pula sibuk membuat sejag jus oren untuk dihidang di ruang tamu. Habis mengemas, Natasha mengajak Laila menyertai keluarga mereka.
          Ketika mereka sedang bercerita, Laila dapat merasakan ada sesuatu berjalan di atas kakinya dan menjilat-jilat kakinya. Bila ditoleh ke bawah…
          “Arghhhhhhh…” Laila bangun dan bersandar di dinding.
          “Kenapa Laila?” soal Datin Aminah pula. Laila terus menunjukkan tangannya ke bawah. Mereka semua suda tergelak. Dengan selamba Iskandar mengambil Juan dan meletakkan di atas bahu kanannya.
          “Namanya Juan, binatang peliharaan abang. Awak jangan risau. Dia tahu awak buah hati abang, sebab tulah dia tak berani nak gigit awak. Kalau orang lain, dah lama kena gigit.” Jelas Iskandar. Sengaja membahasakan dirinya ‘abang’. Laila mengurut dada. Takut pun ada. Geram pun ada. Rasa maca nak disimen saja mulut Iskandar sehingga tak boleh dibuka!
        Ada ke iguana buat pelihara? Tak pernah orang buat! Dahlah besar! Adik beradik komodo ke apa? Juan turun ke bawah melalui belakang badan Iskandar dan dia duduk di tayar kereta Iskandar. Iskandar yang menghantar Juan dengan matanya memusingkan semula kepalanya namun cepat –cepat dia memandang semula Juan. Entah kenapa, dia rasa ada yang tak kena.
          “Juan!” jeritnya apbila melihat seekor ular hitam mahu melepaskan bisanya kea rah Juan yang sudah garang. Pantas diambil Juan dan meletakkannya di atas bahu. Semua yang ada di atas meja tersebut mula memandang Iskandar.
         “Kenapa Is?” soal Datin Aminah. Natasha terus menjerit apabila melihat seekor ular hitam yang sudah menegak. Segera dipeluk Datuk Alexander.
         “Aku dah kata… jangan ganggu keluarga aku lagi! Aku tak pernah kacau kau! Aku tahu, kau hanyalah jin. Bukannya ular sebenar-benar ular.” Dengan berani, Iskandar merenung balik mata ular hitam itu. Laila sudah menyorok di belakang Datin Aminah. Dia juga kelihatan takut.
         “Wahai jin, kau pergilah. Aku tak mahu membunuh kau. Aku tahu kau hanya dijelmakan oleh tuan kau untuk membuat kacau dalam keluarga aku. Tolonglah keluar dari kawasan rumah aku. Tolonglah jangan ganggu aku, keluarga aku, kawasan rumah aku, dan haiwan-haiwan peliharaan aku. Aku tak pernah ganggu kau. Jadi… tolonglah jangan ganggu aku.” Iskandar berdiplomasi.
        “Aku tak mahu keluar dari rumah ini selagi kerja aku belum selesai.” Iskandar menjadi terkejut. Takkanlah ular ni boleh bercakap. Tak mungkin!
       Seperti dapat membaca fikiran Iskandar, ular tersebut menyambung kata-katanya. “Ya, memang aku yang bercakap. ALLAH telah menganugerahkan kelebihan kepada kau untuk mendengar apa yang aku katakan!” ular tersebut sudah mengembang-ngembangkan kepalanya. Tiba-tiba Datuk Alexander memberikan kepada Iskandar sebatang kayu yang amat panjang. Memang kayu itu sengaja diletakkan di tepi pintu utama. Takut jika ada sesuatu yang tak diingini berlaku.
      Iskandar pantas mengambil kayu tersebut dan mengusik-usik sedikit ular tersebut supaya pergi. Tiba-tiba Iskandar ternampak sesuatu pada ular tersebut. Terdapat dua garis putih di belakangnya. Lantas dia teringat cerita yang pernah disampaikan oleh Haji Abdullah Fahim.
       “Rasulullah S.A.W memerintahkan supaya membunuh sahaja ular yang bergaris dua putih di belakangnya kerana ular tersebut akan membutakan mata dan dapat menggugurkan kandungan wanita yang hamil.” Dengan menyebut nama ALLAH diiringi basmalah, Iskandar memukul ular tersebut sehingga mati.

“MAAF jika keadaan tadi menakutkan awak.” Ucap Iskandar ketika Honda Streamnya meluncur laju di atas jalanraya.
        “Saya tak tahu kenapa Uncle William saya sanggup buat macam ni pada keluarga saya. Saya tahu... Uncle William guna bomoh untuk menghancurkan kami sekeluarga.” Cerita Iskandar Laila hanya mendengar.
        “Uncle William tu siapa ustaz?” soal Laila. Perasaan ingin tahunya membara.
        “Apa awak panggil saya?” soal Iskandar. Laila mengerutkan dahi.
        “Ustazlah. Habis nak panggil apa? Sami Buddha?” Laila balas dengan jawapan yang agak kasar. Senyap-senyap, Iskandar merayapkan tangannya untuk mencari tangan Laila. Laila terkejut. Pantas ditoleh ke kanan.
        “Apa ni ustaz?” soal Laila sambil cuba menarik tangannya yang digenggam kuat.
        “Saya akan terus pegang tangan awak selagi awak tak panggil abang atau Abang Is bila kita berdua atau di depan family saya!” Iskandar meletakkan syarat. 
        YA ALLAH, gatalnya ustaz aku ni! “Ustaz ingat saya nak panggil ustaz macam tu? Ingat, ustaz dah janji pada saya dengan Najwa yang ustaz takkan...”
        “Kalau awak nak saya tepati janji tu, panggil saya abang atau Abang Is. Lepas tu, baru saya lepaskan tangan awak.” Syarat lagi! Muak Laila. Oleh kerana terpaksa, akhirnya dia akur.
       “Baiklah, saya akan panggil begitu jika kita berdua dan berada dalam keluarga awak.” Jawab Laila.
       “Uncle William tu sebenarnya adik daddy abang.” Jawab Iskandar. Seperti yang termaktub dalam perjanjian mereka, Iskandar segera melepaskan tangan.
       “Maksud A.... Ab..... Abang Is..... err... adik Datuk Alexander?” payah betul Laila mahu menyebut ‘Abang Is’. Saja nak menyusahkan aku, nak mengenakan aku! Bentaknya dalam hati. Iskandar sudah tergelak.
      “Kesiannya buah hati abang ni. Nak sebut ‘Abang Is’ pun payah? Tergagap-gagap pulak tu!”
Iskandar terus meledakkan tawanya. Laila sudah memuncung.
      “Rumah sayang kat mana?” soal Iskandar. Laila hanya meminta agar Iskandar menurunkannya di tepi jalan saja. Lagipun antara jalan besar dan rumahnya tidaklah sejauh manapun.


SMK TAMAN INDAH

“BENGANG aku dengan ustaz tu! Dia dengan daddy dia sama saja!” bentak Laila ketika dia dan Najwa duduk di sebuah kerusi berdekatan Taman Islamik. Najwa yang sedang mengunyah karipap sardin menolehnya. Habis ditelan semuanya, barulah dia bersuara.
        “Kenapa? Apa yang ustaz dengan daddy dia buat pada kau?” soal Najwa. Laila meneguk menyedut sedikit air kotak teh hijau yang dibeli di koperasi tadi.
        “Dahlah masa kat hospital... bila mummy dengan daddy dia tanya aku ni makwe dia ke... dia tersengih aje! Lepas tu, daddy dia selamba aje suruh aku panggil ustaz, Abang Is? Kau bayangkan betapa malunya aku! Huh!” Najwa sudah tergelak. Dia meneguk sedikit air jus oren yang dibeli.
        “Memang betul pun kan?” Najwa mengusik. Laila menjeling.
        “Itupun sebab a...”
        “Assalamualaikum.” Terdengar satu suara menyapa mereka. kedua-duanya menoleh ke kanan.
YA ALLAH, tak aman rasanya dunia aku! Laila menjerit dalam hati. Najwa di sebelahnya sudah terkekeh-kekeh.
        Iskandar meliarkan matanya di sekeliling kawasan itu. Nobody. Dia memandang semula dua sahabat baik itu.
        “Sayang sihat hari ni? Abang sihat walafiat... Alhamdulillah.” Ujar Iskandar sambil tersengih. Laila sudah mengecilkan biji matanya sambil merenung Iskandar. Kalaulah aku ni anaconda, dah lama aku belit je jantan ni buat makanan! Menyakitkan hati saja!
        “Sihat Alhamdulillah.” Laila menjawab acuh tidak acuh saja. Najwa sudah tersengih.
        “Tak baik kau layan bakal suami kau macam tu, Laila. Nanti dia tinggalkan kau, baru kau tahu!” Najwa sudah mengusiknya. Laila merengus kasar.
        “Lagi bagus kalau macam tu! Aku pun tak ingin nak kahwin dengan anak mat salih ni! Dia ingat diri dia hensem sangat agaknya?! Perasan aje!” Laila terus-terusan mengutuk Iskandar. Tetapi... ustaz ni takde perasaan ke? Menyengih saja! Aku kutuk pun menyengih jugak! Menyengih memanjang!
        “Sayang... abang...” kata-kata Iskandar terhenti apabila Laila merenungnya.
        “Ustaz Iskandar Zulkarnain Datuk Alexander Al-Hafiz, saya rasa kita dah bincang tentang benda ni kan? Perkataan tu hanya akan digunakan bila kita berdua ataupun depan family ustaz! Jangan nak mengada-ngada guna kat sekolah! Kalau bebudak dengar, habis kita!” Laila memberi amaran. Namun Iskandar sedikit pun tidak gentar.
        “Tak takut pun!” sengaja dibakar hati Laila.
        “Eei... malas nak layan orang gila ni! Jangankan nak layan, nak pandang muka dia pun dah nak termuntah aku! Jomlah Najwa!” Laila menarik tangan Najwa supaya beredar dari situ.
        “Nak termuntah konon! Kejap lagi awak kena tengok jugak muka saya!” ujar Iskandar sambil tertawa. Laila baru teringat. Kejap lagikan kelas dia? Dia menepuk dahi. Alaaa.... kena menghadap muka dia lagi!!! Arghhh geramnya aku! Jerit Laila dalam hati.

Friday 22 October 2010

HOME OF WUC













TUAN FAHEM IZZUDDIN

CSU 13

CINTA SEORANG USTAZ 13

SMK TAMAN INDAH

PAGI Rabu yang indah. Dengan semangat baru, Iskandar memasuki kelasnya dengan penuh semangat. Kisah dukanya bersama Sandra cuba dilupakan. Dia ingin member tumpuan kepada kerjayanya sekarang. Dia akan cuba untuk menjadi seorang pendidik tercontoh, seorang pendidik yang bertindak mengikut hokum-hakam agama dan rasional, cuba menjauhi diri dari bertibdak mengikut nafsu serakah dan paling penting… dia akan cuba untuk menjadi putera terbaik di hati Laila. Mengekeh-ngekeh hatinya mentertawakan dirinya.
        “Baiklah, sebenarnya silibus Pendidikan Islam dah habis saya ajar. Mulai hari ini, saya akan sentiasa membuat kuiz dan ujian setiap kali masuk kelas supaya awak dapat ingat apa yang pernah saya ajar. Lagipun, tak berapa bulan lagi, awak nak SPM kan? Saya harap agar awak semua rajin-rajinlah baca buku dan buat study group dengan rakan-rakan, ok?” Iskandar memandang semua anak muridnya yang setia memandang muka hensemnya. Perasan saja!
       Sejenak biji matanya memandang Laila.  Cantik pulak dia hari ini! Hatinya mengakui.
       Iskandar berdehem beberapa kali sebelum meneruskan kata-katanya.
       “Saya bagi awak masa 15 minit untuk awak kuasai Bab 1. Lepas ni kita adakan kuiz. Saya akan bahagi kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama… baris pertama dan kedua. Kumpulan kedua… baris tiga dan empat. Yang ketiga… lima dan enam. Keempat… baris ketujuh dan kelapan.” Mudah. Sementara menunggu 15 minit yang diberi tamat, Iskandar bermain mesej dengan Hamka, kawan baiknya. Hamka menjemputnya untuk ke rumahnya kerana ingin meraikan hari jadi adiknya, Hamiza yang berusia 5 tahun. Padanya, Hamka dan keluarganya memang baik dan penyayang. Walaupun  Hamiza adalah OKU, namun mereka menjaganya dengan sepenuh hati. Iskandar tahu Hamka sebenarnya berdarah raja dari emak dan ayahn ya. Kedua-dua emak dan ayahnya adalah dua pupu. Tetapi rakannya lebih suka meletak nama Hamka saja di dalam kad bisnesnya. Katanya, dia lebih suka low profile. Manalah tahu bila diletak ‘Tengku’ di hadapan, orang jahat akan memburunya? Orang zaman sekarang bukan boleh dipercaya.

HOSPITAL PANTAI
AYER KEROH, MELAKA

OLEH kerana terlalu risau, Datuk Alexander menghantar Simon ke hospital.
     “Kau tolong pastikan ayah aku ni betul-betul sihat, tau!” Datuk Alexander melahirkan kebimbangan kepada kawan baiknya, Dr. Fattah. Lelaki itu hanya tersenyum.
     “Alex, aku hanya mampu berusaha. Sama-samalah kita berdoa supaya ALLAH SWT panjangkan umur daddy kau dan berikan hidayah kepada dia.  Aku dan team aku akan cuba sedaya-upaya kami, ok?” jawab Dr. Fattah sambil menepuk beberapa kali bahu Datuk Alexander.  Dia melihat jam tangannya. Sudah 2 petang.cepat-cepat dia menelefon Iskandar.
     “Assalamualaikum.” Datuk Alexander memberi salam. Iskandar yang sedang membuat perbincangan bersama Laila dan Najwa segera menjawab salam.
    “Daddy... ada apa?” soalnya.
    “Is... atuk kamu masuk hospital. Daddy yang hantar.daddy risau tengok datuk kamu batuk dari hari tu tak elok-elok.” Terang Datuk Alexander.
   “Hospital mana daddy?” soal Iskandar. Hatinya tidak keruan. Dialah cucu kesayangan Simon.
   “Hospital Pantai.” Jawab daddynya.
   “Ok. Is ke sana sekarang.” Jawab Iskandar. Taman perbualan, dia memandnag Laila dan Najwa.
   “Err... Laila dengan Najwa, awak boleh teman saya?”
     “Teman ke mana ustaz?” soal Laila. Dia memandang Najwa. Kawannya sudah tersenyum sumbing.
     “Ke Hospital Pantai. Atuk saya masuk hospital.” Iskandar segera mengemaskan barang-barangnya.
Laila memandang Najwa. Dia mengharapakn agar teemannya bersama-sama ke sana.
     “Err... ustaz pergilah dengan Laila. Saya dah janji dengan ayah saya. Balaik sekolah, kami nak ambil abang kami di Melaka Sentral.” Jawab Najwa. Muka Laila sudah bertukar.
     “Ohh, kalau macam tu, saya tumpangkan awak sampai kat bus stop depan tu.” Iskandar mengajak. Najwa mengangguk. Laila lega. Walaupun sekejap, sekurang-kurangnya dia tak terasa janggal.

“APA yang awak jeling-jeling dari tadi? Apasal? Muka saya dah tukar jadi hantu?” Iskandar bergurau. Dia tahu Laila tidak selesa berdua begini. Hisy ustaz ni...boleh main-main pulak! Ingat orang nak gelak agaknya? Mukanya terus masam.
     “Sayang, janganlah buat muka macam tu. Takut abang tengok.” Iskandar semakin seronok mempermainkan Laila.
     “Ustaz ni kenapa?” soal Laila dengan muka geram. Nasib baiklah dia cikgu kelas aku. Kalau tak, makan penumbuk jugak kejap lagi. Kenyang sampai malam.
     “Bila kita nak kahwin ni, sayang? Abang dah tak tahan ni!” Iskandar sengaja buat-buat menggoda Laila. Laila menepuk dahi. Kenapalah dengan ustaz aku ni??? Astaghfirullah-al-azim!
     “Ustaz... beristighfarlah bebanyak! Ustaz dah hilang akal ke, apa? Saya ni... SPM pun tak amek lagi!” Laila memuncung. Iskandar meledakkan tawa dengan kuat.
     “Isy... dah gila agaknya ustaz ni!” Laila terus membebel.

ISKANDAR terus saja ke tingkat yang diberitahu oleh daddynya ketika dia menelefon tadi. Ketika duduk di kawasan menunggu, Datin Aminah bersama-sama Natasha dan pemandu daddynya muncul. Pantas dia mencium tangan Datin Aminah. Laila juga begitu. Natasha menghulurkan tangan sambil tersenyum memandang Laila. Dijeling-jeling abangnya yang sedang merenung pintu lif berhampiran.. Iskandar tidak perasan.
       “Siapa ni, Is?” soal Datin Aminah. Berkenan dia melihat Laila. Wajahnya tidaklah putih sangat. Biasa saja. Tetapi kelihatan bersih. Iskandar hanya tersenyum mendengar pertanyaan Datin Aminah.
       Tak lama kemudian, Datuk Alexander berjalan ke arah mereka. Dia merenung Laila seketika.
       “Siapa ni Is? Makwe kamu ke?” pertanyaan Datuk Alexander menyebabkan Laila dan Iskandar terdiam tetapi tidak lama. Iskandar terus tersenyum sambil mengangguk. Laila menjeling.
       “Makwe merangkap pelajar. Is ni, guru kelas dia lah.” Jawab Iskandar. Sengihnya tetap ada.
       Ustaz ni... boleh sengih-sengih pulak! Namun untuk tidak menjatuhkan air muka Iskandar, dia hanya tersenyum. Manis. Datuk Alexander memuji dalam hati.
        “Nanti bawa dia makan petang kat rumah. Lepas tu baru hantar balik.” Datuk Alexander memberi cadangan.
        “Err... tak payahlah Datuk. Nanti susahkan ustaz saja.” Balas Laila. Dia sebenarnya tidak selesa berada di kalangan mereka. Keluarga Iskandar tidak sombong  tetapi... memang dia benar-benar tidak selesa sekarang.
       “Tak apa. Abang Is awak tak kisah. Dan lagi satu, jangan panggil saya Datuk. Panggil saja uncle. Dan isteri saya, panggil saja auntie.” Jawab Datuk Alexander. Lagi sekali Laila terdiam. Namun, dia mengangguk.
       “Err... ustaz...”  
       “Apa pulak nak berustaz-ustaz? Bila kat luar, panggillah Abang Is. Barulah sedap telinga dia dengar.” Pantas Datuk Alexander memintas. Laila terasa seperti ada simen dalam mulutnya dan bibirnya digam dengan gam gajah. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Dijeling Iskandar sekilas. Hisy... ustaz ni memang tak boleh diharap. Sma saja dengan bapa dia... suka kenakan orang! Geram hatinya melihat Iskandar tersenyum-senyum bagai orang tak berapa betul di tepi jalan.

“GRANDDAD, are you feeling better now?” soal Iskandar ketika mereka semua masuk ke dalam wad. Datuknya mengangguk. Tersentuh hati Simon melihat Iskandar mengusap-usap kepalanya. Lebih mengharukan apabila Iskandar mencium ubun-ubunnya.
      “Is...” Simon kehilangan kata-kata. Suaranya yang perlahan menyebabkan Iskandar terpaksa mendekatkan telinganya ke bibir Simon. Untuk mendengar butir percakapan lelaki tua itu.
      “Islam is a beautiful religion which encourages their believer to inculcate the nature of love to all of human. I love that.” Simon melepaskan nafas berat seketika. Kemudian, dia terpandang Laila yang berdiri di hujung katil.
     “Who’s that girl?” mata Simon tidak lepas dari memandang wajah Laila. Tamn wanita Is agaknya kot?
     “Granddad akan tahu nanti.” Jawab Iskandar. Cukuplah daddy, mummy dan Natasha saja yang tahu. Kepada Simon, dia akan memberitahu kemudian.

WILLIAM berang. Dia terlalu berang kerana tidak dapat menembusi langsung tubuh badan keluarga abangnya, apatah lagi Iskandar. Apa ilmu yang mereka guna agaknya. Dia mintak tolong jin jaga ke? Sudahlah penghuninya tak dapat ditembus, rumahnya pun tak dapat dtembus jugak! Kuat betul ilmu mereka. apa, dia guna mantera ke?

Tuesday 19 October 2010

WUC 4

WAKE UP CALL 4

“MACAM mana dengan syarikat sepanjang ketiadaan saya? Ada Fahem Izzuddin buat apa-apa masalah?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Semuanya menggeleng.
        “Pemantauan yang dilakukan oleh Tuan Fahem amat berkesan. Sehari dalam seminggu, dia akan meluangkan masanya untuk memantau projek-projek syarikat dan meninjau masalah pekerja-pekerja bawahan.” Jawab Datuk Amidun, COO syarikat tersebut. Fahem hanya merenung lelaki tua itu dari jauh. Beberapa kali ke Blue Nite Club, dia selalu terserempak lelaki itu bersama-sama dua orang wanita seksi. Hari ini, dua orang yang lain. Esok, dua-duanya lain lagi. Dia tergelak dalam hati. Orang tua ni nak membodek ke apa? Dia takut rahsianya pecah agaknya?
        Sehari selepas daddynya berangkat ke Jerman, dia sudah membuat hal di pejabat. Mana dia tidak angin? Projek perumahan di Bukit Baru di bawah kendalian Datuk Amidun itu memang bagus, setiap fasa mendahului date line. Tetapi... bila dia meninjau ke tapak projek, banyak masalah yang timbul. Bekalan masih belum dihantar ke tapak bina... bancuhan simen tidak menepati nisbah... konkrit sudah retak... macam-macam. Tapi... tiada satu repot pun yang dihantar kepadanya. Dia teringat lagi bagaimana dia mengherdik orang tua separuh botak seperti Zaibo itu.

 “APA Datuk buat selama ni? Datuk goyang kaki ke? Tak buat kerja langsung? Bila saya tanya... Datuk kata projek under Datuk semua ok. Tapi bila saya pergi... macam-macam hal jadi! Konkrit retak! Keselamatam pekerja langsung tak diendahkan... bancuhan simen tak ikut nisbah! Bekalan yang sepatutnya diambil dari Jabatan Bekalan tidak diambil-ambil. Padahal guna bekalan sendiri, bukannya order dari syarikat lain!
      Datuk dah berapa lama kerja kat sini? Datuk tak reti-reti nak buat lawatan projek? Datuk jangan ingat... bila Tan Sri tak ada, Datuk boleh kenakan saya ya. Datuk tahu saya siapa, kan? Datuk  jangan ingat saya tak tahu rahsia Datuk! Jangan sampai saya bocorkan rahsia Datuk pada Datin! Kalau Datuk nak selamat... baik Datuk buat repot tentang projek tu. Petang ni.. saya nak tepat pukul 6... repot tu dah ada atas meja saya!” dia berpusing untuk ke biliknya semula tetapi dia berpatah semula.
     “Saya nak bagi amaran pada Datuk. Kalau Datuk beritahu situasi ni pada daddy saya, saya langsung tak punya perasaan apatah lagi simpati untuk bunuh Datuk dengan kejam dan tragis!” tanpa menunggu lelaki itu mengeluarkan sebutir kata, Fahem terus melangkah ke biliknya. Dia terhenti di depan pejabatnya dan memandang semua pekerjanya yang sedang kusyuk membuat kerja.
     “Awak semua pun ingat... jangan ceritakan hal ini pada orang lain terutamanya pada Tan Sri. Kalau saya dapat tahu, saya takkan teragak-agak untuk bunuh orang tu!” tergamam seketika para pekerjanya mendengar amaran itu. Dia tidak peduli dengan para pekerja yang menyaksikan situasi tadi. Dia tahu, satu company daddynya tahu yang dia adalah mafia dan bagaimana sikapnya. Sebagai CEO, dia mahu semua projek mesti ada repot. Jika tak, dia terpaksa menadah telinga mendengar bebelan daddynya.


APARTMEN CASA LAGO
JALAN SYED ABDUL AZIZ

FAHEM membelai rambut Mazidah yang lurus sambil menonton CSI NY. Dia sudah rindu untuk mendapatkan belaian wanita itu. Bodyguarnya seperti biasa, terus mengawal keselamatan dirinya dari setiap sudut.
       “Esok, you tak payahlah kerja.” Pinta Fahem. Matanya tetap pada siaran AXN namun tangannya bergerak-gerak di tubuh Mazidah.
       “Kenapa?” tanya Mazidah. Lama mengenali lelaki ini, dia tidaklah segarang manapun. Sifat romantiknya menampakkan yang dia juga bersifat penyayang.
       “Saja. You duduk saja kat apartmen ni dengan I. Esok I pun malas nak pergi kerja. Jadi, blehlah I mintak you layan I sampai puas.” Fahem sudah ketawa kuat. Mazidah hanya tersenyum malu.
       Tamat CSI NY, Fahem mengajak Mazidah masuk ke biliknya. “I dah tak sabar nak rasa dari you pulak.” Ucapnya sambil mendukung wanita itu. Mazidah hanya membantai lembut dada kirinya.
        Tiba dalam bilik  Fahem menutup pintu. Dia tidak akan menguncinya. Takut jika apa-apa berlaku. Dia sudah tidak sabar. Pantas dia membuka baju wanita itu dan melemparkannya.


DUA jam bertarung, Fahem keletihan. Mazidah di sebelahnya sudah tiada Seurat benang pun. TV yang terbuka hanya menjadi penghias mata. Mereka langsung tiada nafsu untuk menontonnya.
         “Sayang,” sayu saja Mazidah memanggil Fahem.
         “Ada apa?” soal Fahem. Handset Sony Ericsson Vivaz diletakkan di sebelah.
         “Ada apa sayang?” soalnya sambil sebelah tangan kirinya memeluk Mazidah. Sebelah tangan lagi sedang menekan-nekan remote mencari siaran menarik untuk ditonton.
         “Esok you temankan I pergi beli barang dapur, boleh? Esok, I nak masakkan something special untuk you.” Jawab Mazidah.
        “Esok? Mana boleh. Nanti kalau....”
        “Alah, you kan anak presiden? Siapa yang berani nak tegur you? Bila diorang tanya, kita jawablah kita saja nak ambil cuti. 3 tahun I jadi secretary you, I tak pernah pun ambil cuti kecuali Sabtu Ahad, cuti raya dan cuti-cuti umum yang lain. Kelentong saja diorang tu. You kan mafia? Diorang takkan berani nak marah you.” Jawab Mazidah.
       Betul jugak. Fikir Fahem. Dalam company daddy, mana ada orang berani marah aku? Sedangkan Datuk Amidun orang kepercayaan daddy tu pun, aku berani sembur!

TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS

TAN SRI TUAN AHMAD IZZUDDIN sedang bersantai-santai di taman mini kesayangan isterinya. Sambil menunggu Puan Sri Sharifah dan Mak Kiah membawa keluar hiadangan petang matanya merayap ke sekeliling taman mini itu. Dihiasi dengan air terjun buatan  yang disambung dengan kolam besar dan terdapat beberapa jenis ikan di dalamnya. Di sebelah kiri kolam, terdapat sebuah wakaf yang sudah tersedia dengan kerusi yang disambung dengan dinding. Di tengah-tengahnya pula terdapat sebuah meja panjang. Di sebelah kanannya pula terletak garaj kereta yang boleh memuatkan sepuluh biji kereta. Untuk ke garaj tersebut, sebuah jambatan kayu dibina di tengah-tengah kolam.

“MARI makan, Razak.” Paun Sri Sharifah mengajak Pak Razak minum petang bersama ketika lelaki itu sedang memotong sebauh pokok menjadi bentuk diamond. Razak mengangguk. Dia dan isterinya, Mak Kiah bersyukur kerana mendapat majikan sebaik Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah. Begitu juga dengan Zariff dan Syazwan Afiq yang manja dengan mereka. Walaupun Pak Razak tahu Fahem sebenarnya adalah mafia, namun lelaki itu tetap menjaga kebajikan mereka suami isteri. Jika dia tidak sihat, Fahem akan menyuruhnya berehat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja lain.
         Dengan Mak Kiah juga begitu. Jika Mak Kiah tidak sihat, Fahem membeli saja lauk di luar. Pernah sekali ketika itu Mak Kiah demam kuat. Tan Sri dan Puan Sri sedang menunaikan umrah. Yang tinggal hanyalah mereka tiga beradik. Mak Kiah berkeras mahu memasak tetapi Fahem menegah. Sebaliknya dia bertanyakan semua yang ada di situ untuk makan apa termasuk Pak Razak dan Mak Kiah. Lebih mengharukan, sebulan sekali pasti Fahem akan membawa mereka berdua sekali untuk makan-makan keluarga di luar dan percutian kelaurga. Anak Pak Razak sendiri tidak pernah melayan mereka suami isteri seperti itu.
        “Mak Kiah pun, marilah makan.” Ajak Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Mak Kiah hanya mengangguk. Ketika menjamah bihun goreng, BMW X5 silver gelap memasuki petak garaj. Fahem keluar dengan muka berseri-seri. Mana tidaknya, sehari berkurung dalam apartmen bersama wanita tercinta, berasmara, dan dilayan bagai seorang putera raja. Fahem terasa semakin sayang kepada Mazidah apabila wanita itu tahu seleranya. Kobis dicincang halus, digaul bersama-sama telur, mayonis dan sos lada hitam. Fiona tidak tahu tentang Mazidah tetapi Mazidah tahu tentang Fiona. Wanita itu pernah datang ke pejabatnya beberapa kali.

KETIKA meniti di jambatan kayu, Puan Sri Sharifah sudah tersenyum-senyum kepadanya.
       “Kenapa dengan anak mummy ni? Bukan main lagi muka tu, tersenyum-senyum, berseri-seri.” Puan Sri Sharifah mengusik Fahem. Lelaki itu hanya tersenyum. Semua yang ada di situ sudah tergelak melihat Fahem terkulat-kulat.
       “Hah, kenapa Fahem? Fahem dah bawakan calon menantu untuk Tan Sri dengan Puan Sri ke?” Mak Kiah pula mengusik.
       “Mana ada. Mak Kiah ni pandai-pandai saja.” Jawab Fahem tapi dia masih dengan sengihnya.
Pak Razak memandang Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Akhirnya, keempat-empat mereka mentertawakan Fahem.
        “Fahem, kami ni dah tua. Dah tahu dah adat resam bercinta. Tengok dari muka kamu tu saja, daddy tahu yang kamu dah ada calon untuk menantu daddy, kan?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin semakin mengasak anak sulungnya.
       “Tak adalah, daddy. Fahem belum terfikir lagi semua tu. Kerja kat office berlambak-lambak.” Fahem beralasan. Pantas Mak Kiah membubuh bihun goreng ke dalam pinggan kosong serta secawan teh dan mengajak Fahem makan. Anak majikannya itu terus duduk di sebelahnya.
       “Fahem tak payahlah nak tipu daddy. Daddy tahu anak daddy ni hensem. Macam Jet Li muka tu. Tak payahlah nak sorokkan pasal model Fiona dengan secretary kamu, Mazidah tu. Daddy tahu kamu ada affair dengan dia.” Selamba saja Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membalas.
       Terkejut juga Fahem mendengar butir kata daddynya. Kalau hubungan dia dengan Fiona daddy tahu, tak apalah lagi. Tapi, yang dengan Mazidah… macam mana daddy tahu? Kat pejabat  pun semua staf  tak tahu? Tiba-tiba saja daddy tah? Hai… pelik!
       “Errr… tapi…” Fahem kehilangan kata-kata.
       “Sebenarnya… satu company tu dah tahu yang kamu ada affair dengan Mazidah. Cuma diorang tak berani nak bercerita dalam pejabat sebab takut nanti kamu ambil apa-apa tindakan tak betul. Jadi, yang mana satu calon yang sebenar-benarnya?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memintas ayat-ayat Fahem. Bulat mata Puan Sri Sharifah memandang anaknya. Hebat! Boleh pasang dua dalam satu masa. Tapi apa nak diherankan? Muka anaknya itu seperti Cina mengikut mukanya. Puan Sri Sharifah sebenarnya Cina baba. Berkenalan dengan suaminya ketika dia minum petang di sebuah gerai makan. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin ketika itu sedang menghantar pesanannya dia dan rakannya. Suaminya tidaklah sehensem  Freddie Prinze Jr. ketika itu namun roman muknya yang manis, berkulit sawo matang, sentiasa berambut pendek, badannya yang tidak terlalu tinggi dan berisi membuatkan dia terpikat. Padanya, sesiapa saja lelaki yang berambut pendek, lelaki itu pasti hensem walaupun tidak berharta. Tetapi jika lelaki tersebut berambut panjang, walau bergunung hartanya, tetap tidak hensem di matanya.
      

Saturday 16 October 2010

PERTEMUAN DI JALANRAYA?

PERTEMUAN  DI  JALANRAYA?

MUHAMMAD Ariff  Shahril sedang memecut BMW X3 di jalanraya. Alamak, mampus aku! Dahlah lewat bangun! Bibik tak kejut macam biasa! Macam ni caranya nak jadi bos besar? Hmm, takde tauladan langsung! Datang lewat! Pakaian selekeh!

...........................................
8.45 pagi

“Assalamualaikum dan selamat sejah...”
“Sorry ayah, I’m late!” Shahril terus saja duduk di sebelah papanya. Tuan Haji Amiruddin hanya menggeleng kepala dengan kerenah anak sulungnya. Dengan tak bagi salam, tetiba aje duduk sebelah aku! Kena kejar zombie apa?

...........................
9.30 pagi
KUKUH BINA CONSTRUCTION HOLDINGS

“Macam ni punya perangai nak jadi bos besar?” tempelak Tuan Haji Amiruddin.
     “Nampak gaya kalau macam ni perangai Shah, terpaksalah ayah tunggu lagi 10 tahun, baru boleh berehat kat rumah.” Lelaki berusia 55 tahun itu menyindir anaknya lagi.
     “Ayah nie.. tadi panggil cakap nak bincang pasal projek. Nie nak sindir Shah je dari tadi!” Shahril merajuk.
     Tuan Haji Amiruddin tergelak macam Pontianak!
     “Kau ni laki ke pompuan? Sekali merajuk, muka kau tu lagi teruk dari pompuan, tau!” Shahril membulatkan biji matanya. Dia terus bangun untuk melangkah ke pejabatnya semula tetapi cepat ayahnya memanggil.
     “Nak ke mana? Ayah tak habis bincang dengan kamu lagi!”
     “Habis tu dah ayah asyik nak hentam Shah aje! Benganglah!” Tuan Haji Amiruddin tergelak lagi. Baru nak mulakan perbualan, ringtone lagu ‘Kasih Sayang’ nyanyian Raihan bergema. Pantas Tuan Haji Amiruddin menjawab. Tak sampai lima minit, talian dimatikan.
     “Shah, tolong ambil adik kamu kat sekolah pukul 2 nanti. Ayah ada temujanji dengan kawan lama papa lepas ni. Takut lambat pulak.” Shahril hanya mengangguk patuh.

..........................
2.30 petang
SMK MALIM

“Isyh, mana Pak Karim ni? Dari tadi tak nampak pun! Kau nampak Pak Karim dik?” Tanya Muhammad Ariff Syafiq kepada Maz Adirah Shamsila. Adiknya yang tingkatan 3 itu menggeleng. Bosan berdiri dia duduk pula di bus stop bawah jejantas.
     Mata Adirah terus meliar di atas jalanraya. Tiba-tiba...
     “Abang Afiq... tengok tu.” Adirah membawa jari telunjuknya ke satu arah. MAS 1676? Apa dia buat kat sini? BMW X3 itu makin dekat.
     “Along buat apa kat sini?” Tanya Syafiq.
     “Nak ambil kau oranglah. Pak Karim ada hal. Tak dapat ambil. Masuk cepat!” tanpa berlengah, Syafiq duduk di depan manakala Adirah di belakang.

LAGU Leave Out All The Rest nyanyian Linkin Park diputarkan oleh siaran RED.FM. Shahril mengikut  sama menyanyikan lagu itu. Sedang syok-syok menyanyi...
     “Perh... hawau punya kereta! Main potong-potong aku plak. Dahlah Kancil 660. Ada hati nak potong BMW. Nanti kau.” Dilihat sekilas cermin pandang belakang. Takde kereta langsung kat belakang. Dengan pantas, Shahril beri signal ke kanan dan menekan pedal minyak.
     Baru kau tahu siapa aku! Pujinya dalam hati!
     “Eh Along! Nak racing pergi ar kat Sepang. Gila apa bawak keta macam ni kat jalan raya. Kalau accident tadi?” Adirah memaki hamun Shahril.
     “Eh bengong! Diamlah! Kang aku tak bagi duit belanja lagi, baru kau tahu!

...................................

3.30 petang
EVERLY RESORT

“LAMA tak jumpa kau eh!” Shahril membuat ‘give me a five’ dengan kawan lamanya, Andy Chua.
       “Irfan yang suka berbakti tu mana?” mata Shahril meliar mencari rakannya.
       “Dia berbakti dalam tempat privasi sekejap. Berbakti untuk diri dia. Membuang segala toksik yang tidak diperlukan.” Santai jawapan Andy. Lima minit kemudian, Irfan muncul dari satu sudut.
       Mereka bertiga merupakan sahabat baik sejak dari sekolah menengah hinggalah ketika belajar di UM. Ketiga-tiga mereka memilih bidnag arkitek sebagai kerjaya.
       “Kau jangan risau Shah. Kami dah orderkan kau carrot susu dengan spaghetti.” Ujar Andy. Dia sebenarnya senang berkawan dengan Shahril dan Irfan. Malah, mereka sering bertukar-tukar pendapat tentang apa saja termasuk isu-isu agama. Shahril membuat thumbs-up sambil tersengih.

“AKU bengang giler tadi. Ada lah sorang pemandu ni, sikit punya berani nak potong X3 aku!”
       “Habis tu? Kau potong dia balik?” soal Irfan setelah menyedut jus epalnya. Shahril mengangguk.
       “Yang potong keta kau tu, laki ke pompuan?” Tanya Andy pula.
       Shahril menggeleng. “Aku tak perasan. Tapi, aku rasa perempuan”. Andy Chua memandang Shahril dan Irfan silih berganti. “Malam ni jadi tak?” kedua-duanya mengangguk.
       “Tapi aku kena balik awal. Aku ada nak lawat tapak projek kat JB esok.” Shahril berterus terang. Irfan memandang Andy dan mencebik.
       “Maklumlah Andy, bakal jadi big boss! Mestilah kena selalu turun padang. Kalau tak, nanti pekerja benci.” Irfan memerli. Andy sudah tergelak.
       Lahabau punya budak! Shahril menjeling tajam Irfan dan Andy.
       “Apa jeling-jeling? Nak mintak jering!?” dengar saja jawapan Irfan, Shahril terus menyekel kepala kawannya.

..................................
9.00 malam
APARTMENT CASA LAGO
JALAN SYED ABDUL AZIZ

“ABANG nak keluar jumpa kawan. Mey tolong tengok-tengokkan ayah ya. Kalau ada apa-apa, talifon abang tau.” Ujar Andy ketika mengenakan jam tangan Casio di tangannya. Sebelum keluar, dia sempat mencium dahi adiknya dan pipi ayahnya.
        Mey Chua hanya mengangguk sambil pandangannya menghantar pemergian abangnya. Lepas saja Andy keluar, dia terus mengunci grill. Dia mendekati ayahnya. Dia terus mengambilkan bubur nasi di atas meja untuk menyuap ayahnya.
        “Ayah makan sikit ya. Nanti perut ayah masuk angin.” Mey Chua berbual dengan ayahnya. Ayahnya mengangguk. Dia simpati melihat ayahnya, Meng Chua yang diserang angin ahmar tiga tahun lepas.
        Meng menunjukkan isyarat mahu minum air pula. Pantas Mey mencapai gelas di atas meja dan menyuakan ke bibir  ayahnya. Selesai menguruskan ayahnya, dia masuk ke dalam bilik.
        Mey keluar semula sambil membawa buku latihan Matematik Tambahan. Dia duduk di sofa. Sambil menonton tv, boleh menanda buku!

..................................



LEBUHRAYA PLUS
KE JOHOR BAHRU

JESLINA asyik menceceh di sebelah Shahril.
       “You cakap, you keluar dengan siapa malam tadi?” sakit hatinya bila dia menelefon Shahril hampir 50 kali tapi tetap tak berjawab!
       “You ingat I keluar dengan perempuan ke? I keluar dengan kawan-kawan I lah. Tengok bola.” Dia paling menyampah kalau orang kacaunya ketika dia sedang tengok bola. Dapat pulak kalau Jeslina talifon. Kalau boleh, nak berbual sampai subuh!
       Jeslina mencebik. “Tengok bola ke tengok pelayan kat warung tu? You punya cakap nak tengok bola, macamlah kat rumah you takde tv!”
       Shahril mendengus. “Suka hati I lah nak tengok bola dengan kekawan. Kitaorang kan penyokong kuat Brazil!”
       Walaupun Brazil seri dengan Portugal, namun hatinya tetap senang kerana seri 0-0. Dan Brazil seterusnya menjadi juara kumpulan G. Harap-haraplah team favourite kedunya, Sepanyol menang bila lawan dengan Chile. Kalau Sepanyol kena ‘cili’ dengan Chile, maknanya... Brazil lawan dengan Sepanyol! Aduhhhh!
       Malas bergaduh dengan Shahril, Jeslina melelapkan mata. Shahril menjeling ke kiri. Patutlah senyap. Emak singa dah tidur rupanya!
    
“ADA apa-apa masalah lagi?” soal Shahril kepada Azzudin, penyelia di tapak projek itu.
       “Takde Encik Shahril Cuma bekalan simen tiba lewat. Saya dah telefon mereka. Mungkin dalam masa sejam dua lagi, sampailah mereka.” Shahril mengangguk puas hati. Kemudian, dia menelefon ayahnya untuk memberitahu perkembangan projek tersebut.
       “Jadi, kalau takde apa-apa, saya rasa saya balik dulu. Kalau ada apa-apa masalah, just give me a call, ok?” Azzudin mengangguk.

.......................................

VILLA SRI JATI

Tuan Haji Amiruddin mendaratkan pandangannya ke BMW X3 Shahril yang baru masuk. Keluar dari kereta, Shahril dipanggilnya.
       “Mari duduk kejap. Ayah dan mak nak cakap kejap.” Puan Hajjah Aminah sedang berlatih berzanji.
       “Ada apa ayah?” soal Shahril.
       “Esok, kami terpaksa ke Sabah. Datuk kamu sakit kuat.” Jawab Puan Hajjah Aminah. Shahril memandang ibu ayahnya.
       “Teruk sangat ke sakit atuk tu, nek?”Tanya Shahril. Dia tahu ibunya kalau boleh, mahu dibawa orang tua sendiri tinggal dengannya. Tapi apakan daya, datuknya tidak mahu. Katanya, mahu menghabiskan penghujung hidup di kampung sendiri. Sudahnya, Puan Hajjah Aminah hanya mengirimkan duit dua ribu sebulan untuk ayahnya serta adik bongsunya yang menjaga orang tua mereka.
       Puan Hajjah Aminah mengangguk perlahan.
       “Jadi, ayah nak esok, kamu pergi ke sekolah adik kamu. Diorang cakap, esok ada tandatangan buku rekod.” Tuan Haji Amiruddin pula bersuara pula.
       “Flight ayah pukul berapa? Boleh Shah hantarkan.” Tuan Haji Amiruddin menggeleng.
       “Saja ayah pilih flight awal pagi. Pukul 7. Takut tak sempat. Kau pun tahulah. Kampong ibu kau, juah ke dalam. Kat Kota Belud sana. Soal hantar, nanti Pak KArim yang hantar kami. Kamu jangan risau.” Shahril mengangguk.
       “Berapa hari ayah dengan ibu kat sana?” nasib baik dia teringat nak Tanya.
       “Mungkin seminggu.” Jawab ibunya. Shahril faham. Tentu ibunya terlalu merindui datuknya. Dia pun sama.

............................................
SMK MALIM
11.00 PAGI

“SILAKAN duduk Encik Shahril.” Mey Chua menjemput Shahril duduk. Shahril duduk di sisi meja yang sudah disediakan kerusi. Syafiq pula duduk bertentangan dengan Mey Chua.
        “Berdasarkan rekod ini, Syafiq memang pelajar terbaik. Dan tahniah Syafiq, sebab awak tetap dapat nombor satu dalam kelas.” Syafiq tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.
        “Cuma...”
        “Cuma apa, cikgu?’ Shahril tak sabar. Akdemik kedua-dua adiknya sudah cukup membanggakannya. Walaupun Adirah mendapat tempat ketiga dari 38 pelajar, namun dia mendapat banyak A.
        “Guru disiplin selalu mengadu pada saya yang Syafiq ni suka ganggu pelajar perempuan. Kadang-kadang, senang-senang aje nak mintak couple dengan budak perempuan. Sampai satu tahap tu, saya ternampak ada sorang budak perempuan nangis. Bila ditanya kenapa, dia cakap Syafiq tinggalkan dia. Padahal bukan dia yang cari Syafiq. Tapi, Syafiq yang cari dia.” Syafiq hanya tersengih. Bulat mata Shahril sambil memandang adiknya.
        “Cikgu nak tahu mana saya dapat semua ilmu pikat perempuan ni?” tiba-tiba Syafiq bersuara. Mey dan Shahril memandang Syafiq.
        “Abang saya yang ajar!” lurus jari telunjuk menuju ke muka Shahril. Pantas Shahril menepis tangan adiknya.
        “Cikgu jangan percaya dialah! Bukan boleh pakai langsung cakap dia!” Shahril menafikan. Padahal, apa yang Syafiq cakap, memang betul. Setiap malam sebelum tidur, dia akan mengajar Syafiq cara-cara terkini untuk memikat perempuan.
        Mey hanya tersenyum. Mahu dinafikan kata-kata Syafiq, hatinya terasa berat. Lihat sajalah penampilan Shahril. Muka ala-ala Mark Westlife, siapa tak nak? Suara pun dah nak serupa dengan penyanyi itu.
 

.........................................
JAYA JUSCO
AYER KEROH
8.30 MALAM

“OLEH sebab kau orang berdua bagus dalam akademik, hari ni Along belanja makan. Dan kalau nak apa-apa, cakap dengan Along. Lepas makan kita shopping.” Shahril bersuara sementara menunggu air yang diambil oleh Syafiq. Adirah memandang wanita di sebelah alongnya. Gedik aje. Benci!

SYAFIQ dan Adirah menghentikan langkah di sebuah kedai telefon. Shahril dan Jeslina dibelakang turut berhenti sama.
          “Along, Afiq nak handset tu.” Syafiq menunjuk ke arah sebuah telefon Sony Ericsson Xperia x10. Tanpa membuang masa, Shahril meminta pekerja di situ mengambil handset tersebut dan menghulurkan kad kreditnya. Selesai membayar, mereka berjalan lagi. Kali ni, Adirah pula berhenti di sebuah kedai PC. Adirah meminta untuk membeli laptop Sony Vaio dan hard disk 2.0. Tanpa banyak cakap, Shahril terus ke kaunter bayaran dan menyerahkan kad kreditnya.
         Keluar dari kedai PC, dia bertanya kepada Jeslina. “Ɲou nak apa, sayang? I belanja.” Soal Shahril sambil lengan mereka bertaut kemas.
         “Abang Afiq, meluat Adirah tengok makwe Along. Gediks semacam je.” Adirah berbisik dengan Syafiq.
         “Jangan cakap macam tu, dik. Nanti Along tarik balik barang-barang yang kita mintak, macam mana?” Adirah sekadar menjongketkan bahu.
         Mereka turun bawah dan ke bahagian baju berjenama Scarlet. Seterusnya, mereka ke bahagian pakaian dalam. Shahril hanya mengikut Jeslina. Belum sempat Shahril mengambil sehelai g-sting untuk buah hatinya, Adirah menarik lengannya.
        “Along ni dah gila ke? Siap tolong Kak Jes tu carikan pakaian dalam dia! Dia punya. Biarlah dia cari sendiri!”
KETIKA lampu isyarat bertukar merah, Shahril memberhentikan keretanya. Jeslina masih membelek-belek cincin platinum putih pemberian Shahril. Mereka membelinya sepasang. Kedua-duanya ditulis
‘J y S’. Y di situ bermaksud ‘dan’ dalam Bahasa Sepanyol. Jadi: Jeslina dan Shahril. Sudah seminggu Sharil menempahnya.
          “Cantik cincin yang you tempahkan ni.” Jeslina tersenyum manja. Lantas Shahril meraih tangan yang disarung cincin itu. Lama bibirnya mendarat di jemari halus itu. 15 minit. Tangan Jeslina yang lagi satu tak lepas mengelus tangan Shahril yang disarung cincin yang sama.
         Adirah dan Syafiq di belakang berdehem empat lima kali.
         “Along. Kalau ya pun nak bermesra, takkan tak ingat kami yang kat belakang ni!” Adirah menyindir. Terkulat-kulat Shahril ditegur begitu.
         “Entah Along ni. Malulah nanti Kak Jes tu.” Tambah Syafiq. Memang sesuai dia menggelarkan abangnya ‘Pensyarah Subjek Perempuan Kelas Pertama’. Pantas mereka meleraikan pegangan.
        Baru saja Shahril ingin menurunkan handbrake, dia terasa keretanya seperti dihentam dari belakang. Pantas tangannya menekan punat Lampu Kecemasan. Terus dia meluru keluar dan ke belakang. Ingin melihat siapa gerangannya yang berani melanggar ‘isteri kaku’nya.
       Mey yang baru saja membuka tali pinggang terkejut apabila pintu keretanya dibuka rakus oleh seorang lelaki.
       “Hei betina! Kau tak reti bawak kereta ke?” jerit Shahril. Dia tidak perasan muka Mey.
       “Saya tak perasan encik. Maafkan saya.” Mey menundukkan kepala.
       “Tak perasan! Tak perasan! Habis kereta aku yang dah kemek ni, siapa nak ganti rugi?” sengaja digertak lagi. Mey masih menundukkan kepala, diam.
       “Kau kerja apa?” baru Mey ingin menjawab,...
       “Cikgu Mey!” Syafiq memanggilnya. Berkerut muka Shahril.
       “Syafiq. Awak buat a...” kepalanya didongak. Aku kat Ireland ke? Kenapa ada Mark Westlife kat sini?
       “Cikgu terlanggar kereta abang saya. Ingat tak? Ini abang saya yang datang hari tu.” Shahril memandang Mey dan Syafiq bersilih ganti. Rasa malunya menerpa tiba-tiba.
       “Hmm... menyusahkan! Lain kali bawak kereta tu, hati-hati!” tanpa ucap apa-apa, Shahril menarik Syafiq dan masuk ke dalam kereta.

.................................
KEDAI NASI AYAM SINGAPURA
KRUBONG
12.00 TENGAH HARI

“APA pasal dengan kereta kau tu?” soal Irfan. Dia menjeling sekilas belakang kereta Shahril yang kemek sedikit.
      “Malam tadi, lah. Ada betina mabuk mana entah gatal-gatal nak langgar X3 aku! Tak pandan dengan kancil yang kecik! Tak sedar diri!” Shahril menghamburkan kemarahannya.
      “Andy mana?” soal Shahril.
      “Kejap lagi dia sampai.” Jawab Irfan. Tak sampai satu per empat saat, Vios milik Andy sudah berlabuh di belakang X3 Shahril.
      “Mey. Ini kawan-kawan baik abang. Yang ini, namanya Muhammad Ariff Shahril dan ini, Irfan.” Andy memperkenalkan adiknya kepada dua sahabat baiknya. Bulat mata Shahril memandang wajah Mey.
     “Awak...” serentak Mey dan Shahril menuding jari satu sama lain.
     “Awak buat apa kat sini? Kenapa ikut Andy?” Shahril menyoal dengan tak tentu arah.
     “Dia abang saya. Hari ni saya cuti.” Jelas Mey. Dua pertemuan sudah cukup membuktikan kepada Shahril bahawa Mey seorang yang cantik dan lemah lembut. Perasaan itu hadir lagi.
      Alah, jangan macam ni, hati! Aku dah sayang sangat dengan Jes ni. Andy dan Irfan saling berpandangan.
     “Kenapa kamu berdua ni? Dah kenal ke? Shahril memandang Andy.
     “Kalau kau nak tahu Fan, Andy, perempuan nilah yang langgar kereta aku malam tadi.”


..................................
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

ANDY sekeluarga sudah masuk Islam. Tinggal tiga minggu saja lagi majlis kahwin antara Shahril dan Mey atau nama Islamnya, Nur Maya Chua. Andy pula memilih nama Abdullah Chua. Alhamdulillah, sejak masuk Islam, kesihatan ayahnya yang kini bernama Muhammad Chua bertambah elok. Dia sudah boleh berjalan sikit-sikit.

“SAYANG! You janij, you nak kahwin dengan I. Habis tu, tetiba aje entah mana-mana nyonya jual sayur you kutip nak jadi buat bini. I yang depan mata, you buat tak tahu je!” Jeslina bersuara marah dengan lenggok manja.
         “Nyonya jual sayur ke, jual ayam ke, jual kambing ke, I peduli apa! Dah hati I penuh dengan cinta untuk dia! Nak buat macam mana?” selmaba saja ajwapan Shahril. Malas lagi dia mahu bertekak. Sejak melihat Jeslina memaut lengan seorang lelaki dengan erat, dia sudah malas mahu melayan wanita itu.
        Jeslina memuncung. Sambil mengentak-hentakmanja kakinya, dia keluar dari pejabat Shahril. Terkatup saja pintu, Shahril ketawa kuat. Nur Maya Chua hanya mampu tersenyum.
        “Jahat you ni. Suka sakat orang macam tu.” Tegur Maya sambil menepuk perlahan bahu tunangnya.

“RENJIS-RENJIS dibilis...” lagu orang kahwin itu memeriahkan suasana majlis perkahwinan di Villa Sri Jati. Di khemah makan, ramai tetamu yang sedang menjamu selera. Di ruang tamu yang luas itu, pelamin dihias cantik. Shahril dan Maya saling berpandangan. Dalam diam, mereka berjanji akan menjaga cinta mereka sampai mati.